Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Bagaikan Mimpi oleh Hasif Hamsyari

6:19:00 PTG Hasif Hamsyari 1 Comments Category :

Dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran atau beli online KLIK SINI.
Novel ini juga boleh didapati dalam versi digital (e-book) KLIK SINI.
JUDUL: Bagaikan Mimpi
PENERBIT: KarnaDya Solutions
MUKA SURAT: 250
TAHUN MULA TERBIT: 2009
BLURB:

DIAN... Dia gadis yang tidak pernah mengecapi nikmat kejelitaan. Lantaran sikap ibu dan rakan yang memilih kasih, dia sering berkecil hati. Pabila kejelitaan yang diimpikan dan seorang 'putera' hadir dalam dirinya, dia menyembunyikan identiti diri. 'Kehilangan' Dian menjadi misteri penduduk Kampung Gelam terutama keluarganya sendiri. Cinta pula berputik. Cuma... tegarkah hati untuk menerima kenyataan Puteri tidak boleh menetap di dunia manusia biasa? Dian... menjadi seperti pungguk yang setia menantikan sinar rembulan.

DEWA SANGKAWALA... Kerana ketandusan kasih dan sayang seorang ayah, dia telah bersumpah. Siapa sangka, dia terjerat dalam sumpahnya sendiri! Sumpah yang melibatkan hidup dan mati! Lalu, dari Kayangan Sanggar Mustika dia turun ke dunia manusia. Kehadirannya disambut seorang gadis jelita. Dia juga diasuh oleh seorang lelaki bernama Tok Adi. Dalam masa yang sama, dia diseru rasa cinta. Pantasnya waktu beralih, dia terpaksa memilih antara dua. Keluarga atau... cinta?

IDEA

Saya banyak membaca novel tapi kebanyakan adalah novel cinta. Saya berpendapat yang terlalu kurang naskhah fiksyen yang mengangkat tema keMelayuan jadi saya terpanggil untuk mengisi kekosongan ini. Saya kira ini satu percubaan yang saya lakukan untuk membawa naskhah dengan tema agak klasik, berlainan dengan kebanyakan novel bertema moden hari ini.

Pun begitu, Bagaikan Mimpi turut tepu dengan tema kekeluargaan yang mana saya membawa sebuah persoalan anak-anak yang kurang mendapat perhatian atau kasih sayang ibu bapa selain semangat setiakawan dan saling bertoleransi antara adik-beradik.

CABARAN
Saya menjalankan kajian melalui buku-buku tentang tarian tradisional. Selain itu, saya juga terpaksa menelaah Kamus Dewan untuk mengeluarkan perkataan-perkataan Melayu klasik supaya menepati tema sebuah novel yang mengambil pendekatan revivalisme silam.

RELATED POSTS

1 komen

  1. hye
    salam...
    awk ingt sye lgi x...? sye hadirah sye amek autograph sye ngan adek sye amek autograph aunty aina emir..!yg sye ckp gud luck 4 PMR next year...!!!hope u remember me..~ awk ske twilight cam sye...!!!!huhu
    sye 14 taon gak (09)huhu eerrrmmm awk ade myspace...?friendster..?ym..?kalaw ade add sye.. (hadirah_zi@yahoo.com)taw... smoga awk sukses slsu gak..! smoga dpt contact awk lgi..~~~

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.