Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat Awesome di Shah Alam!

11:40:00 PG Hasif Hamsyari 2 Comments Category : , ,


Kalau korang tengah mencari restoran yang menawarkan makanan grill dan barbeku steamboat yang murah, sedap dan yang paling penting, halal, entri ini memang untuk korang.

Baru-baru ni saya ke D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat di Seksyen 13, Shah Alam. Sampai-sampai je tengok ramai gila orang. Sesak. Dalam hati tertanya-tanya jugak, apa agaknya yang istimewa dekat sini sampaikan hampir penuh tempat duduk dekat sini.

Sebaik menjejakkan kaki ke ruang pilihan makanan, masya-Allah terkejut sekejap. Memang banyak gila pilihan yang ditawarkan. Perut yang memang dah berkeroncong makin kuat berlagu beb.
Lebih 200 pilihan makanan ada kat sini!
Makanannya pun sentiasa ditambah jadi jangan risau kalau habis!
Ya, konsep kat sini ialah buffet tau. Kira all you can eat 2 dalam 1 iaitu stimbot dan grill (menggunakan hotpot dan grill). Sebab tu memang cukup berbaloi tambah-tambah bila dapat tahu ada lebih 200 jenis makanan yang dihidangkan. Ya, korang tak salah baca. 200 tu banyak tau! Dan ia dihidangkan setiap hari!

Ada dua pilihan sup yang ditawarkan iaitu sup ayam dan sup tomyam. Ha, lepas tu, pilihlah makanan laut yang korang mahukan. Memang boleh rambang mata selayak bulan puasa tau bila tengok pilihan yang ada. Namakan je, semuanya ada. Udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Tu belum kira bebola, sayur-sayuran, pelbagai jenis mi dan fucuk yang disediakan kat sini!

Dan menambah teruja mestilah pilihan sos yang cukup variasi. Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo... Namakan jelah! Memang sosnya pun disediakan oleh chef kat sini sendiri.
Rambang mata semuanya nak pilih makanan. Haha.
Makanan lautlah yang menjadi highlight dekat sini.
Sayuran segar yang ada di sini.
Tengoklah pilihan sos yang ada!
Bebola dan cendawan.
Selain menu berasaskan makanan laut, dekat sini jugak ada kambing golek panggang. Dipanggang secara terbuka, sebaik empuk pelanggan boleh terus ambik. Pergh... Terliur bila teringat balik. Ha, menu kambing golek ni pun ada setiap hari. Daging kambingnya memang sedap, tak berbau sangat. Apatah lagi dengan pilihan sos macam sos lada hitam dan sos cendawan yang memang menambah rasa untuk menu kambing panggang.
Daging kambing yang sedang dipanggang,
Menunggu kambing siap dipanggang pun penantian berbaloi!
Untuk menu grill, Chef Shahnizam dari D'Kayangan sendiri dah sediakan banyak makanan yang dah diperap dengan perapan cukup istimewa untuk menu macam ayam, daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Cuba letak je dekat grill tu dan tunggulah aromanya yang semerbak tu hinggap ke deria bau korang.

Antara menu grill tersebut ialah Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi! Ha, unik-unik kan nama dia? Haha.

Chef Shahnizam nilah yang dah buat pembaharuan pada menu-menu ni dengan menggunakan masakan stail Cina dan India dalam bahan perapan tu semua. Memang boleh rasa sendiri saat masuk ke rongga rasa. Power!

Antara menu lain termasuklah hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap dalam kertas aluminium, kepak ayam BBQ dan pencuci mulut daripada Icy Monster.

Tak terikat dengan menu berat semata-mata, D'Kayangan turut menyediakan kuih-muih tempatan, puding, aneka kek, aiskrim dan termasuklah air batu campur (ABC) yang memang sedapnya tak payah nak pertikaikan lagi.
Sebagai alternatif, nasi, mihun dan mi goreng juga disediakan.
Ruang pelbagai mi, kek, puding dan buah-buahan.
Walaupun selalu je penuh, korang kena tahu yang tempat ni sebenarnya luas tau. Boleh memuatkan 400 orang dalam satu-satu masa. Ada dua bahagian yang boleh dipilih ikut keselesaan iaitu bahagian berpendingin hawa dan bahagian luar yang terbuka.

Memang sesuai jugak untuk diadakan gathering dengan famili, kawan-kawan atau member sepejabat untuk bersantai sambil menikmati makanan yang cukup menyelerakan. Kemudahan tandas dan surau pun ada jugak. Tempat parkir kenderaan pun tak jadi masalah tau sebab ada 300 tapak parkir tersedia kat sini.

Saya tau korang mesti tertanya-tanya tentang harga. Macam saya katakan, ini mungkin port makanan dengan harga bajet yang cukup menguntungkan kita sebagai pelanggan. Haaa gitu.
Saya dan rakan blogger lain melepak dekat sini.
Udang pun antara kegemaran saya!
Tengoklah keterujaan masing-masing!
Juara sesi makan hari tu. Haha.
Untuk Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, harga untuk dewasa cuma RM33 dan untuk kanak-kanak (5-11 tahun) pulak cuma RM18 je.

Untuk Isnin hingga Khamis, harga untuk dewasa cuma RM28.90 dan kanak-kanak cuma RM12.

Nak lebih jimat, ada promosi yang kekal untuk setiap Ahad tau! Dinamakan 'Sunday Family Day', bermula 11 pagi sampai 3 petang, harga yang dikenakan cuma RM22.90 untuk dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak. Mak aih! Fikirkan balik pilihan makanan yang banyak tadi, memang tak masuk akal harga dia yang murah sangat!

Bahkan, ada voucher '8+2' untuk pelanggan yang berbelanja lebih RM150 yang mana boleh ditebus untuk lawatan seterusnya ke restoran ni.

Okey, sekarang korang dah tahu kat mana lokasi nak cari menu grill dan stimbot terbaik di Shah Alam. Jadi apalagi? Pakatlah dengan famili atau member dan terjah sendiri restoran ni sekarang! Eh, kejap. Lebih baik korang booking sebab macam saya katakan, lokasi ni memang selalu ramai orang. Haha.
Inilah lokasinya kalau cari di Seksyen 13, Shah Alam.
Alamat:
D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat,
No.1, Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam
40100, Selangor.

Waktu Perkhidmatan:
Isnin - Sabtu: 5pm hingga 1am
Ahad: 12pm hingga 12am

No. Telefon:
012 - 2971091
017 - 5076274
03 - 55234979

Media Sosial:

Entri ini terlaksana dengan kerjasama daripada D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat, Shah Alam. Terima kasih!

RELATED POSTS

2 komen

  1. memang banyak gila sampai rambang nak cuba semua, hehe, sesuai kalau nak lelepak dengan coursemate/classmate dekat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannn.. makan sampai kenyang pulak tu. memang heaven!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.