Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 10

11:28:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :



Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff


Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

<<< Klik untuk baca DIARI WIRA -9

Khamis, 9 Mei

Ya ALLAH, berat gila tahi mata. Kesian gila dekat AJ...

Inilah yang buat orang pelik dan sakit hati dengan AJ. Dia macam tak pernah penat.
Dalam kepalanya seolah-olah macam dah ada jam loceng yang disetkan untuk bangun seawal 4.30 pagi, setiap hari!

CERAMAH AADK

Pada sebelah pagi tu, ada ceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kali ni aku tak tipu, memang ramai sangat kalau kau tengok dari belakang macam dah tak ada kepala. Maksud aku, diorang semua tertunduk macam 180 darjah. Tidur. Hahaha.

Tapi aku sendiri tersengguk-sengguk. Aku cuba berikan sepenuh perhatian tapi bukan senang orang macam aku nak melawan kantuk lagi-lagi setelah kepenatan semalam.

GELOMBANG KOREA DI KEM NASUHA

Ada satu fakta yang agak kelakar tapi mengagumkan. Kelakar kerana terhibur dengan kekreatifan pelatih dekat sini. Mengagumkan sebab sejauh ini virus Korea merebak. Haha.

Aku ada terdengar kompeni Charlie menggunakan lagu Gangnam Style nyanyian PSY yang diubah liriknya. Tapi itu seketika sahaja.

Tapi yang lebih ekstrem ialah kompeni Delta. Dua lagu sorakan diorang menggunakan lagu Korea. Tahniah, YG, artis-artis anda dipromosi percuma di sini.

Siapa yang boleh lupa dengan satu part dalam lagu addictive BigBang, Fantastic Baby, (Boomshakalaka) atau lagu gempak 2NE1, I Am The Best (Naegache challaga, Bambratatatatatatatata). (YG ialah syarikat rakaman dan pengurusan artis antara yang paling berpengaruh selain JYP (seperti 2PM dan Wonder Girl) dan SM (TVXQ, Super Junior, Girls Generation and EXO). YG, JYP dan SM digelar the big three di Korea. Ha, kan dah syarah KPop. Haha.)

Bravo kekal dengan keMelayuan asli. Ada satu sorakan yang membuktikan cakap aku ini. Rasanya, korang sendiri boleh lagukan lagu ni walaupun hanya dengan membaca liriknya.

Ketipang-ketipang ketipung, bola datang bertalu-talu,
Bravo tak (a)da takut Bravo tambahlah lagi satu

Itulah sorakan yang berkumandang masa bola tampar hari tu.

CERAMAH GAGASAN 1MALAYSIA

Petang tu pulak, ada ceramah daripada Jabatan Penerangan Malaysia berkenaan Gagasan 1Malaysia. Sejujurnya, memang sangat bermanfaat. Tapi sekali lagi, kami semua keletihan. Lebih kurang setengah jam sebelum habis, barulah aku segar sikit.

Berikan kami lagu Jalur Gemilang, IM4U, tepuk-tepuk terima kasih, tepuk-tepuk Kem Pagoh dan tepuk-tepuk sayang, 100% tenaga kami kembali aktif. Haha.

Akibat terlalu kerap praktis dalam tandas, bergema dewan dengan suara kami lagi-lagi wira.

Jumaat, 10 Mei

Bangun seawal lima pagi, mandi, minum seawal 6.15 pagi dan berkumpul tujuh pagi. Rupanya hari ni, ada explorace. Ikut kumpulan dalam Modul Kenegaraan.

Checkpoint 1, kumpulan kitorang ditugaskan ke Kutub Khanah di mana 'penjaganya' ialah Cikgu Lia. Terkejut juga lihat lambakan abjad yang berselerakan di atas hamparan tikar. Tugasan di sini ialah mencari jawapan dengan setiap ahli memegang kad abjad membentuk jawapan. Dapatlah aku jawab dua soalan. Aku ingat lagi jawapannya, Dasar Pandang ke Timur dan Wawasan 2020.

Checkpoint 2, Sungai Dua. Ada dua kumpulan dan setiap ahli akan dapat pasangan daripada kumpulan lawan. Kena tentukan jawapan tu salah atau tak dengan duduk pada salah satu kerusi - kerusi betul atau kerusi salah. Dan dekat sini, aku kalah.

Checkpoint 3, Pulau Pening. Tak percaya betul. Aku selesaikan satu set silangkata dan betul kesemuanya. Oleh sebab satu set lagi tak lengkap, maka Cikgu Diana, 'penjaga' di Pulau Pening nakkan tahanan - iaitu aku. Mungkin sebab Cikgu Diana dah kenal aku jadi dia target kat aku. Tapi yang buat aku terharu, kumpulan aku masih mahu kekalkan aku maka diorang terus tuntut untuk tebus aku dengan bayaran. Lima orang kena tahanan menggantikan aku.

Seterusnya, Akademi Realiti. Aku rasa konsepnya ala-ala Akademi Fantasia. Dekat sinilah semua serlahkan bakat nyanyian.

Bahagian pertama, kitorang kena reka lirik dengan perkataan diberi. Hancur kitorang hentam lirik tapi sangat happening tak boleh cakap. Bahagian kedua, kena cabut nombor track dan nasib kitorang agak tak baik sebab ramai tak hafal lirik. Bila dengar muzik, semua kerut kening, konon tak pernah dengar. Tapi bila masuk saja 'Nyalakan azam membumbung, padukan tekad nan waja', semua dah ingat sikit-sikit. Tapi dalam kumpulan, aku dan lebih kurang dua orang sahaja yang bersemangat walaupun kadang-kadang tersasul. Haha.

Checkpoint berikutnya ialah Istana Budaya di mana memerlukan kitorang menonton tayangan klip video daripada filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba. Babak tu sangat menyentuh hati, di mana Tunku Abd Rahman meminta rakyat membantu menghulurkan sumbangan untuk membiayai penerbangan ke Kota London membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Selepas tu, kami diminta membuat lakonan bisu dengan petikan audio video klip tadi. Memandangkan ini Istana Budaya, maka adab tatasusila sangatlah dituntut. Maka, sesiapa yang tidak beradab macam melompat ke atas pentas akan dikenakan penalti. Malah, percakapan sepanjang di Istana Budaya juga perlulah berlagu dan berseni. Part ni yang bikin pecah perut. Haha!

Seterusnya, Kolej Patriot dikelolakan Cikgu Najip. Ada beberapa kenyataan yang tidak lengkap. Maka, kami diarah melengkapkan jawapan dengan menampal helaian jawapan. Oleh sebab banyak tak berjawab, maka Cikgu Najib yang memang mengenali aku, menuntut aku sebagai tebusan. Selain aku, dia mahukan Sya, gadis India yang aku kata sebagai kawan baik aku di sini yang juga pernah bersyair dengan aku. Kebetulan kami satu kumpulan, kena pula dengan Cikgu Najip yang bertanggungjawab atas persembahan kebudayaan kami tempoh hari. Mengeluh.

Tapi kumpulan aku menebus lagi buat kali kedua. Terharu betul. Sejauh tu mereka percayakan aku.

Kemudian, kami ke Dinding Emas yang dikelolakan Cikgu Zack. Kena jawab beberapa soalan berkaitan Perlembagaan Negara dan susun Prinsip Rukun Negara. Alhamdulillah, dekat sini, kumpulan kami antara yang banyak terselamat duitnya. Haha.

Pasar Seni adalah tempat yang sangat mendukacitakan bagi aku. Di sini, ahli kumpulan kena saling mencari pasangan dan duduk di atas kerusi. Yang belakang akan melukis gambar tokoh yang biodatanya dipegang oleh orang di depan.

Maka, orang di depan akan menghafal seberapa banyak biodata tokoh tersebut. Setiap pasangan, tokohnya lain-lain. Habis masa yang diberi, ahli yang tidak terlibat kena teka gambar yang dilukis. Jahatnya, mereka pilih lukisan yang 'buruk-buruk' supaya kami kalah. Manakala ramai juga yang tak boleh menghafal biodata tokoh, termasuk aku.

Aku ditahan. Dan memandangkan misi makin capai klimaks, aku putuskan yang biarlah aku kekal dekat sini sebagai tahanan. Membazir saja habiskan duit untuk tebus aku lagi.

Aku tak dapat mengalami keseronokan di Kain Berjuntai dan sama-sama dengan kumpulan aku mencari Perisai Zaman. Aku sebagai tahanan, kena bantu cikgu dekat Pasar Seni. Habis semua tugasan, aku kena ke DK dan duduk menunggu.

Satu demi satu kelas dapat kotak Perisai Zaman. Dan dalam debaran itu, akhirnya Hanz membawa kotak Perisai Zaman bagi kumpulan kami. Yeay!

Ramai tak jangkakan kandungan dalam Perisai Zaman. Dengan klu yang ada kaitan dengan bas Higer PLKN tu, rupanya dalam tu ialah buku Modul Kenegaraan dan nama guru pendeta yang bertanggungjawab atas kelas kami.

Kami dan pendeta masing-masing sempat mengangkat sumpah.

Keseluruhannya, aktiviti sangat menyeronokkan!

Tamat semua, kami ke Masjid IKBN untuk solat Jumaat. Petang itu, kami membuat refleksi tentang Misi Perisai Zaman tadi.

Sabtu, 11 Mei

BOLA TAMPAR FINALE

Pertandingan Bola Tampar yang tertangguh disambung. Aku sorak bagai nak gila dengan ahli-ahli kompeni aku yang lain termasuk AJ. Yup. Aku dapat tengok sisi lain AJ hari ni. Dia sangat menyokong ahli pasukan Bravo kesayangannya walaupun dia adalah Ketua Wira yang bertanggungjawab atas Alfa, Bravo, Charlie dan Delta. Ini bukan bias tapi kena ingat, AJ tetap ahli Bravo.

AJ memang sporting habis. Kadang-kadang aku ketawa tengok perlakuan aneh dia ni. Bayangkan, dia jelir dan bunyikan lidah kepada Charlie yang bersorak dengan provokasi dengan cara yang sangat kelakar! Haha.

Pada akhirnya, Charlie di tempat pertama, Bravo di tempat kedua manakala Delta dan Alfa masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.

Set pertama, Charlie 25 dan Bravo 20. Set kedua, Charlie 25 dan Bravo 22. Bolehlah dikatakan yang perlawanan sangat sengit! Charlie pun menang tipis. Tapi yang kalah tetap kalah. Terpaksa sajalah kami reda dengan janji Cikgu Sani.


UBAH

Hari ni banyak masa aku dimanfaatkan untuk berehat. Dalam menunggu lena petang selepas Zuhur, aku borak-borak dengan kawan dorm aku. Dari hal lelaki sampailah hantu, aku berborak sampai aku tertidur. Sedar saja, aku bangun solat Asar, minum petang dan ambil telefon bimbit.

Makan malam dalam 6.30 petang, sempat mandi sebelum ke surau untuk solat Maghrib.

Waktu sebelum solat tu, ada pelatih yang aku kagum dengan dia berjumpa dengan aku. Atas saranan Cikgu Harun mengenai buku panduan solat yang bagus, dia telah pun mendapatkan buku tersebut.

Dia memang pernah mengaku yang dia agak jahil dalam bab solat. Maka dia selalu juga merujuk pada aku. Kali ini, dia rujuk aku berkenaan bacaan niat solat, iftitah dan tahiyat awal.

Mungkin setakat ni, aku antara yang paling rapat dengan dia sebab dia pernah cakap yang hanya aku dan Maggie (salah seorang pelatih yang aku kenali di kem ni) je yang tau bahawasanya dia yang agak popular di kem ini, tidak bijak dalam soal solat.

Maka aku putuskan, aku kena tolong dia. Tambah-tambah melihatkan kesungguhan dan harapan dia supaya aku tolong dia setiap kali sebelum solat Maghrib.

Malam tu aku telefon mak, tanya khabar dan beritahu apa yang berlaku dekat kem.
Lega betul setiap kali mendengar suara emak.



RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.