Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kembara Turki Part 2: Diyarbakır & Hasankeyf, Batman

10:15:00 PG Hasif Hamsyari 40 Comments Category : ,

Kalau selalunya pertama kali ke Turki, orang mesti akan ke Istanbul dan seterusnya ke Ankara atau Cappadocia. Tapi trip aku baru-baru ni membawa aku ke destinasi-destinasi yang agak jauh dan bukan yang selalu termasuk dalam bucket list kaki travel.

Untuk artikel kali ni, aku nak fokuskan pada Diyarbakır dan Batman.

Klik untuk ikuti artikel blog aku untuk setiap destinasi:
  • Part 1: Istanbul 
  • Part 2: Diyarbakır & Hasankeyf, Batman (Anda di sini)
  • Part 3: Şanlıurfa
  • Part 5: Adıyaman (Belum siap) 
  • Part 6: Halfeti (Belum siap)
  • Part 7: Gaziantep (Belum siap)
Ikuti 'LIVE UPDATES' aku sepanjang trip ni di Instagram Story Highlights. KLIK SINI.

Perjalanan

* Aku menaiki penerbangan domestik dari Istanbul (IST) ke Diyarbakır (DIY). Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam.
* Dari Diyarbakır ke Batman, aku menaiki van dengan masa perjalanan sekitar dua jam setengah.

 Diyarbakır 

Diyarbakır merupakan antara pintu masuk ke Tenggara Turki. Dahulunya dikenali dengan nama Amida, Diyarbakır dikelilingi tembok besar sepanjang enam kilometer dengan 16 menara dan empat pintu masuk. Ia termasuk dalam UNESCO World Heritage List pada 2015.

Hasan Pasa Caravanserai

Aku tengah 'demam' filem Aladdin waktu ni jadi bila sampai ke tempat ni terus terngiang-ngiang lagu tema filem berkenaan sebab serius sangat nostalgik lagi sentimental! Dibina sejak 1547, Hasan Pasa Caravanserai ni mengekalkan ciri senibina zaman Uthmaniyyah. Selain kedai-kedai kecil yang menjual aneka barangan cenderahati, kat sini juga ada banyak kedai-kedai makan. Kami ke sini untuk bersarapan sebenarnya tapi masyaAllah sangatlah 'meriah' hidangan diorang!

Diyarbakır Great Mosque

Masjid besar di Diyarbakır ini dahulunya adalah sebuah gereja St. Thomas yang pernah dicatatkan sebagai antara gereja tertua dalam sejarah (dibina sekitar 1091). Binaanya daripada batu basalt dengan senibinanya dipengaruhi senibina  Kerajaan Seljuk dan boleh memuatkan sekitar lima ribu jemaah dalam satu-satu masa.

Kubu Diyarbakır

Terletak di Lembah Tigris, kubu ini dicatatkan sebagai paling panjang di dunia selepas Tembok Besar China. Ia merupakan antara kubu yang menjadi saksi kemegahan Kerajaan Roman sebelum disambung ke Zaman Uthmaniyyah. Hari ini, selain menjadi tapak sejarah yang diiktiraf UNESCO sejak 2015, ia juga menjadi kawasan rehat untuk lokal di taman yang dihiasi dengan pepohon rendang.

Prophet Suleiman Mosque

Masjid ini antara masjid suci yang menjadi tapak keramat bagi sesetengah penduduk di Diyarbakır kerana dikatakan di sini lokasi Nabi Sulaiman merantai jin. Malah, di sini juga terdapat 27 makam para sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkorban semasa penaklukan Diyarbakır.

House of Cahit Sıtkı Tarancı

Cahit Sıtkı Tarancı (1910-1956) adalah seorang penulis Turki. Rumah ini adalah rumah di mana beliau dibesarkan dan kini menjadi muzium menempatkan antara 152 koleksi peribadi beliau dan ahli keluarga selain menceritakan tentang evolusi seni termasuk muzik di Diyarbakır.

Dicle Bridge

Disiapkan pada 1065 dengan batuan volkanik hitam, Jambatan Dicle terletak di Diyarbakır dan merentasi Sungai Tigris. Di bawah jambatan sepanjang 178 meter ini terdapat 10 pintu gerbang. Dahulunya digunakan untuk kenderaan lalu lintas tapi disebabkan nilai sejarah, dia kini menjadi salah satu kawasan tarikan. Jambatan baru dibina satu kilometer jauh daripada jambatan ni.

 Batman 

Hasankeyf

Waktu aku datang ni panas dia, masyaAllah! Tapi sebab pemandangan luar biasa, aku gagahkan diri juga untuk berdiri tengah panas merakam kenangan dekat sini.

Hasankeyf terletak sekitar satu jam setengah perjalanan dari Diyarbakır. Ia sebenarnya satu kawasan penempatan yang dibina di tepi Sungai Tigris. Apa yang menariknya, ia memiliki sejarah menjangkau seribu tahun dengan menjadi penempatan Mesopotamia terawal membangunkan pertanian dan penulisan.

Nota Tambahan

Aku suka sangat dengan Diyarbakir sebab suasana dia. Tak kisahlah panas, tapi suasana dia yang laidback, tenang dan orang-orang dia yang mesra buat rasa macam dialu-alukan. Kalau korang ada masa, jalan-jalanlah sekitar kota diorang. Tak sesak pun dan banyak barangan murah. Aku sempat beli topi berharga 15 Lira (RM11). Sampai ke Malaysia aku suka pakai topi ni. XD

Artikel ini terlaksana terima kasih kepada Turkish Tourism (Malaysia), Turkish Airlines Malaysia dan Gaya Travel Magazine.

RELATED POSTS

40 komen

  1. Apa pendapat korang tentang Diyarbakir? Share lah di ruangan komen ni. ;)

    BalasPadam
  2. Ya Allah! Seronoknya tengok Hasif kongsikan pengalaman kesana. Bika cx baca, rasa macam masuk dalam cerita. Memang menarik bila mengetahui sejarah² disana. Mudah²an cx berkesempatan dpt ke snaa. Banyak sejarah islam yg masih kekal untuk kita terokai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. Mudah-mudahan lebih ramai lagi rakyat Malaysia sampai ke sini untuk menelusuri sendiri susur galur budaya Islam kat sini. Sangat membuka mata tau!

      Padam
  3. Akak suka mereka masih kekalkan senibina seperti masih di zaman Uthmaniyyah...classis sangat pemandangan kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak. Alhamdulillah nampaknya diorang sangat menjaga dan di kawasan macam Diyarbakir ni pun nampak tak terkesan sangat pun dengan arus pembangunan moden.

      Padam
  4. Wow Batman hehehe ingat ada apa kat sana wakakakaka... Tapi tengok semua tempat yang pergi menarik dan juga seronok nanti bawa kita bercuti sekali kat sini boleh tak Hasif hehehe teringin nak pergi Turki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada rezeki memang teringin ke sini lagi. Cantik sangat tempatnya dan budaya diorang pun menarik! :)

      Padam
  5. bestnya, tempat impian nak pegi. cantik cantik gambar. kenal tempat orang dan paling penting negara islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah mudah-mudahan satu hari nanti Mek Yunie pun akan sampai ke sini. Amin!

      Padam
  6. Bestnya jelajah sebegini kan.
    Next time, ajak Rawlins sekali boleh? Rawlins sanggup jadi tukang angkut beg dan ambil gambar Hasif hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaALLAH, Rawlins. Hahaha. Sampai jadi tukang angkut beg tu tak tahan! XD

      Padam
  7. Tak pernah dengar nama tempat2 ni if baca orang pergi Istanbul. Actually banyak betul tempat bersejarah dekat sana erk..tertarik dgn Great mosaue dan Hasan Pasa tu.. wishlist ni nak kebtempat macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Turkey sebenarnya luas lagi, bukan setakat Istanbul dan Cappadocia dan bahagian yang orang belum tahu lagi nilah yang menarik dan bersejarah. :D

      Padam
  8. Bestnya tempat ni Hasif. Cantik senibina dia dn penuh dengan sejarah.
    Kalaulah ada rezeki memang nak pergi ke tempat2 mcm ni. Doa2kan ya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, semoga suatu hari nanti akak pun akan sampai ke sini. Memang sangat menarik untuk dilawati!

      Padam
  9. Hasif...Marsha pernah jejak turki ni tahun 2014 tapi tak pernah jejak lagi kawasan yang Hasif pergi. Wah sangat best! Memang wajib repeat ni Turki. Dulu pergi istanbul, bursa, cappadocia, pamukkale, ankara tapi yang Hasif pergi ni baru tahu nama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebab ni bahagian Tenggara Turki yang jarang orang tahu, terutama rakyat Malaysia. Banyak tarikan bersejarah dan tempatnya pun cantik-cantik belaka!

      Padam
  10. Cantik² senibina kat sana.

    Mereka masih kekalkan ciri senibina zaman Uthmaniyyah.

    Baru tahu pasal kisah Masjid Nabi Sulaiman tu, tq Hasif share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Kebanyakan kawasan adalah bangunan bersejarah jadi memang struktur asal dikekalkan. Sangat menarik!

      Padam
  11. Bro selalu travel overseas? Mcm best je. Kalau terbayang turki, selalu igt istanbul je. Banyak juga tmpt menarik yang lain rupanye. Ni kira backpakers la kan? Ke amik pakej jugak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, nak kata selalu tak lah juga. Kadang-kadang. Hihi. Tak ini bukan trip backpackers.. Ini fam trip dengan Tourism Turkey Malaysia. :)

      Padam
  12. Bestnya Hasif dapat kenal negara orang. Nama tempat banyak yang sis belum pernah dengar, tp cantik betul ye. Gambar pun semua cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Yaya! Alhamdulillah diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk melancong ke sini. Moga-moga suatu hari nanti Yaya pun akan sampai ke sini juga. :)

      Padam
  13. Seronoknya ke Turki. Tak sangka ada tempat namanya Batman. Haha. Teringin nak melancong ke negara2 mcm Turki ni. Sbb boleh belajar pasal tamadun islam jugak. In shaa Allah suatu hari nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, mula-mula saya dengar pun teringat filem Batman tu. Yup, di Tenggara Turki ni menarik untuk belajar tamadun Islam selain tamadun-tamadun lain juga.

      Padam
  14. bestnya Hasif !! seronok tengok hasif ke sana ke mari tengok negara org. gambar pon cantik-cantik. kita dah lama sangat menyimpan hasrat utk ke turki tapi xde rezeki lagi. tak sangka banyak rupanya tmpt menarik kat turkey nie. selalu org bercakap pasal istanbul dan cappadocia je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih, Zharif! Betul tu, ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Turki yang bukan setakat cantik bahkan sangat bersejarah! :D

      Padam
  15. Pernah singgah Istanbul masa transit dulu. mmg betul kalau sebut turki, tiga tempat pertama akan jadi pilihan. Tapi entri ni buatkan saya rasa nak tambah tempat must visit kalau pergi turki. Wah! Thanks share tmpt yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, thank you! Moga-moga artikel ni bermanfaat. Seronok untuk teroka Turki ni sebenarnya!

      Padam
  16. Nama tempat unik.. Batman, tu.. Hehehe.. Tapi nice giler tgk, cantik je smeua.. Untung awak dpt pergi tengok negara orng..mesti banyak tempat bersejarah kan dekat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kak! Kebanyakan bangunan bersejarah pun masih dikekalkan lagi. Sangat unik!

      Padam
  17. Nice... Tengok gambar pon rasa seronok, apatah lagi orang yang berjalan. Teruskan usaha anak muda!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih! Hihi. Kalau ada rezeki cubalah jalan-jalan ke Turki!

      Padam
  18. seronoknya berjalan2 tgk tempat orang..tak pernah sampai kat sini lagi..tapi mmg by kali baca pengalaman org ke sini...semua kata tidak mengecewakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Turki memang best untuk travel sebab banyak tempat-tempat menarik untuk diteroka. Saya sendiri pun kalau ada rezeki nak ke sini lagi. :D

      Padam
  19. Wah cantiknya Turki! Selalu tengok dlm tv je. Banyak juga tmpt2 sejarah kt sini. Boleh masuk dlm wishlist ni. Thanks share Hasif. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. You're welcome, Faries! Moga-moga suatu hari nanti Faries pun ke sini juga. Turki best!

      Padam
  20. Such a beautiful place u went! I never been to Turkey before, so many historical building to visit and take photos too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Really hope you can visit Turkey one day. It is such a beautiful, exciting country!

      Padam
  21. Never heard of Diyarbakir and Batman before. Thanks for sharing, Hasif.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.