Santai gaya Foodsbury Cafe!
Kalau korang tercari-cari lokasi untuk makanan Barat dan pencuci mulut yang sedap-sedap dekat Shah Alam, maka Foodsbury Cafe adalah sangat dicadangkan! Tengok gambar je dah boleh buat air liur meleleh. Kalau tak percaya, teruskan baca!
Sebelum pergi lebih dalam lagi tentang apa yang menarik dekat sini, saya nak fokuskan dulu tentang makanan-makanan dan minuman kat sini. Saya pergi dengan ditemani tiga orang lagi kawan saya jadi agak banyak jugak makanan kat meja kitorang.
ALMOND SALTED CARAMEL
Ini dessert yang sepatutnya saya ceritakan kat hujung-hujung entri tapi disebabkan ini ialah yang paling prominent kat sini, maka saya rasa ini adalah pemula yang baik untuk memperkenalkan identiti atau signature Foodsbury Cafe ni.
Ya, betul tu! Inilah masakan yang wajib korang rasa sendiri bila singgah kat sini. Rasanya manis berlemak, sangat sedap. Tekstur potongan kek istimewa ini pun sangat lembut dan halus. Inilah jugak antara penyebab ramai suka pergi sini berulang kali. Macam kawan saya. Haha.
SPICY BEEF OLIO SPAGHETTI
Ini antara favourite kat sini! Dengan hirisan daging dan sauteed mushrooms dan Cajun chili mix istimewa kat sini, mana mungkin tak boleh buat korang kecur liur! Lagi best, hidangan ini turut dilengkapkan lada hitam dan herba yang menjadikannya pedas. Tapi sebenarnya taklah sepedas mana pun. Kira kenalah dengan selera saya!
SEAFOOD OLIO SPAGHETTI
Ini ialah makanan yang saya pesan. Ini juga antara yang mendapat permintaan tinggi kat sini. Ada udang, kupang, sayuran juga turut ada campuran herba dan lada hitam yang sangat membuka selera saya saat menghidu makanan yang sampai di meja. Pergh!
LAMB CARBONARA SPAGHETTI
Bagi peminat daging kambing, kat sini antara port yang best jugak sebenarnya. Saya sendiri pun suka makan daging kambing. Dagingnya masak empuk, tak liat dan sedap macam selalu. Haha. Kawan saya yang order makanan ni pun puji masakan ni.
Melengkapi hidangan ni ialah campuran herba dan lada hitam, cendawan dan yang paling penting sos Alfredo.
SEAFOOD CARBONARA SPAGHETTI
Sama macam Lamb Carbonara cuma dah namanya pun seafood, jadi yang menjadi elemen penting kat sini mestilah masakan laut. Ada udang dan kupang juga dan rasanya masih setara dengan yang lain. Sedap!
TOFFEE MILK
ROOT BEAR FLOAT
Total makanan dan minuman kami termasuk air kosong lebih kurang RM96. Kira berbaloilah dengan keenakan makanan dan minuman kat sini. Tak salah kalau korang mahu mencuba.

APA LAGI YANG MENARIK KAT SINI?
Foodsbury Cafe dari kaca mata saya adalah ruang yang sangat sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan, rakan sekerja mahupun ahli keluarga. Kafe yang tidak terlalu berat pengaruh hipsternya, tapi ciri-ciri itu ada pada konsepnya.
Selain merehatkan diri dan menghabiskan masa dengan orang-orang tersayang, kat sini jugak korang boleh buat kejutan hari jadi atau lamaran ke apa-apa event kecil-kecilan, korang boleh bincang terus dengan pemiliknya. Telefon nombor yang saya sertakan pada hujung entri ni nanti.
Antara konsep sebuah kafe hipster ialah dekorasi yang sangatlah cantik yang memang menjadi port pilihan para Instagrammers bergambar dengan pelbagai stail dan gaya. Foodsbury pun tak terkecuali. Korang mesti takkan lepaskan peluang untuk bergambar bila singgah kat sini sebab dekorasi-dekorasi kat sini bukan je cantik, bahkan comel! Haha.

Untuk melengkapkan gaya santai, Foodsbury turut menyediakan kemudahan untuk pelanggan membaca iaitu satu rak yang penuh dengan pelbagai buku dan majalah. Selain tu, permainan indoor pun ada.
TAPI...
Satu yang agak kurang menarik ialah kedudukannya yang agak tidak strategik. Kalau korang orang luar dari Shah Alam, maka korang mungkin akan menghadapi kesulitan. Tapi jangan risau, guna je Waze atau Google Maps, insya-ALLAH takkan sesat.
Kafe ni antara kafe yang popular jugak jadi memang kadang-kadang penuh. Kalau korang rasa nak reserved tempat supaya korang dapat masuk dan duduk dengan penuh gaya fefeeling eksklusif gitu, boleh book dengan tuan punya kafe kat talian yang disediakan kat bawah.
Selain tu, saya nak order roasted chicken tapi habis. Haha. Kira bukan nasib sayalah kot. Lain kali, insya-ALLAH akan datang lagi.
![]() |
Photo courtesy of (here) |
Alamat:
No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam
Dibuka pada:
Selasa hingga Ahad (12PM - 11PM)
E-mail:
foodsbury@gmail.com
No. Telefon:
03 - 55245539
Social Media (Click):
2 komen
Gmbar cantik, cafe cntikk semua nmpk sedap! Ada peluang nk pergi la nnt hihi.
BalasPadamSinggah dari www.farahdafri.com
Thank you! It is a must, Farah! Hihi :D
PadamTinggalkan komen di sini.