Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Anugerah Tokoh NILAM Negeri Melaka dan Tokoh NILAM Sekolah!

8:47:00 PTG Hasif Hamsyari 5 Comments Category : ,


Dengan hadiah-hadiah aku... Alhamdulillah...
Aku hari ni (3 November 2011) menyertai satu pertandingan yang boleh disifatkan 'berat' dan antara pertandingan paling berprestij dalam kalangan pelajar. Pertandingan Tokoh NILAM Negeri Melaka 2011 mewakili sekolah aku, SMK Seri Tanjong bersama seorang lagi rakan sekelas yang memang ulat buku, Nurul Nabilah binti Ahmad Farid.

Terus terang, rasa gugup tu memang satu kewajipan. Semakin tinggi sesuatu peringkat pertandingan itu, semakin berkurang selera makan aku. Kalau Archimedes dan Pascal masing-masing ada principle, maka itu tadi aku namakan Hasif's Principle. LOL

Memang pagi hari ni aku tak lalu makan, waktu makan tengah hari di sana pun aku tak lalu makan, sampai dah selesai semua barulah aku lega tahap tak ingat. Aku ada baca dalam buku Panduan Pengucapan Awam, antara tanda gemuruh ialah rembesan peluh berpunca ketegangan otak dan mencungap kerana otak memerlukan lebih banyak darah dan oksigen supaya diri dalam keadaan jaga. Tapi aku tak tau pula punca fenomena 'perut merajuk sampai memakan diri'.

Cerita lain, aku tak nafikan, aku menikmati waktu diinterviu, berbahasa Inggeris dan persembahan semua. Dan aku tak nafikan, barangkali pengalaman dan novel-novel aku jadi satu kelebihan dan bonus aku. Tapi aku dan pihak juri rasanya memang sepakat, pemilihan Tokoh NILAM tak semata-mata dinilai melalui apa yang anda baca, dan apa yang anda tulis.

Aku memang tak letak sepenuh harapan untuk menang sebab aku rasa, wakil dari setiap sekolah bukan orang yang calang-calang. They come from an excellent academic and impressive koku's background.

Apatah lagi, bila aku menjadi Tokoh NILAM di sekolah (yang diumumkan pada hari ni jugak, tapi aku tak dapat datang sebab mewakili sekolah ). Jadi, aku sedar, aku membawa harapan sekolah dan ia sesuatu yang sangat besar. Bak bahasa Korea, DAEBAK!

And in the end...
I get the title of Tokoh NILAM Negeri Melaka 2011!
Aku menang bagi kategori Sekolah Menengah Luar Bandar dan daripada pengumuman juruacara juga, aku menerima pengiktirafan sebagai Tokoh NILAM Negeri Melaka 2011 secara keseluruhan.

Aku rasa peribahasa 'sirih pulang ke gagang' macam syok je sebab bayangkanlah, masa Darjah 5, aku pegang tempat kedua Tokoh NILAM Melaka dan Darjah 6, aku pegang tempat ketiga bagi kategori Sekolah Rendah Luar Bandar (waktu di SK Kampong Gelam). Dan sekarang (Tingkatan 4), aku dapat tempat pertama! Whatha... O.O

So, what else can I say? Of course: THANK YOU, ALLAH!!

Aku cuma nak ucap tahniah juga kepada pemenang lain, dan juga kepada setiap peserta yang aku pasti merupakan yang terbaik dari sekolah masing-masing.

Bagaimanapun, aku tak rasa terlalu senang hati sebab aku rasa, tanggungjawab aku sekarang akan menjadi lebih berat berlipat kali ganda. Kalau sebelum tu aku membawa harapan sekolah, sekarang aku membawa harapan Negeri Melaka untuk ke Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan 2011!

Sementara aku sibuk disoal jawab pihak hakim pada pagi dan petang hari ni, kat sekolah, aku diwakili oleh ayah aku untuk mendapat hadiah bagi Tokoh NILAM Sekolah. Hadiah yang ditawarkan kali ni memang sangat mengecurliurkan menarik:
  • Basikal dengan gear berkuasa kuda
  • Jam tangan G-Terperanjat G-Shock
  • Set alat tulis
Aku akan update gambar nanti sebab aku dan cikgu aku lupa nak bawak kamera! haha. Well, that morning is kind a... hectic. LOL

RELATED POSTS

5 komen

Tinggalkan komen di sini.