Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

FlashPoint Paintball Park, Bukit Katil, Melaka

10:09:00 PTG Hasif Hamsyari 6 Comments Category :

Look who is been hugged. Haha. Lama tak jumpa...
Hari ni, selepas lebih dekat setahun jugaklah tak bersua muka dengan kawan-kawan dari sekolah lama, SMK Seri Tanjong akhirnya kami dipertemukan kembali dengan suasana yang cukup happening!

SEBELUM.

SELEPAS: Me and other paintballers. Ada ke istilah tu? Haha
Mengambil tempat di Flashpoint Paintball Park, Bukit Katil, Melaka, kami meraikan pertemuan semula ni dengan bermain paintball! Jadi memanglah mencipta sejarah peribadi sebab tak pernah-pernah main paintball akhirnya dapat juga peluang tu.

First group sebelum kitorang decide perempuan lawan lelaki. Hahaha. Dari kiri aku, Anuar, Mimie, Zahrah.
There are many bloggers who already shared their experiences of playing paintball with tips and the way to play it. Jadi, tak perlulah kot nak cerita panjang lebar tentangnya. Cuma, almaklum, bagi first-timer, memanglah satu keterujaan sebenarnya dapat main paintball. Pengalaman setiap orang pun berbeza-beza walaupun game yang sama - paintball - seperti kau makan nasi bersantan dengan telur dan sambal atau kadang-kadang ada ikan bilis, timun, kangkung atau kacang goreng yang rasanya tak sama mengikut tempat dan tangan si pembuat meskipun namanya memang nasi lemak.

Aku.

See. Banyak 'darah' kan?

'Miung' kena shot atas kepala. Haha
Kami sampai kat sana dalam pukul 12 sebelum mula main dalam 12.30 tengah hari. Game pertama kami main dekat field CQB/Urban yang ala-ala dalam hutan. Memanglah dah pakai mask, vest, baju hutan segala, tapi kalau dah nak kena memang kena jugaklan kan... Oleh sebab mask yang disediakan memang berlopong pada bahagian atas dan belakang kepala, ditakdirkan kat situ jugaklah tempat landingnya pallet (istilah menggambarkan peluru bagi permainan paintball) hingga saya terkeluar. Jadi memang feeling macam kepala berdarahlah konon bila pallet tu pecah cuma bezanya darah warna oren sebab pallet tu pun orenkan...


The girl you should watch out for when she is your enemy. She managed to win for her group alone during the 'war' between the men and the women (?). Mimi.
Kemudian kami pindah ke field speedball yang tempat nak dapat perlindungannya terdiri daripada air bunkers. Kalau tadi bajet dalam hutan tapi sekarang di kawasan berumput jadi lekas kena kesan. Tak ada beza sangat pun feeling masa main. Adalah dalam empat ke lima game jugak main kat sini dan adalah koleksi terkena shot jugak antaranya dekat mask tu.

Field Speedball. Warna merah-merah tu dipanggil bunkers.
Satu fakta yang aku tau, kekerapan pallet mengenai bahagian muka adalah 60% sebab maklumlah, bila sorok belakang bunkers, terawal yang kau akan nampak dan seterusnya sasarkan marker (istilah senapang dalam paintball) adalah bahagian muka. Lagipun, kalau kau sendiri sorok belakang bunkers, tentulah akan keluarkan kepala dulu sebab nak tinjau keberadaan musuh kan? Tapi jangan risau, dengan ada mask dijamin selamat.

Bahagian mata memang terlindung penuh tapi mulut? Ha... Dekat mask ada lubang-lubang pernafasan dari hidung ke mulut. Kalau pallet pecah kat situ, dan cairannya masuk mulut, janganlah panik macam telan racun tikus sebab cairan pallet adalah campuran minyak sayur dan pewarna je...

Beza dengan senapang Colt M16? Bagi yang pernah pergi PLKN macam aku, pegang marker apalah sangat nak dibandingkan dengan Colt M16. Hahaha... Gurau-gurau. Pegang dua-dua memang lebih kurang sama cuma M16 lagi besar. Kemudian, momentum M16 lebih besar sampai bergegar pipi. Bunyi M16 pun lagi kuat sampai perlukan perlindungan ear defender dan ear plug tapi marker tak perlu semua tu. Seterusnya, di PLKN hanya boleh baring dan tembak. Di padang paintball, marker dibawa ke mana-mana dalam kawasan padang dan tembak ke arah lawan jadi bolehlah bajet ala tentera yang berada di medan tempur demi menyelamatkan negara. (Ekstrem semacam hiperbolanya ya?)

Memang luar biasalah dapat main paintball. Seronok! Cuma kena ada ketangkasan dan strategi dan duit. Hah, sentuh pasal duit, pricing paintball tak adalah mahal sangat. Untung lebih pada kita sebab dapat pengalaman yang luarbiasa. Lagipun, bukannya selalu..

Dalam 3.30 petang, kami habis main dan bergegas ke masjid di Bukit Bayan untuk solat Zuhur dan Asar.

Dari kiri: Anuar, Dinie, aku

Makan...
Selebihnya kami isi perut di Jusco AEON Ayer Keroh sebelum balik rumah dengan senang hati dalam 6 petang.

Alright. Terima kasih kawan-kawan; Nasrul (Bob), Dinie, Anuar, Zul, Mimi, Aina, Nadja, Zahrah, Wani, Eqma dan Adila! You guys really made my day! :D

Kredit untuk gambar: Hamimi. :)

RELATED POSTS

6 komen

  1. Salam. Best x dik paintball kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best! Kitorang tambah round kot. Haha. Sangat sesuai kalau nak berjimba atau reunion dengan member2. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Alamak saya tak ingat. Tapi saya ada jumpa nombor untuk dihubungi. Joe (012-6066030), Kendo (0194883577). Harap membantu.

      Padam
  3. tumpang tanya, tempat paintball ni, ada e-mel tak? awak pergi tempat ni booking dulu ke, terus pergi je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. emel sy tak tahu tapi kalau nombor telefon boleh rujuk komen sebelum ni. kawan saya booking dulu.

      Padam

Tinggalkan komen di sini.