Pengalaman ke Air Terjun Tumpak Sewu dan Goa Tetes, Lumajang + Tips

Dalam trip kami ke Bromo November lepas, kami memang ada tetapkan satu hari untuk ke Lumajang sebab kat sini ada Air Terjun Tumpak Sewu dan Goa Tetes. Ini semua idea Abang Zarnizar sebab dia memang suka buat waterfall hunting. Little did I know that it was then be officially one of my all-time favourite waterfalls...
VIDEO TUMPAK SEWU + GOA TETES
PERJALANAN & BAYARAN MASUK
Selepas jalan seharian di Bromo, kami menginap di homestay airbnb di Malang. Esoknya, dalam jam lapan pagi, barulah kami memulakan perjalanan ke Air Terjun Tumpak Sewu. Air terjun ini terletak di Desa Sidomulyo, Daerah Pronojiwo di Lumajang. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang tiga jam. Sempatlah sambung tidur dalam van. Haha.
Air Terjun Tumpak Sewu terletak bersebelahan dengan Goa Tetes je. Harga tiket masuk adalah seperti berikut:
Tiket masuk ke Air Terjun Tumpak Sewu: Rp10 ribu / orang
Tiket masuk ke Goa Tetes: Rp10 ribu / orang Parkir: Rp10 ribu / kenderaan *Rp10 ribu = sekitar RM3 |
AIR TERJUN TUMPAK SEWU

Air Terjun Tumpak Sewu turut dikenali dengan nama Coban Sewu dan Tebing Nirwana. 'Sewu' bermaksud 'seribu' dalam Bahasa Jawa dan ia sebenarnya merujuk kepada struktur geografi air terjun ini sendiri yang seolah-olah memiliki ribuan air yang mengalir turun. Malah dari pembacaan aku, ada yang kata air terjun ini memiliki seribu sumber air.
Air terjun setinggi 120 meter ini juga unik kerana memiliki struktur yang menampakkannya seolah-olah tirai kain. Apa yang menjadikan ia lagi dramatik ialah pemandangan Gunung Semeru yang melatari air terjun ini. Serius, dari platform yang tersedia, pemandangan yang dapat dilihat persis lukisan!
Kami beruntung sebab waktu kami datang tu, cuaca sangat baik dan kami dapat melihat pelangi di air terjun ni. Tips untuk melihat pelangi, silakan datang sekitar jam 11 pagi.
Kami beruntung sebab waktu kami datang tu, cuaca sangat baik dan kami dapat melihat pelangi di air terjun ni. Tips untuk melihat pelangi, silakan datang sekitar jam 11 pagi.

Kalau korang jenis adventurous macam kami, adalah disarankan untuk korang turun dan melihat pemandangan air terjun daripada bawah. Kanak-kanak, warga emas dan ibu mengandung adalah sangat tidak disarankan kerana laluannya agak berbatu dan licin. Malah ada laluan yang terpaksa meredah air terjun dan sungai-sungai kecil.

Perjalanan yang terasa agak lama sebenarnya cukup berbaloi bila dah sampai kat bawah tu. Kalau pemandangan dari atas saja dah cukup memukau, pemandangan dari bawah rupanya berkali ganda jauh lebih memukau!


Lama jugalah kami bermalasan kat sini. Lebih sejam rasanya sebab masing-masing nak ambil gambar terbaik dan menikmati pemandangan air terjun yang cukup rare ni.

GOA TETES

Senang nak cam Goa Tetes ni sebab batu kapur dia warna kuning coklat yang pekat. Dan sepanjang batuan ni pula ada titisan air yang barangkali menjelaskan nama tempat ni sendiri. Tak jauh dari pondok tadi ada satu kawasan kolam tak terlalu cetek (sekitar paras pinggang je) dan sangat best untuk bersantai. Dan dengan berlatarkan batuan batu kapur, pemandangan kolam semulajadi yang tak terlalu terbesar ni masih terlihat sangat epik!


Goa Tetes yang sebenarnya memang berupa gua. Ia terletak betul-betul di tebing batuan ini dan memiliki kolam sekitar bawah lutut saja. Apa yang membuatkan Goa Tetes ni sangat menarik pada aku ialah struktur batuan stalagmit dan stalagtit yang cool gila.



Berbaloi atau tidak ke sini? Pada aku, ya. Bukan semata-mata sebab Goa Tetes ni sendiri, tapi sepanjang perjalanan tu banyak juga tempat cantik-cantik macam kolam tadi.
TIPS
- Pastikan korang memakai pakaian yang sesuai untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. Elakkan memakai selipar dan pakaian yang terlalu labuh supaya selesa dan selamat bergerak.
- Sila bawa beg dan phone case kalis air.
- Kanak-kanak, warga emas dan ibu mengandung adalah tidak disarankan untuk turun ke dasar Air Terjun Tumpak Sewu dan Goa Tetes kerana perjalanannya berbatu dan licin. Boleh nikmati pemandangan dari platform atas saja.
- Sudah ada laluan untuk ke Air Terjun Tumpak Sewu dan Goa Tetes jadi pengunjung boleh ikut saja laluan sedia ada.
- Sebelum memulakan perjalanan, boleh makan di area parkir kereta. Makanannya murah dan sedap. Ada kedai makan ni juga menjual kasut getah.
- Untuk lihat pelangi, sila sampai di platform (pemandangan dari atas) sekitar jam 11 pagi. Bergantung pada keadaan cuaca.
- Kalau korang nak ambil gambar yang cantik-cantik, pastikan korang memakai pakaian berwarna terang macam oren, merah, biru muda, kuning dan sebagainya.
- Bersedia untuk berbasahan. Tak perlu bawa baju salin untuk turun ke dasar Air Terjun Tumpak Sewu dan Goa Tetes. Cuma salin di area parkir kereta bila dah balik. Ada tandas dan bilik mandi disediakan dengan bayaran Rp5 ribu.
- Sila pastikan korang naik kembali untuk pulang seeloknya sebelum 4.30 petang atau lebih awal.
GENTLE REMINDER (MISTIK)
Dalam perjalanan kami mendaki untuk balik, kami terserempak dengan sekumpulan lelaki warga lokal yang sedang dalam perjalanan ke Goa Tetes. Salah seorang antaranya dikatakan memiliki penyakit mistik dan mereka ke Goa Tetes untuk berubat.
Baru kami tau yang sebenarnya Goa Tetes agak terkenal dalam masyarakat setempat kerana dikatakan keramat dan menjadi tempat untuk berubat tradisional. Malah ada antara kami yang mempunyai kisah seram juga tapi cukuplah sekadar kami sendiri yang tahu.
Apapun, walau di mana kita pergi, betulkan niat untuk memperluaskan pengetahuan dan menghargai alam ciptaan-Nya. Jaga mulut dan tingkah laku, apatah lagi di tempat semulajadi yang tidak pula didiami oleh manusia kan. InsyaAllah, selamat. :)
KESIMPULAN

Dan aku tak exagerrate tentang kecantikan dua tempat ni juga tau. Memang cantik dan sejujurnya aku puas hati dengan dua-dua tempat. Malah pada aku bayaran dia pun tak terlalu mahal. Orang lokal yang kami terserempak pun semuanya cukup membantu dan mesra pelancong.
Sama ada korang masih ragu-ragu atau memang dah tertarik lepas baca entri ni, korang kena datang dan nilaikan sendiri. Hehe.
35 komen
Sudah pernah sampai ke sini? Ceritakanlah pengalaman korang kat ruang ni!
BalasPadambelum pernah, macam mana nak share. aaa lawanya view . ni baru dalam gambar ni
BalasPadamCopy link je. Haha. Yes, bila tengok depan-depan memang lagi cantik, Mimin!
PadamPernah ke Bromo tapi belum sempat ke kawasan air terjun ni semua. Cantik gambar2 yg diambil.
BalasPadamTerima kasih, Kak Fas. Yeah, andai kata ada plan repeat Bromo, boleh singgah ke sini. Sangat berbaloi!
PadamCantiknye tempat dia. Tenang je tengok pemandangan kat sini. Sonok gi tengok negara orang
BalasPadamYes, kak. Seronok melihat keindahan alam semulajadi. Hilang stres sekejap. Hihi.
PadamBestnya! View dia pun cantik-cantik juga. Tak pernah sampai lagi ke sini. Lama dah pencen masuk hutan ni. Hahahaha.
BalasPadamYes! Definitely one of my best trips juga ke sini. Hihi. Wahhh nanti bolehlah masukkan tempat ni dalam bucket list juga!
PadamCantik sangat tempat. Rasa tenang je. Teringin nak pergi suatu hari nanti :)
BalasPadamYes! Sangat berbaloi ke sini!
PadamCantiknya view kat sana.. I nampak macam ada pelangi dalam gambar tu.. Cantik sgt.. Lama tak nak nmpk pelangi
BalasPadamYup! Waktu mula-mula sampai memang nampak terus pelangi tu. Besar dan cantik sangat!
PadamCantiknya gambar, buatkan kita yang tengok rasa berkobar kobar pulak nak pergi. Harap2 satu hari nanti dapatlah kesana
BalasPadamTerima kasih, kak. Hihi. Hopefully one day pun akak akan sampai ke sini. Amin!
PadamKenapa gambar² pemandangan sejibik macam poskad .. seriously lawa. Dah sampai sana kalau tak bergambar sure nyesal kan
BalasPadamTerima kasih, kak! Yup. Memang rasa teruja dari atas tu lagi bila nak turun ke bawah. Hehe.
PadamLooks beautiful the view. Been to Indonesia many times but never been here before.
BalasPadamThen you should include this into your bucket list! Really worth it! Hehe.
PadamSangat cantik ciptaan Tuhan yang jarang-jarang sekali kita tau dan terokai, bertuah ko Hasif dapat sampai ke situ...nama tempatnya pun Sis pertama kali dengar ni haaa...
BalasPadamWarung kopi tu, ko minum tak kopinya Hasif? Kadang warung macamtu kopinya sedap hehehehe
Alhamdulillah... Memang best sangat kak sampai ke sini. Warung kopi tu kitorg singgah sekejap je tapi sempatlah minum. Lebih teruja nak ke air terjun je sebenarnya. Hihi.
PadamCanteknyaaa.. x jemu.mata memandang.. tq tips yg diberikan terutama pakai baju warna terang
BalasPadamSama-sama, kak. Semoga one day kalau ada perancangan ke sini boleh lah refer artikel ni ya!
PadamSeronoknya pergi tempat yang view dia menarik macam ni. Semoga ada rezeki diri sendiri jugak nak pergi
BalasPadamAminn! InsyaAllah saya doakan. Memang seronok lagi-lagi kalau pergi dengan geng yang memang sekepala kan. Hihi.
PadamSubhanallah cantiknye view air terjun tu. Instagrammable btol. Terus hilang penat kan lepas nampak air terjun camtu. Tak pernah tengok pelangi secara dekat
BalasPadamyes, kak. memang sangat cantik tempat ni. dengan pelangi tu lagi... cukup epik!
PadamUishhhh, cantiknya pemandangan di Air Terjun Tumpak Sewu tu... siap ada pelangi lagi tu... kesemua shot gambar yang diambil memang dah macam jurugambar professional je yang snap... okay, nak letak kat dalam wishlist... ehehehe...
BalasPadamwahh besar pujian tu. terima kasih! yup, boleh masukkan dalam wishlist kalau ke Indonesia nanti!
PadamYa Allah cantiknya pemandangan air terjun tu.. Rasa seronok pula tgk hasif bersukaria kat sana. Hmm kena letak dlm bucket list to travel ni
BalasPadamAlhamdulillah... Hihi. Yang buat best sbb ada kawan-kawan sekepala juga.
PadamYa Allah cantiknya tempat ni Hasif... memang kaki travel ke nature dah hasif ni. Teruskan dgn perkongsian macam ni ye. tengok pun dah seronok
BalasPadamYeah... Memang more into nature bang. Terima kasih. InsyaAllah akan teruskan perkongsian travel selagi mampu. Hihi.
PadamMemang cantik sangat sangat pemandangan waterfall kat sini. Kena la bergambar banyak-banyak. Unik plak tu nampak air terjunnya..
BalasPadamYes.. Alang-alang dah sampaikan, better manfaatkan sebaiknya. XD Sangat berbaloi bila sampai ke sini!
PadamTinggalkan komen di sini.