Magic of the Night 2016
Ada satu event best yang penuh warna-warni di Putrajaya berlangsung saban tahun dan saya dah lama menunggu masa dan kesempatan untuk menyaksikannya sendiri. Dan akhirnya pada tahun keenam penganjurannya, saya dapat peluang tu!
Event yang saya maksudkan ialah Magic of the Night 2016! Acara anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ni berlangsung selama sembilan hari dan bakal berakhir 4 Jun 2016. Jadi kalau korang masih punya masa, jangan lepaskan peluang untuk saksikan sendiri! Perarakan bot atau flotilla berhias akan bermula 9 malam hingga 10 malam setiap hari sampailah 4 Jun tu nanti.
Teruja gila akhirnya dapat saksikan perarakan cukup istimewa ni! |
Pertunjukan bunga api seusai kesemua 14 flotilla berarak di Tasik Putrajaya. Cantik, kan?! |
Tahun ni ada 14 flotilla yang dihantar oleh hampir semua negeri di Malaysia. Setiap flotilla ni memaparkan keunikan masing-masing dengan mengikut tema 'Retro Magic'.
Kenapa korang kena datang? Sebab korang kena saksikan sendiri kecantikan flotilla-flotilla ni. Kemeriahannya tambah dirasai dengan mainan lampu LED yang melatari perakan flotilla dan suasana penuh fotogenik di atas Tasik Putrajaya. Apalagi, berlatar belakangkan Jambatan Putrajaya yang ikonik pastinya buatkan korang, para fotografer untuk tak melepaskan peluang merakamkan gambar yang cantik-cantik!
Tak percaya? Jom layan gambar-gambar ni dan baca sikit keterangan masing-masing.
1. Melaka
Keindahan budaya negeri Melaka sangat terserlah. Tak hairanlah Melaka diiktiraf Bandar Warisan Dunia! |
2. Johor
Semangat kejayaan Johor terakam indah di atas flotilla ini. |
3. Kelantan
Kelantan bersederhana dengan nilai Islam dan flora atas sebuah flotilla yang cukup indah. |
4. Sarawak
![]() |
Ringkas tapi sarat simbol perpaduan rakyat Sarawak. - Foto ihsan Facebook Tourism Malaysia. |
5. Kedah
Flotilla Kedah yang sangat menarik! |
6. Negeri Sembilan
Keunikan tersendiri dalam kesederhanaan. Negeri Sembilan. |
7. Selangor
Legenda bola sepak, Super Mokh mengemudi flotilla Selangor. |
8. Pulau Pinang
Flotilla Pulau Pinang sangat terang dan berwarna-warni! |
9. Perak
Wow, cantiknya flotilla Perak! |
10. Sabah
Keindahan flora dan fauna di Sabah yang unik menjadi tarikan utama flotilla Sabah! |
11. Terengganu
Terengganu pun tak kalah dalam menonjolkan keistimewaan flora dan fauna di negeri cukup cantik ni! |
12. Pahang
Keterujaan bagi kaki travel pastinya menantikan Tahun Melawat Pahang 2017 nanti. |
13. Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya tampil dengan flotilla yang comel antara semua! |
14. Tourism Malaysia
Tourism Malaysia tampil dengan flotilla yang cukup meriah! |
Ha, dah tengok sendiri kecantikan flotilla-flotilla ni kan? Sekarang apa kata jalankan tanggungjawab korang sebab sebenarnya, ada pertandingan yang mana korang adalah penentunya! Pertandingan tu ialah Pertandingan Flotilla Paling Popular yang mana korang kena undi dengan LIKE gambar flotilla pilihan korang DI SINI ! Cepat sebab undian akan tamat pada 12 tengah hari 4 Jun nanti.
Kalau korang nak datang sendiri menyaksikan keajaiban malam ni boleh segera pergi sekarang sebab ia akan tamat pada 4 Jun jugak. Sesuailah untuk beriada dengan famili waktu cuti sekolah ni!
Tonton video Magic of the Night dalam video Eat.Travel.Doodle 2016! KLIK SINI (link belum tersedia)
Impian saya ini terlaksana terima kasih kepada majalah Gaya Travel. Ini adalah salah satu aktiviti sempena program Eat.Travel.Doodle 2016.
4 komen
menarik bukan. Tapi sayang kurang promosi Magic Of The Night tahun ni
BalasPadambetul. event macam ni perlu promosi kaw-kaw sebab sangat berpotensi sebenarnya tarik pelancong.
PadamBetul tu...
BalasPadamMoga jumpa lagi Magic of the Night 2017 pulak. Kita tunggu apa2 kejutan lain atau perubahan. Haha.
PadamTinggalkan komen di sini.