Pengalaman Menginap di La Pari Pari Langkawi
Terus terang aku katakan yang Langkawi ialah salah satu destinasi yang paling aku suka di Malaysia. Repeat banyak lokasi pun memang takkan jemu sebab ada saja benda baharu yang aku akan experience dalam setiap trip aku ke Langkawi. Dan experience trip aku baru-baru ni, salah satunya ialah menginap di La Pari Pari Langkawi.
Cara ke La Pari Pari Langkawi
|
Bagi aku, banyaknya pilihan hotel dan resort ialah salah satu keistimewaan Langkawi. Dan sejujurnya, La Pari Pari ni ialah salah pilihan yang mesti korang experience sendiri kalau datang ke Langkawi!
Walaupun tidak terletak di tepi pantai, pantai terdekat macam Pantai Tengah boleh je pergi sendiri dengan berjalan kaki. Resort ni pun tak terletak di tepi jalan yang sibuk sebaliknya di jalan yang agak tersorok menjadikan tempat ni lebih rileks dan privasi.
CHECK-IN
Ruang reception di La Pari Pari. |
Lepas member aku pick-up dari lapangan terbang, kami terus Google Map ke sini dan tak susah sangat pun nak mencari. Ruang parkir pun dah tersedia untuk tetamu yang menginap kat sini.
Proses check-in pun smooth je. Staf hantar kami sampai ke bilik jadi A+ untuk servis kat sini. Diorang pun ramah dan ada je untuk membantu.
Kunci bilik akan disediakan sekali dengan kunci pintu utama sebab selepas jam 11 malam, pintu utama di lobi tadi akan dikunci untuk keselamatan.
BILIK
Deretan bangunan rona putih di mana terletak bilik-bilik di La Pari Pari. |
Seawal aku sampai ke sini lagi, sejujurnya satu yang aku sukakan ialah pemilihan warna. Bangunan kat La Pari-Pari ni kesemuanya dicat putih, nampak damai dan whimsical camtu. Sesuai lah namanya La Pari-Pari, kan?
Private courtyard yang disediakan di setiap bilik. |
Penataan warna putih ni termasuklah pada bangunan-bangunan di mana 12 bilik-bilik lengkap berpendingin hawa yang ditawarkan kat sini ditempatkan. Sebaik membuka kunci mangga, yang menyambut aku ialah private courtyard (laman peribadi) yang cukup privasi. Sesuailah kalau nak melepak dengan angin luar.
Katil saiz king dengan kunci bilik di La Pari-Pari. |
Bilik yang aku inap ada katil king-size. Dan macam korang boleh tengok dalam gambar, biliknya memang cukup luas. Warna biru putih yang digunakan dalam pemilihan perabot pun sangat mempengaruhi mood tenang dalam bilik ni.
Selain kerusi santai di tepi katil, ada juga meja kecil dengan soket elektrik.
Meja kecil dengan kerusi santai di tepi katil. |
Detailing di sekitar bilik. |
Ada separator antara bilik ke pantri dan bilik air. Area pantri dilengkapi dengan dengan peti ais mini, ketuhar, set cawan dengan minuman 3-in-1 percuma. Seterika, papan seterika dan pengering rambut juga disediakan. Sebelah peti simpanan pun ada beg siap dengan tuala. Senang, boleh terus bawa ke kolam renang.
Bahagian pantri dengan banyak amenities sudah siap tersedia. |
Seterika, pengering rambut, peti simpanan dan beg berisi tuala. |
Bilik tidur dah luas, area pantri pun luas, rupanya tandas dia pun luas juga. Basic toiletries pun tersedia.
Ruang tandas yang cukup luas. |
Sejujurnya, memang selesa sangat menginap dalam bilik ni sebab ruang yang luas dan privasi!
Oh, sebelum terlupa, ada wifi percuma juga.
KOLAM RENANG
Kolam renang di La Pari Pari. |
Kolam renang kat sini agak luas, menghadap restoran dan kawasan lapang yang sesuai untuk aktiviti riadah keluarga. Aku syorkan korang untuk mandi waktu pagi sekejap. Waktu ni cun sebab korang boleh nampak bias cahaya di sebalik daun-daun pokok kat sini. Nice!
Dengan kawasan yang privasi, rasa rileks je mandi kolam renang kat sini. |
Bersantai sekitar kawasan kolam renang. |
RESTORAN FATCUPID
Restoran fatCUPID yang terletak berdepan dengan kolam renang. |
Restoran kat sini namanya fatCUPID. Tempat ni bukan sekadar dibuka kepada guest yang menginap, tetapi tetamu lain yang walk-in. Jadi lain kali kalau mahu datang untuk ke restoran ni saja pun tak ada masalah.
Aku akan ceritakan lebih lanjut dalam artikel yang lain tentang fatCUPID ni tapi apa yang aku boleh katakan, makanan kat sini memang puas hati. Makanan yang ditawarkan ialah menu khas Malaysia dan Barat.
Nah, lawa kan resort ni? Iyalah, waima ada kebarangkalian tak akan luangkan masa yang lama di resort sekali pun, sekurang-kurangnya kenalah pilih resort yang selesa juga kan. Dan di La Pari Pari ni, bukan setakat selesa dan lawa, bahkan ada makanan yang sedap dan staf yang mesra juga buat rasa menginap kat sini, seolah-olah macam di rumah sendiri!
27 komen
lama tk pi langkawi..dkt je dr airport ni..tmpt pn lawa...tq for sharing
BalasPadamYup, tak jauh sangat. Btw Langkawi sekarang banyak sangat tempat best tau. Kena datang! Hehe.
PadamTak pernah lagi menginap kat sini. Nampak macam best. Tempat dia cantik
BalasPadamYup, memang cantik dan puas hati! Rileks je rasa stay kat sini.
PadamSusana dia macam rumah adik beradik duduk berdekatan, hehee. dengan rumput semua tu. Unik lain dari lain. Bilik mandi dia luas bethull
BalasPadamBetul tu kak. Haha. Kalau family day pun macam best juga di sini.
Padammenarik tempat ni, bilik cantik, deco pun simple tapi menarik, yang penting facilities semua ada, and swimming poolllll
BalasPadamyes, servisnya lengkap dan memang puas hati!
Padamtempat cantik, kalau ke Langkawi nnt saya cuba
BalasPadamAwesome. Yes! Berbaloi juga dengan harga dan servisnya.
PadamBest cuti2 Malaysia, gi Langkawi mmg seronok tp blm pernah lg pg La Pari Pari Langkawi ni, enjoy staycation kat sini tpt pun cantik
BalasPadamYes, kak. Tak jauh sangat dari Pantai Tengah. Jadi kalau nak ke pantai pun okey je. Hehe.
PadamSetuju Langkawi mmg best! and macam tau-tau je tengah cari tempat menginap dekat Langkawi. Dulu-dulu biasa ke Pantai Cenang, kali ni boleh consider resort La Pari Pari ni pula. TQ share.
BalasPadamYes, actually Langkawi banyak sangat benda boleh explore so nanti boleh try stay sini pulak!
PadamCantik kolam dan lengkap amenities, memang daku teringin la nak duduk gini. Bangun je terus terjun kolam. Hehe
BalasPadamOh yes bang. Very private and intimate feels dia kat sini!
PadamUnique juga ye staycation kat La Pari Pari ni. Bila g Langkawi, i prefer hotel macam ni bah! Lawa dan nampak selesa juga kan! Serba lengkap i would say!
BalasPadamYes, if ada bajet lebih memang best spend staycation kat Langkawi macam di La Pari Pari ni!
PadamLA PARI PARI Looks like a awesome spot to stay at Langkawi, will definitely keep this in mind during my trip for June.
BalasPadamIt is! The service was great and the room, as I said, spacious! Really worth every penny.
Padamfirst time dengar nama hotel ni kat langkawi.. cantik dan bersih.. boleh masuk dlm list kalau bercuti ke sini
BalasPadamYes, kak. Bersih dan serba lengkap servis dia. Tenang je vibe kat sini.
PadamNama dia interesting betul, La Pari Pari. Boleh try nanti kalau kesana.
BalasPadamKan! Hehe. Lawa pulak tu design nya.
PadamFuh ni tenang betul tengok bilik dan suasana. Akak suka lokasi percutian ala-ala resort macam ni. Best!
BalasPadamYes, kak. Jadi nilai tambah untuk jadikan trip ke satu-satu tempat tu lagi best, kan? Hehe.
PadamWow nice! i like this kind of boutique resort, going check out this place when i go to Langkawi.
BalasPadamTinggalkan komen di sini.