Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kafe 2D Konsep Egypt di SS15 Subang Jaya Pula!

9:56:00 PTG Hasif Hamsyari 45 Comments Category : , ,

Nampaknya demam kafe lukisan 2D yang pernah viral di media sosial belum reda lagi sebab mereka baru saja membuka cawangan baru iaitu di SS15, Subang Jaya!

Kalau korang masih ingat, sekitar April lepas aku pernah singgah ke cawangan pertama Kafe 2D ni yang kemudian menjadi viral di media sosial.

Berbeza dengan kafe cawangan pertama yang terletak di Sunway Geo Avenue yang bertemakan Eropah dan Jepun, cawangan di SS15 ni pula mengetengahkan konsep Mesir Purba (Egypt). Jadi korang boleh lah berposing dengan ikon-ikon yang menyerupai Mesir Purba macam the Eye of Ra, Piramid Giza dan macam-macam lagi.

Antara bahagian-bahagian di dalam kafe ni. Macam dalam komik kan?
Lagi gambar-gambar aku kat Kafe 2D SS15.
Ada bahagian yang disediakan props juga!
Dan lagi... Haha.
Aku sempat berjumpa dan bersembang dengan pemiliknya Mr Ong dan Mr Phillip. Katanya, kafe kali ini juga menggunakan artis yang sama macam di cawangan Sunway Geo Avenue. 

Makanan dan Minuman

Menu dan antara minuman yang aku rasa hari tu.
Kali ni tak ada makanan pun. Sebab dari segi penjenamaan, mereka nak 'selesakan' brand Kafe 2D dengan minuman bubble tea dulu. Lagipun, SS15 kan memang dah jadi 'syurga boba' jadi pembukaan Kafe 2D ni kira menyertai yang lain-lain juga.

Highlight utamanya ialah brown sugar fresh milk boba. Antara lain, pelanggan juga boleh mencuba bubble tea lain macam brown sugar milk tea, brown sugar latte dan brown sugar black tea

Menariknya, ada juga minuman smoothie sebagai memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan. Antaranya Dreamy Strawberry, Matcha Berry, Mangolasi dan Chocolate Mint.

Good news!

Selepas Sunway Geo Avenue dan SS15, katanya akan ada cawangan di negeri lain juga. Antara yang aku dengar ialah Johor, Pulau Pinang dan Melaka. Dan macam biasa, setiap cawangan ni juga akan mengetengahkan konsep berlainan.

Waktu Perkhidmatan

Kata Mr Ong, kafe ni dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam setiap hari.
Kafe 2D yang terletak di SS15 Subang Jaya.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikut diorang di Instagram:

Alamat:
2D, 44, Jalan SS15/4C, 
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RELATED POSTS

45 komen

  1. Pernah ke sini? Apakata tinggalkan pendapat korang kat kotak komen ni. 😉

    BalasPadam
  2. woahh cool giler. Tak pernah sampai. nest time akn explore

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ni masih baru. Jadi sekarang belum ramai lagi. Haa better serbu cepat. Hihi.

      Padam
  3. Melaka?
    Yeszaaaaaa!
    Sgt kreatif la. Aida suka perkara kreatif gini. Tak tiru org. Berani dlm bisnes is a must lah kan.
    Sgt nak gi sini. One day...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata tuan idea, ideanya diilhamkan daripada kafe 2D dari Korea Selatan juga. Tapi baguslah diadakan benda macam ni sebab memang tengah trend kan. Tak perlu pergi jauh-jauh dah. Hehe.

      Padam
  4. wahhh dekat jer dengan rumah , nak pergi terjah jugaklah sebab lain dari yg lain ...syok tengok semua gambar ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Kena terjah cepat sebelum ramai orang nanti.

      Padam
  5. Woww best nya sbb dekat je ni.. nak pegi sgt2.. thanks sbb share psl tempt ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Sesuai nak lepak2 dengan kawan juga. Datang jangan tak datang!

      Padam
  6. cantek dan unik kafe ni...antara port utk ootd yang menarik dan unik..macam dalam komik pulak hahaha...tapi makanan kat kafe ni ok x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada makanan. Cuma minuman je. Highlight dia boba tea tu.

      Padam
  7. Perghhh gila la, sampai kat luar nampak 2Dnya...memang kreatif la owner ni..menarik kan..nak juga ke sana nanti..confirm ambil banyak gambar :) haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Syok sangat! Yup, memang sangat sesuai untuk bergambar. Boleh cabar kreativiti juga.

      Padam
  8. Woww unik jugak tempat dia kan, cantik bergambar kat sini :), sambil2 tu minum bubble tea..perghh syiok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, sesuai nak melepak dengan kawan-kawan sambil bergambar. Sekarang ni masih baru lagi jadi belum ramai orang sangat.

      Padam
  9. Unik dan kreatif orang yang guna konsep ni. Kalau tak mention ni cafe, dalam kepala ni ingat awak pergi muzium art tau hihi. Good job la kepada owner dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Kan! Sangat menarik konsep dia. Tak perlu pergi jauh-jauh untuk cari kafe macam ni dah.

      Padam
  10. Cool la cafe ni.. banyak juga tengok orang update pasal cafe ni. Nak jugak pergi nanti.. macam best je utk photograpy dan kenangan.. teruja pulak tfk gambar2 Hasif ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni cawangan kedua tau. Sebelum ni pun menarik juga. Memang sesuai sangat untuk ambil gambar sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan.

      Padam
  11. Giler best, macambetul-betul 2d sangat..macam mana la diaornag buat..hehee..nanti nak pergi la nak tengok dengan mata sendiri..tapi ada tempat lain gak kan sebelum ni 3d ke ape..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kalau 3D kafe saya tak pasti lah pulak. Tapi ini cawangan kedua kafe 2D dah. Memang menarik dan menguji kreativiti sangat. Boleh posing macam-macam kat sini!

      Padam
  12. cantik.. berpinar mata kejap tengok hasif macam dalam kertas lukisan. Real betul design cafe tu. macam dalam imiginasi mimpi gituh. oh dekat je area rumah..baru tahu ada cafe unik kat subang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Kreatif sangat konsep dia memang kalau sekali masuk boleh pening sebenarnya. Ha dah dekat tu bolehlah singgah sebelum makin ramai yang singgah nanti. Hihi.

      Padam
  13. Serious kafe 2D akan buka di Penang pulak. EH x sabar lah tunggu cawangan ni. Haritu pergi KL x sempat singgah cafe 2D ni sebab lia suka konsep kafe ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengarnyalah. Haha. Tapi kalau ada memang menariklah sebab setiap tempat lain-lain tema dia. Woohoo!

      Padam
  14. Cantiknya cafe ni Hasif. Daripada hari tu dok cari kt mane. Dekat je. Instagrammable sangat kan.Kalau kesini selfie je la kot. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selfie belum cukup! Haha. Kena bawa member untuk tukar-tukar ambil gambar. Banyak spot best-best tau!

      Padam
  15. OK... Unik Sgt niii.. 2d ni.. Selalu org nak ber 3 d bagai kan.. Rasa mcm buat engineering drawing plak... For 2d view drawing 😝

    BalasPadam
  16. Wow rare laaaa Cafe ni!! Serius terpegun nengok tau! Pertama kali tengok ingatkan muzium. Seronok ni bawak anak² makan sini, confirm depa teruja tak senang duduk tadi. Ť

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kafe ni pun kids friendly! Mesti diorang happy nanti. Kalau ada masa singgah lah ke sini. :D

      Padam
  17. cantik!! unik sgt... lain macam tempat amik gmbr yg gini.. sis suka.. tapi sayang jauh plak.. adeh... takpe takpe.. nnti2 kalau turun sana boleh singgah.. heee.. tq sbb share tau =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah dekat better singgah je. Memang Instagrammable sangat tempat ni. Seronok juga untuk lepak-lepak.

      Padam
  18. Nampak cantiklah macam dalam komik hehe ^^ kreatif sungguh yang terfikir nak buat cafe camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya diambil inspirasi daripada kafe di Korea Selatan. Senang juga mereka buat kat sini tak perlu pergi jauh-jauh dah. Hihi.

      Padam
  19. Menarik. Tapi tak tau kenapa rasa Subang Jaya tu jauh sangat. Heh!

    BalasPadam
  20. Akhirnya dpt tau apa nma tmpt ni. Nmpk bnyk instagramers aml gmbr dkt sini untuk post dkt IG. Hehe stylo gila effect dia nmpk mcm dlm lukIsan

    BalasPadam
  21. Suka dgn konsep dia, unik dan menarik, rasa mcm mkn kat Egypt plk haas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kan! Nak ke Egypt tak tahulah sampai bila kan. Bolehlah jalan-jalan ke sini dulu. XD

      Padam
  22. kenapa baru tahu ni!! kena terjah jugakkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Jangan lupa singgah! Bawa kawan-kawan sekali mesti lagi best.

      Padam
  23. Memang nak kena ajak budak-budak ni ke sini ni nanti. Geram betullah dengan tempat cantik macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom bang! Next time turun KL nak ikut sekali tau. Hihi.

      Padam

Tinggalkan komen di sini.