Camping 2H1M di Lata Kedondong, Batang Kali
2:56:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Komen Kategori : Malaysia , Selangor
Sejak awal tahun ni lagi aku rasa mengidam nak berkhemah. Tapi asyik tertunda sampailah kelmarin. Nasib baik member aku, Haris Kimie ajak untuk join team dia dari Ohana Adventures untuk ke Lata Kedondong ni.
Lata Kedondong ni terletak di Batang Kali. Kami datang kelmarin petang hari Ahad dan agak banyak kereta juga tapi kebanyakannya balik hari. Memandangkan esoknya Isnin, memang kosong tempat parkir kereta bila kami turun nak balik tu.