Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Menginap di Tiarasa Escape, Janda Baik

10:41:00 PTG Hasif Hamsyari 20 Comments Category : , ,


Kalau korang Google di mana lokasi best untuk merasai sendiri glamping (glamor camping) di Malaysia, mesti korang akan jumpa Tiarasa Escape ni. Resort yang dimiliki oleh Datin Seri Tiara Jacquelina ni cukup terkenal dengan konsep glamping di tengah hutan dalam suasana yang cukup eksklusif.

Baru-baru ni aku ke sini untuk merasai sendiri pengalaman menginap kat resort ni. Betul ke cantik dan sangat eksklusif macam yang pernah diviralkan? Hmm...

LATAR BELAKANG

Pintu masuk ke lobi Tiarasa Escape.
Dari Kuala Lumpur, perjalanan ke sini mengambil masa sekitar satu jam je. Kalau korang biasa ke Janda Baik, mesti korang tau yang sekitar kawasan ni sangatlah nyaman dan menghijau. Sebab tu pada aku, Tiarasa Escape ni sangat sesuai kalau korang nak cari penginapan yang tak berapa jauh daripada kota, tapi cukup jauh daripada hiruk-pikuknya. Gitu!
Antara ruang menarik di bahagian lobi.

Seperti yang aku katakan tadi, Tiarasa Escape ni dimiliki oleh Datin Seri Tiara Jacquelina. Daripada kajian aku, katanya resort ni diilhamkan daripada memori zaman kanak-kanak di mana beliau seorang yang cukup aktif dan sukakan aktiviti outdoor.

Sebagai memberikan pengalaman yang lebih bersifat peribadi, Datin Seri Tiara sendiri terlibat secara langsung dalam memberikan sentuhan eksklusif untuk setiap khemah kat sini tau!

BILIK

Di Tiaras Escape ni ada 20 khemah safari yang hampir sama konsepnya macam khemah di Afrika, cuma bukanlah di padang savanna - sebaliknya di tengah hutan rimba. Aku punya bilik daripada jenis Dragonfly Tented Villas dengan harga RM990 per malam.
Rupa bilik aku dari luar.
Khemah aku dilengkapi dengan katil bersaiz king, kemudahan wi-fi, pendingin hawa, pengering rambut, kemudahan minuman serta ruang tandas (attached bathroom). Serius, dalam kebanyakan masa, aku rasa lagi selesa untuk sekadar bermalasan dalam bilik semata-mata. Haha.
Antara bahagian di bilik aku.


Ruang tandas yang cukup elegan. Aku suka design lantai tu!
Selain Dragonfly Tented Villas, jenis khemah lain termasuklah Hornbill Tented Villas (RM1190 per malam) dan Rajah Brooke Family Suites (RM1590 per malam).
Ficus Treetop Villas.
Jauh ke dalam lagi, korang akan nampak lima buah rumah pokok. Ha, untuk kategori ni (Ficus Treetop Villas) pula berharga RM1190 per malam.

KEMUDAHAN

Kafe Rasa.
Rata-rata yang datang ke sini selalunya untuk pengalaman staycation semata-mata, bermakna memaksimakan waktu dalam kawasan sekitar resort saja. Kalau di Tiarasa Escape, aku rasa aktiviti dan kemudahan yang disediakan di sini tak kurang menarik.
Our evening tea session!
Salah satu kemudahan paling utama, ialah kafe Rasa. Kat sini korang boleh dapatkan makanan sepanjang menginap kat sini. Sarapan pagi adalah termasuk dengan harga bilik jadi waktu lain, perlu booking di kaunter sewaktu check-in. Setiap hidangan juga boleh dihidangkan di mana-mana kawasan yang dimahukan, misalnya di kafe Rasa ini sendiri atau di dalam bilik. Makanannya pun beraneka dan macam-macam lagi aktiviti boleh diatur misalnya BBQ Dinner under the Stars dan Afternoon Tea Picnic by the River.
Antara menu yang kami nikmati sepanjang menginap di Tiarasa Escape.
Antara kemudahan yang cukup ikonik pula ialah wading pool iaitu kolam renang yang cetek, sekadar merendam kaki saja. Serius nampak sangat eksklusif dan selamat khususnya untuk anak kecil.
Wading pool.

Tapi kalau merendam kaki belum cukup memuaskan, korang boleh melampiaskan kehendak korang tu dengan bermandi-manda di Sungai Enderong yang terletak bersebelahan je dengan resort ni. Airnya tenang namun akan deras kalau waktu hujan. Kalau ada anak kecil, perlu pastikan bahawa mereka sentiasa di bawah pengawasan orang dewasa. Di sepanjang sungai ini juga ada beberapa khemah piknik yang tersedia untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa. 
Antara khemah piknik yang tersedia bersebelahan dengan sungai.
Kalau punya bajet lebih, pihak Tiarasa Escape pun boleh menyediakan servis kelengkapan piknik supaya korang dapat bermalasan dengan lebih eksklusif. Ha, nak buat kejutan hari jadi pun boleh.

Memandangkan Tiarasa Escape ni terletak di tengah hutan dan udaranya pun segar, waktu malamnya akan jadi lebih romantik bilamana langit akan dihiasi dengan gemerlapan bulan dan bintang. Jadi, salah satu aktiviti best ialah stargazing (ini kena book di kaunter resepsi dahulu).

Selain tu, kalau cuaca mengizinkan, ada aktiviti moonlight cinema juga yang mana korang boleh menonton wayang sambil berbumbungkan langit. Kalaulah dah ada pasangan, mesti lagi romantik! Haha. Tapi kalau cuasa tak mengizinkan, aktiviti menonton wayang pun boleh dilakukan secara indoor. Oh, popcorn pun disediakan!
Rasa santai sangat tonton movie kat sini...
Bercakap tentang aktiviti indoor, korang boleh juga meminjam board games untuk mengisi masa terluang dengan ahli keluarga atau kawan-kawan korang secara percuma atau meminjam buku di lobi.

Atau kalau nak explore lebih lagi, cubalah nature walk dan birdwatching. Selain tu, ada aktiviti menyalakan unggun api dan banyak lagi lah! 

SOALAN LAZIM

Antara soalan yang aku terima waktu buat live updates di Instagram aku kelmarin ialah, "Banyak nyamuk tak?". Daripada pengalaman aku, tak banyak nyamuk pun. Aku juga difahamkan antara sebabnya, sekitar kawasan resort ni ditanam dengan pelbagai jenis pokok herba termasuklah serai wangi yang memang terkenal sebagai penghalau nyamuk. 

"Macam mana dengan pengangkutan dari lobi ke khemah atau khemah ke khemah? Jauh tak?" Bergantung. Ada yang dekat, ada yang jauh. Tapi pada aku tak ada masalah pun kalau berjalan kaki. Dan kalau masih berat rasa kaki melangkah, telefon saja kaunter resepsi, perkhidmatan buggy disediakan.

KESIMPULAN

Aku pernah merasai glamping beberapa kali sebelum ni jadi aku berani untuk katakan yang Tiarasa Escapes adalah antara yang terbaik setakat ni, hampir dari segala sudut. Untuk harga RM990, sebenarnya pada aku masih berbaloi sebab lokasinya yang nyaman, kelengkapan dan deko bilik yang memang sangat eksklusif serta servis yang cukup memuaskan.

Sekali-sekala berbelanja lebih dan meluangkan masa dengan yang tersayang, apa salahnya kan? Sesiapa saja boleh datang kat sini pada bila-bila masa tapi kalau korang tengah fikirkan kat mana tempat untuk berbulan madu yang tak perlu pergi jauh-jauh, well, aku harap korang dah jumpa jawapannya. ;)

Untuk maklumat lanjut tentang Tiarasa Escapes, layari www.tiarasaescapes.com atau hubungi +6012 8877777 atau emel tiarasa@enfiniti.com.my

Artikel ini terhasil dengan kerjasama Tiarasa Escapes dan Tourism Malaysia. Terima kasih!

Ayuhlah semarakkan Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menggunakan #VisitMalaysia2020 di media sosial! Jom melancong di dalam negara!


RELATED POSTS

20 komen

  1. Pernah ke sini sebelum ni? Apakata kongsikan pengalaman korang di sini!

    BalasPadam
  2. Memang lawa kan? Adoiii ritu tgk gambar2 u all gi memang lawa sangat. Insyallah nanti if ada rezeki leh la ke sini bawak family

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik Kak Min! Sangat nyaman dan menenangkan. Kalau ada rezeki dan kelapangan, Kak Min kena datang sini tau!

      Padam
  3. cantiknya kawasan dia..menarik ni. dok dlm suasana semulajadi...holiday ngn kwn2 pun best kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kalau dengan famili atau kawan-kawan mesti lagi meriah. Banyak masa berkualiti boleh dihabiskan kat sini. :D

      Padam
  4. Wow! Cantik ya... ni mesti tempat yang vip vip selalu turun glamping sbb harganya pun boleh tahan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha. Mungkin juga. Tapi berbaloi dengan harganya, tempat ni sangat tenang, eksklusif dan layanan pun istimewa. :D

      Padam
  5. Oh my god, best giler tempat dia..nama je glamping tapi kelengkapan semua lengkap..macam dekat hotel..seronok dapat stay dekat sini dlam hutan yang menghijau..tennag je ni

    BalasPadam
  6. Wahhh bestnyaaaa. Huda suka tempat macam ni. Menikmati kehijauan sambil release kan kepenatan bekerja. Thank you for suggestion

    BalasPadam
  7. Alahai seronoknya tidur seorang kat katil tu hehehe selesa tempat ni cantik dan sangat menenangkan cuma kalau malam seram juga hehehehe tapi ramai orang tak apa wakakakaka best lah nak pergi juga selalu tengok orang upload jer tunggu Hasif ajak lah hehehehe....

    BalasPadam
  8. Tak pernah ke sini. Cantik tempatnya. Harga boleh tahan juga ye

    BalasPadam
  9. Ya Allah selesa betul nie Hasif !! Penuh dengan kehijauan. Rasa syok je kalau stay sini. Nak pergi jugak !!! πŸ˜–

    BalasPadam
  10. Pernah nampak tmpt ni dekat dalam cerita Rahsia Hati Perempuan...
    Teringin nak stay.. Tpi tengok harga ni rasa mcm nak pitam🀣
    Tak mampu lagi hakak nak stay siniπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
    Bestnya kalau dpt stay

    BalasPadam
  11. cantik tempatnya. dianjurkan program macam ni kan untuk grounding. selesa pun ya juga

    BalasPadam
  12. i dh lame nk cuba glamping bt x pasti yg mana paling best. thanks for sharing, definitely trying out tiarasa!

    BalasPadam
  13. Pernah dengar pasal tiarasa escape ni. Tapi tak tahu pulak ianya kepunyaan Tiara Jacquelina. Nampak macam menarik tempatnya, berpadanan dengan harga.

    BalasPadam
  14. Wow! Unique and interesting Tiarasa Escape ! Just got to know it via your sharing, really cozy and back to nature environment ! Must be great for recharge!

    BalasPadam
  15. serius best stay kat sini. kalau dapat stay 2 malam lagi puas kan. nasib x baik hujan lebat pulak tempohari. Tapi Alhamdulillah syukur dapat merasa stay kat sini

    BalasPadam
  16. Never heard of Janda Baik before, ternyata ada di Pahang.

    I love the room that it has a common room and seating area. Bilik shower pun adorable! Selesa dan aku suka natural themed bathroom macam tu. Whoa, ada banyak aktiviti. Boleh makan bersama, stargazing, piknik kat river, tonton movie, a great way to spend a weekend getaway with friends or the loved ones.

    BalasPadam
  17. I love to visit this hotel. The view is so amazing as well as their foods. Thanks for sharing this article.

    Check out my website for the best food delivery in JB.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.