Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kafe Unik Macam dalam Komik - 2D Bubbletea Cafe!

7:14:00 PTG Hasif Hamsyari 45 Comments Category : , ,

Aku terperasan satu post Instagrammer popular tentang kafe 2D di Korea Selatan, lepas tu kawan dari Indonesia bertanya tentang kafe konsep unicorn kat Malaysia yang kebetulan mempromosikan kafe 2D yang bakal dibuka selang dua hari lepas tu iaitu pada 13 April 2019. 

Memang kebetulan sangatlah jadi tanpa fikir panjang, aku pun buat plan dengan Neysa Assila untuk ke kafe ni pada hari pertama ia dibuka. Tak jauh pun, terletak dekat Sunway GEO Avenue, Subang Jaya je.

Konsep

SWIPE NEXT untuk video.

Aku sempat borak-borak dengan pemilik kafe ni, Toh Jung Jin dan See Khai Shen. Kata diorang, inspirasi nak buka kafe ni tercetus daripada kafe di Korea - macam yang aku cakap mula-mula tadi. Kafe ni juga ditubuhkan sebab nak memberi pengalaman yang lain daripada lain untuk pelanggan. 

Lagipun, bagus juga diadakan kafe ni. Tak perlu pergi sampai ke Korea, kat Malaysia pun dah ada!

Konsep dekorasi dalam kafe ni ada dua. Mula-mula bila masuk, konsep dekorasinya Barat dengan lukisan Mona Lisa, Creation of Adam dan sebagainya. Lepas tu bila masuk ke bahagian dalam, dah konsep Asia pula dengan dekorasi seperti rumah Jepun, bahkan ada satu bahagian macam pentas, kena buka kasut sebab ada meja Jepun sekali.
Antara bahagian dalam kafe ini.
Mana-mana sudut pun Instagram-worthy sangat!
Lagi bahagian cantik untuk bergambar!
Aku syak diorang memang cukup kreatif dan oportunis sebab sister cafe diorang, La Fleur Cafe, juga antara yang pernah viral sebab berkonsepkan unicorn! Oh, kafe unicorn ni pulak terletak satu bangunan dengan 2D Bubbletea ni jadi mudah sangat kalau nak kedua-dua kafe sekali gus!

Kafe ni sesuai untuk semua orang, tak kira tua atau muda. Malah kalau ada yang nak sewa untuk apa-apa acara pun boleh diadakan kat sini.

Makanan dan Minuman

Sebab utama aku ke sini sebab aku rasakan kafe dia unik (baca: Instagrammable). Mula-mula aku sampai aku pun keliru - ini kafe ke galeri muzium? Tapi lepas tanya lebih lanjut staf diorang baru aku faham.

Menu kat sini ialah makanan Barat. Menurut pemilliknya, mereka belum muktamadkan lagi menu sebab masih terlalu baru. Buat masa ni diorang cuma guna konsep trial-and-error. Neysa cuba Pasta Gochujang Chicken yang aku sempat rasa, agak tawar. Aku pulak cuba Thick Toast Crabmeat yang pada aku biasa je. Masih ada ruang untuk penambahbaikan, mana tahu bila dah betul-betul rasmi akan jadi lebih sedap? Lagipun selera setiap orang lain-lain.
Dari kiri: Pasta Gochujang Chicken; Brown Sugar Latte dengan Thick Toast Crabmeat.
Tapi highlight dekat sini ialah bubbletea. Rasanya pun biasa je. Dan tak ada jenis sejuk atau panas ya - cuma suam. Lebih berbaloi kalau ada pilihan panas atau sejuk sebab macam aku lebih memilih yang sejuk sebenarnya. Untuk minuman, Neysa cuba Brown Sugar Milk Tea manakala aku pulak, Brown Sugar Latte.

Apa yang pasti, packaging makanan dan minuman memang menarik. Diorang cukup faham untuk ambil berat soal tema dan dekorasi sampaikan botol air tu pun dilukis untuk nampak macam lukisan okey!

Penafian (Waktu Operasi, Menu dan Deko)

Macam yang aku katakan, kafe ni baru berusia sehari waktu aku datang. Selain menu yang masih belum tetap, waktu operasi pun belum muktamad. Untuk sementara waktu, pemiliknya memaklumkan aku bahawa mereka buka seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Masih ada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya. Pelukisnya, Yuu masih dalam fasa-fasa terakhir untuk melengkapkan semuanya.

Pelancarannya berkemungkinan pada hujung bulan April ni.

Good news!

Aku sempat korek berita daripada pemiliknya yang setakat ni dah ada empat cawangan yang confirm akan dibangunkan. Tempat yang bakal memiliki kafe ni tapi dengan tema berbeza ialah SS15 dan Johor Bahru. Melaka dan Pulau Pinang antara dalam perancangan.

Untuk maklumat lanjut, boleh ikut diorang di Instagram:
https://instagram.com/2d.bubbletea .

Alamat:
2D Bubbletea Cafe,
F-03-10, Sunway GEO Avenue,
Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RELATED POSTS

45 komen

  1. Apa pendapat korang tentang kafe ni? Sharelah kat sini! 🙌

    BalasPadam
  2. Wahh nanti kt johor ada bukak ye. Ok la tu tak perlu pegi jauh2 ke korea.hehe. lepasni viral la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Tengah viral di twitter sekarang ni. Itulah mudah sekarang dah 😃

      Padam
  3. nape klik link IG not found ekk?? alaaa.. baru ingat nak skodeng ig diorang.. hehe

    BalasPadam
  4. wow..wow 1st time tengok cafe mcm ni..lawa2 gambar uols ambil..sampai tercengang2 eh ni cartoon ke..is it reallll??haaha dem good lah cafe ni..yezzaaaa nak buka kat penang ye..bolehlah datang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah real lah! Hihi. Nanti tema lain2 mesti best juga! 😍

      Padam
  5. Menariknya tengok. Tapi bila tengok dekor dia lama-lama jadi sakit kepala sikit hahahha. Tapi idea kreatif macam ni lah buat orang datang kan. Harap harap kualiti makanan pun ok

    BalasPadam
  6. Serius memang instagrammable betul. Nampak macam dalam lukisan pun ada. Sure ramai ke sini nanti sebab keunikan dekorasi kafe ni selain dr menu2nya yang menarik.

    BalasPadam
  7. Astaga. Cantiknya la dekorasi kat kafe nie - nampak sangat macam dunia kartun. Rawlins macam nak mekap hitam putih gak and jadi sebahagian dari dekorasi kat kafe nie hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah kalau Rawlins datang ni mesti lagi viral! Kalau tempat macam ni memang best sebab boleh uji kreativiti. 😍

      Padam
  8. Kak Bell tak percayalah ni adalah sebuah cafe. Macam tipu je. Hmmmm. Lama kita dok tengok gambar. Ni nak kena pergi tengok sendiri ni. Still rasa tak percaya. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham. Ramai kawan-kawan pun confused juga. Kak Bell memang kena datang sendiri. Mesti berbaloi!

      Padam
  9. Interesting! Just looks like you are in the cartoon world! Full of imagination! Worth to pay a visit and hope that the food is delicious and kids-friendly too!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly! Above anything, this place is highly recommend if you would like to find some unique cafes that offer an Instagrammable spot at the same time. 😁

      Padam
  10. Serius ahhh cafe tu gitu? Ingatkan gambar edit, lawa dan kreatif betul lah! Sangat sangat instagramable tu, nanti ramai lah yang akan kesana untuk berfoto kat situ tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Itulah. Tengah viral sekarang ni. Kena pergi cepat sebelum ramai lagi serbu. Hihi.

      Padam
  11. OMG! Bestnye. So instagrammable. Nampak betul macam dalam comic ni. I memang nak singgah la tempat ni nanti. The deco serious unique.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Saya sendiri pun tertarik pergi sebab unik sangat! 😃

      Padam
  12. Kreatif betul kafe ni! Memang lain dari yang lain. Syok selfie banyak-banyak kat kafe ni. hehe. Kalau masuk kafe ni mesti berangan jadi kartun dah hihi

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  13. Ini betul ker atau hanya ilusi kita jer tak percaya lah ada cafe 2D macam ni sangat unik dan menarik gilerrr lah heheheh nanti Hasif belanja kita makan sini ok wakakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang lagilah kena ke sini.menang menarik konsep dia! Alamak kalau sampai belanja tu kena tunggu lama sikit la kot. Hihi.

      Padam
  14. Wow sangat bila tengok hasif post cafe ni kat IG hari tu. kagum yer dengan orang-orang kreatif ni, semua nampak macam real jer. boleh buat jadi komik. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Itu yang bestnya sebab boleh menguji kreativiti. 😁

      Padam
  15. ada juga tgok dkt twitter ada org pgi kafe ni. mmg unik dan kreatif. teringin nak rasa sendiri dkt kafe ni. in shaa Allah suatu hari nnti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Kena pergi awal sebelum kena serbu nanti. Hihi.

      Padam
  16. Okey tak sabar tunggu open kat jb pulak. Sangat suka,tempat2 camni. Asal ada tempat nk posing n snap memang tula tempat yang dicari.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Hihi. Pergi ke sini pun sebab keunikan dia yg sangat kreatif dan Instagrammable! Hihi.

      Padam
  17. Ya ampun... Kenapa menarik? Serius kak nina tertarik dengan style yang mereka ketengahkan. Cantik ambik gambar kat sini. Unik sekali. Nanti nak terjah laaaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup memang best sangat sebab boleh uji kreativiti untuk dptkan gambar2 menarik. 😍

      Padam
  18. Ala kenapa tak buka di Seremban. Ermmm first tengok gambar Hasif ni memabg dha tertarik dah dengan konsep 2D restoren ni. Memang cantik sangat sagat. Bab dekorasi pada makaman nampak nice cuma dari segi rasa macam Hasif cakap kena perlu improvement lagilah kan supaya customer puas hati dengan rasa makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Lagi satu mereka masih terlalu baru jadi ada baiknya kita bagi ruang dulu kan. Saya tak kisah singgah lagi sebab dari segi keunikan, restoran ni memang win! 🙌

      Padam
  19. Wahhhh cantik betul cafe nie. Unik dan belum ada lagi di tempat lain. Pasti menjadi lokasi anak muda untuk begambar. Sangt cantik ! Rasa mcm berada dalam komik. Bestnya. Nak datanglah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena datang tau Zharif! Memang rasa macam dalam komik!

      Padam
  20. Kepeningan sekejap tengok deco cafe ni. Hitam putih je?
    Allah.. Rasa macam berpusing jap kepala tengok.
    Kalau lepas ni menu dorang meletop, mesti cafe ni mendapat sambutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi sebenarnya dah viral dah di Twitter tapi bukan sebab makanan, sebab dekorasi diorang yang unik! Sangat Instagram worthy!

      Padam
  21. Wah yang ni lah kafe yang viral tu kan. anyway memang lawa konsep dia lah. This week turun KL kalau sempat nak singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus singgah. Cuma takut sekarang dah ramai. Kalau boleh elakkan weekend lah kot.

      Padam
  22. Wah.. Menarik nie.. Leh la wat pose ala2 dlm komik tue.. Nnti AM pun nak dtg n cuba menu d sini..

    BalasPadam
  23. I saw so many ppl go there for photos, its so cool and i will dropby when i go to subang jaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is indeed so cool! But try to avoid weekend as I believe it will be packed its hard to get some shots!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.