Meneroka Gua Gelanggi
Berlatarbelakangkan tarikan utama kat sini. |
Selepas membuat tempahan di Taman Negara, kami dibawa semula menaiki van ke Bandar Jerantut. Kira-kira setengah jam perjalanan, kami sampai ke kawasan perkampungan yang mula menampakkan bukit-bukit - di bawahnya terdapat gua-gua yang bakal kami teroka.
Terlalu banyak sebenarnya cerita, sama ada yang bernilai sejarah mahupun sekadar mitos tetapi itulah yang menjadikan gua ini sangat istimewa! Sedikit trivia, gua ini dikatakan tempat Pahlawan Mat Kilau mendalami ilmu persilatannya. Apatah lagi, berdekatan dengan lokasi ini iaitu di Kampung Pulau Tawar terdapat tempat persemadiannya. Di sini juga menjadi lokasi filem Melayu lama bertajuk Sumpah Semerah Padi (1981).
Lokasi ini dipanggil sebagai Kota Gelanggi atas beberapa sebab. Pertama, di sini terdapat banyak lagi gua-gua yang menjadikan lawatan ke sini jadi lebih menarik sebab korang boleh jelajah gua-gua ni sekali gus. Kedua, ramai mempercayai kawasan ini sebenarnya ialah sebuah penempatan manusia.
Bersama-sama dengan tour guide kami, Andrew, kitorang menjelajah Kota Gelanggi dengan penuh rasa teruja dan ingin tahu.
Satu kemestian yang korang kena ada kalau mahu meneroka sesebuah gua ialah imaginasi. Kalau tak ada imaginasi, penerokaan korang boleh jadi membosankan sebab batu-batuan di sini mempunyai pelbagai corak dan bentuk. Korang mesti akan kagum kalau dapat kesan persamaan sesuatu corak dan bentuk itu dengan sesuatu haiwan, benda mahupun manusia!
Batuan seakan kepala dinasaur dekat-dekat Gua Tongkat. |
Seterusnya ialah Gua Gajah. Di sini terdapat batuan stalagmit yang membentuk seperti seekor gajah. Dekat sini juga terdapat kelawar-kelawar. Bukan selalu dapat melihat haiwan nokturnal ni di habitat asalnya!
Nampak tak kelawar-kelawar yang sedang menggeliat penuh annoying dengan kehadiran kitorang? |
One of the magnificent views you can experience in this one-of-a-kind cave. |
Lubang-lubang yang terhasil, di lantai mahupun di siling gua akibat bentukan stalagmit dan stalaktit. |
Sekarang cuba guna imaginasi korang dan bayangkan apa yang saya cakap tadi melalui gambar ni. Hehe. |
Cerita-cerita ini berlambakan di internet dalam pelbagai versi. Korang boleh google sendiri juga.
Di sekeliling kawasan ini juga ada batuan lain yang bermacam bentuknya. Ada juga pengunjung yang gemar menyusun batu di sini dengan pelbagai corak termasuklah seekor angsa.
Antara batuan-batuan yang ada di sini. |
Sekeliling Gua Batu Sanding. |
Antara batuan-batuan sekeliling Gua Batu Sanding ini juga terdapat banyak corak-corak yang sangat mencabar imaginasi korang. |
Dan itulah persinggahan terakhir kitorang sebelum berpatah balik.
Menurut Andrew, kawasan Kota Gelanggi ni dulu dikatakan sebenarnya sebuah laut sebab tu kat sini ada banyak cengkerang-cengkerang siput yang korang boleh jumpa. Di kawasan-kawasan ini pelancong tidak dibenarkan lalu supaya ia terjaga.
Antara kawasan yang nampak cengkerang-cengkerang siput. |
Misteri dan keajaiban Gua Gelingga nyata berbeza dengan gua-gua lain yang ada di Malaysia! |
Selain tu, ada kawasan dalam gua yang korang akan rasa angin sejuk macam air cond. Sangat mendamaikan!
Pengalaman meneroka Gua Gelanggi ni ialah pengalaman yang takkan saya lupakan. Terus pasang wish list nak lebih banyak teroka gua lepas ni.
Kalau korang mahu merasai pengalaman ni, korang boleh cari agensi yang menyediakan perkhidmatan ni. Ada sesetengah agensi tak letak Gua Gelanggi dalam carta pakej yang ditawarkan sebab kawasan ini masih baharu. Korang boleh pergi sendiri tanpa tour guide cuma ia mungkin akan menjadi agak bahaya dan yang lagi penting, korang mungkin sukar menemukan hidden gems dalam gua ni.
Secara kesimpulan, gua ni sesuai untuk korang yang suka aktiviti sederhana lasak.
Tahap Ekstrem:
Adventure (Sederhana Lasak)
Mendaki, menyelit dan merangkak celah lubang sempit, kawasan yang gelap
Best Time to Visit:
Sesi 1: 9.30 am (Recommended)
Sesi 2: 1.30 pm
Setiap hari kecuali antara bulan Disember hingga Januari (musim hujan)
Durasi penerokaan:
1 jam 30 minit - 2 jam
Barang perlu dibawa / Tips:
Lampu suluh yang terang, kasut trekking.
Elakkan bawak beg besar dan jangan lupa air mineral.
2 komen
assalamualaikum tuan... saya nak guna gambar gua di kota gelanggi boleh?
BalasPadamWaalaikumussalam. Sila maklumkan kepada saya di mana dan tujuan gambar itu akan digunakan melalui emel, Instagram atau Facebook saya. Sila pastikan setiap gambar dikreditkan kepada saya. Terima kasih.
PadamTinggalkan komen di sini.