Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack, Melaka yang Awesome!
Baru-baru ni saya berkesempatan singgah ke kafe berkembar, Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack yang terletak secara strategik di tengah Melaka, bersebelahan dengan AEON Bandaraya Melaka.
Kenapa berkembar? Sebab Billionaire's Concept Store dan Grind Shack ni sebelah-menyebelah dan bercantum. Boss yang sama tapi nama lain dan fungsinya juga berbeza. Kalau Billionaire's Concept Cuisine menyediakan hidangan makanan, Grind Shack pulak menyediakan minuman.
Kafe berkembar ni terletak berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka. |
Saya sempat berborak-borak dengan pemilik restoran, Afiq Omar bahawa pada awal penubuhan, kafe yang bakal injak setahun pada Ogos ini mahu menekankan konsep makanan Western yang halal yang mana bukan saja dari segi daging yang dihidang tapi secara total!
Kata Afiq jugak, nama Grind Shack diambil sempena proses penyediaan kopi itu sendiri. Sebab itu maknanya 'pondok kisar'. Tapi kenapa pulak dengan Billionaire's Concept Cuisine? Sebab yang pulang dari sini mesti akan 'kaya'. Kaya dengan
Jom kita lihat menu apa yang saya peroleh untuk makan tengah hari saya hari tu.
BEEF CARBONARA
Beef carbonara adalah antara hidangan spaghetti yang famous kat sini! |
Beef carbonara ialah hidangan pertama yang disajikan. Rasa dia? Sedap! Spaghettinya empuk dan sosnya juga sangat creamy. Daging pun banyak ditambah pulak dengan beef ham yang dipotong halus ditabur lagi. Pergh!
MIXED GRILL
Ayam dan daging mengapit isi ikan. Its a perfect eat with extra-delicious sauces! |
Di bawah daging dan ayam tu pulak ada mashed potato yang banyak, sedap dan tak muak! Melengkapkan lagi hidangan ialah sayuran salad dan kekacang dengan roti. Yummy!
Saya makan dulu ya!
Wuuhuu! |
Salmon Grill yang sangat menyelerakan! |
Istimewanya hidangan kali ni ialah pada crab sauce dia. Susah nak terang macam mana rasa dia sebenarnya tapi memang sangat kenalah pada ikan salmon ni. Kalau korang nak rasa, ha, singgahlah sini!
CAPPUCINO COFFEE
Nampak sangat mengundangkan? Haha. |
Minuman pertama saya ialah kopi cappucino. Kopi yang dihidang sangat segar, betul-betul dibrew. Kalau korang mencari rasa kopi yang sebenar, Grind Shack is highly recommended!
LYCHEE RASPBERRY
Lychee raspberry daripada Grind Shack antara favourite saya! |
OREO AND CREAM
Oreo and Cream yang sejuk di luar, berkrim di dalam! |
COOKIE BUZZ
Cookie Buzz ni pun langsung tak mengecewakan! |
CARAMEL SUTRA
Inilah dia antara aiskrim paling laris kat sini! |
Pergh! Nama je pun dah cukup mengancam! Kalau nak tau, inilah yang menjadi tarikan yang utama kenapa saya nak ke sini. Istimewanya Caramel Sutra ni terletak pada pop corn yang sekeliling aiskrim tu. Pop corn tu nama dia Garrett pop corn, jenis yang sangat rare dan sangat manis. Lagi buat kecur liur ialah cairan caramel. Memang rasa dia heaven gila weyh.
GRIND SHACK COLD PRESSED JUICE
Tiga jenis pilihan untuk pengenalan. |
Saya dah rasa botol yang kiri tu. Ia campuran lobak, oren dah epal. Korang akan rasa ketiga-tiga buah ni dalam satu botol. Kombinasi dia menjadi weyh! Sedap, serius tak tipu! Yang tengah tu campuran epal, mint dan lemon grass. Yang kanan tu pulak campuran epal, nanas dan mint.
Selain makanan dan minuman ni, dessert berupa kek-kek pun ada jugak tau!
Tengok sekilas pun boleh buat bunyi berkeroncong tiba-tiba. Haha. |
Di sebalik coffee machine inilah kopi-kopi dan minuman terbaik yang lain disediakan! |
Ruang makan dekat sini sangat luas. Almaklumlah, ruangan ini mencantumkan Billionaire's Concept Cuisine dan Grind Shack. Ada ruangan siap berpendingan hawa dan kalau mahu rasa sendiri udara segar pun boleh. Malah, dekorasi antara satu ruangan dengan ruangan yang lain pun berbeza. Jadi, bolehlah korang pilih yang mana pilihan hati. Cantik-cantik pulak tu!
Hari tu, saya pilih untuk duduk di ruangan yang terbuka. Walaupun cuaca boleh tahan panas, angin agak kuat jugak. Kipas pun terpasang.
Ruangan pilihan saya. Aura minimalis yang ketara tapi cantik! |
Ruangan dalam yang menghadap sungai. |
Ruangan ini pulak lebih tonjol nilai elegan minimalis dengan mainan warna hitam putih. |
Mana taknya, ia dilukis oleh pelukis sama! Sangat cool!
Mural burung hantu yang sangat ikonik ni menurut Afiq mengambil masa lapan jam je untuk disiapkan! Cantik! |
Lukisan yang sangat realistik! |
Ikon kebanggaan negara, Super Mokh, Tun M dan P. Ramlee juga diabadikan di kafe ini. |
Harga makanan pun pada saya sangat berpatutan sebab ia bersesuaian dengan kuantiti atau portion yang korang bayar tu, selain rasa yang pasti akan buat korang berpuas hati. Sebenarnya portion dia banyak tau.
Itu belum dikira dengan layanan staf yang sangat ramah dan sentiasa ada untuk bantu korang. Haha. Kebetulan pulak masa saya tengah datang diorang tengah fefeeling raya untuk photoshoot Aidilfitri diorang. Tak semena-mena saya pun join jugak. Haha. Sporting habis weyh diorang ni!
Kacau jap shooting raya diorang. Haha. |
Apalagi yang boleh buat saya tak jatuh suka dengan kafe ni! Hahaha.
Terima kasih, Grind Shack! |
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang kafe ni, rujuk maklumat kat bawah ni.
BILLIONAIRE'S CONCEPT CUISINE
8-1, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI
GRIND SHACK
6-1, Jalan Lagenda 6,
Taman 1 Lagenda,
75400 Melaka
Facebook: KLIK SINI
Instagram: KLIK SINI
No. Telefon: 013-201 8282
0 komen
Tinggalkan komen di sini.