Novelis Tahun Ke-3
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Ke hadapan warga Planet Hasif Hamsyari (termasuk para pelawat yang datang bertandang),
Pada 28 Februari lepas, telah genap tiga tahun aku jadi penulis novel. Tarikh ni dipilih bertepatan dengan tarikh pelancaran novel debut aku, Bagaikan Mimpi waktu aku berumur 14 tahun (2009). Sehubungan itu, bagi menyambut kelahiran novel ketiga, aku sukacita akan berkongsi antara lukisan dan bahagian-bahagian tertentu dalam novel Kopi Manis. Aku takkan kongsi di blog sebaliknya di Facebook Page aku. >>KLIK SINI<<
Untuk makluman, novel Kopi Manis akan diterbitkan paling lewat sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung.
Pada Khamis, 2 Mac 1995, aku telah dilahirkan dalam pukul 5.57 pagi dan hingga ke tarikh 2 Mac 2012 ini, aku dah pun berusia 17 tahun. Aku bersyukur sebab dah sampai ke umur ini untuk aku menikmati hidup, tapi aku belum puas untuk mencipta lebih banyak pengalaman dan kenangan.
Justeru, atas kedua-dua perkara yang disebutkan, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang yang telah mengirimkan ucapan baik secara berdepan, mahupun melalui handphone aku, kotak chatbox blog aku, Facebook, Twitter, peti e-mel aku dan segalanya. Moga doa korang kita kongsi bersama.
Aku masih sangat sibuk selagi program NILAM belum tamat sampai April ini. Jadi, aku mungkin jarang-jarang update blog ni. (Sedih) Apapun, aku cuma akan tulis aktiviti aku kat mana-mana supaya boleh jadi rujukan korang kalau nak berjumpa. Yeay!
0 komen
Tinggalkan komen di sini.