Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Apa yang Menarik di Terengganu?

5:46:00 PTG Hasif Hamsyari 49 Comments Category : , ,

Terengganu antara negeri favourite aku. Sebab di negeri Darul Iman ni, masih banyak aspek yang masih terpelihara misalnya budaya dan alam semulajadinya. Bahkan suasana kampung di Terengganu jugak macam tak terkesan dengan arus pembangunan yang pada aku satu keunikan yang membuatkan Terengganu lebih menarik.

Baru-baru ni aku singgah lagi ke Terengganu untuk satu program familiarization trip (FAM trip)  Terengganu NOW and Forever kerjasama antara Terengganu Tourism dan Gaya Travel Magazine. Program ini bertujuan untuk membawa penggiat media meneroka sebahagian lagi tarikan dekat sini. Fokus trip kali ini ialah di area Setiu, Marang dan Kuala Terengganu.

Jom baca lagi antara tempat yang kami singgah...

 SETIU 

Terrapuri Heritage Village

Terrapuri dalam bahasa mudahnya bermaksud Tanah Istana-Istana (Land of Palaces). Bukan sekadar nama, di sini menempatkan 20 vila tradisi yang berusia dalam anggaran 100 hingga 200 tahun! Dan setiap vila ini pula bukanlah vila biasa tetapi vila unik yang setiap satunya mempunyai cerita tersendiri. Setiap vila ini dibawa dikumpul di sini daripada pelbagai tempat.

Pengunjung boleh memilih untuk menginap di mana-mana vila di sini dengan pelbagai kemudahan lain juga tersedia termasuk kolam renang. Tapi kalau sekadar mahu masuk dan mengetahui sendiri cerita, korang boleh masuk dengan bayaran RM22 seorang termasuk refreshment.

Keropok Goreng Pasir

Aku sempat melihat demonstrasi masakan tradisional kat Terrapuri ni. Tahukah korang bahawa zaman dulu, orang menggoreng keropok menggunakan pasir? Pasir yang diambil daripada pantai akan dibersihkan beberapa kali sebelum dikeringkan di bawah matahari dan dipanaskan sebagai pengganti minyak masak!

Pantai Penarik, Kampung Mangkuk

Kampung ni barangkali antara kampung yang popular di Malaysia, terima kasih kepada media sosial serta beberapa buah filem yang dikatakan melalukan melakukan penggambaran di sini antaranya filem Pulang (2018) dan Hikayat Merong Mahawangsa (2011). Dari pantai ni, korang boleh melihat Pulau Bidong dan Pulau Redang. Kalau bernasib baik, korang akan dapat melihat bagaimana nelayan memunggah hasil tangkapan selepas menangkap ikan!

Rumah Botol

Siapa sangka, dari rasa tanggungjawab untuk memastikan pantai bebas daripada sampah berbahaya, ia kini menjadi hobi sehingga didirikan sebuah bangunan khas untuk menempatkan koleksi kutipannya. Itulah yang berlaku pada Tengku Mohd Ali @ Tengku Enduk Tengku Mansur yang telah mengumpul botol kaca sejak 2005 sehingga sekarang. Untuk tempoh itu, beliau telah mengumpul lebih empat ribu botol dengan setiap satunya membawa makna tersendiri buat beliau. Walaupun pernah digelar 'gila' hobi beliau tetap diteruskan. Malah ada antara koleksinya juga adalah botol daripada negara luar seperti Filipina, Amerika Syarikat, Mexico dan Perancis.


 MARANG 

Kampung Jambu Bongkok

Pernah menjadi viral disebabkan keindahannya yang disebar luas di alam maya, Kampung Jambu Bongkok mendapat nama daripada pokok jambu laut yang mencondong ke darat. Aku dimaklumkan populasi kampung ini sekitar 1,853 orang. Dekat sini, korang boleh jumpa rumah-rumah kecil yang didirikan di tepi pantai yang sesuai untuk bersantai.

Bris Sand

Ini antara tarikan yang kebanyakan orang kampung sendiri tak tahu. Ia terletak berdekatan dengan Kampung Jambu Bongkok, betul-betul di tepi jalan sebelum papan tanda Hutan Simpan Jambu Bongkok. Kalau kawasan kampung memberikan pemandangan desa yang mendamaikan, kat sini pula menyediakan pemandangan cukup dramatik, persis filem fantasi! Apapun, ia antara kawasan yang sedang dibangunkan sebagai satu lagi produk pelancongan di Marang.

Manis Sokmo Enterprise

Manisan Nira (atau juga dikenali Nisan Nira ialah gula yang diambil daripada pokok kelapa. Manis Sokmo antara syarikat keluarga yang terkenal dengan penghasilan Nisan Nira. Manakan tak, bos besarnya, Puan Suri Abdul Ghani mempunya pengalaman lebih 15 tahun dalam industri ini. Malah, beliau turut memiliki ladang kelapa seluas 15 ekar di belakang rumahnya. Selain Nisan nira, produk lain yang dihasilkan termasuklah gula-gula kelapa, cuka kelapa, jus nira dan dodol daun palas.

Pulau Kekabu

Waktu aku datang tu kebetulan hari minggu jadi memang agak ramai orang yang datang ke sini untuk beriadah. Rata-rata pengunjung ialah warga lokal yang datang bersama keluarga. Memang padanlah, pulau ini sendiri didirikan sebagai sebuah taman rekreasi keluarga. Ada banyak kemudahan seperti tandas, taman permainan serta pelbagai lagi servis lain termasuk berkuda yang memang menjadikan lokasi ini sangat mesra keluarga.

 KUALA TERENGGANU 

Dusun Warisan

Terletak di Kampung Sungai Tong, dusun seluas 20 ekar ini tentunya akan menjadi lokasi kegemaran bagi penggemar buah-buahan tempatan. Dari durian, rambutan, pulasan, manggis, langsat, nangka, cempedak dan buah salak, semuanya boleh didapati di dusun ini.

Pada musim buah-buahan (Ogos dan September), korang boleh singgah ke sini dan nikmati kesemua buah-buahan tanpa had dengan bayaran cuma RM50 seorang, termasuk seorang guide yang akan menerangkan dusun berkenaan!

Andaikata belum musim, korang masih boleh ke sini untuk pelbagai lagi pakej yang boleh diatur antaranya family day, piknik, barbeku, berkhemah dan sebagainya. Untuk lebih lanjut korang boleh hubungi 017 936 5638 (Syakirin) atau 017 927 5838 (Mira).

Rumah Warisan Haji Su

Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed atau Haji Su antara individu terkenal di sekitar tahun 1840 sebagai seorang usahawan, khususnya dalam bidang perkapalan. Nama beliau diabadikan pada nama kampung ini iaitu Kampung Losong Haji Su. Rumah warisan ini ialah bekas tempat tinggal beliau dan keluarganya. Sekitar 2008, rumah ini dibiar tidak berpenghuni sebelum kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membeli dan membaik pulih kerana seni binanya yang kuat dengan ciri pertukangan Melayu. Dengan kos sekitar RM3.7 juta, rumah ini akhirnya dibuka kepada orang awam pada 2017.

Bengkel Bot di Kampung Losong Haji Su

Kami berkesempatan berkunjung ke salah satu bengkel bot yang terdapat di Kampung Losong Haji Su dan bertemu dengan Pakcik Azman Mohd. Beliau memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam pertukangan bot dengan cara tradisional. Malah sewaktu kami datang, beliau dan rakannya masih dalam proses menyiapkan sebuat bot gergasi yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta apabila siap sepenuhnya! Harga itu sebenarnya sangat berpatutan mengenangkan dedikasi mereka bertukang setiap hari serta jenis kayu berkualiti yang digunakan (cengal dan seraya).

Wanisma Craft & Trading

Perusahaan keluarga yang bertapak sejak 1948 ini kini diketuai Wan Mahadi Wan Ismail. Beliau bersama sejumlah pekerjanya masih mengekalkan pembuatan tembaga melalui kaedah tradisional. Untuk yang belum tahu, tembaga Terengganu antara produk berkualiti yang terkenal di Terengganu. Ia biasanya dijadikan bahan hantaran sewaktu majlis perkahwinan, barangan rumah dan cenderahati. Selain tembaga, perusahaan ini juga turut menjual batik khas Terengganu yang menggunakan teknik blok.

Pasar Payang

Kata orang, tidak lengkap ke Terengganu kalau tidak singgah ke Pasar Payang. Ikonik sepanjang zaman sejak 1968, Pasar Payang bagaimanapun kini telah dirobohkan atas keputusan kerajaan negeri untuk membina Pasar Payang yang baharu dengan fasiliti lebih baik. Ia akan disiapkan dalam tempoh dua tahun. Namun sementara menunggu, pengunjung masih boleh mendapatkan barangan seperti makanan, pakaian, kraftangan dan sebagainya di Pasar Payang 2 yang didirikan sebagai bangunan sementara.

Pantai Tok Kite

Pantai ini agak terpinggir - kurang orang dan bersih. Ada beberapa tempat bergambar yang Instagram-worty didirikan demi menarik pelancong. Lebih daripada itu, terdapat juga sebuah restoran kecil yang menghidangkan ikan, udang dan sotong celup tepung (lagi makanan popular Terengganu) misalnya Warung SCT Che Am.

Sunset Cruise di Taman Tamadun Islam (TTI)

Ini kali kedua sebenarnya aku menaiki cruise ni tapi sebelum ni belum ada Terengganu Drawbridge tu lagi. Dalam perjalanan lebih kurang 45 minit, aku dapat menyaksikan tarikan-tarikan di sepanjang pinggiran Sungai Terengganu. Selain Terengganu Drawbridge, ada Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu, Pasar Payang dan pemandangan lain seperti perkampungan nelayan serta paya bakau.

Warisan Sari

Gamelan Terengganu dikatakan berasal dari Riau-Lingga dan dibawa masuk ke sini melalui Johor dan Pahang. Selepas bergenerasi, aku kagum budaya ini masih kekal dipertahankan sampai sekarang contohnya melalui Warisan Sari ni. Kalau dulu tarian ni hanya dipersembahkan pada upacara tertentu berkenaan kerabat diraja, kini ia boleh dipertontonkan kepada seluruh masyarakat.

Kalau nak tonton persembahan tarian di sini kena booking awal dan perlu dalam kumpulan besar. Boleh hubungi 6013 982 8747.

Pertandingan Gasing Tradisional

Waktu aku datang kelmarin, sempat singgah ke pertandingan gasing tradisional di Kuala Nerus. Sempatlah aku belajar yang gasing ni mampu mencecah berat sehingga lima kilogram dan diperbuat daripada kayu penaga. Dan tertarik juga aku melihat sambutan dia - luar biasa. Moga sukan tradisional macam ni terus dipertahankan!

Terradala

Dimiliki oleh pemilik Terrapuri juga, tempat ni bermakna 'Land of Dala Flowers' yang merupakan sebuah kafe dan juga galeri seni. Tapi sesuailah dengan namanya, konsep makanan dan pameran kat sini juga berkonsepkan tradisional. Malah pengunjung juga boleh mendapatkan cenderahati eksklusif mereka di sini.

Uptown Kontena

Tempat ni dah agak lama popular juga. Bahkan aku sendiri rasanya kali kedua/ketiga kot ke sini. Haha. Tapi memang syoklah sebab tepi pantaikan. Lagi unik sebab kedai-kedai kat sini sebenarnya ialah kontena yang diubahsuai. Selain kafe, kat sini juga ada jualan bundle dan sesuai juga untuk korang yang suka seni jalanan - ada grafiti dan busking juga.

Apalagi tempat menarik di sekitar Setiu, Marang dan Kuala Terengganu? Apakata kongsikan di ruangan komen supaya lebih ramai orang lebih tahu. Almaklumlah, tahun depankan Tahun Melawat Malaysia. Jom kita semarakkan!

RELATED POSTS

49 komen

  1. Akak tak pernah explore Terengganu lagi...banyak tempat menarik kat sini rupanya..akak pernah sampai kat Kemaman je..itupun atas urusan kerja...menarik la..boleh masukkan dalam wishlist nanti ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Moga-moga artikel ni bermanfaat. Yup, Terengganu banyak lagi tempat best tau!

      Padam
  2. ahhhh terengganu has always have a special place in my heart tau! memang sejak kecik family suka bercuti ke sana. Sekarnag dah makin banyak tempat dibangunkan utk jadi tarikan, which is great! tak sabar nak pergi lagii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, Nisa! One thing I like Terengganu sebab dia sangat tenang dan orang-orang dia pun friendly. Macam rasa dialu-alukan sangat bila ke sini. :D

      Padam
  3. Banyak tempat yang tak tau lagi ni. Terima kasih atas perkongsian. View Pantai Penarik tu awesome betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Terima kasih... Yes, Pantai Penarik antara lokasi paling cantik kami singgah dalam trip ni. Hihi.

      Padam
  4. Laaa.. Nisan nira namanya. Sis mati2 ingat gula melaka 😂 Orang bagi sis first time guna. Mmg sedapla buat onde2. Minggu lookdepan trip p kelantan n ganu bole lah sis singgah mane yang sempat ni. Dulu pegi ganu banyak tempat tak singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa benda yang sama juga sebenarnya. Haha. Cuma lihat pada jenis pokok yang digunakan je rasanya.

      Padam
  5. Wahhh!!! Banyaknya tempat menarik yang boleh dikunjungi di Ganu Kite... hehehehe... last saya ke Terengganu rasanya dalam 18 tahun yang lalu... memang banyak betul perubahan yang telah berlaku ni... okay, boleh plan ke Ganu Kite kalau gini... nak pergi kat tempat-tempat yang menarik tu semua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uisy lama sangat dah tu. Hehe. Memang masanya lah untuk ke Terengganu! Semoga artikel ni bermanfaat ya!

      Padam
  6. Great sharing indeed. I have never been to Terengganu before & now is totally inspire to travel there for the coming holidays with my family!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Glad that it helps! Yeay! Hope you will enjoy your holiday with your loved ones in Terengganu! 🙌

      Padam
  7. Banyak betul tempat menarik di Terengganu ni. Tempat cantik, banyak perkara boleh lihat dan ambil tahu. Belum pernah ke negeri tu lagi. Bolehlah letak dalam wishlist ni.


    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Ini baru di tiga bahagian tau. Bahagian lain pun banyak lagi tarikan! 😍

      Padam
  8. Banyak sangat benda menarik kat Terengganu kan Hasif. Saya sendiri dah berapa kali ke sini pun tak pernah rasa puas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Ada je benda baru yang boleh discover. bertuah betul negeri Terengganu!

      Padam
  9. Dah Lama x pergi Tganu rasa rindu pulak nak gi sana. Banyak juga tempat menarik boleh dilawati. Lia pun tak sempat nak visit semua. Anyway suka gmbr mmg lawa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Kalau nanti lapang boleh lah melancong ke Terengganu pula! Mesti berbaloi!

      Padam
  10. Rawlins tak sampai lagi sejak adanya drawbridge tu. Manakala Terrapuri tu memang keinginan yang lama dipendam tapi belum berkemampuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh maknanya memang kena datang ke Terengganu lah. Hihi. InsyaAllah nanti satu hari Rawlins mesti akan sampai juga.

      Padam
  11. best ! tapi ni kat penarik kan. boleh singgah sini. biasa akan berhenti kat sini bila nak makan celup tepung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Celup tepung dia memang terkenal tau! And mostly segar2 pula tu!

      Padam
  12. lama dah tak ke tganu. menarik sangat tempat2 dia skrg ni. harus pegi la camni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Yes! Kalau bawak kawan2 atau keluarga mesti lagi best!

      Padam
  13. Perghh. Byk betul tmpt warisan terengganu yg belum aku lawat. Walaupun kampung sana, rupanye byk stay rumah je selama ni ��. Goreng keropok guna pasir pun first time tahu. Sedap ke? Tak rasa pasir ke makan nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Yes, itu yang best pasal Terengganu ni. Ada je produk baru yang buat kita rasa berbaloi kita pergi setiap kali. Ada sikit juga rasa pasir tu. XD

      Padam
  14. Drawbridge tu kena lalu n singgah if ke Tganu bebila nanti. Something new and satu kebanggaan kan. Unik nya yang goreng keropok pasir tu Hasif. Teruja sat tengok .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, Terengganu best dan memang wajib ambil gambar dengan drawbridge tu sebab ikon baru negeri Terengganu kan. Keropok goreng pasir tu pun first time saya saksikan sendiri tau. XD

      Padam
  15. Terrapuri tu omg bucketlist nya!!! Pasni g setiu sy nk try singgah2 laa btw pantai penarik tu mmg fev sy tp xpnh jmp lg spot tu omg tang mana tu!! Kna cari ni ble outstation sne lg

    BalasPadam
  16. Oh my, so much things to be done there! I went there last year, unfortunately it was during muslim eve's so there's so many places were closed. I will go there again this coming weekend, can't wait to take look of the places from your article

    www.adlinatasyaa.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. This coming weekend? That is close! Hope you will enjoy travelling to Terengganu and hope this article will be a great help to you. Safe travels ya!

      Padam
  17. Memang cantik negeri Terengganu ni, saya trip hari tu pun first time ke Terengganu, rasa tak puas sbb byk tmpt menarik lgi yg belum smpat nk pgi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Banyak lagi tempat menarik yang saya sendiri pun belum discover habis lagi. Hihi.

      Padam
  18. BESTNYA RUPANYA BANYAK YANG MENARIK DAN HEBAT KAT TERENGGANU YANG KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BELUM HABIS JELAJAH LAGI HEHEHE TAPI PALING TERINGIN NAK PERGI KE JAMBATAN ANGKAT TU BESTNYA MESTI IA MENJADI TARIKAN BARU KAT SANA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, lepas ni kalau ke Terengganu memang tak lengkap kalau tak bergambar dengan jambatan angkat ni tau! Hihi.

      Padam
  19. Banyak tempat menarik rupanya ade dekat sini..pergh..memng nad belum pernah pergi lagi..Terengganu nanti i datang ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Semoga artikel ni dapat membantu bagi idea next time akak ke Terengganu!

      Padam
  20. Terengganu memang banyak tempat menarik. Jarang dapat berjalan sakan kat sini. Tp mmg wish nak jelajah terengganu satu hr nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga nanti tercapai. Tak perlu pergi jauh pun, dalam negara banyak lagi yang menarik untuk diteroka!

      Padam
  21. Kalau bercakap pasal Terengganu, kita suka makanan dan pantai. Tak dinafikan kat Terengganu banyak pantai yang cantik2 dan makanan yg sedap2. Keropok lekor tok beng, celup2 tepung kat tepi pantai tu..fuhhh, sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly! Sambil bersantai dengan keropok di tepi pantai, memang best sangat. Tenang je rasanya. :D

      Padam
  22. Wah banyak tempat akak tak pernah sampai lagi..walau dok teganu dah 6 tahun ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! Lama tu. Haha. Maknanya nanti kenalah cari masa jalan-jalan Terengganu. Orang kata, playing tourist! :D

      Padam
  23. Saya masih tak pernah sampai ke Terengganu. Teringin sangat nak jalan2 area sana. So I bookmarked this post for future reference.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Semoga artikel ni membawa manfaat. Terima kasih banyak ya! Dan selamat melancong ke Terengganu! :D

      Padam
  24. Dari semua itu, aku paling suka sunset river cruise, Terengganu Drawbridge, Masjid Kristal, dan Pantai Penarik.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.