Pengalaman Meneroka Kompleks Gua Ikan, Dabong

Tapi selain Gunung Stong yang terkenal sebagai lokasi pilihan para pendaki, Dabong juga ada kompleks gua yang cukup memukau dan masih jarang diteroka. Dari pengalaman aku baru-baru ini, kompleks gua batu kapur yang berusia lebih 150 juta tahun ini sememangnya satu lagi destinasi mesti pergi!
Cara ke Sini
- Dari Kota Bharu, perjalanan ke sini akan mengambil sekitar dua jam 40 minit.
- Boleh Waze Gua Ikan (Google Maps) dan parkir kereta di Taman Rekreasi Gua Ikan.
Info Ringkas Kompleks Gua Ikan
- Gua Ikan mendapat namanya sebab struktur batu kapur yang berbentuk seperti ikan. Dalam perjalanan, boleh nampak bentuk ikan ni.
- Ada empat gua yang dibuka kepada pengembara iaitu Gua Pagar, Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Gelap. Tapi, Gua Gelap lebih advance kerana memerlukan pengembara untuk berbasahan dan merangkak di dalam gua justeru bukan menjadi pilihan berbanding tiga yang lain.
- Gua-gua ini direntangi oleh sebatang anak sungai yang jernih.
Pengalaman Aku

Sekitar 9.30 pagi, kami mulakan perjalanan ke Gua Pagar. Pintu masuknya barangkali hanya pakar yang tahu kerana ia terletak betul-betul di pinggir jalan, berdekatan pintu masuk taman rekreasi tadi. Dari sini, perjalanan ke Gua Pagar mengambil masa sekitar 20 minit saja.

Gua Pagar: Meneliti Hidupan Gua dan Mencari Bukti Teori Evolusi

Selain tu, guide kami turun menunjukkan antara bukti teori evolusi yang menunjukkan bahawa gua ini suatu ketika dahulu ditenggelami air misalnya fosil rumpai laut yang menjadi batu dan melekap di dinding-dinding gua.
![]() |
Dari kiri: Kesan rumpai laut di dinding gua; Trapdoor spider. |
![]() |
Vaughan's Balsam. |
Dan kalau sudah namanya gua, aku juga tak melepaskan peluang untuk menikmati struktur batuan stalagmit di lantai gua dan stalaktit yang bergantungan. Ada macam-macam bentuk yang mencabar imaginasi! Keluar sikit daripada Gua Pagar, bahkan ada struktur batuan yang menyerupai kingkong! Ada yang menggelarnya "Monkey Head Stone".


Gua Keris: Fenomena 'God Light'
Bercakap soal stalagmit dan stalaktit, gua seterusnya yang kami singgah memiliki struktur batuan yang berbentuk keris! Dan disebabkan itulah namanya ialah Gua Keris. Selain struktur batu ini, ada tiga lagi keunikan yang buat aku kagum dengan gua ini.

Pertama, terdapat satu stuktur bukaan gua yang mirip peta negeri Kelantan. Barangkali satu kebetulan, bukaan gua gergasi ini juga melimpahkan cahaya yang menerangi ruang gua.

Kedua, pembentukan kristal (calcium calcite) serta proses awal pembentukan stalaktit dipanggil karst line. Malah ada satu ruang yang menyerupai langsir, terjadi daripada aliran air yang membawa bersama hablur mineral seperti kristal membuatkannya berkilau apabila disuluh cahaya. Struktur 'langsir gua' ini disebut 'flow stone'.


Ketiga, dan yang paling popular sehingga tidak keterlaluan jika disebut sebagai ikon Kompleks Gua Ikan, ialah fenomena 'God Light'. Fenomena ini terjadi bilamana bukaan di langit gua menyuluh cahaya matahari terus ke lantai gua. Fenomena ini cuma bertahan untuk 30 minit dan kejadiannya juga sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Jadi kalau pengembara dapat menikmati keindahannya yang luar biasa, kira memang cukup bertuah!

Gua Ikan: Senang dan Tenang


Gua Ikan adalah yang paling mudah. Laluannya mendatar dan ada sungai kecil di sepanjang gua. Kalau mendongak ke atas, ada sarang kelawar yang agak banyak. Struktur dinding gua juga tak kurang menarik jadi tak hairanlah mereka yang datang ke taman rekreasi akan singgah ke sini juga untuk merakamkan gambar!
Checklist sebelum ke Kompleks Gua Ikan
|
Kesimpulan

Kalau mahu meneroka Kompleks Gua Ikan, aku sangat cadangkan korang book guide daripada Jelawang Pipe Resort & Extreme Park sebab diorang ada guide bertauliah dan boleh terus ambil pakej menginap di sana juga. Boleh terus hubungi 014-832 4363 atau ke Facebook Rasmi.
Artikel ini terhasil melalui perogram Ekspresi Media Kelantan 2020. Terima kasih, Tourism Malaysia dan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan!
39 komen
Pernah ada pengalaman ke Gua Ikan ni? Kongsikanlah di ruangan komen!
BalasPadamteringin nak join aktiviti msuk gua mcm ni. tak berpeluang lg..wah kalau ambil gambar bawah god light tu mesti cantik kan
BalasPadamYes, kak. Memang sangat cantik. Fenomena yang jarang-jarang dapat disaksikan tau.
PadamCantiknya tempat dia. Kalo berpeluang ke sini mmg nampaknya akan snap gambar banyak2 la hehe..
BalasPadamYes, memang sangat cantik untuk bergambar. Lagipun banyak benda boleh belajar untuk lebih menghargai alam semulajadi. :D
PadamNak jugak join sebenarnya tapi akak ni fobia sikit masuk kat tempat2 tertutup lagini mula la takle nafas la, hilang deria rasa laa. Macam2 laa mai tang tu jugak. Sebab tu la takut nak join. Taoi tgk orang join suka la pulak .
BalasPadamMungkin kena berteman, bawa famili dan kawan-kawan mesti lagi best. Sekali-sekala meluangkan masa dengan yang tersayang sambil menikmati alam semulajadi best tau!
PadamMalu rasanya, sebagai anak Kelantan, saya sendiri pun belum pernah sampai ke sini. Banyak sebenarnya tempat menarik di Malaysia ni.
BalasPadamTak apa.. Tak terlambat lagi untuk meneroka negeri sendiri. Hihi. Yup, Malaysia bertuah dengan banyak sangat tarikan yang kadang-kadang kita sendiri pun selalu terlepas pandang.
PadamMemang seeonok menerikai gua hua di Malaysia ini tapi jika nak jelajah pun elok lah masa tengah muda dan kuat ya sbb paatu mcm sukar sikit dah tak larat nk panjat oanjat kan?
BalasPadamInsyaAllah boleh, bergantung tahap kesihatan masing-masing. Hihi. Pernah juga mendaki bukit dan gunung jumpa dengan auntie dan uncle yang masih bersemangat untuk mendaki. :D
PadamTu dia bestnya jalan2 masuk gua. Lama benar tak hiking mcm ni sejak pkp. Eh sejak beberapa tahun lepas. Haha. Nanti boleh start balik
BalasPadamHaa, dekat je bang. Bolehlah jalan-jalan nanti ke Kelantan pula!
PadamWow.....beautiful cave to explore. Good post and pictures. Thank you for sharing your story with me.
BalasPadamdalam banyak2 cuma tau gua keris je. hehe. tak pernah tau ada banyak gua yang menarik untuk diterokai. selalu pi jelawang aim nak hikinh stong je. lepaa ni boleh pi teroka gua pulak. thanks sharing
BalasPadamOh yes! Itulah, memang ramai aim ke Stong je tapi sebenarnya Gua Ikan ni pun kena masukkan dalam list tau!
PadamBestnya dapat menerokai gua2...cantik sangat dalam gua tu..teringin gak kmid nak join tapi x tahu larat ke tidak lagi nie.hahaha
BalasPadamInsyaAllah. Boleh daki slow-slow. Saya yakin Kak Mieda mesti boleh juga ni. Kak Mieda kan selalu bersemangat!
PadamFenomena God Light tue macam yang Kitkat g cari kat Hua Hin dulu2... Tapi ended up x kesampaian bergambar kat situ... Since Malaysia ada scene yang serupa tapi lagi cantik, kena pergi ni...
BalasPadamOh yeke! Menarik juga tau informasi ni. And yes, since Malaysia pun dah ada better kita jalan-jalan dalam negara dulu, apalagi waktu macam ni kan. Hihi.
PadamBest sangat tengok gambar. Dapat meneroka gua yang ada. Gua ni nad suka tengok sebb bentuk nya yang menarik. Satu gua je nak pernh masuk.. Dekat perlis ke Perak. Lupa pulak gua apa..
BalasPadamGua Tempurung ke? Hihi. Yes, banyak gua-gua menarik di Malaysia ni. Berbaloi sangat kalau dapat teroka semuanya one day!
PadamSubhanallah. Indahnya kejadian di dalam gua-gua nie semua. Rawlins teringin nak explore gua2 tapi sejenis nervous jika masuk kawasan sempit yang gelap
BalasPadamMungkin Rawlins kena pergi ramai-ramai baru kurang rasa nervous tu kot.
PadamSubhanallah.. leka saya melihat gambar2 dalam entri ni. Cantik sangat. boleh rekomen kat husband nanti ke sini. kalau kita tak boleh pergi, dia dengan geng2 dia la... cantik sgt tempat ni
BalasPadamAlhamdulillah, terima kasih! yes, berbaloi sangat meneroka gua ni. Banyak benda boleh belajar juga!
PadamCantiknya suasana dan pemandangan dikelilingi oleh flora yang sungguh menenangkan, best je feelingsnya... last masuk gua dulu saya rasa in 2002 kot, Gua Kelam kat Perlis... sya rasa teruja pula tengok gua-gua yang Hasif pergi ni... nanti bila berkesempatan, nak bawa family ke sinilah... insyaAllah...
BalasPadamBawa famili mesti lagi best sebab dapat spend masa berkualiti sambil menikmati keindahan alam semulajadi!
PadamLast time ke Kelantan nak masuk Gua Ikan tak kesampaian sebab hujan lebat sangat. Sempat masuk gua Gunung Reng je. Baca post ni terus rasa kena pergi.
BalasPadamOh, tak tau pula kewujudan Gua Gunung Reng. Saya kena teroka lagilah macam ni nampaknya. Hihi.
PadamCantiknya pemandangan dan ciptaan Allah. Tapi tu la za ni fobia tmpt sempit makanya mmg takleh nak explore tmpt mcmni
BalasPadamMungkin kena pergi ramai-ramai baru kurang rasa gugup tu sikit kot. Hihi.
Padamsaya jarang join aktiviti masuk gua ni.. macam fobia dengan gelap.. info menarik dan gambar pun cantik
BalasPadamOh, sikit je bahagian gua yang gelap. Lain lebih banyak yang luas dan terang.
PadamMesti mencabar nak masuk ke gua kan? Selalu tengok dlm tv je. Ni untunglah dpt tgk depan mata kan. Sume gambar cantik2
BalasPadamTerima kasih! Tak juga. Lebih kurang mendaki saja. Memang berbaloi meneroka Gua Ikan ni!
PadamBest nyer dapat pergi trekking and explore the caves at Dabong, sis belum perbah ke sana lagi .
BalasPadamHaa maknanya sis kenalah masukkan dalam bucket list! Hihi.
Padambucketlist.. hope one day dapat jejak kaki ke sini dan tgk God Light tu sendiri!
BalasPadamTinggalkan komen di sini.