Camping 2H1M di Lata Kedondong, Batang Kali
Sejak awal tahun ni lagi aku rasa mengidam nak berkhemah. Tapi asyik tertunda sampailah kelmarin. Nasib baik member aku, Haris Kimie ajak untuk join team dia dari Ohana Adventure Sport untuk ke Lata Kedondong ni.
Lata Kedondong ni terletak di Batang Kali. Kami datang kelmarin petang hari Ahad dan agak banyak kereta juga tapi kebanyakannya balik hari. Memandangkan esoknya Isnin, memang kosong tempat parkir kereta bila kami turun nak balik tu.
![]() |
Muka happy sebab tercapai jugak impian nak camping sebelum puasa. |
Kebanyakan pengunjung selalunya berpiknik atau berkhemah di sekitar Sungai Kedondong tak jauh dari kawasan parkir. Tapi kalau nak ke Lata Kedondong, ada satu pintu masuk dengan jalan bertangga yang mungkin agak susah untuk mereka yang datang kali pertama nak cam. Sebab dia macam jalan ke arah semak tapi klu dia ada tangga kecil tepi jalan, atas sikit dari tong sampah besar dengan pondok-pondok kat sini.
Berkumpul kat pondok sebelum hike ke tapak camping. Nampak tak kuali kat beg hijau tu. Haha. |
Apapun, jalan hutan ke Lata Kedondong ni agak mencabar sebab tak semuanya berturap dan bertangga. Kalau ada pun, kebanyakannya tak lagi berada dalam keadaan baik. Sebahagian laluan ni pun agak berbahaya kerana agak curam dan berbatu malah ada satu dua bahagian yang kena memanjat dan berpaut pada batang-batang pokok jugak.
p/s: Aku lupa nak ambil gambar laluan tu. Tapi boleh tengok dekat Instagram Story Highlight aku tajuk 'kedondong'.
Inilah pemandangan Lata Kedondong! |
Bergantung pada stamina, perjalanan dari pintu masuk tadi sekitar 20 ke 30 minit je untuk sampai ke tapak perkhemahan yang betul-betul menghadap Lata Kedondong ni. Pun begitu, ada beberapa lagi tapak perkhemahan di atas dan di bawah sikit daripada tempat yang kami pilih ni.
Waktu kami datang, agak terkilan jugak sebab ada pengunjung yang meninggalkan sisa tulang ayam yang dah dihurung lalat. Kotor dan jijik.
Jadilah pengunjung yang bertanggungjawab!
|
Kami sampai pun dah agak lewat. Jadi lepas dah berpuas hati, kami pun mula memasang khemah dengan shelter dan tempat solat. Memandangkan aku bukanlah hiker atau camper tegar macam diorang, jadi aku dan sorang lagi member, Syafiqah Hashim banyak belajar dengan diorang sebenarnya.
Tarp tent. |
![]() |
Ruang solat dan khemah perempuan. |
Kami ada tujuh orang tapi cuma pasang dua khemah je. Satu khemah perempuan, satu lagi khemah untuk aku dan Kimie (sebab kami tak bawak sleeping bag sebab fikir nak tidur dekat hammock. Haha). Yang lain tidur dekat tarp tent je.
Tempat masak, borak dan tidur. |
Malam tu kami masak agak gaya bangsawan jugaklah. Ada nasi goreng sardin, BBQ ayam dan sosej, dan lokcing (sate ikan). Ada banyak juga lebihan makanan jadi kami ajak satu lagi team yang berkhemah kat bahagian atas sikit daripada kami untuk join. Cuma kami dua team je yang camping kat situ waktu tu. Setel makan, minum kopi panas.
![]() |
Aku bakar lokcing, Ajib masak nasi goreng sardin. |
![]() |
Kimie dan Ajib bakar ayam dan Kani bancuh teh. |
![]() |
Hasilnya... |
Memandangkan kami belum mandi daripada sampai tadi, kami bertujuh pun berendamlah sekejap dekat air terjun. Pertama kali aku mandi dekat air terjun lewat malam. Segar betul!
Sambil borak malam tu, aku sempat baca buku dan sekali dengan Ajib dan Zul, kami dapat idea nak shoot jadi ni antara hasil yang aku tangkap. Biasalah, aku memang bawak sikit props untuk bergambar termasuklah lampu bentuk bulan tu yang sangatlah membantu. Haha.
![]() |
Zul jadi talent kami malam tu. |
Cuaca kat sini taklah sejuk sangat bagi aku. Sebab dalam khemah tu aku tidur dengan baju tanpa lengan je sampai pagi. Adalah bawak sweater jugak tapi guna jadi 'kain peluk' je.
Waktu kami datang pun sebenarnya Selangor dan KL sedang kerap hujan juga. Tapi sepanjang kami kat sini, Alhamdulillah, tak ada hujan lebat. Gerimis je walaupun langit memang agak mendung. Bersyukur gila sebab hujan lebat betul-betul turun lepas kami dah keluar daripada kawasan ni.
Hati-hati dengan kepala air!
|
![]() |
Tenang je relaks kat sini. |
Tapi pemandangan pagi kat Lata Kedondong ni memang cun. Biasan cahaya (light rays) pagi tu memang nampakkan Lata Kedondong ni cun teruk. Demi gambar, kami bawa turun khemah. Kena beritahu takut nanti salah faham pulak. Haha. Yang penting dapatlah hasil sebagaimana yang dimahukan.
Setel bergambar semua, kami breakfast dengan roti, kacang panggang, teh dan yang best - maggi daging burger. Idea Ajib bab memasak ni memang unik tapi sedap!
![]() |
Sarapan pagi kami. |
Kami mandi sekali lagi kat sekitar air terjun dan mula bersiap untuk turun sekitar tengah hari.
![]() |
Mandi-manda; menikmati maggi tepi air terjun. Heaven! |
Tentang Lata Kedondong
Kawasan Lata Kedondong ni taklah luas sangat. Tapi bahagian tengahnya memang dalam. Kalau tak pandai berenang cukuplah sekadar main di tepi-tepi air terjun je. Atau kalau nak jugak, digalakkan bawa jaket keselamatan sendiri.
Sekitar air terjun ni jugak ada banyak tali-tali Tarzan tu. Ada yang orang pasang, ada jugak yang memang daripada pokok-pokok sekitar kawasan ni.
![]() |
Banyak spot boleh pasang hammock kat sini. |
Paling best, ada banyak spot untuk pasang hammock jadi memang syok untuk bersantai sambil menikmati pemandangan air terjun ni.
Oh, lupa aku nak beritahu. Sekitar kawasan perkhemahan ni jugak banyak kupu-kupu dan rama-rama. Aku bahkan nampak rama-rama Rajah Brooke tu, rama-rama rasmi Malaysia (semak IC masing-masing ada rama-rama ni). Selain tu ada beberapa pokok dan daun-daun nice yang aku perasan macam pokok dengan daun (atau bunga... aku tak pasti haha) bentuk macam selipar ni. Haha. Komen lah namanya kalau korang tau.
![]() |
Disclaimer: Rama-rama tu bukan Rajah Brooke. Rajah Brooke laju sangat terbang. |
Boleh ke Instagram aku dan klik kat Story Highlights 'kedondong' untuk ikut perjalanan aku sepanjang trip ni.
Here's for the memory. Thank you, Pika, Us, Ajib, Kani, Zul adnKimie! |
Berkhemah dekat Lata Kedondong ni boleh je kalau korang nak experience sendiri. Tapi team Ohana Adventure Sport ni pun ada buat open trip camping jugak kot-kot korang rasa nak belajar camping dan jumpa dan buat kawan-kawan baru. Selain camping trip, diorang banyak buat hiking trip jugak. Apa-apa boleh roger diorang dekat Instagram atau ke website diorang.
28 komen
Pernah ke Lata Kedondong? Apa kata kongsikan pengalaman di sini!
BalasPadamtak pernah Sienny camping kat Lata Kedondong ni, so cantik & calm with the nature green surrounding. bestnya the camping experience Hasif shared kat sini. Next time nak ikut juga ya :D cheers, siennylovesdrawing
PadamTak pernah dengar pun nama tempat ni. Baru pertama kami dengar. Best tu dapat mandi air terjun macam ni. Amboi tak tahan sis tengok makanan yang dimasak tu....best sesekali camping macam ni. Sis dulu glamping jadi makanan memang dah tersedia.
BalasPadamYeah sesekali back to basic memang best. Mujur juga ada yg pakar bab camping ni jadi saya sendiri pun ambil kesempatan untuk belajar daripada mereka. Hihi.
Padamrindu yakmat nak masuk hutan. ada member ajak camping sini tapi since pkp barang camping dah simpan store malas nak punggah balik. cantik gak tempat ni
BalasPadamHaa nanti dah boleh kena pergi sini at least sekali. Sangat mendamaikan!
PadamLamanya tak pergi camping.. nampak seronok plakk, tenang damai aje.. tapi tu ler, takde geng arrr...
BalasPadamGambar malam tu guna kamera handphone ke Hasif? Cun gileee gambonya...
Takpe piknik bawa khemah pun ok dah sebab ramai je famili yang buat macam tu kat sini. Haah gambar malam tu guna iphone je. Hehe
PadamAduhai. Bestnya mandi air sejuk memalam dan awal pagi. Terus teringat kampung. Uwa. Nak balik dan mandi sungai dan air terjun kat belakangh rumah.
BalasPadamWahh bestnya, Rawlins! Ada sungai dan air terjun belakang rumah! Seronok kan bangun-bangun dengar bunyi air terjun dan suasana menghijau macam tu.
PadamCantiknya tempat ni. Suka dengan persekitaran hijau, Lepas Tu Ada bunyi air yg begitu menenangkan
BalasPadamBetul tu! Sekali sekala melupakan masalah kerja dan menenangkan diri dengan alam semulajadi macam ni boleh jadi macam satu terapi juga kan.
PadamBestnya! Teringin juga picnic macam ni, stay semalam dua dalam khemah in the nature.. macam menarik pengalaman macam ni.. (Y)
BalasPadamYup, memang berbaloi! Tenang je berada kat sini. Tak fikir masalah dah sebab memang tak ada line kat sini.
Padamthanks for sharing your camping experience - every single thing you did there looks amazing. need to plan a trip there too to witness the beauty for myself!
BalasPadamThank you, Grace! Yes you should!
PadamAduh bestnyaaaaaaa suasana. rindu pulak nak macamni. nanti dah ok sikit nak bercamping jugak la
BalasPadamYup! Sesekali bangun pagi dengar bunyi air terjun dan unggas hutan memang cukup therapeutic!
PadamI pernah dengar Lata kedondong ni sbb Ada family members duduk area barang kali tapi x pernah lagi jelajah ke Sana lagi
BalasPadamwahh kalau dah dekat tu nanti kenalah singgah! cantik, Zaza!
PadamBila dapat bercuti dengan Hasif ni hehehe boleh rest dekat alam semulajadi yang indah dan nyaman ini hehehe rindu sangat lah bila nak ajak...
BalasPadamIya bang, sekali sekala memang kena masuk hutan atau ke pulau dan pantai juga untuk hilangkan stres.
PadamPerghh bestnya tmpt ni. Ini baru betul2 camping. Dengar deru air terjun tu pun dh rasa tenang. Kena pergi ni. Thanks hasif for sharing
BalasPadamBetul tu, Faries! Bayangkan bangun pagi-pagi dengar bunyi air terjun dan unggas hutan, tenang sangat!
Padamjelesnya tengok air terjun tu
BalasPadamYa Allah, cantik sungguh ciptaan tuhan. Lepas reda Covid19 ni, nak ajak kawan pergi camping dekat sini la.
BalasPadamSalam Hasif .. boleh saya dapatkan contact hasif ?
BalasPadamTerima kasih atas sharing, nanti nak cuba pergi hujung minggu ni.
BalasPadamTinggalkan komen di sini.