Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

5 Lokasi Tarikan Mesti Singgah di Kampung Sijangkang!

2:00:00 PTG Hasif Hamsyari 42 Comments Category : , ,

Siapa kata tempat menarik cuma ada di kawasan bandar saja? Istimewa dalam entri kali ni, saya nak perkenalkan beberapa tempat menarik yang menjadikan Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor ni antara produk pelancongan yang wajar mendapat lebih perhatian.

Saya singgah ke sini dalam satu acara Eat Travel Write 4.0 anjuran majalah Gaya Travel dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

Selain seni kulinari yang unik dan orangnya yang sangat ramah, rupanya di Kampung Sijangkang pun ada beberapa lokasi yang perlu korang terjah kalau singgah ke sini!


1. Litar Go Kart Kampung Sijangkang
Peminat sukan ekstrem mesti akan tertarik dengan kewujudan Litar Go Kart Kampung Sijangkang ni! Manakan tidak, dengan inisiatif ini, adalah tempat untuk korang beradu kelajuan dengan saluran dan cara yang betul!

Selain go-kart, kemudahan termasuk fun kart dan pocket bike. Digerakkan oleh MozidRacing, berikut ialah kadar harga kalau korang teringin berlumba kat sini.

Dari usia tua sampai muda, kalau berkongsi minat yang sama, boleh datang ke sini. Macam adik Mohd Jehan Irfan ni ha. 9 tahun bawak pocket bike dengan gaya cukup profesional  macam Valentino Rossi! Moga adik ni berjaya membawa minat menjadi kebanggaan negara macam Khairul Idham Pawi!

Kart Rental (seorang)
  • Go-Kart : RM35/10 minit
Track Rental (seorang)
  • Pocket bike: RM20 satu hari
  • Cub Prix: RM50 satu hari
  • Private Cart: RM50 satu hari
Lagi info tentang tempat ni? Jangan segan untuk tanya diorang di SINI.

2. Shelter dan Cat Hotel

Dengan Dr Taqiyuddin di hadapan Cat Hotel.
Tak tipu, memang cukup bertuah sebenarnya saya dapat mengenali seorang lagi inspirasi kelahiran Kampung Sijangkang. Kenalkan, Dr Taqiyudin atau Dr Taq, veterinar muda yang cukup komited dalam usaha membantu dan membela nasib haiwan peliharaan termasuk anjing. Atas rasa belas ihsan dan sayang itulah, maka Shelter ditubuhkan.

Saya tersentuh jugak tentang cerita seekor anjing jantan bernama Boy yang terbiar dan luka lalu diubati Dr Taq. Anjing itu dibebaskan namun anjing tu jugak enggan meninggalkan Shelter. Pernah ada inisiatif untuk memberi Boy menjadi haiwan belaan orang lain tapi Boy akhirnya pulang juga ke Shelter sekali gus membuatkan Dr Taq kemudian membelanya sampai hari ini. Lebih menyayat hati, Boy tengah menanggung kanser.

Shelter terbina atas dana Dr Taq sendiri dan juga ihsan dan derma orang kampung. Maka kalau korang pun mahu membantu, sangat dialu-alukan. Hubungi Taqwa Animal Shelter, KLIK SINI atau terus hubungi 010-949 2305.

Sementara tu, Cat Hotel pulak adalah hotel kucing yang sangat berguna untuk pembela-pembela kucing yang outstation dan tak sanggup membiarkan kucing ditinggal dengan penuh kasihan kat rumah. Haha.
Kucing yang dijaga kat sini memang diberi layanan kelas baik punya!
Harganya bergantung pada penginapan berapa malam, luas kandang, jenis kucing dan pemakanan. Tak perlu risau lagi kebajikan kucing korang kalau hantar ke sini. Haha.

It was nice to know you, Doc! Untuk korang mendekati dan mengenali beliau lebih mendalam, bolehlah follow di Instagramnya, KLIK SINI. Haha.

3. Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang

Di depan pintu masuk kawasan paya bakau Kampung Sijangkang.
Tak keterlaluan kalau saya katakan bahawa Kampung Sijangkang sememangnya antara kampung paling kuat dan maju dari segi semangat muhibah dalam kalangan penduduknya sendiri. Buktinya adalah lokasi ketiga yang saya sendiri singgah ini.

Kenapa?

Taman rekreasi unik ini dibangunkan secara keseluruhannya oleh penduduk kampung ini sendiri - dari tenaga manusia, tabung dana dan kutipan derma orang kampung, semuanya! Atas kesedaran untuk memajukan eko-pelancongan di kampung mereka sekali gus dapat menjana ekonomi bersama, maka terbinalah Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang.

Taman rekreasi ini yang masih dalam fasa pembangunan ini dilengkapi dengan titian kayu sejauh lebih kurang 400 meter (bakal dipanjangkan lagi) dengan beberapa rumah rehat atau wakaf terbina. Ia turut memiliki ban lama yang bakal dibangunkan sebagai salah satu lokasi aktiviti sukan lasak, medan ilmu dan sudut ngobrol, kawasan pembiakan lebah kelulut, bot penambang, surau dan macam-macam lagi. Malah aktiviti dari riadah seisi keluarga sampailah perkhemahan dan kem bina diri pun sesuai juga!
Pintu masuk sebelum memulakan jungle trekking dengan titian kayu.
Replika pokok sijangkang yang menjadi simbol unik Kampung Sijangkang.
Tenang dikelilingi pokok-pokok hijau.
Dengan kawan-kawan media.
Dengan orang kampung yang banyak menceritakan sejarah kawasan unik ni.
Antara ruang rehat yang terdapat di sepanjang titian jungle walk ni.
Di kawasan yang sangat mendekatkan kita dengan kemegahan alam semulajadi ini, korang akan ditekankan dengan tiga modul utama iaitu rekreasi, pembelajaran dan sejarah. Dalam erti kata lain, dalam kita bersantai menikmati keindahan dan manfaatnya, kenalilah dengan lebih dekat hidupan flora dan fauna di sini dan kenang pula sejarah yang menjadikan Kampung Sijangkang hari ini.

Untuk menggunakan titian ini, pengunjung cuma dikenakan RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. Sangat murah jika dibandingkan dengan ketenangan dan penghayatan nilai ilmu dan sejarah yang korang boleh dapati di sini! Lagipun, apa salahnya menderma kerana jumlah kutipan itu memang sepenuhnya atas faedah kawasan ini juga.

Untuk penduduk Kampung Sijangkang, betapa bertuahnya anda dan kampung anda!
Ruang rehat yang dilengkapi dengan banner tentang fakta sejarah di kawasan ini.
Sempat meluangkan masa dengan adik-adik Kampung Sijangkang di ruang rehat atas pokok.

4. Bangkita Art Studio dan Pantau Iraga Art Space

Pintu masuk ke Bangkita Art Studio dan Pantau Iraga.
Bangkita Art Studio dan Pantau Iraga didirikan di kawasan yang sama oleh seorang tokoh seni lukisan abstrak tempatan yang juga dikenali di peringkat antarabangsa. Yang saya maksudkan ialah Professor Awang Damit.
Profesor Awang Damit menunjukkan ruang di mana beliau menghasilkan karya-karyanya.
Salah seorang wakil media turut diberi peluang diajar membentuk tanah liat menjadi tembikar oleh Muhammad Iqbal, anak Profesor Awang Damit.
Di sini, korang boleh melihat lebih dekat pembuatan tembikar dan alatan seramik dengan kualiti antara yang terbaik seumpamanya di Malaysia. Siapa sangka, betapa senang kita nampak membentuk tanah liat menjadi sebuah produk bukan setakat memerlukan pemikiran seni bahkan berkait rapat dengan banyak lagi unsur lain termasuk pernafasan!

Di Pantau Iraga ialah di mana korang dapat menyaksikan sekali gus menghargai karya seni Professor Awang Damit. Galeri dua tingkat yang agak luas ini dinamakan Pantau Iraga yang barangkali diilhamkan daripada salah satu daripada siri catan Professor Awang Damit selain Essence of Culture, Marista dan Payarama.
Antara ruang pameran yang agak luas dan selesa.
Di sini juga menjadi pilihan pelajar seni halus untuk menjalankan latihan industri.
Salah seorang pelajar menunjukkan hasil seni pada kanvasnya.
Dalam satu kenyataan temu bual, Professor Awang Damitmengakui bahawa penubuhan studio dan galeri ini adalah sumbangannya kepada masyarakat setempat dan negara secara umumnya. Galeri awam ini boleh dilawati untuk korang yang mahu mengenali seni catan dan tokoh yang sangat disegani ini melalui lukisan-lukisan yang diiktiraf kualiti dan kuat penceritaannya.

Berikut ialah maklumat lokasi ini.

ALAMAT:
 Lot 921, Jalan Tanjung, 
Sijangkang
42500 Telok Panglima Garang, 
Selangor, Malaysia.

 NO TELEFON:
017-394 4327 (Dayang Umi' Atiah)
017-280 4643 (Muhammad Iqbal)

E-MEL:
bangkitaartstudio@gmail.com

PAUTAN:

5. Rumah Melayu Tradisional

Dari bahagian tepi rumah ini.
Pembangunan melahirkan banyak bangunan pencakar langit, menenggelamkan banyak bangunan lama-lama yang waktu dulu tak tercapai akan bangunan tinggi zaman sekarang. Tapi bak kata orang, 'old is gold'. Apalagi jika terkait dengan identiti kita, melupakan seni budaya bangsa boleh dikira zalim.

Justeru, kalau sesekali korang terasa mahu melihat sendiri bagaimana reka bentuk rumah Melayu tradisional, jemputlah berkunjung ke rumah berusia 70 tahun ini.
Beranda yang sangat unik dan cantik!
Satu pagoda turut menghiasi halaman rumah Melayu ini.
Rumah ini pada asalnya dibina di Teluk Intan, Perak dan dijual pada harga cuma RM2 ribu sebelum dirobohkan dan dibina semula dengan kayu sedia ada di Kampung Sijangkang. Dengan penggunaan kayu cengal dan resak yang sememangnya diketahui cukup berkualiti, rumah Melayu yang kaya nilai estetika ni dibangunakan dengan harapan generasi muda mampu melihat tinggalan orang lama-lama.

Dan di rumah ini juga dikatakan memiliki lebih 100 seni ukiran berbeza. Percaya atau tidak, pada zaman dahulu, sesebuah rumah yang banyak ukiran bukan setakat berfungsi sebagai hiasan, bahkan menunjukkan status tuan rumah.

Kerap dijadikan lokasi penggambaran filem, drama dan program televisyen (bahkan waktu saya datang pun ada produksi sedang menjalankan penggambaran jugak), rumah ini wajar dilawati korang yang bertandang ke Kampung Sijangkang ini.

----------------------------------------
Nah, sekarang korang ada sebab untuk mula mencari-cari lokasi kampung yang sebenarnya juga berpotensi sebagai sebuah lokasi pelancongan.

Tonton video tarikan-tarikan ini di sini!


RELATED POSTS

42 komen

  1. Sijangjang. First time dengar ada nama pokok mcm ni. Bestnya kat Selangor dah macam-macam sekarang kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya dah lama sijangkang ni. cuma kurang dapat publisiti sebagai lokasi pelancongan. hihi. nanti bolehlah singgah ke kampung ni! ;)

      Padam
  2. Menariknya kat Kampung ni. Macam2 aktiviti ada. Litar Go Kart kat Kampung. Berbangga lah orang kat Kampung Sijangkang. Bole menjana ekonomi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Mudah-mudahan lebih ramai pelancong akan datang ke sini. :D

      Padam
  3. Litar Go Kart Kampung Sijangkang tu menarik minat TB je.. macam nak naik je go kart tu.. hahha..tapi skill takde.. terbalik jugak kang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa kak. Serius cakap, tak silap semua yang main tu pun tak pernah naik sebelum ni. Memang seronok!

      Padam
  4. Baru 1st time dengar nama kampung ni. Banyak aktiviti boleh buat kat sini ye

    BalasPadam
  5. fuuuhhh kedai lama abam dekat sana dulu la tapi dah tutup. ada juga gambar anas sekali eh? best next kena pergi sini jugak lah

    BalasPadam
  6. wa so much fun there! I pun nak join next time

    BalasPadam
  7. Good info.
    Tak pernah tahu ada lokasi yg menarik macam ni di sijangkang.

    Alamat dah ada. No telefon pun ada. Jom la jalan2 ke sijangkang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Mudah-mudahan makin ramai singgah ke Sijangkang! :D

      Padam
  8. Dulu selalu buat lawak dengan kawan yang duduk dekat sijangkang ni kate dia hulu. Hahahahah jahat gile. Tak sangka dekat sini banyak tempat menarik yang boleh pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul... makin ramai anak muda Sijangkang berani. Lagipun untuk kemajuan kampung sendiri juga. :D

      Padam
  9. Selalu gak pergi Si Jangkang beli nasi kukus femes, tak pernah tahu lak ada tempat2 ni semua..tq sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Lain kali kalau pergi lagi bolehlah singgah ke tempat yang belum pergi! :)

      Padam
  10. Best juga ni klu buat weekend getaway ke sini. Macam-macam boleh buat. Syioknya main go-cart

    BalasPadam
  11. Weyhhh serious lah Sijangkang ad tempat2 menarik nie. Aku yg duduk Banting nie pon x tahu. Hahahaha. Boleh kot nak terjah nanti. Ya Allah masih lagi dlm keadaan terkedu dgn “berita” ini 😂

    BalasPadam
  12. Saya teringin nak pergi litar go-kart. Terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singgahlah! Harganya pun murah dan tak ramai orang sangat. :)

      Padam
  13. first time dengar SiJangKang.. lain kali will go there explore explore. macam closer to nature! haha

    4D3N Star Cruise 2017

    BalasPadam
  14. Menariknya semua aktiviti yang ada, I nak naik Go kart macam best, lama tak naik go kart dah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Ramai betul suka go-kart ya! Mesti cuba. Nanti mesti akan ketagih. Haha

      Padam
  15. Menariknya! Kat kampung pun boleh dapat buat macam-macam benda yang menarik. Kreatif orang kg ni.


    Art studio tu macam best je. Siap boleh hands-on buat tembikar. Nak jugak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Nanti cubalah datang ke sini! Memang sangat berpotensi kampung ni sebagai lokasi pelancongan!

      Padam
  16. First time tau psal sijangkang ni...
    Boleh la ajk suami cuti2 msia ke sini nnt

    BalasPadam
  17. Bestnya! Tak sangka kat kampung tu ada macam-macam aktiviti. Ruby suka GO CART!

    BalasPadam
  18. nak, tanya.. yg rumah tradisional tu, alamat penuh kampung tu ape eh?

    BalasPadam
  19. Masukkan sekal Hasif tempat2 makan popular d sijangkang dan juga homestay dan tempat2 penginapan spt tempat kami iaitu de sabil homestay yg baru d buka pd bulan jun 2018 yg lepas.hubungi pic nixam 0192719195

    BalasPadam
  20. SIJANGKANG KUALA LANGAT DI SELANGOR. BUKAN KUALA SELANGOR

    BalasPadam
  21. Semua tempat ni bukak every weekend tak?

    BalasPadam
  22. Buat pengetahuan semua 95% di sijangkang adalah rumah batu hanya 5% aje rumah papan... anak saya pernah buat kajian ttg kg sijangkang utk kerja kursus sej... sampai cgunya tak percaya betapa majunya kg kita..

    BalasPadam
  23. Boleh saya dapatkan nombor telefon rumah klasik tu ?

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.