Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman 'Forest Bathing' di The Habitat, Penang Hill

1:16:00 PTG Hasif Hamsyari 36 Comments Category : ,

Aku dah lama teringin nak ke The Habitat di Penang Hill (Bukit Bendera) ni. Sebagai yang suka hutan dan aktiviti outdoor, aku selalu teruja bila skrol Instagram dan nampak ramai betul yang enjoy bila berada kat sini!

Sebab tu trip #HoHoPenang baru-baru ni, aku dan kawan-kawan sepakat nak singgah ke The Habitat. Tapi lawatan kami bukan kosong-kosong sebab kami ambil pakej Forest Bathing!

Apa itu 'Forest Bathing'?
  • Ia adalah satu aktiviti berasal dari Jepun dengan nama 'Shinrin-yoku' bertujuan mengurangkan kadar stres dan bunuh diri yang meningkat waktu itu di sana.
  • Ia adalah aktiviti yang merangsang lima deria manusia bertujuan untuk menjadikan peserta lebih tenang dan rileks melalui terapi alam semulajadi.
  • Ia sekali gus dapat membantu tubuh menjadi lebih sihat.
  • Di Malaysia, The Habitat adalah satu-satunya tempat korang boleh cuba aktiviti ni. Ia mengambil masa sekitar dua ke tiga jam.

Sedikit ringkasan tentang The Habitat pula.

Sebagaimana yang mungkin korang dah tahu, The Habitat terletak di atas Bukit Bendera. Ia adalah kawasan hutan yang penuh dengan aneka flora dan fauna. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain bersiar-siar menikmati alam semulajadi. Antaranya Langur Walk, Zipline dan Curtis Crest Tree Top Walk yang semuanya aku sempat rasai dan aku akan ceritakan selepas aktviti Forest Bathing.

Forest Bathing

Aktiviti akan dimulakan dengan mengisi borang analisa untuk mengenal pasti tahap kestabilan emosi dan mental. Selepas itu, dengan bantuan naturalist yang bertauliah (shoutout to our guide, Mr Low), kami mula berjalan menerokai The Habitat sambil berhenti di beberapa point.

Setiap point ini ada fungsi masing-masing. Ada yang menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

Di setiap point ini juga, Mr Low akan sediakan semua kelengkapan macam kanta pembesar, karpet yoga dan sebagainya jadi kami cuma mengikut arahan dan menikmati dengan tenang.

Point pertama kami gunakan kanta pembesar untuk melihat tumbuhan sekitar The Habitat dengan lebih dekat, meneliti setiap bunga, daun, batang bahkan urat! Kami turut memegang beberapa tumbuhan yang dibenarkan untuk meneliti tekstur pada daunnya. Tak sangka ada tumbuhan seharian yang kita selalu lihat rupanya lebih kompleks dan cantik kalau tengok dekat-dekat.

Kemudian di satu point yang lain, kami diminta menutup mata dan kosongkan fikiran. Dengan hanya ditemani bunyi unggas hutan dengan sesekali bunyi angin dingin Bukit Bendera, waktu itu rasa nyaman dia memang lain macam. Kalaulah boleh dengar muzik alam macam ni hari-hari dekat ofis kan best. Hihi.

Kami turut berhenti di satu point di mana kami diminta berbaring dan melakukan teknik pernafasan yang betul. Kawasan ini akan ditutup khas jadi tak perlu risau sebab tak ada orang yang akan lalu-lalang. Sejujurnya, aku pernah juga buat aktiviti ni cuma kali ini bila ditemani dengan suasana hutan yang nyaman, efek dia rasa lebih tenang dan nyaman. Tambah pula dengan kualiti udara yang bagus di sekitar kawasan ni. 

Kemudian di satu kawasan yang beratap, kami lakukan aktiviti mengenal pasti bauan daun dan herba. Semua kena tutup mata dan teka daun apa yang kami hidu. Menarik juga aktiviti ni sebab ada bauan yang agak lain daripada lain. Kalau yang biasa pula macam daun kari. Ha terus lapar jadinya. Haha.

Di satu jalan pula, kami disaran membuka kasut dan berkaki ayam. Jalan bertar ini separuhnya dilitupi dengan lumut yang menghijau jadi ada ketika terasa lembut macam jalan atas karpet baldu.

Point terakhir, di bawah satu pohon rendang di Curtis Crest Tree Top Walk, kami berpiknik sambil menguji deria rasa. Ha, tak dapatlah nak kongsi apa yang kami rasa tu sebab nanti tak surprise. Tapi lebih daripada itu, kami turut belajar tentang adab meminum teh secara tradisional dan sejujurnya, memang rasa tenang je. Teh itu pun diperolehi daripada kawasan The Habitat ini juga. 

Di sepanjang perjalanan itu juga, kami bertuah dapat melihat beberapa jenis serangga dan haiwan yang tinggal kat sini macam giant milipede (ulat gonggok gergasi) dan black giant squirrel (tupai gergasi hitam). Sesekali, kelibat langur (dusky leaf monkey) pun boleh nampak. 

Terima kasih kepada Mr. Low, banyak lagi informasi sampingan dan ilmu-ilmu baru yang boleh dipelajari tentang hidupan di sekitar Bukit Bendera selain sejarah tempat ini sendiri.

Kesimpulannya, kami rasa berbaloi ambil pakej Forest Bathing ni. Hasil keputusan borang pun cakap yang setiap antara kami rasa lebih rileks dan tenang. Sesekali mencuba aktiviti baru dan menyihatkan macam ni memang berbaloi bagi aku. Tambahan pula, setiap barang keperluan macam kanta pembesar, karpet yoga semuanya dah disediakan. 

Selepas habis aktiviti Forest Bathing, kami luangkan masa untuk aktiviti lain sekitar The Habitat pula (dan mula bergambar sepuasnya! Hehe).

Curtis Crest Tree Top Walk

Kalau cari di Google, mesti gambar ini yang akan keluar paling atas. Kira macam ikon di The Habitat yang kalau terlepas, rugi!

Curtis Crest Tree Top Walk ni ialah satu platform 360 darjah berketinggian 13 meter. Ia berada pada kedudukan 80 meter dari laut menjadikannya lokasi tinjau yang dibuka kepada umum tertinggi di Pulau Pinang. Pada waktu biasa, platform ni boleh memuatkan sehingga 120 orang!

Dari sini, aku dapat melihat pemandangan sekitar kawasan ini sehingga ke Bukit Bendera! Sebahagian lagi terbentang luas pemandangan membiru Laut Andaman. Pulau Langkawi pun boleh nampak samar-samar. Memandangkan Bukit Bendera juga memiliki kepentingan sejarah yang agak signifikan, dari sini juga boleh nampak Bel Retiro, bangunan kerajaan yang juga paling berprestij dibina sekitar 1800.

Langur Way Canopy Walk

Meniti kanopi berkepanjangan 230 meter ni bermula dari lantai hutan sampailah kami dapat berdiri sama tinggi dengan pokok-pokok yang menjulang kat sini. Ia berketinggian 40 meter dari aras lantai hutan.

Sampai je kat tengah platform, ada dua pemandangan yang cukup memukau kami - lembah hutan hujan tropika yang menghijau dan pemandangan bukit dengan sebahagian Laut Andaman. Memandangkan jarang boleh cari tempat yang mana kita boleh jalan di kanopi hutan, aktiviti ni pun aku rasa tak boleh dilepaskan kalau singgah ke The Habitat!

The Flight of the Colugo

*Aktiviti ni tak termasuk dalam pakej Forest Bathing.

Aku tak terfikir pula yang di The Habitat ni ada adventure course rupanya! Alang-alang dah sampai, kami pun putuskan untuk mencuba. RM15 je seorang untuk single zip.

Kelengkapan dan guide semuanya disediakan termasuk ruang untuk menyimpan barangan. Apa yang menarik perhatian aku, mereka sangat menitikberatkan soal keselamatan, termasuk mengikut prosedur berikutan COVID-19. Jadi pengalaman zipline aku kat sini rasa lebih selamat dan menyeronokkan!

Nature Trails

Memandangkan pakej Forest Bathing ada naturalist yang mengiringi kami, kebanyakan masa kami berjalan di The Habitat ni kami manfaatkan untuk mengorek cerita di setiap kawasan. Ada kisah banglo bersejarah dan sepanjang trail juga ada banyak tarikan macam Fern Garden, Butterfly Bank, Fragrant Garden, Ginger and Palm Grove.

Bukit Bendera juga tak kurang dengan aneka fauna yang mendiami kawasan ni. Kalau bernasib baik, korang boleh jumpa dengan burung-burung macam Lang Merah, Lang Siput, Lang Hindik, Beberek Ekor Biru, Merbah Mata Merah, Merbah Kapur, Punai Tanah, Punai Daun dan banyak lagi!

Ada beberapa lookout point juga dengan buaian yang sangat cantik untuk bergambar. Walaupun aku nasihatkan korang untuk bawa bekalan air mineral yang cukup, di sini juga ada beberapa stesen water dispenser jadi bolehlah isi botol untuk penuhkan air semula. Ada juga stesen yang boleh tengok beberapa jenis serangga serta mempelajari kehidupan diorang.

Tak akan sesat kalau jalan tanpa naturalist juga sebab semua jalannya mudah diikut dengan papan tanda mencukup serta informasi yang jelas. 

Harga Tiket

  • Standard Entrance: RM55 (dewasa) / RM35 (kanak-kanak/pelajar/warga emas). Self-guided walk dan percuma RM5 baucar retail gift
  • Kancil Walk: RM85 (dewasa) / RM60 (kanak-kanak/pelajar/warga emas). Guided walk dan percuma RM10 baucar retail gift. Maksimum 8 orang.
  • Forest Bathing: RM138 seorang. Terapi Forest Bathing. Percuma RM10 baucar retail gift. Refreshment (teh organik dan buah-buahan). Tiket tren fast-lane dua hala (ini penting). Maksimum 6 orang. Pre-booking required.
  • The Premium Rainforest Experience: RM200 (dewasa) / RM170 (kanak-kanak/pelajar/warga emas). Guided walk. Percuma RM10 baucar retail gift. Refreshment (Simple picnic basket). Tiket tren fast-lane dua hala. Maksimum 4 orang. Pre-booking required.
*Kami ambil pakej Forest Bathing. 
** Forest Bathing cuma ada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi. Jadi Bukit Bendera memang akan penuh sebab itu penting ada tiket fast-lane! Kalau tak, siap sedialah nak hadap barisan yang panjangggggggggggg!

The Habitat juga ada menawarkan aktiviti tambahan lain macam Flight of The Colugo (yang aku ambil cuma RM15 untuk single zip), Picnic in the Park dan Adopt a Plant. Harga lebih terperinci boleh baca di sini.


Alamat:
The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang, Malaysia.

Nombor Telefon:
+604 826 7677

E-mel:

Laman Web:

Media Sosial:

RELATED POSTS

36 komen

  1. Pernah ada pengalaman ke The Habitat? Apa kata kongsikan pengalaman korang di sini!

    BalasPadam
  2. menarik betul aktiviti Forest Bathing ni ya Hasif.. nak cuba lah nnti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, bang! jomlah nanti plan ke sini nanti. Hihi. Lokasi wajib kalau ke Pulau Pinang ni!

      Padam
  3. Pertama kali dengar Forest Bathing. Amazing. Gigih baca semua xtvt memang different+rare. Madam suka part teknik pernafasan dan jalan tanpa kasut. Earthing sangat! Ps. Besarnya milipede.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, waktu mula-mula tu pun kami sendiri tertanya-tanya apalah 'Forest Bathing' ni sebenarnya. Tapi lepas dah experience, menarik juga. Ia beri pengalaman baru untuk lebih menghargai alam semulajadi in a way yang kita sering take for granted sebelum ni.

      Padam
  4. i stay penang, tapi tak penah tah tentang forest bathing ni, selalu kalau pergi penang hill, pegi makan then turun, thank you for sharing this

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Good to know you have learned something new upon reading this! Hehe. Dekat je Penang Hill jadi nanti boleh singgah bila-bila dan alami sendiri Forest Bathing ni! ;)

      Padam
  5. Banyak kali dengar nama tempat the Habitat ni. Tapi tak berkesempatan pergi. Memang menarik tempat ni untuk lihat keindahan alam. Ingat nak bercuti dengan anak-anak ke sini. Bawa kids sesuai tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai, Kak Ruby. Mesti diorang pun teruja tengok alam semulajadi sambil singgah ke tarikan yang ada dalam ni. Even aktiviti macam ziplining tu pun sesuai untuk kanak-kanak juga tau!

      Padam
  6. Terbaik! Teringin nak pi sini bawak family. Kawan dulu ada share rasanya macam ada hotel or tempat penginapan atas tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ada penginapan juga tapi kami tak sempat singgah pun. Cuma day trip sahaja. Memang berbaloi ke Penang Hill sebab rupanya banyak tarikan! Salah satu yang wajib singgah ialah The Habitat inilah. :D

      Padam
  7. Seronoknya dapat rasa pengalaman macam ni n ulat gonggok tu besar betul ek. Next time pergi Penang kena spend sehari lah kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, at least half day kena habiskan kat sini sebab kawasannya memang luas. tenang je jalan-jalan santai area kawasan ni. hihi

      Padam
  8. bestnyaaa masuk hutan. rindu betul nak masuk hutan. teringin nak pi habitat ni. moga2 ada rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga sampai ke The Habitat ni juga. Amin! Berbaloi lagi-lagi kalau datang dengan famili atau kawan-kawan!

      Padam
  9. Kak min suka aktiviti camni pulak2 kalo pergi beramai2 dgn kawan2 sekepala haha..memang syiok! Btw kak min tertarik sgt dgn tujuan asal yg Jepun wujudkan forest bathing ni sbb kat sana mmg tinggi jumlah org bunuh diri kan..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kak Min. Walau ada negara yang tak tinggi kes bunuh diri atau stres, aktiviti macam ni sememangnya bagus juga sebab banyak kebaikan kesihatan yang boleh diperoleh!

      Padam
  10. Geram laaa Sis, semua share tempat best kat Penang, Lama tak pi Penang tauu... ni tunggu anak-anak semua free cuti baru plan nak ke Penang..
    Advance masuk hutan sambil balajar habitat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, cuti sekolah nanti memang sangat recommended bawak kanak-kanak ke sini sebab banyak aktiviti boleh buat sambil dekatkan diri dengan nature!

      Padam
  11. Nampak menarik pula The Habitat ni ye! Boleh jadi berpeluh2 juga ni....🙂 Next time taknak tengok je, nak visit jugak sekali!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jalan santai je. Lagipun tempat ni agak tinggi jadi agak sejuk tambah-tambah dengan pokok-pokok, jadi lebih redup. Seronok!

      Padam
  12. Saya amat mencemburui Hasif !! Uwaaa cantik dan nampak best betul datang ke sini. Nanti kalau datang sana, nak singgahlah. Kita perlukan lebih banyak tempat sebegini berbanding mall. At least ia memberi ketenangan buat pengunjung. Yg mana stress2 tu, boleh singgah hirup udara segar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Absolutely true! Sangat tenang apatah lagi bila dapat jamu mata dengan warna hijau yang menenangkan kan. Hihi. Janganlah cemburu. Boleh datang ke sini kalau ke Pulau Pinang nanti!

      Padam
  13. Cantiknya tempat ni..hijau je. Sangat sesuai utk dikunjungi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes lagi-lagi dengan famili atau kawan-kawan. Boleh luangkan masa berkualiti dengan alam semulajadi juga!

      Padam
  14. Wow that's nice experience and the place is really interesting. I wish to visit The Habitat also.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, you very should! Bring your family members or friends, they'll most probably like it too!

      Padam
  15. Kak pun baru tau apa tu Forest Bathing mmg elok kita lakukan pelbagai aktiviti utk sihatkan minda dan hlgkan stress, seronok gak klu dpt join gi The Habitat dpt rasa pengalaman mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kak! Kalau ke Penang nanti bolehlah masukkan ni dalam itinerari. Sangat best dan menenangkan!

      Padam
  16. weyyyyyyyy.. best nya penang !! ni kalau anak2 akak dapat sampai The Habitat ni, seronok dorang.. hee~ sebijik perangai ayah dorang suka kan kehijauan dan alam semulajadi.. terima kasih hasif !! ada rezeki masa dan tenaga nanti boleh singgah kejap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, kak! Yes, kalau ke Penang memang wajib masukkan ni dalam itinerari. Berbaloi sangat dan anak-anak akak pun mesti suka!

      Padam
  17. Ada rezeki nak repeat balik la visit The Habitat Penang ni... Last time rushing sgt ada 3 jam jer sebelum kena bertolak balik ke Kuala Lumpur.. Tak sempat merasa Forest Bathing dan Flight of Colugo... Tak complete kalau tak buat benda2 ni kan...

    BalasPadam
  18. Aktiviti Forest Bathing tu memang best sebab moment kita bonding dengan nature tu the best laaaa! Thank you for the memory gaisss.. sending you guys a lot of loveee.. stay safe !

    BalasPadam
  19. Pernah dengar pasal The Habitat ni, ingatkan just macam taman botanikal biasa je rupanya banyak aktiviti boleh buat kat sini rupanya. definitely dalam list tempat nk pergi bila ke penang.

    BalasPadam
  20. rindu nak pergi bukit bendera..nak canopy walkkk...geli tengok pegang ulat gonggok besar giler! haha

    BalasPadam
  21. HAHAHA ttbe baru jengah blog u ni adoi sory ye jrg dh online the habitat ni plag xle belah mmg yg part berbaring tu la HAHHAHAHAHAHA TIDOOOOOOOOOOOOOOOOOOO NYENYAK TERUS ! HAHAHAHHA

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.