Kundasang, Sabah (Part 3)
Pilih: PART 1 PART 2 PART 3
Assalam.
Ha. Sorry lambat pos entri ini. Haha.
So here we go.
Lepas ke Mesilou, petang itu kami singgah ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak kira-kira sepuluh minit daripada Mesilou.
Tempat ini cukup dikenali dengan suasananya yang serius macam bukan di Malaysia. Dengan kesejukannya, juga panorama indah berlatarkan Banjaran Crocker, dengan lembu-lembu susu yang jarang didapati di mana-mana sudut lain di Malaysia, tempat ini mendapat jolokan sebagai New Zealand Malaysia!
Boleh search kat Google tentang keindahan tempat ni. Gunakan je kata kunci Desa Cattle Dairy Farm atau lagi senang New Zealand Malaysia. Ni antara yang paling cantik saya jumpa.
Ihsan sabahtourism |
Sedikit info tentang tarikan pelancongan ini ialah, di sini, 900 000 liter susu lembu setahun. Dan kualiti lembu di sini adalah antara yang terbaik di dunia tau. Daripada baka Friesians, baka yang paling banyak menghasilkan susu berbanding baka-baka lembu susu yang lain. Hamik!
Datang kat sini, selain tangkap gambar, wajib rasa minuman dan makanan daripada susu segar yang ditawarkan macam aiskrim susu lembu. Harga bukanlah mahal pun! Sangat berpatutan, segar lagi berbaloi-baloi!
![]() |
Antara Hawa dengan Jijah saya pilih aiskrim ni. Haha. XD |
Above all, being in Kundasang is such an unforgettable experience! #cannotmoveon #forsurewillberthereagainsomeday
Haha. Mode excited balik bila cuba recall memori kat sana. XD
Malamnya pihak UMS adakan BBQ Party untuk kami. Cukup best! Makanan sedap-sedap pulak tu. Dari ayam, ikan, sotong semua ada. Malah ada sesi karaoke tertutup lagi.
Esoknya, kami berkesempatan berkunjung ke Rumah Terbalik, Tamparuli. Unik betul melihat rekaan-rekaan terbalik. Fokus utama sudah semestinya rumah yang diterbalikkan, luar dan dalam. Review saya, Rumah Terbalik sangat menarik kecuali; satu, pengunjung tak dibenarkan bergambar dalam rumah terbalik itu sendiri dan; dua, hadiah dan cenderamata yang ditawarkan agak mahal (atau mungkin pada saya saja).
![]() |
Acah-acah Spiderman. Haha. |
![]() |
Tengok siapa takut naik Jambatan Tamparuli. Haha. |
![]() |
Berbaju ungu paling kanan tu Kak Aisyah, geng #cannotmoveon yang juga Ketua Projek kami ke Sabah ni. Haha |
Terima kasih, MASSA atas peluang ini! Tahun depan katanya mahu ke Chulalongkorn pulak. Yeah. InsyaAllah. :)
0 komen
Tinggalkan komen di sini.