Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jelajah: SMK Hang Kasturi

9:59:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,

Semalam, (6 Mac 2013) saya telah diundang sebagai penceramah di SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka. Terima kasih kepada Cikgu A. Razak Adam yang juga merupakan seorang novelis yang telah mengundang saya ke sekolah ini. Satu penghormatan rasanya mendapat jemputan daripada Cikgu A. Razak Adam, seorang novelis yang saya kira sangat memberi inspirasi.

Petang 6 Mac ni memang buat saya risau sebab waktu macam ni biasanya pelajar memang dah mengantuk. Sebagai remaja yang tak sampai setahun meninggalkan alam persekolahan, dah pastilah saya sendiri amat sedar dan faham keadaan mereka. Hahaha. Tapi saya yakinkan diri, sebab sebelum ni semasa di SMK(A) Sharifah Rodziah juga saya mengendalikan ceramah sesi petang dan sambutan yang saya terima sangat luar biasa!

Di SMK Hang Kasturi, pelajar yang terlibat ialah ahli-ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah dan ahli-ahli persatuan ICT. Lebih kurang 50 orang pelajar mengambil bahagian di samping lebih kurang lima orang guru.

Brosur yang disediakan pihak penganjur.
Guru-gurunya juga sangat updated. Tahu-tahu sahaja saya akan masuk PLKN hujung bulan ni. Hehehe...

Alhamdulillah, secara keseluruhan aku boleh katakan yang saya berpuas hati dengan ceramah kali ini. Mungkin disebabkan inilah kali pertama sebenarnya saya mengendalikan ceramah penulisan kreatif sedangkan sebelum ni, aku cuma berkongsi pengalaman sebagai novelis muda.

Saya berharap dapat mendengar khabar baik lepas saya beri ceramah di sini. Mana tahu akan lahir penulis di SMK Hang Kasturi. Tambah berbesar hati kalau sedikit sumbangan saya hari ini menjadi inspirasi. Mudah-mudahan.

Apapun, terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Cikgu A. Razak Adam dan Cikgu Mazuriyati, guru yang bertanggungjawab untuk majlis ini. Terima kasih, Hang Kasturi! Panjang umur kita jumpa lagi. :)

Kredit gambar: Tuan A. Razak Adam 

MAHU SAYA KE SEKOLAH / UNIVERSITI / MAJLIS ANDA?
Setiap urusan mestilah melalui perantaraan guru perpustakaan (sekolah) dan ahli jawatankuasa berkaitan (selain sekolah). Emelkan surat dan butiran
ke hasifhamsyari@yahoo.com

Antara aktiviti yang boleh dibincang: bengkel penulisan, perkongsian pengalaman novelis muda dan Tokoh NILAM, sesi soal jawab, pelancaran majlis, jualan buku dan sesi autograf dan bergambar.  

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.