10 Sebab Untuk Menginap di Tanjung Point Residences Kalau ke Pulau Pinang

Dalam trip aku dengan geng #HoHoPenang kelmarin, kami menginap di Tanjung Point Residences yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Dan sejujurnya, kami cukup berpuas hati kecuali satu perkara - kami harap boleh stay kat sini lebih lama lagi. T.T
Untuk memudahkan pembacaan korang, di bawah aku senaraikan kenapa aku rasa korang pun kena menginap di Tanjung Point Residences kalau ke Pulau Mutiara ini.
1. Penginapan jenis apartment
![]() |
Ruang dapur dengan ruang makan yang serba luas. |
Di Tanjung Point Residences ni ada tiga jenis apartment iaitu:
- Studio Apartment - berkeluasan 360 kaki persegi, satu bilik dengan katil Queen, boleh muat dua 2 orang.
- 2 Bedroom Apartment - berkeluasan 980 kaki persegi, dua bilik, boleh muat 4 orang.
- 3 Bedroom Apartment - berkeluasan 1,600 kaki persegi, tiga bilik, boleh muat 6 orang.
2. Bilik 3 Bedroom Apartment yang serba luas
![]() |
Ruang tamu dengan direct access ke balkoni. |
![]() |
Master bedroom dengan tandas yang luas. |
![]() |
Bilik kedua dengan katil twin beds. |
![]() |
Bilik ketiga dengan katil Queen. |
3. Kemudahan dalam apartment yang serba lengkap

- Pendingin hawa
- Kipas siling
- In-room safe
- Cadar dan tuala mandi
- Peti sejuk
- TV kabel
- Wi-fi
- Set seterika
- Pengering rambut
- Pinggan mangkuk
- Microwave oven
- Dapur
Nota: Kawasan Tanjung Point Residences adalah kawasan larangan merokok, termasuk di dalam bilik dan fasiliti awam. |
4. Pemandangan menghadap Laut Andaman

5. Kolam infiniti yang sangat luas

6. Kemudahan gimnasium

Untuk korang yang sukar meninggalkan rutin senaman, tak perlu risau sebab di Tanjung Point Residences ni juga ada gimnasium dengan kelengkapan yang cukup. Dengan kad akses apartment itu juga boleh digunakan untuk kemudahan gimnasium ni.
7. Dekat dengan banyak tarikan
Dari Tanjung Point Residences:
- Penang Avatar Secret Garden - 7 minit jalan kaki
- Gurney Drive - 15 minit dengan kereta
- Georgetown UNESCO Heritage Site - 20 minit dengan kereta
- ESCAPE Adventure Park - 25 minit dengan kereta
- ENTOPIA Butterfly Farm - 26 minit dengan kereta
- ... dan banyak lagi
8. Kemudahan parkir
Sejujurnya, aku rasa lebih selesa jalan-jalan di Pulau Pinang dengan kereta. Untungnya kalau menginap di Tanjung Point Residences ni, parkir kereta juga disediakan percuma. Jadi kereta pun dapat diparkir dengan selesa dengan keselamatan yang terjaga di dalam bangunan.
Nota: Kalau mahu sewa kereta, aku cadangkan korang sewa dengan HERTZ Malaysia. Kelmarin kami sewa Hyundai Starex. Sangat selesa dan prosesnya pun mudah. Ketahui lanjut: www.hertz.com |
9. Sistem sekuriti ketat dan pematuhan SOP Covid-19
![]() |
Lobi Tanjung Point Residences. |
Tanjung Point Residences juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19. Lagipun, sebagai traveller pun hal ini antara yang cukup aku titik beratkan bukan untuk keselesaan, tapi apa yang lebih penting kesihatan.
Setiap tetamu perlu merekodkan suhu setiap kali masuk. Hand sanitiser juga disediakan di kawasan awam selain topeng pelitup muka disediakan atas permintaan. Malah setiap staf juga perlu melalui prosedur termasuk merekodkan suhu sebelum melayani tetamu dengan jaminan tiada seorang antara mereka telah ke kawasan berisiko dalam tempoh 14 hari terakhir.
Lebih lanjut tentang prosedur yang dilaksanakan, boleh baca di sini.
10. Harga yang berbaloi
![]() |
Team #HoHoPenang (dari kiri): Khai, Pika, Suzai, Zarnizar, aku dan Amir. |
Nota: Memandangkan ini kawasan residen, ada house rules yang perlu diikuti. Boleh baca dan fahami di sini. |
Nah, sekarang aku rasa korang tak perlu susah-susah cari penginapan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak korang sebab di Tanjung Point Residences, semuanya serba ada!
Terima kasih juga kepada Tanjung Point Residences sebab jadikan percutian kami cukup selesa dan seronok!
Apapun, aku harapkan nanti korang menikmati percutian ke Pulau Pinang. Ingat, terus amalkan langkahan pencegahan dan ikut SOP!

48 komen
Pernah menginap di sini? Apakata kongsikan pengalaman korang di ruangan komen ni!
BalasPadammimin nak pinned lah entry ni. kalau covide dah pulih nak ke sana
BalasPadamYeah, should be okay, Mimin. Serius berbaloi lagi duduk di sini sbb konsep apartment. Selesa lagi-lagi kalau datang dalam grup besar.
Padamserius rumah ni nice giler, byg kan 3 bilik each room ada bathroom sendiri, thats definitely my fav!! senang kan tak pyh nk keluar cover2 head bile nk g toilet haha setel dlm bilik je. SELESA giler and sgt clean ye!!! harga pun affordable, definitely will comeback :') nice memories with u guys, i love u #HOHO geng!
BalasPadamKan. I rasa part ada toilet dlm setiap bilik tu is a strong point kenapa i suka apartment ni juga. Berbaloi sangat dengan harga dia. Btw yes rindu korang juga! ♥
PadamBest betul kalau dapat stay beramai-ramai satu rumah. Mesti kecoh. Pastu view plak andaman sea - terbaik kot!
BalasPadamYes. Dapat pula dengan geng sekepala kan. Haha. Serius fun teruk stay kat sini. 😍
Padamnampak cozy je. next time boleh stay sini. i am penangites tapi kalau balik selalu bawak my mom staycation kat town.
BalasPadamHaaa that's a good idea! Sesekali stay dalam suasana baru dan playing tourist kat negeri sendiri apa salahnya kan. 😍
PadamHighly recommended la tempat ni.. memang akan consider nak stay dekat Tanjung Point ni lagi kalau ke Penang nanti.. Weee~ Mishing you guys already !! awwwwwww
BalasPadamYup! Highly recommended and boleh repeat! Rindu korang jugaaaa
PadamEscape gaya apartment condo gitu. Memang wow view all the picas. Facility tiptop head to toe. Subhanallah cantik viu Laut Andaman. Kolam infinity. Lucky u all dapat pergi. Doakan kitaorang lak ye. Nice sharing brother!
BalasPadamYeah. Seronok sekali sekala travel ramai2 macam ni. Dapat pula tempat yang selesa macam Tanjng Point Residences ni. Berbaloi!
PadamCantiknya laut andaman tu walaupun keruh sikit but still cantik! Pool pun syok nak bergambar haha kemudahan semua lengkap serba-serbi. Berbaloi lah kalau stay dekat sini
BalasPadamYeah. Pemandangan laut dari apartment kami tu masih breathtaking. Angin lembut je sepoi2. Best!
Padamperghh memang best kalau dapat menginap di sini rasa macam duduk rumah sendiri pula..hehe
BalasPadamDefinitely! Sangat berbaloi dengan harga yg dibayar. 😍
PadamWaaah, ini ruangannya terlihat mode classic sih. Sangat cocok bila berkumpul bersama keluarga atau kerabat. Sambil rapat sambil liburan :D
BalasPadamTepat sekali! It'll be so much fun and the rate is reasonable too. In fact we can get more than what we pay!
Padamni yang akak komen kat IG harganya murah ni.. huu~ serius dengan kelengkapan dan view macam tu, peh !! akak suka.. tapi tu lah, untuk bulan ni kuota jenjalan dah habis.. try bulan depan plak.. hahahahah~
BalasPadamHaa tak apa. Now ada promo so boleh book dulu untuk cuti sampai tahun depan tau. Kena check website diorang. Anyway, moga satu hari akak pun akan sampai ke sini dengan famili!
PadamWah... Teruja tengok! Bila keadaan kembali tenang kita nak ajak family stay sini. Suka konsep apartment gini, lebih selesa dan harga pun ok! View laut tu cantik seyhhh...
BalasPadamExactly! To be honest, saya rasa kita dapat lebih daripada apa yang kita bayar. Memang berbaloi lagi2 waktu ada promo ni!
Padamwah best gila kalau dapat stay dekat sini! okay bolehlah nnti bawak family ke sini. sebab memang merancang nak staycation dkt penang tapi tak tahu dkt mana lagi. :)
BalasPadamYes! Macam tu kena rebut promo yang tengah berlangsung Aerill. Sebab berbaloi teruk tau. Hope you'll enjoy your vacation in Penang!
PadamBoleh masuk list ni, sebab lama snagat Sis tak pergi Pulau PInang ni.. last time anak sulung umur 4tahun weii...hahahaha
BalasPadamNampak selesa dan nyaman mata memandang stay sini..thanks Hasif sharing..
Alamak lama tu kak. Haha. Macam tu kenalah singgah nanti. Sekali-sekala jalan di Penang best tau. Sekarang pula macam-macam tarikan baharu dah ada!
Padamwuu wow best sangat dia travel lah... Gambar travel hasif semua cantik-cantik. Jeles dah lama tak dapat nak travel.. haha.. Anyway, good review hasif. InsyaAllah kalau ke Penang one day, akan jadikan ni salah satu dari pilihan untuk menginap
BalasPadamTerima kasih, bang! Yes, sekarang Pulau Pinang pun banyak dah tarikan best. Alang-alang berjalan boleh stay kat Tanjung Point ni. Selesa!
PadamWah best nyer pergi bercute beramai ramai with geng yang sekepala kan.
BalasPadamYup, we had so much fun! Sekali sekala bercuti dengan kawan sambil catching up memang syok.
PadamMy friend ada tanya where to stay kat Penang yang best! I will recommend ni kat mereka la... View pun superb.. Kemudahan pun tiptop... Best laaaa... Teringin nak stay situ juga...
BalasPadamHa, nanti bolehlah plan ke Pulau Pinang. Sekarang pun macam-macam dah ada di Pulau Pinang. Berbaloi sangat!
PadamI have stayed in this awesome place too during my previous visit to Penang. It is definitely one of the best places to stay.
BalasPadamRight! Love it to the max!
PadamI like that Tanjung Point Residences at Pulau Pinang provides kitchenette. Its so convenient esp for family vacation. I hope to go for beach holiday
BalasPadamThat'd be a great idea! Yup, if you prefer to cook your own meal, the kitchenette can be a great use!
PadamMemang npk cantik mcm duk hotel gak semua kemudahan ada tentu seronok klu bwk family
BalasPadamYes, memang sesuai sangat kalau stay di sini dengan famili. Ruang selesa, pemandangan cantik dan kemudahan pun serba lengkap!
PadamPerghhhhhh
BalasPadamCantik lah bilik dia
Yang best tu menghadap laut
Okay..lepas covid dah reda.. Nak pergi lah
Yes, Hans. Alang-alang lama tak ke Pulau Pinang tu bolehlah nanti stay di sini!
PadamSelesanya akak tengok hotel tu. Semua kelengkapan tersedia. Nampak persekitaran bagus untuk bawa kids juga ni. Tq share Hasif!
BalasPadamYes, kak. Memang sesuai untuk keluarga juga. Selesa dan serba cukup fasiliti yang disediakan kat sini!
PadamCantiknya bilik dia. Luas pulak tu. Ni kalau bawak ramai2 best ni.
BalasPadamYes! Memang seronok lagi-lagi kalau pergi dengan geng yang sekepala kan. Haha
PadamI mmg pernah stay sini mmg best gila duk sini.. Very spaciously and affordable.
BalasPadamIndeed! Lebih best sbb rasa macam duduk di rumah je. Berbaloi!
Padamnampak selesa dan lengkap stay sana...yg plg menarik kolam infiniti tu..terus rasa nak terjun mandi.
BalasPadamTinggalkan komen di sini.