Raya 2012
Salam, semua.
Dengan adik sepupu. |
Aku bukan sekelas dengan arwah. Tapi cukuplah untuk kitorang mesra sebagai kawan. Menyertai kem dengan arwah, bincang soalan Add Math dengan arwah macam baru semalam je terasa. Tapi aku bersyukur, aku sempat ucap Selamat Hari Raya pada arwah, hari terakhir persekolahan sebelum cuti raya. Dan sempat ucap good luck untuk exam percubaan. Tak sangka, itu perbualan terakhir kitorang. Tak sangka yang aku tak dapat duduk peperiksaan sama-sama dengan arwah. Sebab aku ada perhatikan arwah masa mula-mula cari tempat duduk dalam dewan peperiksaan. Even tempat duduk dia pun aku dah tau.
Dan tempat duduk tu nanti akan kosong bukak sekolah nanti.
Aku pasti, satu sekolah akan rasai kehilangan arwah sebab arwah sangat terkenal dengan sikap ramah selain wajahnya yang sentiasa bersih dan sejuk dipandang. Senang kata, dia antara flower boy yang feymes kat sekolah aku. Selain terkenal dengan panggilan Daus, dia pun digelar Manje sebab dia anak bongsu dalam keluarga.
Jadi, aku mohon jasa baik korang untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Make over 4 Syawal KUNUN. =P |
Sementelah dua-dua kampung aku sangat dekat, dan dah selalu aku lawat, maka aku enjoy suasana kampung macam biasa.
Raya korang pulak macam mana? Untunglah kalau kampung jauh-jauh. Sekali-sekala datang, sebeban rindu dihempas pada kampung. Untunglah. Hihi...
p/s: gambar raya terlampau banyak yang amat. Selain malas memilih, malas pula mahu memuat naik sebab dah masuk kat Facebook. Adoyai. HAHA
1 komen
Allah lebih menyayangi arwah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.. Akak rasa apa yang Hasif rasa :) Takziah sebagai kawan :)
BalasPadamTinggalkan komen di sini.