Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Support

================KOMEN/PENDAPAT================

It's always a pleasure to meet an author who is up and coming! I'm excited to see him follow his passion and celebrate his future success.
LAURA CALDWELL
Novelis Tersohor Amerika
www.lauracaldwell.com

-------------------------------------------
I have known Hasif Hamsyari since 2006, when he was just a reader. I knew that he had potentials and was a smart boy. Now, as a writer, I see him as an artist with all the abilities to portray and color his writing beautifully. He is very matured and intelligent. He has a bright future, insya-Allah.
AINA EMIR
Novelis Best-Seller Malaysia/Penulis Skrip Drama TV
http://aina-emir.blogspot.com
 emir_aina@yahoo.co.uk

-------------------------------------------
Hasif memang penulis berbakat dan bijak, yang harus dijaga oleh pihak-pihak berkenaan dalam dunia sastera jika mahu melihat satu lagi permata, berkembang menjadi penulis berkaliber.
(komen penuh Rose Harissa KLIK SINI)
ROSE HARISSA / NORA ISMAIL
Novelis Terkenal
http://roseharissa.blogspot.com/

-------------------------------------------
Apa yang auntie boleh katakan Hasif memang berbakat besar. Biar masih di bangku sekolah, Hasif sudah menunjukkan sesuatu yang sangat luar biasa! Amat membanggakan Auntie Lily, Hasif anak Melaka!  Sangat jarang anak muda lelaki yang masih di bangku sekolah minat berkarya secara serius. Tahniah! Tahniah! Tahniah!
(komen penuh Lily Haslina Nasir KLIK SINI)
LILY HASLNA NASIR
Penulis Prolifik Terkenal
 http://lilyhaslinanasir.blogspot.com/
-------------------------------------------
 I first met Bro Hasif as one of the panels for the Program Bual Bicara Permata Pintar Negara in UKM a year back (2009). Seemingly ordinary on the outside, he held great potential for success. A humble and intelligent young man with a strong spirit, a clear goal at a young age and achieved what he has now with hard work. I can't help but have high expectations for him. May Allah guide you towards greater success. Insya-Allah.
ZAKWAN ZAINUDDIN
MEng (Hons) in Chemical Engineering pada umur 20 tahun
*Kini sedang menuntut di University of Cambridge (PhD in Chemical Engineering)
-------------------------------------------
Hasif seorang penulis remaja yang berbakat besar. Jika terus diberi peluang, tidak mustahil beliau akan mencipta nama yang lebih besar dalam dunia penulisan tanah air satu hari nanti. Secara peribadi, saya amat berbangga dengan Hasif dan diharapkan lebih ramai golongan pelajar dan remaja yang bakal mengikut jejak langkah beliau.
MIMIE AFINIE
Novelis Best-Seller Malaysia
http://mimie-afinie.blogspot.com

-------------------------------------------
Pertamanya salam buat Adik Hasif dan semua peminat setianya yang menyokong setiap detik perjuangannya dalam dunia penulisan. Dari sepanjang apa yang abang dah baca, abang merasa terkejut bila kali pertama bersua muka. Adik Hasif yang muda itu boleh menulis sesuatu yang menjangkau jauh dari usianya. Dia telah membuktikan yang sekiranya kita fokus dan percaya dengan bakat yang dianugerahkan Allah kepada kita, kita boleh melakukan sesuatu yang boleh dipanggil sebagai luar biasa. Dari segi perlakuan, adik Hasif merupakan seorang remaja yang menghormati orang lain tidak kiralah yang muda dan tua darinya. Itu satu sifat yang patut dicontohi oleh remaja lain. Doa abang, semoga adik Hasif terus bersemangat meneruskan perjuangannya. Semoga terus sukses dan berjaya! HASIF, ALL THE BEST!!!
RESMANSHAH
Novelis Ini Buku Seram, Ini Buku Laagi Seram dan Shakur
http://www.resmanshakur.blogspot.com/

-------------------------------------------
Hasif Hamsyari... penulis muda yang masih boleh diasah bakatnya, dan perlu konsisten dalam bidang penulisan ini. Dalam masa panjang, beliau boleh mengukir nama yang mungkin juga bakal menjadi 'gah' suatu hari nanti. Berusahalah dengan gigih seiring dengan kejayaan dalam pelajaran. Moga terus berjaya.
SYIMA SYAWAL
Novelis (Antara novel: Budi Si Debab, Diari Leng Chai, Dari Mata ke Hati)
http://syimasyawal72.blogspot.com/

-------------------------------------------
Secara jujur, pertama kali ketika berjumpa dengan Hasif di PBAKL 2010, saya berasa cukup teruja. Ketika itu, hanya satu yang bermain di minda, "Saya tak sabar nak jumpa dan kongsi pengalaman dengan penulis termuda KarnaDya ni.". Pengalaman yang diraih oleh Hasif bukan sedikit. Pelbagai anugerah telah dicapai dan itu membuktikan yang Hasif memandang serius terhadap semua perkara yang dilakukannya. Sikap tidak berputus asanya akhirnya telah membuahkan hasil apabila dalam usia yang cukup muda, Hasif telah berjaya menghasilkan dua buah novel. Doa akak untuk Hasif, semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi. Jika sudah memulakan sesuatu, pastikan Hasif habiskan apa yang sudah Hasif mulakan. InsyaAllah, satu hari nanti, Hasif akan berpuas hati dengan hasilnya.
FARISSA HANY
Novelis Gelagat Si Kembar
http://fstandsforfatin.blogspot.com/

-------------------------------------------
Secara peribadi, saya rasa Hasif seorang yang tanggungjawab. Punya bakat besar untuk terus mencorak nama di arena penulisan dan kalau dia konsisten dengan apa yang dilakukan sekarang, insya-Allah satu hari nanti dia mampu pergi lebih jauh. Selain itu Hasif juga punyai sifat-sifat yang mudah untuk orang lain mendekati seperti baik, peramah dan comel.
PUTERI IMANEISYA
Novelis Melangkah Dengan Hati, Gaun Cinta, Kasih Ini milik Kita dan Ungkapan Rahsia Hati
http://pu3imaneisya.blogspot.com/

-------------------------------------------
Hasif Hamsyari yang saya kenali (walaupun dalam tempoh yang singkat) adalah seorang penulis muda yang punya bakat yang besar dan jika diasah dengan baik tidak mustahil beliau mampu menjadi penulis yang hebat di masa hadapan. Menjadi pelajar dan penulis dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan namun Hasif berjaya melakukannya. Semoga kejayaan Hasif akan menjadi inspirasi kepada remaja lain dan saya doakan semoga Hasif terus tekal dalam berkarya dan mampu menghasilkan karya-karya yang bermutu untuk tatapan generasi masa kini.
FARAH HUSAIN
Penulis Rumah Fantasi
http://farahusain.blogspot.com

-------------------------------------------
Pada saya, Hasif seorang penulis muda yang berkebolehan tinggi. Mampu menjangkau sesuatu yang jauh dari capaian minda sesetengah orang. Berjiwa besar setanding dengan usaha kerasnya untuk merealisasikan impian. Juga seorang yang peramah pada dasarnya. Doa auntie moga Hasif terus berjaya menjadi pelopor sebagai penulis muda yang menghasilkan karya-karya yang berkualiti. Tingkatkan imaginasi, selami ke dasar hati, pasti Hasif berjaya membentuk satu 'organisasi' dalam sesebuah karya.
AZLEYA SHADZALIN
Novelis Rindu Jadi Saksi
azleyashadzalin@yahoo.com

-------------------------------------------

-->Perkara pertama apabila saya mengetahui Hasif ini seorang penulis, dalam hati saya sangat bangga kerana dalam kalangan pelajar sekolah, terdapat penulis yang berbakat besar sedang membina nama.Saya kagumi usaha Hasif yang berani mempamerkan bakat penulisannya. Cara penulisan anda kreatif dan membuka minda. Hasif sentiasa positif dan bersikap matang. Sikap ini salah satu faktor yang mampu membawa Hasif mencapai kejayaan. Saya kagum dengan usaha Hasif. Teruskan usaha anda. Semoga berjaya dalam bidang yang anda pilih ini. Saya doakan anda juga berjaya dalam pelajaran dan kehidupan!
                                               
--> AINA MAHMOD
   ainadira_1202@rocketmail.com
-------------------------------------------
Hasif seorang yang baik, suka menasihati orang dan comel..hehe... Lakukan yang terbaik dalam hidup! Saya percaya yang dia akan berjaya dalam hidupnya (sebagai seorang penulis terkenal). Semoga berjaya, awak! Moga dia akan sukses dalam hidupnya.
 RAIHANA RAMLAN
Pelajar SMK Mersing
ry96_inn69@yahoo.com

------------------------------------------
Pertama kali saya membaca novel yang ditulis oleh Hasif Hamsyari,saya berasa amat teruja kerana hasil tulisan dia sangat puitis. Pada ketika ini, tidak ramai penulis yang mampu menulis hasil karya mereka dengan bahasa yang sangat puitis.Saya berasa bahawa dia mampu mengangkat nama beliau sebagai antara penulis novel terbaik Malaysia pada masa yang akan datang.Saya juga berharap agar dia berjaya dalam pelajarannya juga. Semoga Berjaya !!!!
AFIFAH MOHD SHAMSUDDIN
Pelajar SK Bangi
afifahshamsuddin@gmail.com