Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kundasang, Sabah (Part 1)

12:59:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category :


Pilih:  PART 1           PART 2          PART 3

26 hingga 28 Mac lalu, saya berkesempatan mengikuti Program Lawatan Akademik Dua Budaya UiTM ke UMS. Sebelum saya cerita lebih lanjut, izinkan saya berikan sepatah perkataan untuk merumuskan program ini dari awal sampai habis.

Terbaik!

Seramai kira-kira 25 orang pelajar Masscomm dari pelbagai pengkhususan (sequence) dan semester terlibat dalam program ini. Kami diiringi seorang pensyarah kesayangan para pelajar Masscomm UiTM Shah Alam iaitu Mama Hariyati Ariffin. Jadi ini catatan ringkas saya.  

26 Mac.
Sebelum berlepas.
Bertolak ke KLIA2 dari UiTM sebelum sampai dalam pukul 8.15 pagi dan bertolak dengan kapal terbang AirAsia kira-kira 9.30 pagi. Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang tau. Haha. Rasa bertuah pula dapat seat tepi tingkap!


Dua jam setengah perjalanan, saya tak pejam mata. Tak lepas memandang dan menghayati pemandangan luar tingkap. Bila kapal terbang melintas Laut China Selatan, saya jadi kagum. Bagaimana mungkin pemandangan seindah itu boleh saya saksikan seumur hidup saya. Macam bermimpi bila tengok langit dan lautan bagai bersatu. Saya tenggelam melayan perasaan sampailah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ini bukti saya:




Ketibaan kami disambut sederhana tapi meriah oleh pelajar-pelajar Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Terus dibawa ke Masjid Kota Kinabalu sebelum ke Muzium Sabah Kota Kinabalu. Dalam muzium tak dibenarkan bergambar. Tapi saya percaya, sebabnya ada kaitan dengan kepercayaan memandangkan barang-barang dalamnya adalah barang-barang daripada etnik-etnik tertentu di Sabah dan untuk itu saya menghormatinya.


Kemudian kami dibawa ke FKSW di UMS. UMS pada saya sangat cantik dan sangat luas! Petang itu masa kami diisi dengan perkongsian ilmu daripada Dekan FKSW, Dato' Mohd Hamdan bin Haji Adnan. Perkongsian beliau agak peribadi tapi berkait dengan program kami dan program yang ditawarkan di fakulti berkenaan.

Sebagai tanda kami dah singgah UMS. :)
Kemudian kami bergerak ke Pasar Filipin. Saya tak makan makanan di situ atas sebab-sebab peribadi. Tapi saya banyak jugaklah borong barang-barang sebagai tanda kenangan untuk diri sendiri, famili dan kawan-kawan. Antara barang yang saya beli ialah baju-baju, keychain, magnet termasuk brooch mutiara untuk emak dan kakak saya.

Kemudian menginap di rumah sewa di Kingfisher, berhampiran dengan UMS. Rumahnya agak berhabuk tapi okeylah. Esoknya adalah highlight untuk program ini. Ke Kundasang! Jadi nantikan Trip ke Sabah saya Part 2.

Sneak peek: New Zealand Malaysia dan 'anak' saya. Haha. ;)

Terus ke Instagram saya untuk gambar-gambar lebih banyak! KLIK SINI

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.