Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

DIARI WIRA - 9

11:07:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Lagu Tema: Tentang Kita
Lagu: Hasif Hamsyari
Lirik: Mohd Haniff Mohamad Yusoff


Pilih Bab Pilihan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15

<<< Klik untuk baca DIARI WIRA -8

Selasa, 7 Mei

Aku selalu kasihan dekat AJ, Ketua Wira pelatih-pelatih dekat sini. Antara sebab utama, dia selalu kejutkan aku untuk bangun pagi, walaupun aku ni memang jenis susah bangun. Haha.

Aku selalu duduk dulu bila dia kejut tapi bila dia keluar dari dorm, aku baring dan 'ter'tidur balik. Bila dengar tapak kaki atau suara dia, aku cepat-cepat duduk balik. Hahaha. Konon tak nak hampakan dia.

5.10 pagi. Target bangun 5.20 pagi tapi 5.30 pagi barulah aku bangun. Itupun, aku masih antara yang terawal datang ke surau. Bagi dorm akulah. Haha.

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYA

Hari ini agak menggembirakan bagi aku, tapi sebaliknya bagi sebilangan besar pelatih lain. Program Penghayatan Sastera dan Budaya. It's really my thing! Aku syok gila dengar ceramah wakil Dewan Bahasa dan Pustaka petang itu tapi disebabkan hujan renyai, maka aku pun kadang-kadang terlelap jugak. Macam yang lain. Hihi.

Dalam pukul lima petang, ceramah pun tamat. Kelas CB3 dan CB4 bergabung bentuk satu kumpulan. Kami dibimbing Cikgu Najib dan Cikgu Sara yang pemalu, comel. Perbincangan hanya mengenai perjalanan persembahan yang bakal kitorang lakukan malam esok.

Keluar saja daripada kelas, Cikgu Diana panggil. Dan dari situlah bermula detik aku dikenali sebagai penulis novel dalam kalangan jurulatih. Kebetulan, aku memang ada tambah Cikgu Diana sebagai rakan Facebook sebab aku rasa seronok mengenali Cikgu Diana.

Dari situlah dia tahu aku penulis. Selain Cikgu Diana, aku ada tambah Cikgu Zaidi dan Cikgu Taufiq. Mereka semua cikgu dalam kelas CB aku.

Bercakap mengenai kes ni, sewaktu sebelum ceramah bermulan, Ang, wirawati Cina yang dapat 9A dalam SPM ada sampaikan aku sesuatu yang katanya daripada seseorang yang tak mahu dikenali.

Melalui surat dia, dia mengenali aku sebagai seorang novelis. Hatta Aiman dan Aidil, adik-adik aku yang sedikit masa lalu pernah popular sekejap dekat YouTube pun dia kenal.

Tapi hadiah-hadiah yang pembaca-pembaca aku kasik sangat 'tacin-tacin' belaka. Aku assume dia sebagai pembaca novel aku sebab dalam surat tu pun dia ada berkata sesuatu mengenai novel aku.

Kali ini, aku dapat sebuah buku poket terjemahan al-Quran dalam Bahasa Inggeris, penanda buku yang berupa kayu yang menurut pengirimnya, penanda buku itu diperoleh dari Indonesia serta tiga biji coklat Ferrero Rocher.


Ferrero Rocher sudah masuk dalam perut. Hihi. XD

Bersama-sama dengan hadiah itu ialah sepucuk surat bertulisan tangan. Semua item itu diletakkan dalam bekas pensil Dubai Air. Kalau pengirimnya baca ni, aku ucapkan jutaan terima kasih!

Aku target nak cari siapa pengirimnya. Siasatan mungkin akan lebih mudah kalau aku desak Ang sendiri, si pengantara.

LATIHAN MALAM KEBUDAYAAN

Malam itu, latihan PPSB diteruskan. Aku tolak semua urusan urus setia sebab target aku nak masuk bahagian puisi. Haha. Masuk kelas, Cikgu Najib panggil aku. Semua tertanya-tanya jugak, sebab lama jugak aku dekat depan tu, borak-borak dengan Cikgu Najib. Rupa-rupanya, Cikgu Sarah sudah beritahu Cikgu Najib bahawa aku ni penulis novel. Maka Cikgu Najib pun tanyalah beberapa soalan tentang perkara tu...

Aku menawarkan diri untuk ambil bahagian syair. Untuk kelas ini, kami diberi tema Syair. Aku dapat dengan Amer dan Tasha. Amer ni antara yang rapat jugak dengan aku dalam kelas CB3. Tasha yang bermata bulat ni pulak dari CB4. Dia kawan rapat Humairah, kawan Amirul. Jadi secara tak langsung, aku memang kenal jugaklah dengan dia ni.

--------------------------
TIPS!
Jangan jadi pasif! Aktifkan diri anda dengan menyerlahkan dan menggunakan secara maksima setiap kebolehan anda dalam apa jua aktiviti. PLKN bukan semata-mata berani melakukan aktiviti-aktiviti lasak, bahkan berani menonjolkan kelebihan diri.
 -------------------------

Kalau nak tahu, masa aku tunggu ayah aku untuk balik masa ada temuduga hari tu, Tasha ni pun balik atas sebab yang sama jugak. Sempatlah aku berborak sikit dengan dia waktu tu.

Ada sikit masalah untuk syair kitorang. Sebab Amer dan Tasha ingat, kitorang kena bawa syair ini dalam irama biasa iaitu Selendang Delima. Tapi yang ditulis dalam helaian tu pulak, kitorang kena bawak dalam irama Batu Belah.

Jadi kitorang jumpa dengan Cikgu Salwa, wakil DBP tu untuk konfemkan. Lepas cuba seorang demi seorang, Cikgu Salwa mewajibkan aku untuk masuk. Haha. Terharu. Alhamdulillah...

Tapi sekarang, Cikgu Salwa meletakkan syarat, perlu ada seorang wakil daripada bangsa lain dalam kalangan kami bertiga. Maknanya, salah seorang kena menarik diri.

Cikgu Najib sendiri terpaksa akur lalu menggantikan tempat Tasha dengan Sha, kawan baik aku dalam kelas CB3 berbangsa India. She's really sweet!


Agak susah jugak sebab bukan senang bagi satu bangsa lain untuk melagukan puisi bangsa lain. Oleh sebab kita sendiri dah terbiasa dengan irama Selendang Delima untuk setiap puisi yang diajar dalam
KOMSAS dekat sekolah, maka Sha sendiri memang terbawa-bawa dengan irama tu walaupun aku jelaskan irama Batu Belah berkali-kali. Aku tak rasa penat sebab kalau Sha berjaya lakukannya, itu adalah kejayaan bersama. Menang kalah, perkara itu dah jatuh nombor dua. Kitakan dalam satu pasukan!

CENTIPEDE CRAZE

Kegilaan membela lipan makin menjadi-jadi. Petang tu, Kecik, antara pelatih yang popular dan selalu mencuri tumpuan dengan aksi gila-gilanya, bawa lipan yang masih hidup. Aku ingat saiz tu dah kira gergasi. Tapi malam tu, dia bawak lipan lagi gergasi, lagi merah, betul-betul lipan bara! Dia buat kacau dekat budak-budak lain yang konfem-konfem, 99% penggeli atau takut lipan.

Daripada apa yang aku dengar, ramai lagi dah bela lipan besar-besar ni. Aku tak takut lipan pun sebenarnya, tapi aku geli dengan kakinya. Erk.. Maksud aku, kaki-kakinya.

Semua lipan dah dibuang sengat supaya selamat untuk dibawa main. Kesian jugak dekat lipan-lipan ni sebab fitrah diorang dah hilang. Bayangkanlah, daripada haiwan yang menyeramkan dan menggerunkan, lipan-lipan ni dah macam jinak di tangan penggemar-penggemar lipan ni.

Rabu, 8 Mei

Hari ni, semua dah teruja. Dari lesu dan bosan dengar ceramah sastera dan budaya, (segelintir sahaja), tukar 360 darjah. Bayangkanlah, dia orang semua berlatih dengan bersungguh-sungguh sebab nak persembahkan yang terbaik pada malam ni.

Walaupun sekarang kitorang semua dah kira kamceng, tapi tentulah rasa malu akan tetap ada tambah-tambah kalau buat silap. Silap-silap, jadi bahan ketawa dan ejekan.

Jadi mereka tak ada cara lain selain berlatih bersungguh-sungguh dan persembahkan yang terbaik bukan sahaja untuk kelas (sebab ini dikira pertandingan), bahkan untuk diri diorang sendiri.

Tengah hari tu, kitorang buat raptai. Alhamdulillah, bahagian aku kira okeylah. Cuma mikrofon banyak kali buat hal. Aku harap kesulitan teknikal macam ni takkan menjejaskan mana-mana persembahan malam nanti.

MALAM.

Korang boleh bayangkan sendirilah betapa bosannya memakai pakaian yang sama setiap hari. Kalau tak baju sukan (PT), mesti baju kelas. Kalau tak baju kelas atau baju PT, mesti baju celoreng.

Bukanlah merungut tapi fitrah manusiakan suka yang lawa-lawa, yang berwarna-warni. Tapi taklah pula aku mengharapkan baju celoreng berwarna pelangi. Teruk betul rupanya nanti. -.-

Tapi malam ni, semuanya berubah. Baik wira mahupun wirawati, semua bergaya sakan dengan baju tradisional masing-masing. Aku, misalnya, pakai baju Melayu putih perak yang berkilau. Haha.

Satu yang agak membenakkan otak aku ialah semua cakap aku macam nak pergi nikah. Selain aku, Panjang, Naib IC Skuad Bravo tu pun baju dah dekat sama. Tak cukup dengan tu, samping kitorang pun warna perak. Pergh.

Cerita pasal samping, sebenarnya ada orang sponsor samping aku. Haha. Oleh kerana aku antara orang penting malam tu (ialah, kena pinjam suara untuk puisi kot!), maka aku kena jugaklah pakai pakaian terbaik. Tapi aku tak ada samping! Nasib baik aku mengadu dekat Cikgu Najib dan dia sudi meminjamkan aku samping warna perak miliknya itu.

Dan aku jugak meminjamkan Amirul baju Melayu warna oren sebab Amirul dah bawa balik baju Melayu dia masa cuti semester. Iyalah, solat Jumaat pun pakai baju kelas. Jadi dia fikir tak guna baju Melayu dibuat hiasan dalam bagasi. Tak sangka pulak akan digunapakai malam ini.

Alhamdulillah, malam tu memang sangat hebat. Awesome bak kata orang putih. Daebak bak kata orang Korea. Aku puas dengan persembahan puisi aku. Amer memang ada suara lelaki Melayu yang macho, dan Sha pulak berjaya bawakan puisi tu dengan irama Batu Belah. Untuk part aku, aku berpuas hati.

Cuma aku betul-betul tak sangka, rupa-rupanya, tetamu VIP malam tu ialah pengarah filem kontroversi, Raja Azmi! Apapun, respons yang aku dapat cukup untuk aku berpuas hati terutama pujian daripada Cikgu Najib sendiri. Alhamdulillah...

Aku masih terketar-ketar. Memanglah aku ada pengalaman bercakap depan ribuan orang, tapi berceramah tak sama dengan berpuisi, walaupun berpuisi itu cuma tiga ke lima minit sahaja.

Apapun, bunga Kemboja (nama pasukan gabungan kelas aku, CB3 dan CB4) dapat tempat kedua untuk kategori tradisional. Sebenarnya, penilaian tak hanya melalui lontaran penyair semata-mata sebab semasa aku, Amer dan Sha bersyair, ada pelakon-pelakon yang menggerakkan perjalanan cerita dalam syair kami menerusi gerak kreatif.

Nombor dua sudah cukup buat aku gembira. Sekurang-kurangnya, aku yakin, CB3 dan CB4 dah enjoy dan buat yang terbaik malam tu.

Berakhirnya Malam Citra Puisi pada 12 malam. Ini betul-betul rekod sejarah untuk aktiviti PLKN tamat selewat itu. Tapi aku yakin, mana-mana PLKN pun sama untuk Malam Citra Puisi ni.

Ya, sangat memenatkan. Dan tanpa belas kasihan, kitorang disuruh tidur sebelum 12.30 malam. Dan tanpa kasihan lagi, hidup kami akan bermula semula seawal lima pagi esok, seperti biasa. Dan hujan turun renyai-renyai malam itu.

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.