Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

5 Tempat Menarik Mesti Pergi di Bromo + Video Vlog

8:33:00 PG Hasif Hamsyari 36 Comments Category : , ,

Kawah Bromo
Aku rasa bagi mana-mana traveller, Bromo mesti akan termasuk dalam senarai bucket list. Iyalah, Bromo masih dikira dekat dan murah terutama bagi traveller daripada Malaysia. Dan ini termasuklah aku. Jadi, November 2019 yang lepas aku dan lima orang lagi kawan aku (Zarnizar, Suzai, Khai, Syafiqah dan Tia) putuskan untuk pergi ke Jawa Timur, dan salah satu sebab utama adalah Bromo.

Kami beruntung sebab kebetulan ada dua orang member di Surabaya, Andy Pinaria dan Vander Armando yang tolong carikan kereta dan contact operator jeep di Bromo.

Secara keseluruhannya aku cukup puas hati sebab kitorang dapat experience Bromo sepuasnya. Haha. Iyalah, bila semua kaki ambil gambar, satu-satu tempat tu boleh makan masa yang agak lama juga. Nasib baik supir-supir kami pun jenis sempoi dan tak kisah.

Untuk artikel kali ini, aku senaraikan lima tempat menarik di Bromo yang aku singgah dan semuanya aku cukup rekomenkan kalau korang merancang ke Bromo nanti. Basically, semua tempat ni sangat cun untuk bergambar sepuas-puasnya (sebab itu makan masa yang lama. Haha). Moga bermanfaat!

 1. Bukit Kingkong 

Bukit Kingkong
Perfek untuk melihat matahari terbit, aku dan kawan-kawan bertolak dari base di Sukapura sekitar jam 3 pagi. Perjalanan ke bukit mengambil masa sekitar dua jam dan kami bahkan sempat minum kopi - ada warung-warung kecil berdekatan untuk berehat sementara menunggu masa matahari terbit. Tandas pun tersedia dengan bayaran Rp5 ribu sekali masuk.

Bromo sendiri memang terkenal dengan pemandangan matahari terbit jadi satu kerugian kalau korang lepaskan peluang ni. Dari Bukit Kingkong, korang bukan setakat boleh tengok matahari terbit, bahkan kawah Bromo yang popular tu. Dari sini juga boleh nampak tiga gunung iaitu Bromo, Batok dan Semeru.

Bukit Kingkong

GOOD TO KNOW: Bukit Kingkong lebih kurang sesak berbanding Bukit Penanjakan yang lebih popular. Bahkan sebenarnya Bukit Kingkong lebih rendah sedikit tapi masih cukup berbaloi untuk menikmati pemandangan tanpa pengunjung yang terlalu ramai.
Bukit Kingkong
Apa yang aku boleh katakan, ini adalah salah satu pengalaman menunggu matahari terbit paling epik pernah aku tengok. Biasan cahaya dan perubahan warna sekeliling memang cun gila - dari gelap gelita ke warna jingga cahaya dengan biru langit serta biasannya di sebalik pokok-pokok di lereng bukit dan gunung - fuh, mengancam betul! 

 2. Widodaren 

Widodaren
Gunung Widodaren ni terletak di belakang Gunung Bromo. Katanya kat sini ada gua yang tak ramai tahu. Tapi kami tak singgah pun ke gua tu sebab tujuan kami lebih kepada nak ambil gambar berlatarbelakangkan pemandangan gunung ni. Dan semestinyalah nak rakam kenangan dengan jeep oren yang kami sewa!

TIP: Sebelum korang book jeep, cuba tanya kalau boleh pilih warna jeep yang dimahukan. Supaya mudahlah korang nak rancang OOTD selain lebih menikmati menaiki jeep yang diidamkan.

 3. Kawah Bromo 

Kawah Bromo
Salah satu lokasi wajib kalau ke Bromo ialah ke kawahnya. Untuk ke kawah ini perlu berjalan kaki atau menaiki kuda dari tempat parkir jeep ke tangga kawah. Kami memilih untuk naik kuda dengan kadar sewa antara Rp100 hingga Rp150 ribu pergi balik. Kalau naik kuda akan ambil masa sekitar 15 ke 20 minit dengan jarak lebih kurang 400 meter.
Kawah Bromo

TIP: Kena bijak tawar-menawar untuk harga yang lebih murah. Aku nasihatkan untuk cuba lihat dulu kuda, pilihlah kuda yang sihat, kuat dan terjaga.
Kawah Bromo
Ada tangga yang tersedia untuk mendaki melihat kawah ini. Agak mengah jugaklah. Dan berdekatan dengan tangga itu pula ada satu pura kecil bernama Pura Luhur Poten, lokasi suci untuk masyarakat Tengger yang beragama Hindu melakukan ritual agama mereka dipanggil Kasada. Salah satu ritual termasuklah mengorbankan hasil tanaman, ternakan dan duit ke dalam kawah. 
Kawah Bromo
Apapun, pemandangan kawah memang cukup epik. Kena hati-hati juga sebab walaupun ada pegar batu, namun ada yang sudah roboh dan rosak. Bahkan sebahagian besar masih tidak berpagar.

 4. Bukit Teletubbies / Savana Bromo 

Bukit Teletubbies
Bukit Teletubbies menawarkan pemandangan gunung dan bukit yang menghijau, sisi lain yang jarang terlintas kalau kita cakap pasal Bromo. Iyalah, aku sendiri kalau cakap Bromo terus terfikir padang pasir dan gunung-ganang berwarna hitam. 
Bukit Teletubbies
Jadi tak keterlaluan kalau aku katakan yang bila sampai kat sini, macam berada kat tempat lain pula sebab persekitaran warna hitam dah berubah menjadi menghijau belaka.

 5. Pasir Berbisik 

Pasir Berbisik
Tempat terakhir yang kami singgah di Bromo ialah Pasir Berbisik. Tempat ini katanya pernah menjadi lokasi penggambaran filem berjudul sama lakonan Dian Sastrowardoyo. Tapi ia bukanlah dinamakan sempena filem berkenaan sebaliknya fenomena angin kuat di sini yang boleh menghasilkan bunyi seolah-olah seperti berbisik. 
Pasir Berbisik

TIP: Digalakkan memakai penutup hidung dan mulut kerana angin agak kuat. 
Nah, untuk lebih faham setiap tempat ini, jemput tonton vlog aku di Bromo!

Follow me on Instagram

RELATED POSTS

36 komen

  1. I tak tahu nak pilih yg mana.. sebab semua tempat wajib pergi kalau dah sampai Bromo ni.. Hehee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Walaupun puas, tak kisah rasanya nak pergi lagi ni. XD

      Padam
  2. adik ada pegi bercuti lastyear ke BROMO..dlm senarai tu ada beberapa juga die singgah..cantik viewnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, Bromo memang sangat mempesona. Merata-rata pemandangan cantik!

      Padam
  3. So far ada 3 destinasi yang rasa nak repeat pergi
    - Jeju
    - Bali
    - Bromo

    Cantik view kat Bromo. Sunrise dia paling cantik dari mana mana tempat yang pernah pergi setakat ni. Amazing view

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, kalau ke Jeju saya nak ikutlah. Haha. Yes, Bromo sangat berbaloi pergikan. Rasa puas sebab banyak tempat boleh pergi dalam satu-satu masa.

      Padam
  4. Aaa rindunya kat Bromo! Walaupun penat dengan mendukung anak tapi seronok hee hampir 5 hari jalan-jalan kat Surabaya guna private trip memang best. Tak sempat nak menulis dalam blog je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah dengan anak ke? Percutian dengan famili best juga sebenarnya kan. Oklah kalau private trip, kurang renyah dia sikit kan.

      Padam
  5. wohaaaa! tunggu lah habis PKP ni, memang plan travel ke Bromo la jawabnya.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha itulah. tapi tak pasti lagi bila akan ok kan. Mungkin nanti Malaysia dah ok, tapi Indonesia belum pasti lagi. Apapun kena tunggu jelah updates ya. #safetravels!

      Padam
  6. hiking bromo memang wishlist. hope cepat lah covid ni setel.

    BalasPadam
  7. Teringinnya nak gi Bromo. Doakan moga nanti kak min pun dapat jejak kaki ke Bromo lepas keadaan dunia dah reda dengan kes covid 19 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn insyaAllah.. Moga cepatlah vaksin ditemui dan keadaan pulih macam biasa!

      Padam
  8. Pertama kali ke Surabaya ketika mengikut rombongan inaugural flight MAS ke sana dan dapat juga lah pengalaman ke Gunong Bromo. Ya memang harus kena bertolak jam 3 pagi utk ke sana.

    BalasPadam
  9. Memang menarik sangat kelima lima tempat yang dikongsikan. Bukan tempat saja unik nama tempat pun unik. Bukit kingkong, bukit teletubbies, pasir berbisik..ishh unik sangat nama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kan. Dan semua tempat ni pun memang sangat cantik!

      Padam
  10. Belum ada lagi sampai Bromo..kalau Indonesia, setakat ni hanya ke Batam, Belitung dan Bandung aje...nanti ingat nak gak le ke Bromo ni..banyak pakej menarik yang ada kan..Jom laa Hasif buat travel pakej, Sis nak join hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kak. Memang kena ke Bromo at least sekali sbb sangat cantik! Wah buat travel pakej tu tak pernah terfikirlah pula. Hihi.

      Padam
  11. Subhanallah...cantiknya pemandangan. Moga 1 hari nanti dapat la jejak bumi Bromo ni. Teringin sungguh nak travel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn insyaAllah semoga satu hari akak pun akan sampai ke sini juga. Memang sangat berbaloi kalau ke Bromo ni. Hihi.

      Padam
  12. Banyak tempat dia.. Bukit kingkonv tu tgk matagri memang memlersonakan.. Eh semua tempat bestla.. Teringin nak datang negara orang. Video you best giler.. Arghh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang puas hati sangat ke semua tempat ni. Hihi. Btw thank you!

      Padam
  13. oo cantik tempatnya. saya tak pernah tahu pasal ni. jarang travel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh.. Sekarang dah tahu nanti boleh lah ke sini satu hari nanti ya. Cantik!

      Padam
  14. Canteknya tempat ni.. kalau pergi dengan kengkawan lagi best rasanya..mcm xpdc hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kena pula kalau pergi dengan geng sekepala kan. Havoc jadinya. Lebih fun!

      Padam
  15. Kita dah pernah sampai Bromo bestnya hehehehe tak sabar nak pergi lagi hurmmm tengok tempat orang lepas habis Covid ni nak pergi bercuti jom Hasif hehehe ajak lah kita hurmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Saya sendiri pun tak sabar nak travel ni. Janggal rasanya berbulan tak travel. XD

      Padam
  16. teringin nak bergambar atas 4WD tu. background pun cantik. tak tahu bila boleh start travel balik ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pose wajib kalau ke Bromo ni. hehe. itulah. semoga cepatlah dunia sembuh daripada Covid19. Amin!

      Padam
  17. Ya Allah, cantiknya keindahan alam ciptaan Illahi... punya banyak tempat yang nak dipilih untuk dikunjungi ni... tak bisa memilih dah ni... hehehehe... nanti apabila keadaan dah reda, insyaAllah nak plan ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes! semoga cepatlah covid19 ni habis ya. Bromo memang sangat cantik!

      Padam
  18. Alah jelesnya pergi bromo tu. Lia sebenarnya dah nak plan pergi bulan 4 tapi sebab pko. Harap 1 day dapat pi sana lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke... Sayangnya. Tak apalah, kita doakan covid19 cepat habis dan semua dapat kembali macam biasa. Amin!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.