Pelancaran Novel Bagaikan Mimpi kali ke-2
Apa gambar-gambar kat atas ni, ek? Nilah gambar masa majlis pelancaran Bagaikan Mimpi kali kedua di sekolah rendah saya, SK Kampong Gelam. Kenangan manis saya takkan lupakan bila mana saya diberi penghormatan untuk duduk sebagai tetamu khas malah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang membuat persembahan hari tu. Seronok!
Majlis ini diadakan bersama dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April yang lalu. Terima kasih kepada warga SK Kampong Gelam kerana menghargai dan mengiringi langkah dan setiap kejayaan saya. Saya amat menghargainya. Terima kasih sekali lagi.
Memandangkan hari itu hari sekolah, jadi saya bergegas ke sekolah selepas tamat acara ini. Balik aje, ada forum Bagaikan Mimpi, juga bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2009. Waktu Bahasa Inggeris masa tu. Bertempat di Bilik Perpustakaan SMK Seri Tanjong (Antara PSS yang terbaik di Malaysia. Ini bukan saya sengaja reka, tapi memang betul!).
Berikut adalah antara gambar sepanjang forum itu berlangsung.
0 komen
Tinggalkan komen di sini.