Staycation Santai tapi Eksklusif di Novotel Melaka
Percutian berkualiti tak semestinya memerlukan korang berjalan jauh. Sebaliknya, kalau korang bijak membuat pilihan, di hotel pun boleh jadi lokasi percutian terbaik untuk menghabiskan masa dengan yang tersayang. Dan hari ini, saya mahu cadangkan kepada korang satu hotel yang serba lengkap dengan apa yang membuatkan percutian bersama keluarga korang menjadi lebih sempurna!
Novotel Melaka!
Pintu utama hotel yang tersergam megah di tengah bandaraya Melaka. |
Tapi begitu punya banyak tarikan pun, hotel ni pun sebenarnya adalah tarikan pada kelasnya yang tersendiri tau. Jom ikuti pengalaman saya bermalam di hotel empat bintang ni.
KLIK SINI untuk video travelogue saya di Novotel Melaka!
LOBI UTAMA
Tiga kaunter yang sedia menyambut korang. |
Ruangan kaunter daftar masuk/daftar keluar juga tersusun kemas dengan ruang menunggu dan rehat yang agak banyak dan selesa dengan gaya moden kontemporari yang sangat ketara.
Reka bentuk lobi ini sendiri cukup membangkitkan impresi meyakinkan bahawa penginapan di hotel ini pasti cukup berbaloi lagi sukar dilupakan. Apatah lagi apabila disapa dengan cukup ramah resepsionis yang sangat mengalu-alukan kehadiran dengan senyuman.
Bahagian resepsion dengan gaya sangat elegan. |
Berlatarbelakangkan tiang besar dengan motif flora. Awesome, kan?! |
EXECUTIVE ROOM
Executive Room di Tingkat 16. |
Selesai mendaftar, saya terus diberikan kad akses ke bilik saya di Tingkat 16. Jenis bilik saya ialah Executive Room.
Nah, tengoklah sendiri betapa luas dan berstailnya bilik ni! Konsep bilik tidur yang diketengahkan ialah 'Live and Dream' yang mana mendefinisikan keselesaan maksima dan sentuhan penggayaan adalah apa yang membuatkan biliknya tampak lebih moden dan penuh ciri-ciri eksklusif.
Katilnya betul-betul empuk. Dan apa yang membuatkan hotel ini unik, korang juga boleh memilih jenis bantal yang sesuai dengan posisi tidur korang supaya korang dapat rehat berkualiti persis korang berada di rumah sendiri. Antara jenis bantal tu ialah bantal polyester, bantal latex, bantal mikrofiber, dan bantal bulu angsa. Hmm.. Mesti korang tengah 'WOW' sekarang, kan? Hehe.
Selain tu, di kedua-dua belah kanan dan kiri katil, ada meja kecil dengan kemudahan termasuk telefon, jam loceng, nota dan pensil selain terdapat juga lampu kecil untuk pembacaan waktu malam.
Meja kecil di tepi katil dengan telefon, jam loceng, set nota dan pensil serta panduan untuk meminta jenis bantal. |
Ruang kerja di mana terdapat televisyen, dengan set PA system dan plug. Turut disediakan buah-buahan. |
Cukup tenang bersantai dengan pemandangan Laut Selat Melaka dari bilik tingkat 16 ni. |
Melayan perasaan sambil makan buah-buahan yang disediakan. |
Minibar yang sangat lengkap, bahkan dengan mesin pembancuh kopi! |
Peti sejuk dengan beberapa snek dan minuman tersedia (bayaran tambahan). |
![]() |
Antara kemudahan yang disediakan di dalam kabinet. |
Ruang mandi tanpa tirai. |
Ruang mandi dengan tirai diturunkan. |
Beginilah rupa tandas bilik ini yang sangat selesa dan luas. |
Perkakas mandian yang serba lengkap daripada Novotel sendiri. |
Selfie! |
Inbalance by Novotel. |
Pastikan anda mendaftar di sini dahulu jika mahu menggunakan kemudahan di Inbalance by Novotel ni! |
Kolam renang yang sangat luas. |
Pemandangan kolam renang dari sudut berbeza. |
Ruangan kolam renang dan taman permainan yang mesra kanak-kanak. |
Ruangan santai dan kerusi rehat yang banyak dan selesa. |
Kafe kecil yang tersedia. |
Kemudahan yang pelbagai dan mesra pengguna. |
Antara alatan gym yang turut tersedia. |
Ruangan lain di dalam gym yang disediakan. |
Bilik sauna. |
Ruangan 'Webcorner on Mac'. |
Ruangan 'Webcorner on Mac' yang terletak sangat berdekatan dengan 'Kid's Corner'. |
Kid's Corner yang terdapat di lobi hotel. |
Bahkan pada yang perasan muda atau jiwa kanak-kanak pun akan sangat selesa berada dalam bilik yang terletak berdekatan lobi utama ni. Apalagi dengan kemudahan yang berbentuk akademik macam buku cerita atau yang canggih macam PlayStation 4! Memang leka kalau sekali bermain.
Selesa bersantai untuk kanak-kanak mahupun satu keluarga. |
Melaka Raya Grand Ballroom. |
Dengan lokasi yang strategik dan penataan gaya yang serba eksklusif, Novotel Melaka pun sangat sesuai untuk dijadikan tempat menganjurkan program seperti makan malam atau majlis resepsi tertutup, mesyuarat, seminar dan apa-apa yang berkaitan dengan banyak bilik yang ditawarkan mengikut keluasan, kesesuaian dan bajet.
Ruangan legar di luar dewan yang juga nampak sangat eksklusif dan luas. |
Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah Melaka Raya Grand Ballroom, Melaka Raya 1, 2 dan 3, Boardroom, Eureka yang terletak di Tingkat Tiga. Di Tingkat 19 iaitu di rooftop pun ada bilik dinamakan Selat Melaka 1 dan 2.
Saya tak dapat melihat kebanyakan bilik dan dewan sebab ada yang sedang digunakan. Tapi saya sempat jalan-jalan di rooftop hotel ni dan pemandangannya memang sangat awesome!
What a cool view! Perasan tak Masjid Selat Melaka hujung belah kanan tu? |
Ruangan santai di luar bilik Selat Melaka 1 dan 2. |
Kolam air pancut. Waktu malam mesti lagi best ni! |
Ruangan rooftop banyak dimanfaatkan dengan penataan gaya menghijau dan menenangkan. |
MAKAN?
Ada beberapa pilihan kalau korang nak makan.
The Square, Novotel Melaka. |
The Gourmet pulak alternatif bagi non-muslim mendapatkan bir atau arak atau juga minuman macam kopi dan sebagainya. Ruangannya cukup santai dengan diiringi persembahan nyanyian pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Gourmet Bar yang sangat classy. |
Terasa mewah betul! |
Jangan lupa untuk manfaatkan mesin pembancuh kopi yang jarang jumpa di hotel lain! |
KEISTIMEWAAN LAIN
Sudut luar Novotel Melaka. |
Harga bilik ditawarkan bermula RM198 untuk satu malam, bergantung pada jenis bilik. Sangat berbaloi sebab banyak kemudahan lebih yang akan korang nikmati kalau menginap di sini. Terlalu banyak sebab untuk korang tak boleh kata tidak pada hotel ni!
Selain 351 bilik yang disediakan, ada dua bilik yang mesra OKU pun diwujudkan. Selain tu, untuk dua kanak-kanak bawah 16 tahun pun tak dikenakan caj untuk bermalam kat sini (tertakluk terma dan syarat). Atau kalau rasa nak bilik kedua yang khas untuk anak-anak, boleh dapat diskaun sampai 50 peratus tau! Masa untuk daftar keluar (check out) pun boleh dipanjangkan dari pukul 12pm sampai ke 5pm (tertakluk pada kekosongan waktu dan bilik)!
Kalau tak terasa mahu solat di bilik, surau juga disediakan di Tingkat 3 tau.
Rasanya dengan apa yang telah saya kongsikan ni, korang mungkin sudah boleh buat pilihan hotel terbaik kalau datang ke Melaka.
Kalau nak tahu maklumat lanjut, hubungi je maklumat tertera:
Alamat:
NOVOTEL MELAKA,
No. 1A, Jalan Melaka Raya 2,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka, Malaysia.
GPS Coordinate:
N 2° 11' 16.44" E 102° 15' 13.72"
2.187900, 102.253811
Nombor Telefon:
06-289 8222
E-mel:
H8155@accor.com
Website:
Media Sosial:
2 komen
salam.awak amek bilik ape ye.brapa harga..tq,
BalasPadamWah....cantiknya...
BalasPadamJemput baca cara saya menangani masalah asthma yang saya hadapi
Tinggalkan komen di sini.