10 Sebab Genting Dream Mampu berikan Pengalaman Cruise yang Awesome
Ini bukanlah kali pertama aku naik cruise tapi apa yang aku boleh katakan, pengalaman aku bersama Genting Dream antara yang paling sukar dilupakan. Untuk memudahkan korang, berikut aku senaraikan pengalaman empat hari tiga malam aku menaiki Genting Dream.
Pelayaran aku bermula daripada Marina Bay Cruise Centre dan laluan kapal ini ialah Singapura > Penang > Phuket > Singapura.
Pelayaran aku bermula daripada Marina Bay Cruise Centre dan laluan kapal ini ialah Singapura > Penang > Phuket > Singapura.
Sepintas Genting Dream Cruise
|
1. Kapal yang gah!
Waktu aku mula-mula sampai tu punyalah tergamam tengok betapa besarnya kapal ni. Terus rasa teruja tu membuak-buak!
2. Bilik yang selesa dan lengkap
Kabin aku daripada jenis Balcony Stateroom. |
![]() |
Menikmati pemandangan dari balkoni dan bersantai dalam bilik je pun seronok dah. |
![]() |
Rupa bilik air dan alatan mandian yang disediakan di dalam kabin ini. |
Peringatan!
Merokok di dalam kabin adalah dilarang dan boleh menghidupkan penggera kecemasan. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan merokok di balkoni.
|
Kalau korang mengidamkan bilik lebih mewah, boleh cuba menginap di The Palace. Ada 140 suites mewah kat sini yang memiliki kemudahan bertaraf VIP termasuklah kolam renang, spa, gimnasium, ruang makan dan servis Dream Butlers!
3. Makanan Halal? No worries!
![]() |
Antara lauk-pauk dan kuih-muih halal yang disediakan di The Lido. |
Selain makanan halal dengan menu cukup dekat dengan selera orang kita, mereka juga ada banyak lagi pilihan makanan dari menu antarabangsa, India, Cina dan macam-macam lagi. Menu mereka juga bertukar setiap hari.
Oh, untuk makan di sini juga sudah termasuk dalam harga bilik jadi korang boleh menikmati sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam tanpa apa-apa bayaran kecuali kalau nak servis ekstra. Malah mereka juga ada servis snek 24 jam percuma. Komen aku, memang takkan timbul isu lapar atas kapal ni.
Keseluruhannya ada hampir 35 restoran in total yang ada atas kapal ni termasuklah Red Lion, Blue Lagoon, Crystal Life Cuisine, Dream Dining, Hot Pot, Seafood Grill by Mark Best, Umi Uma, Bar 360 dan banyak lagi. Ha, boleh rambang mata dibuatnya!
4. Waterslide Park wajib cuba
![]() |
Antara waterslide yang tersedia di Genting Dream. |
5. Zipline di tengah lautan? Cool!
![]() |
Sangat sesuai untuk mencabar keberanian korang! |
![]() |
Aku turut cuba rock climbing dengan pengawasan staf Genting Dream yang terlatih. |
6. Dan banyak lagi!
![]() |
Dari kiri: Bubble football; Boling. |
![]() |
Arcade untuk hiburan remaja dan kanak-kanak. |
7. Hiburan untuk segenap usia!
![]() |
Antara persembahan yang sempat aku saksikan di Zodiac Theatre. |
![]() |
Cinema-at-sea di Zouk Beach Club untuk pengalaman menonton filem yang lain daripada lain! |
Malam terakhir akan ada Dream Night. Semua orang akan berkumpul di Pool Deck, menyanyi dan menari sebelum ditutup dengan pertunjukan bunga api.
8. Kolam renang dan jakuzi yang luas
Main Pool Deck di Genting Dream. |
![]() |
Dari kiri: Jakuzi di Main Pool Deck; Jakuzi di Zouk Beach Club. |
9. Sudut Instagram-worthy yang banyak
![]() |
Antara bahagian di atas Genting Dream untuk koleksi gambar Instagram. Hehe. |
10. Harga berbaloi
Untuk kabin yang aku duduk berharga RM1 705 seorang (minimum 2 orang) untuk 4 hari 3 malam (sewaktu promosi, tidak termasuk port charges dan gratuity). Pada aku harganya berbaloi sebab boleh cover tiga destinasi (Singapura, Pulau Pinang dan Phuket) tanpa perlu tukar-tukar bagasi. Malah macam aku ceritakan, atas kapal ni sendiri banyak sangat aktiviti!
Harga mungkin berlainan kerana bergantung pada faktor seperti musim, route dan kemaskini. Jadi ada baiknya kalau korang terus tanyakan sebarang pertanyaan atau semak harga terkini dengan pihak POTO Travel & Tours.
Harga mungkin berlainan kerana bergantung pada faktor seperti musim, route dan kemaskini. Jadi ada baiknya kalau korang terus tanyakan sebarang pertanyaan atau semak harga terkini dengan pihak POTO Travel & Tours.
Kesimpulan
Pengalaman cruise bersama POTO Travel & Tours dan Genting Dream semestinya tak akan aku lupakan. |
Lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan Genting Dream, korang boleh layari www.dreamcruiseline.com.
Kalau korang berminat untuk merasai pengalaman cruise sebagaimana aku lalui (atau lebih ekstra), boleh terus hubungi POTO Travel & Tours.
POTO Travel & Tours
Tel: 03 - 9200 6640
WhatsApp: 016 - 205 9366 (Amanda) / 016 - 338 4566 (Eleeza)
Laman web: www.pototravel.com.my
E-mel: cruise@pototravel.com.my
31 komen
kalau RM 1750.00 / person kira murah lah tu.. hee~ kang ada yang terbeli ni kang.. tapi tu lah.. kena apply cuti dulu plak..
BalasPadamTak apa, kak. Boleh rancang awal-awal. Sementara promo masih valid tu baik grab cepat-cepat kan. Hehe..
Padamya Allah bilik dia part balcony tu yess!! i cn sit there the whole day smbil berangannn jumpa Jack (titanic duhh) kat tgga besor ke OMG ni bucketlist lg wakk yg belom tercapai! aah actualy that price is quite reasonable huhu cuma ntah la masa kot yg menyebabkan i x beli2 lg, btw will consider this cruise since dia ada HALAL cert ya Allah bagos tol! dh la mls la nk ckp byk (Wpon dh byk!) benci x bwk i !!!
BalasPadamHahaha. Nak ikut jugak kalau pergi. Tak puas pula rasanya naik cruise. Genting Dream ni memang berbaloi sangat dah. Dan yes, balkoni tu memang awesome gila. Puas bila dapat bilik macam ni tau sebab view dia dan angin laut tu. Fuh!
Padamwoww bestnyaa merasa naik cruise! qeela teringin jugak nk try merasa naik cruise ni sbb mmg mcm best jee kan even kadang2 ade jugak rasa scary tu haha. anyway nmpk best betul dlm cruise ni sbb mkn pon mcm2 disediakan, dgn pelbagai aktiviti menarik boleh join sekali confirm tak boring kan. bestnyaa!
BalasPadamYup, memang takkan boring! Pasal keselamatan, saya ada jumpa dengan staf dan kapten cruise juga tau. Menarik sangat sebab diorang ada pelan cukup teratur dan selamat kalau berlaku apa-apa kecemasan. Jadi insyaAllah selamat. Lagipun sebab Genting Dream sangat besar, tak rasa sangat goyang sampai mabuk laut. Kira stabil lah.. :D
PadamWah.
BalasPadamRawlins terus jadi teringin nak tempah tiket dan enjoy my 'me time' kat atas kapal nie.
Bilik yang Hasif duduk tu memang nampak best.
Rupanya ada yang lagi mewah.
Alamak.
Bahaya betul nie.
Hehe... Apalagi, Rawlins. Tengah ada promotion tu! Kena cepat sebelum habis! ;)
Padamwah wah percutian mewah ni...bila la dapat naik naik cruise ni,rakyat kita ramai..pengsan juga nak bawak semua...hihi..tq dik atas perkongsian .atlest dapat tengok suasana atas kapal.ni macamana kan...
BalasPadamMemang mewah kak tapi harganya kira sangat reasonable tau. Murah lagi-lagi sebab tengah promo sekarang. InsyaAllah moga satu hari nanti akak pun sampai sini juga. Amin...
PadamDah lama fikir nak naik kapal nie...tengok posting nie lagilah teruja..harga pun ok jugak
BalasPadamBetul. Sementara ada promosi ni baik beli cepat. Hehe. Lebih berbaloi-baloi!
Padamwowow memang best ni...ingat bercuti sambil tengok laut sahaja rupanya lebih daripada itu kit aboleh buat. Paling best tengok kolam mandi tu hahahahhaha...kalau dapat peluang naik cruise ni mmg tak akan dilepaskan..
BalasPadamKolam mandi dia agak dalam kak tapi ada bahagian untuk kanak-kanak juga. Seronok! Yang penting wajib cuba waterslide dia. Sekarang ni tengah ada promo tu. Bolehlah rancang percutian sekarang! Hehe.
PadamBestnya dapat naik cruise Genting ni! No wonder lah cruise dia besar, banyak sangat benda boleh buat dekat dalam cruise tu. Kalau tak tidur sebab nak enjoy puas2 pun sanggup tau
BalasPadamAlamak saya memang tak larat tak tidur lagi-lagi saya jenis tidur awal pula. Haha. Yang penting bila terjaga je memang rasa tak cukup masa sebab banyak sangat aktiviti. Haha.
PadamBestnya..besar dan banyak pula aktiviti boleh buat hanya dalam kapal ni aje. Slide tu..aduhh sure anak sis suka. Pernah naik Libra aje..yang lain tak pernah lagi..harap dapatlah cuba yang ni pulak
BalasPadamTak setakat budak-budak, yang jiwa kanak-kanak pun mesti boleh enjoy punya sis! InsyaAllah... Moga-moga sis sekeluarga pun dapat ke Genting Dream juga. :D
PadamBanyaknya aktiviti boleh buat kat atas kapal!! Memang menarik.. Paling Best AM rasa bila ada aktiviti lasak cam paintball n zipline Perghh.. Memang mencabar.. AM suka.. Baru lah tak boring dok lelama atas kapal
BalasPadamBetul! Memang takkan bosan duduk atas Genting Dream ni sebab ada je aktiviti nak buat. Pendek kata masa tu sentiasa terisi sampai rasa macam nak stay lama lagi! Hehe.
PadamMouse mommy tak pernah pergi cruise lagi. Pening tak? Sebab sy ada "motion sickness", mabuk sikit ni. Mohon bagitau ya. Tq tau.
BalasPadamPada saya tak pening pun. Mungkin sebab kapal ni sangat besar dan lebih stabil. Tapi digalakkan bawak ubat motion sickness juga. Just in case. 😁
PadamBestnya dalam cruise dah macam-macam ada. Taklah nak kena fikir buat apa atas kapal selain tido. Hahahaha.
BalasPadamKan! Kalau bawak Adam dan Alif pun mesti diorang happy memanjang atas kapal ni. 😁
Padamwahhh bestnya Hasif dapat naik cruise. rasa teringin pulak nak bercuti dan naik cruise. mesti best berada atas cruise utk beberapa hari sambil menikmati facilities yang disediakan. satu pengalaman yg x mungkin akan dilupakan. feeling titanic sangat 1
BalasPadamFeeling Titanic waktu romantic gitu ok lah. Haha. Tapi yes, Genting Dream memang best sebab banyak fasiliti tersedia atas ni.
PadamBestnya. I always wanted to go on a cruise. Should plan my cuise holiday soon.
BalasPadamYou very should! Better gran the promo fast. You can really save up your money! 😍
PadamTeringinnya nak naik dream cruise ni hasif. Hope one day termakbullah. Aamiin
BalasPadamAminn insyaAllah... Memang berbaloi sangat bang.
PadamWah terbaik bro.. doak kan saya murah rezeki dapat merasa naik dream cruise ni huhuhu
BalasPadamSewa Van KL
Tinggalkan komen di sini.