Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Menu Pastri Terbaik di GULA Cakery bersama WALLA TV1

10:25:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category : , , , ,

15 Januari lalu, rakaman saya bersama Abang Brian Master Chef di kafe GULA Cakery akhirnya disiarkan di rancangan WALLA Musim Kedua, TV1. Ini sejujurnya memang pengalaman yang tak akan saya lupakan kerana ini jugaklah kali pertama saya diundang sebagai blogger. Sebelum ini keluar TV sebagai novelis muda. Hihi.

Tambah mengharukan, episod saya iaitu Episod 11 ialah penutup kepada rancangan WALLA Musim Kedua tau!

Kalau korang terlepas menonton, jangan risau.


Bagi episod tu, tema yang dibawakan ialah pastri. Jadi sebagai blogger makanan, saya muncul bagi memperkenalkan sebuah kafe yang menyediakan menu pastri yang sedap-sedap!

Kafe pilihan untuk episod saya ialah di GULA Cakery. Kalau korang datang kat sini, korang akan dapat lihat kafe yang cukup sweet dengan warna-warna pastel yang lembut dan cukup menenangkan. Ha, sebabnya, pemilik kafe, Cik Arieni ni sukakan kanak-kanak. Malah konsepnya kat sini, kelas memasak di tingkat bawah dan kafenya di tingkat atas.

Jadi, sambil-sambil mak ayah menunggu anak belajar memasak, bolehlah lepak-lepak kat kafe ni. Tapi kalau korang nak datang dengan member atau kekasih pun apa salahnya. Sebab memang suasana kat sini tenang-tenang je. Girlfriend tunggu lama pun tak jadi nak marah. Eh? Haha.

Kafe yang dibangunkan Cik Arieni ni bukan setakat atas minat mendalam dan usahanya yang gigih dalam bidang kek dan pastri. Tapi sokongan yang tak berbelah bahagi daripada famili dia. Bayangkan, team GULA Cakery kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga Arieni sendiri. Tak hairanlah kenapa kafe ni betul-betul memberikan nilai kekeluargaan yang kental.

Satu fakta menarik, disebabkan konsepnya yang mesra keluarga, GULA Cakery pernah diiktiraf antara tiga terbaik sebagai kafe mesra kanak-kanak di Lembah Klang.

Okey, cukup berceloteh panjang. Jom tengok menu yang saya sempat rasa.
Sticky bun (kiri) dan choux pastry yang cukup menggoda!
Sticky bun. Keistimewaan sticky bun yang menggoda ni ialah pada karamelnya dengan bahan-bahan seperti krim, gula perang, lemon dan kacang peacan! Selain tu, teksturnya pun lembut dan sedap dimakan.

Choux pastry ni macam cream puff. Tapi keunikannya kat sini ialah pada kastardnya. Sebab jarang weyh kalau korang pergi mana-mana, kastardnya mengandungi vanilla beans yang cukup berkualiti dan mahal!
Banoffe pie dengan padanan buah pisang dan kopi yang sedap!
Banoffee pie pulak istimewanya pada pisang yang digunakan sebagai bahan asas untuk membuatnya dengan kopi. Selain tu, ada dulce de leche iaitu satu sejat yang terhasil seperti karamel. Ia diperbuat dengan memanaskan susu manis dengan cukup berhati-hati dan perlahan sehinggalah ia berubah rasa seperti karamel. Ha, bayangkanlah!

Dekat sini je ada 12 jenis kek dan akan terus bertambah sebagai menu pastri yang cukup digemari. Sebabnya, memang kebanyakan kek dan pastri kat sini mendapat permintaan yang tinggi. Malah kafe ni sendiri jugak kerap menjadi tarikan selebriti.
Chocholate cheese (kiri) dan congo bars!
Chocolate mud pie dan mango cheese cake.
Cupcakes pandan gula melaka (kiri) dan butterscotch yang tak kurang mengancam!
Selain menu kek dan pastri, GULA Cakery jugak ada menu makanan berat. Sesuai dengan konsep kafe yang mengutamakan kanak-kanak, menu yang dihidangkan cukup bersederhana. Tak terlalu manis, tak terlalu pedas dan semua ramuannya berkualiti dan berkhasiat untuk kanak-kanak.
Dari kiri: Spagetti Carbonara, Nasi Tomato dan Spagetti Aglio Oilio.
Okay, itu sahaja review saya bersempena kemunculan pertama di kaca TV sebagai blogger. Eh? Haha.

Terima kasih RTM Malaysia dan kru produksi rancangan WALLA Musim Kedua kerana memberi peluang kepada saya. Serius, memang enjoy je dengan kru termasuk Abang Brian yang ramah. Terima kasih jugak kepada GULA Cakery kerana sudi menaja makanan untuk episod kali ini.

Sebelum saya tutup entri ni, pastikan korang singgah ke GULA Cakery dan nikmati sendiri menu-menu yang saya dan Abang Brian perkenalkan ni!

Alamat:
GULA CAKERY,
Jalan Anggerik Aranda BG 31/BG,
Kota Kemuning,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. 

Waktu Perkhidmatan:
Selasa - Ahad : 12pm - 8 pm

No. Telefon:
03-51314604

Laman Web:

Sosial Media:
FACEBOOK

Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan GULA Cakery. Terima kasih!

RELATED POSTS

2 komen

  1. Ada tengok haritu. Tahniah tahniah! Really proud of you. Keep on flying high!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Segannya. Terima kasih, bang! Banyak lagi kena belajar ni. :)

      Padam

Tinggalkan komen di sini.