Pengalaman 5H4M di Siem Reap, Kemboja
Salah satu yang tertulis dalam bucket list aku ialah ke Siem Reap untuk melihat sendiri keunikan Angkor Wat yang dah dicanangkan sejak zaman sekolah menengah lagi. Sampailah aku dapat peluang ke sini baru-baru ini, Angkor Wat memang gah bagai dikata!
Lima hari empat malam sebenarnya mungkin agak lama tapi kami memilih untuk trip yang santai dan lebih rileks. Tapi kalau ikut kiraan aku, kalau rancang betul-betul tiga hari pun dah cukup - kecuali kalau korang fotografer sebab di Angkor Wat tak cukup sehari sebetulnya. Haha.
Apapun, ini antara tempat-tempat yang aku sempat singgah dalam trip aku ke Siem Reap, Kemboja baru-baru ini.
1. Angkor National Museum
![]() |
Dari kiri: Bangunan Angkor National Museum; Alat dengar dan telefon; Tiket masuk. |
Pengetahuan sejarah aku dah berkarat jugak jadi lawatan ke Angkor National Museum ni sedikit-sebanyak macam refresher - malah aku dapat tahu lebih lagi. Muzium ni dibahagikan kepada beberapa galeri macam Gallery of 1,000 Buddha Images, Khmer Civilization, Religion and Beliefs, The Great Khmer Kings, Angkor Wat, Angkor Thom, Story from Stones dan Ancient Costumes. Untuk memudahkan korang, ada disediakan satu telefon dengan fon kepala jadi setiap galeri/artifak tu, korang cuma tekan butang 'PLAY' dan dengar penjelasannya.
2. Land Mine Museum
![]() |
Antara bahagian di dalam Land Mine Museum. |
![]() |
Antara pemandangan kampung yang mendamaikan dalam perjalanan ke Land Mine Museum. |
Aku berlatarbelakangkan timbunan bahan letupan yang telah dimatikan di tengah muzium ini. |
3. Angkor Archaeological Park
![]() |
Tergamam melihat keindahan pemandangan matahari terbit kat Angkor Wat. Ini aktiviti yang sangat aku cadangkan! |
![]() |
Atas: Angkor Wat. Bawah: Ta Prohm. |
Kuil Bayon. |
Tips: Sila pastikan tiket sentiasa bersama korang sebab setiap kuil ada checkpoint. Kalau tak ada boleh kena denda dengan bayaran yang mahal! Dan sila pakai pakaian yang sopan sebab ia dianggap kawasan suci.
4. Artisans Angkor
![]() |
Antara hasil tangkapan aku di Artisans Angkor. |
5. Wat Thmey Killing Field
![]() |
Wat Thmey Killing Field. |
Di sini ada satu stupa yang menempatkan tengkorak dan tulang-temulang mereka yang terkorban sebagai tanda peringatan atas kekejaman Khmer Rouge. Memang menyeramkan tapi cukup buat hati jadi sayu apatah lagi lepas aku dengar cerita daripada pemandu van aku sendiri bahawa dia terpisah dengan ayahnya kerana Khmer Rouge - sehingga hari ini tiada jejak. Kalau hidup tak tahu di mana rumahnya, kalau mati tak tahu di mana kuburnya.
6. Phsar Leu Thom Thmey
![]() |
Antara moment yang aku dapat tangkap masa menziarah kat sini. |
Kalau korang berani, ada juga dijual makanan eksotik macam kala jengking, ulat sutera, cengkerik dan sebagainya yang dah siap digoreng. Yummeh! Hehe.
7. Pub Street dan Angkor Night Market
![]() |
Pub Street dan Night Market. |
Restoran di Siem Reap
![]() |
Sekitar suasana dan makanan kat Muslim Family Kitchen. |
![]() |
Arah jam dari atas kiri: Georges French Restaurant, Chanrey Tree Restaurant & Sala Kdei. |
Penginapan di Siem Reap
Ada banyak pilihan sebenarnya hotel dan guesthouse di Siem Reap. Boleh pilih ikut bajet dan keselesaan sendiri.
![]() |
Dari kiri: Bilik aku; The Upper Deck Bar. |
![]() |
Atas: Rupa bilik kami (2 tingkat). Bawah: Sudut membaca dan kolam renang. |
*****
![]() |
Walaupun dah tercapai bucket list ke sini, aku berazam nak ke sini lagi! |
45 komen
Menariknya kat sini hasif. hope one day dapat pergi sini.
BalasPadamBest bang! Especially area Angkor Wat tu, memang awesome sangat!
Padamokay nak kena cari tiket ke sana pula lepas ni! menariknya tempat tempat yang hasif kongsikan ni. tertarik dengan seni bina Angkor Archaeological Park tu.
BalasPadamYup! Part tu memang rasanya tak cukup sehari! Konfem nak pergi lagi lepas ni. Hehe...
PadamWahh dah sampai ke Kemboja dah dia.. bestnya.. muda-muda dah travel ke sana ke mari.. hehe..macam biasa.. banyak tempat-tempat yang TB tak tau boleh jadi tau bila baca kat entri blog kawan-kawan ni.. paling suka gambar-gambar hasif yang lawa-lawa tuuu..
BalasPadamHihi. Main dekat-dekat je dulu kak. Alhamdulillah kalau artikel ni membawa manfaat pada akak. Terima kasih! Hihi..
PadamWow..bestnya ada pengalaman sendiri tengok kesan sejarah dinegara orang..
BalasPadamBoleh nampak secara live keindahan tempat mereka. Memang 1 kepuasan tu.
Memang satu kepuasan sebenarnya dapat melihat budaya dan sejarah orang luar. Kita jadi lebih rendah diri dan respek dengan jerih payah diorang. Tapi tentang Angkor Wat saya sejujurnya belum puas. Tu cadang nak ke sini lagi nanti. Hehe..
Padamwow so much to do and eat there, love to go someday but first got to save money first. I think my dad in law went before but need to check with him, perhaps it was years back.
BalasPadamYup! Siem Reap is really an interesting place you should visit! :D
PadamBestnyer laa travel sana sini. Suka akak tengok gambar2 dlm ni..rasa macam memanggil2..tapi apakan daya banyak komitment sangat loni nanti dah lega2 sikit baru rancang nak travel juga
BalasPadamTerima kasih kak! Hihi.. InsyaAllah satu hari mesti akan travel juga tu. Bawak famili mesti lagi best. :D
PadamWahh.... Tak sangka yaa Kemboja cantik view dia. Lawa laaa gambar gambar awak. Dah tau pasni kita destinasi travel leh masuk list is Kemboja
BalasPadamTerima kasih! Yup memang best sangat discover Siem Reap. Angkor Wat tu je ada keunikan tersendiri yang best tau.
PadamSeronoknya. Haritu tengok gambar Hasif post memang cantik. Teringin nak melawat ke Angkot Wat. Kak Bell mmg suka pergi historical places. Then malam-malam bolehlah pi Pub Street. Hahaha. Next boleh refer sini lah masa nak pi sana :)
BalasPadamAmboi! Pub street jangan nakal-nakal eh. Haha. Terima kasih, Kak Bell. Tapi Siem Reap memang meriah pun, baik siang mahupun malam. Angkor Wat tu wajib!
PadamCantiknya Siam.Dulu masa sekolah dok tahu dlm buku sejarah ad Angkor Wat.Tempatnya pun nampak cantik.Boleh masukkan dlm wishlist ni.Thanks Hasif share. Seronok pulak baca.hehehe
BalasPadamItulha! Saya pun selalu dengar dalam buku sejarah je sampailah akhirnya dapat juga jejak kaki ke sini. Hihi. Memang gah bagai dicanangkan!
PadamBanyak jugak tempat best boleh pergi dekat Siem Reap ni. Semuanya unik. Iza kalau pergi travel pun suka explore culture dekat tempat tu. Tapi yang penting ada tempat makan halal and muslim friendly.
BalasPadamYup, melihat budaya orang lain banyak membuka mata kita supaya lebih menghargai budaya sendiri dan menghormati orang lain. InsyaAllah tak ada masalah makanan bagi Muslim ke Siem Reap ni. Hihi.
PadamLamanya bercuti, boss tak marah ke? Heheh, cantik betul design Angkor Wat tu, dapat tengok dalam buku sejarah je tu pun kadang masuk mimpi sebab mengantuk belajar sejarah, Hahahah. maybe bole ikut trip check list Hasif untuk pergi sana nanti
BalasPadamHaha. Ini bercuti sambil bekerja ni. InsyaAllah semoga artikel ni membantu. :)
Padambestnya tengok hasif pergi ke kemboja nie. gambar cantik-cantik betul. actually x berapa suka masuk tempat yg xbagi untuk bergambar nie tp fahamlah kenapa dorg xkasi cumanya entahlah. xsuka ada restriction mcm tu. anyway, suka lah pergi ke tapak UNESCO tu. cantik betul !
BalasPadamYang tak bagi bergambar tu dekat muzium tu je. Tempat lain semua ok rasanya. Yup, tapak UNESCO tu memang wajib singgah. Terima kasih, Zharif!
PadamSieam Reap! Sebuah bandar yang comel dan banyak historical sites kat situ. Rawlins pergi 3 hari dan tak sempat pergi a few places kat situ. Tapi Rawlins sebenarnya suka melawat pasar pagi & pasar malam kalau melancong nie.
BalasPadamSaya pun! Sebab utamanya untuk melihat rutin harian masyarakat lokal kat satu2 tempat tu kan. Memang meriah!
PadamCantik cantik bangunan peninggalan sejarah kat Sana .Seronok berjalan ke tempat orang dan cari pengalaman kan. Boleh kenal budaya dan adat orang di sana
BalasPadamAngkor Wat, terutamanya, memang cukup luar biasa! Itulah yang saya katakan, tak puas rasa nak pergi lagi! Hihi.
PadamBest yer dapat melawat tapak sejarah yang tertulis dalam buku teks. Akak pun lama dah teringin nak pergi. Cantik juga kawasan ni kan.
BalasPadamInsyaAllah semoga satu hari akak pun dapat sampai ke sini.. :D
PadamYa Allah macam buat lawatan sambil belajar. Seronok tgk gambar2. Vietnam tak pernah pun jadi dalam wishlist tapi baca entri ni rasanya nak kena sekali pergi dan tgk sendiri.
BalasPadamLain bila kita sekadar baca dengan melihat sendiri. Hihi. Tapi Siem Reap memang tak mengecewakan!
Padamteringin nak pergi vietnam tengok Angkor Wart tu tapi belum ada rezeki nak jejak kaki ke sana. tips cukup menarik untuk mereka yang first time nak terbang ke vietnam..at least ada idea tempat cun mesti pergi bila sampai sana kan
BalasPadamInsyaAllah moga-moga artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak. Moga-moga tercapai juga impian ke sini ya! :D
PadamKak min tak pernah lagi ke Kemboja..teringin nak pergi tapi belum berkesempatan lagi hehe..eh cam lama tak travel ngan hasif
BalasPadamKan! Rindunya nak travel dengan Kak Min! Apapun, Siem Reap ni best kak min! Sambil jalan2 area Angkor Wat tu pun boleh buang kalori banyak tau sbb luas sangat. Haha.
PadamThe only thing that I can think of now is to visit Angkor Wat by myself. The place looks so majestic and I agree it probably won't be enough time to properly explore and photograph every corner of the place.
BalasPadamYup, definitely! This part of Siem Reap is the ultimate must-visit!
PadamMemang cantik lar kat sini. Hopefully one day I can visit such a beautiful place filled with so much magic and history.
BalasPadamYup. Bukan setakat cantik, bahkan cukup bersejarah. Tarikan lain pun tak mengecewakan. :)
PadamTak silap ada dalam 2 kali dah ke kemboja tetapi belum ada rezeki ke Siem Reap
BalasPadamKemboja yang best tengok diorang jual lipas goreng, labah2 hitam tu... Hahahah.
Wahhh besar rupanya angkor wat.. Nak pergi nanti ajak yer.. Nak pergi juga if ada duit lebih nanti
Kan! Makanan eksotik diorang nampak mengancam. Haha. Pernah cuba ke?
PadamAngkor Wat memang best dan sangat digalakkan kalau spend masa lebih kat sini sebab sangat luas kawasan dia!
Hi, saya kena buat reasearch untuk Siem Reap, ada apa2 isu tak di Siem Reap selain daripada transportation (pengangkutan) yang perlu dinaik tarafkan
BalasPadamHi! Setakat yang saya tahu, tak ada apa-apa masalah lah pula. Hihi. :)
PadamHi, nak tanya, pergi ke cambodia ni perlu pakai visa ke?
BalasPadamTinggalkan komen di sini.