Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 11

8:28:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff


Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

<<< Klik untuk baca DIARI WIRA - 10

Ahad, 12 Mei
HARI IBU

Hari ni Hari Ibu. Lawatan keluarga hari ni, famili aku tak dapat datang. Maka, tak dapatlah aku nak raikan Hari Ibu dengan famili terutamanya mak aku. Jadi, aku ucap melalui telefon saja.

Selak-selak akhbar The Star hari ini, tiba-tiba tercerna idea untuk menulis novel.

Yesza!

Isnin, 13 Mei


KASIHAN AMIRUL


Setiap kali pekena ubat batuk, konfem aku susah hendak bangun tidur. Tapi sesusah mana sekalipun, aku masih dikira antara yang terawal bangun dekat dorm aku. Dah lama sebenarnya aku batuk cuma aku malas nak pergi ke bilik kesihatan. Cukuplah minum ubat batuk pada malam-malam tertentu sebab jurulatih memang berikan ubat batuk kepada sesiapa sahaja yang batuk tanpa perlu mendaftar setiap malam. Hal ini mungkin disebabkan terlalu ramai yang batuk.

Amirul, kembar aku itu demam teruk sampaikan dikecualikan daripada senaman pagi. Dia hampir pitam masa perbarisan pagi. Waktu itu, kepala aku tengah tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Aku sarankan Amirul untuk jumpa medik sejak semalam tapi Amirul bertahan dengan Panadol dengan harapan demamnya akan kebah secepat mungkin. Tapi yang lebih penting bagi Amirul ialah dia sihat sepenuhnya untuk merasa pengalaman menembak dengan senjata Colt M16.

Oleh sebab dikecualikan daripada senaman tadi, maka Amirul kena juga dibawa ke medik. Buat masa ini, tidak dapatlah dia mengikuti kelas latihan menembak.

LATIHAN MENEMBAK

Aku sangat tidak sangka yang sekuat itu bunyi tembakan senjata M16 itu. Boleh tercabut jantung!

Walau bagaimanapun, aku dikira okey lagi. Orang Tua Bob lagi kasihan. Dia agak sensitif pada benda-benda yang mengejut ini. Maka setiap kali tembakan dilepaskan, setiap kali itulah juga Bob terpekau-pekau, terangkat-angkat bahunya. Lemah semangat punya fasal. Haha.

Apapun, sejujurnya latihan ini cukup mengujakan. Ini adalah persediaan untuk satu aktiviti yang menjadi highlight bila semua orang bercakap tentang PLKN. Aku sendiri sudah tidak sabar-sabar!

A-FRAME

Petang itu, kitorang buat pertandingan A-Frame. Sebelum ini kitorang sekadar buat latihan. Maka, hari ini adalah hari pertandingan. Semuanya sangat kecoh. Cikgu Harun yang menjadi pengadil memutuskan bahawa keputusan akan diberitahu esok.

Hari ini, tersingkap lagi sisi lain Ketua Wira, AJ. Dia yang kini telah menjadi kalangan pelatih 'hot' dekat sini telah diberi pengiktirafan yang mana ada satu tepukan yang diberikan nama Tepuk-Tepuk AJ.

Tepuk-tepuk AJ ini sebenarnya bertujuan mengajuk cara percakapan AJ yang kerap menyebut 'Come on, guys...'.

Selain AJ, ada beberapa lagi individu yang telah diberikan pengiktirafan yang sama contohnya Penghulu diberi Tepuk-Tepuk Ali berbunyi 'Kau boleh diam tak?' dengan Tepuk-tepuk Acul yang berbunyi 'Cakap banyak pun tarak guna'.

DETAIL

Oleh sebab 5.30 petang kami diarah untuk berkumpul semula, maka ramailah antara kami yang tidak sempat untuk mandi. Petang ini, kami akan dibahagikan dalam detail untuk kumpulan-kumpulan menembak.

Aku dapat detail kelima yang dijadualkan pada lusa. Hal ini kerana, esok akan dimulakan dengan kompeni Alfa dan Charlie. Jadi lusa, Bravo dan Delta akan mengambil giliran.

Selasa, 14 Mei

MENGUBAH TRAGEDI KE MEMORI

Siapakah rakyat Malaysia yang boleh melupakan tragedi hitam negara pada 13 Mei? Satu tarikh yang telah memecah-belahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Tapi dalam leka menyelak akhbar hari ini, aku terbaca satu artikel yang cukup menyenangkan hati. Atas inisiatif kerajaan dan akhbar itu sendiri, 13 Mei menjadi tarikh yang menyatupadukan rakyat Malaysia.

Kesinambungannya juga pada aku terlihat jelas pada pelaksanaan PLKN ini.

Sementara Alfa dan Charlie menembak, Bravo dan Delta kena ada latihan kawad di bawah bimbingan Cikgu Adnan. Lepas tu, A-Frame antara Bravo dan Delta, untuk wira dan wirawati. Dekat sinilah aku dapat lihat sesuatu yang ketara iaitu pada perpaduan antara kami semua yang berlainan bangsa, budaya dan agama.

Sementara itu, Amirul tidur di medik. Melihat keadaan dia yang makin serius, aku merasakan yang dia mungkin tidak dibenarkan menembak esok. Setakat jam dua petang ini, panasnya betul-betul lain macam.

TEORI TALI TINGGI

Sementara Alfa dan Charlie menembak, kami, Bravo dan Dellta kena mendengar teori tali tinggi oleh Cikgu Ghaffar. Ini juga salah satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan.

Dijangka, 20 dan 21 Mei ini adalah tarikh untuk tali tinggi. Aktiviti ini dipercepatkan sebab mahu beri peluang kepada lebih kurang 83 orang pelatih yang bakal sambung pelajaran ke matrik dan Tingkatan Enam merasai pengalaman ini.

KASIHAN AMIRUL II

Malam itu, ketika minum malam, jurulatih dah tetapkan, sesiapa yang sakit diberikan amaran keras untuk tidak mengikuti rombongan ke lokasi menembak. Dan orang yang dimaksudkan itu termasuklah Amirul.

Sebagai kawan, aku cukup berasa sedih bagi pihak dia. Mengenali Amirul, dia seorang yang suka menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Di sebalik senyum dia, aku masih boleh baca yang dia betul-betul tengah berwalang hati.


RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.