Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pelancaran Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku

3:38:00 PTG Hasif Hamsyari 2 Comments Category :

3 Mac 2010 menjadi saksi majlis pelancaran novel kedua saya, Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku. Novel ini telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron. Pujian dan respons yang Datuk berikan amat saya hargai. Terima kasih! =)

Pelancaran ini diadakan di Dewan Seri, SMK Seri Tanjong (SMKST) yang juga sekolah saya sama-sama dengan Majlis Anugerah Akademik 2009, Mesyuarat Agung PIBG SMKST Kali ke-48 dan Pelancaran Program Parenthon 2010.

YB Datuk Idris Haron (bersongkok hitam) melancarkan Bagaikan Mimpi: Srikandi Cintaku dengan disaksikan YDP PIBG, Encik Rahman Mat (paling kiri) dan Pengetua SMK Seri Tanjong, Puan Shaleha binti Abdul.

Saya (paling kiri) bersama wakil KarnaDya, Abang Zaki dan Abang Ridzuan dengan orang kuat majlis pelancaran ini, Cik Amiliah Yasin.

Bersama salah sebuah keluarga yang membeli karya saya. Waktu ni, ramai juga yang membeli novel saya sampai tak menang tangan nak tandatangan. =)


aKarnaDya Mobila (van KarnaDya) turut datang melakukan jualan.

RELATED POSTS

2 komen

Tinggalkan komen di sini.