Jalan-Jalan ke Janda Baik, Raub dan Sungai Lembing
Seriously talk, guys. Malaysia ada banyak tarikan yang sangatlah rugi kalau kita sebagai rakyat tempatan tak terokai sendiri. Baik budaya, sejarah dan alam semulajadi. Ha, kalau cakap tentang alam semulajadi, salah satu negeri pilihan aku ialah Pahang!
Demi menyemarakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020, aku dan empat orang lagi rakan blogger (Mawardi Yunus, Farah Dafri, Emas Putih dan Ayu Jean) ke Pahang. Fokus trip kali ini adalah aktiviti lasak dan glamping sekitar Janda Baik, Raub dan Sungai Lembing.
Visit Malaysia 2020
|
JANDA BAIK
Tiarasa Escape
![]() |
Sekitar bilik aku daripada jenis Dragonfly Tented Villa. |
Kebun Buah Tin

Dimiliki oleh Encik Khairul Azmi Mohamad, kebun di Janda Baik ini memiliki sebanyak 330 pokok ara. Ia baru saja memulakan operasi sejak Februari lalu. Lawatan ke kebun adalah percuma namun sekiranya mahu memetik buah segar, caj yang dikenakan adalah RM80 per kilogram. Rasa buah ara ini manis dan boleh langsung dimakan dengan kulitnya.
![]() |
Kredit: Mawardi Yunus |
Waktu perkhidmatan:
Selasa-Khamis: 3 petang hingga 12 tengah malam
Jumaat: 11 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu: 8 pagi hingga 12 tengah malam
Memiliki 15 chalet, satu banglo dan satu kotej, resort ini juga turut mempunyai kolam renang, padang serba guna dan restoran.
Sesuai untuk percutian keluarga mahupun team building, tetamu yang bermalam di sini pastinya tak akan bosan sebab banyak aktiviti boleh dilakukan antaranya menaiki ATV, berbasikal, trekking, melawat ke kebun buah tin, taman rusa dan kandang kuda.
Sekitar kawasan restoran ini katanya dahulu pernah menjadi lokasi majlis keramaian yang selalu dianjurkan oleh sultan. Bahkan restoran ini juga pernah menjadi kediaman inang Sultan. Namun kini ialah telah menjadi restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan tradisional. Antara yang patut cuba ialah tilapia berlada, ikan pekasam, kari kambing, keli sambal, kerabu kacang botol dan gulai daging. Puas hati!
Selasa-Khamis: 3 petang hingga 12 tengah malam
Jumaat: 11 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu: 8 pagi hingga 12 tengah malam
Bidaisari Resort


Restoran Pulau Santap

RAUB
Tanah Aina Fahad

SUNGAI LEMBING
Lombong Bawah Tanah Sungai Lembing
![]() |
Kredit: Mawardi Yunus |
Dalam kes Sungai Lembing, ia cukup terkenal di mata dunia dengan kekayaan hasil bumi terutamanya bijih timah sebelum harga bijih timah jatuh menjunam pada 1985. Di sinilah terletaknya satu terowong bawah tanah bertingkat yang dikatakan antara terpanjang di dunia (sekitar 322 kilometer!). Tapi hari ini, terowong yang dibuka untuk pelancongan hanyalah sepanjang 600 meter.
Antara aktiviti yang tak boleh dilepaskan ialah menaiki lokomotif lama yang akan membawa pengunjung sekitar 80 meter ke Terowong Tai Pei Tong, salah satu terowong utama kat sini! Bahagian dalamnya kini dah dilengkapi dengan pencahayaan, jalan yang luas, beberapa patung dan alatan sebagai menggambarkan keadaannya dahulu selain papan-papan informasi.
Harga tiket:
Warganegara: RM15 (dewasa) / RM7.50 (kanak-kanak)
Bukan warganegara: RM30 (dewasa) / RM15 (kanak-kanak)
Muzium Sungai Lembing

Harga tiket:
Warganegara: RM2 (dewasa) / Percuma (kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah)
Bukan warganegara: RM5 (dewasa) / RM3 (kanak-kanak 6-12 tahun) / Percuma (kanak-kanak lima tahun dan ke bawah)
Kedai Makan Pok Yeh
Kredit: Mawardi Yunus |
TBox Sungai Lembing

Sate Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi
Walau bagaimanapun, pelangi hanya akan muncul sekitar jam lapan hingga 10.30 pagi. Dan ia sangatlah bergantung kepada keadaan cuaca. Menurut guide kami, waktu paling sesuai untuk datang adalah Januari hingga Mac dan pada waktu tertentu, pengunjung boleh nampak sampai dua lapis pelangi!
Nak sampai ke sini memerlukan pengunjung menaiki 4WD dari pekan Sungai Lembing (jalan agak kasar sekitar satu jam) ke Lubuk Beruk sebelum meneruskan perjalanan trekking selama 30 minit.
Pakej ke sini cuma RM60 seorang (minimum lima orang). Aku cadangkan korang hubungi Encik Muhammad Ridzaldin Sukimi @ Tomas Smith di talian +6 012 9479 516.
Baca pengalaman penuh dan tips ke Air Terjun Pelangi di sini.
Nasha Foodcourt

37 komen
I ni namanya anak jati Pahang tp byk tempat i lom gi rupanya. Hehhe tp i pernah stay kat tanah aina fahad tu..mmg lawa hahah pastu leh mandi sungai
BalasPadamKan! Meriah tau kalau ke Tanah Aina Fahad dengan kawan-kawan. Siap boleh campfire semua. Konfem happening!😍
Padamterbaik infonya.. tempat ni la saya teringin sangat nak pergi.. masa posting di semenanjung dulu tak ambil ke sempatan ke sini.. sekarang dah jauh di sabah.. gambar pun cantik-cantik.. terbaiklah!!
BalasPadamTak apa.. Masih dekat lagi tu. Kalau ada singgah ke Semenanjung singgahlah barang sehari dua ke sini! Apapun terima kasih! 😍🙏
PadamThe pictures are so beautifully taken! Never been to Raub, but thanks for showing us how beautiful is Raub :) God bless you!
BalasPadamThank you so much, Vee! Hopefully you'll come to Raub one day. Bring your family and friends along, you guys gonna love it! 😍
PadamMalaysia tempat yang menarik yang belum rakyat Malaysia sendiri terokai dan nikmati.Terima kasih bro sudi berkongsi pengalaman..
BalasPadamBetul tu. Sayang kalau kita sendiri tak bercuti di negara sendiri. Jom semarakkan Visit Malaysia 2020!
PadamDah masuk Visit Malaysia 2020 rupanya . This year tak banyak berjalan, Insya Allah next year K.Sal try planning. Tq info !
BalasPadamYeah.. tak lama je lagi! Yup, tak perlu jalan jauh-jauh pun, dalam negara sendiri banyak lagi untuk diteroka!
PadamWah banyak juga ya yg menarik dkt Pahang ni. Pahang antara negeri yang jarang saya pergi. In shaa Allah lepas baca artikel hasif ni boleh dah kut merancang untuk bercuti next year. :)
BalasPadamYeay! Thank you so much, Aerill. Semoga artikel ni membawa manfaat ya. :)
PadamKita pernah sekali tersesat kat Sungai Lembing heheh tapi time tu tak ada lagi semua tempat menarik ni heheh sekarang dah jauh berbeza yer.. Suka nya tengok air terjun Pelangi cantik banget....
BalasPadamKan!dekat je bang Maha. Hehe. Nanti boleh singgah!
PadamUntungla dapat merasa tidoq kat Tiarascape. Kak Bell tau resort ni masa launch aritu dgn PSTiara. Buah tin tu baru tahu boleh makan dgn kulit2 nya sekali? Pernah juga baca 1 artikel melawat ke sg.lembing, nampak menarik juga sebab hasil tinggalan sejarah kita zaman dulu. Bila nak jemput iol ikut ni? Haha
BalasPadamHehe.. Alhamdulillah.. Semua tempat ni taklah jauh sangat dari KL kak Bell! And yeah. Saya pun baru tau boleh makan dengan kulitnya sekali!
PadamPerghh memng Malaysia banyak tempat menarik kan..syoknya tengok..banyak tempat yang tak pernah pergi lagi..pelangi tu memnag luck sangat dapat mcm tu
BalasPadamItulah kak. Tak perlu pergi jauh, dalam negara pun banyak sangat tarikan. Dekat... Murah pun murah!
PadamBestnyaaa cuti2 kat hutan. Dekat dgn hijau. Dapat hirup udara yg segar. Puas sgt rasa. Tak pernah pergi lagi semua tempat tu. In shaa Allah nak pergi. Suka tempat2 macam ni. Tapi kalau nak pergi kena tinggal anak la hehehe
BalasPadamHehe. Atau tunggu anak besar sikit pun boleh. Lagi meriah kalau pergi ramai2! 😃
PadamRawlins teringin nak ke Janda Baik dan menerokai keindahan alam semula jadi seperti ini. Bestnya bila dapat camping dan lepak dalama lam semula jadi - mesti segar je
BalasPadamBetul tu Rawlins! Bangun bagi ditemani bunyi unggas hutan dan air sungai... Fuh memang tenang je rasa. 😃
PadamBerbaloi trekking untuk dapatkan gambar pelangi tu. Cantik sangat. Banyak juga tempat Qiss tak pernah sampai ni. Nak gi juga lah nanti.
BalasPadamYes perlu tu! Alang2 dah dekat kan, sayang kalau tak sampai ke sini. Bawak kawan atau ahli keluarga ramai2 - mesti lagi best!
PadamDah lama teringin sangat nak pergi air terjun pelangi ni. Kena hiking tak ek nak ke sini? Jeles je tengok bila orang update. Btw, pelangi tu mmg hari hari ada atau nasib je?
BalasPadamTrekking 30 minit je. Dan macam saya kata, pelangi tu depends pada cuaca, antara jam 8am hingga 10.30am. 😁
PadamBanyak betul tarikan kat Pahang rupanya. Lawa-lawa plak tu tempatnya. Dalam semua tempat yang awak senaraikan ni satu pun sis tak pernah pi lagi. huhu
BalasPadamAlamak yeke. Haaa ini buat wajib pergi ni! Dekat je Kak Bee! Hihi.
PadamMasa zaman belajar dulu pernah singgah kat sini. Memang best. Suka dengan air terjun dia mmg sejuk giler
BalasPadamKan! Segar mandi manda kat sini dengan pelanginya lagi. Cantik sangat!
PadamTak pernah pergi tempat-tempat ni. Pahang pernah jejak kuantan je. Bolehla jalan kat raub, sungai lembing dan tempat lain kat pahang nanti
BalasPadamSempena tahun melawat Malaysia ni, bolehlah jalan-jalan ke area lain pula! Bawa famili sekali mesti best!
Padamwah menarik juga tempatnya ni. patut la ramai yang suggest untuk ke Janda Baik, ada macam2 juga tu nampaknya
BalasPadamYes! Untuk short getaway yang dekat dengan KL, Janda Baik memang best!
PadamJom hasif repeat travel skali. dah lama x travel sekali ni. eh eh
BalasPadamJom! Pahang banyak tempat best. Apalagi 2020 ni tahun Melawat Malaysia, kan! Jom #CutiCutiMalaysia! ;)
PadamBanyak tmpt lagi yg AM belum pegi di Pahang nie yea.. Boleh la masukkan dalam wishlist utk trip 2020 nie bercuti n jelajah ke negeri pahang
BalasPadamTinggalkan komen di sini.