Kaio Studio: Studio Fotografi Awesome di Shah Alam!
Cantiknya bila tengok gambar profesional artis dan selebriti di surat khabar setiap hari. Mengidam betul nak gambar cun meletup kebabom macam tu! Nah, kalau korang betul mengidam, korang sebenarnya boleh terus telefon dan terjah Kaio Studio dekat Shah Alam ni!
LATAR BELAKANG KAIO STUDIO / ANWAR ABDULLAH
Sedikit latar belakang, Kaio Studio yang diasaskan Anwar Abdullah atau Kaio ni bermula sejak 2012. Kepakaran awal diorang ialah pada wedding videographer tapi hari ini, cabang bidang fotografi yang diorang dah teroka dah makin lebar dan besar macam servis fotografi untuk perkahwinan, event, pengiklanan (advertising), video kempen (campaign video) bahkan program TV!
Profil Kaio Studio tanpa perlu dipertikaikan memang cukup power beb! Antara profil yang bikin nama diorang masyhur satu Malaysia ialah
- Pemenang Most Glam Videographer 2015 oleh Majalah Glam.
- Terbang ke Paris bersama Anuar Zain untuk penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.
- Pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi penggambaran bersama pereka fesyen ternama tanah air, Ezuwan Ismail.
- Servis diorang turut menjadi pilihan barisan pereka fesyen kebanggaan negara macam Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.
- Artis dan jenama pakaian tersohor turut mempercayai kredibiliti diorang ni macam Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagilah!
Nah, dengan profil mantap macam ni, memang tak syak lagi yang orang-orang belakang tabir Kaio Studio bukan calang-calang beb! Pemiliknya, Kaio sendiri memang antara orang industri yang cukup disegani.
Kaio sendiri merupakan seorang blogger. Di awal karier, beliau jugak ialah pemandu pelancong muda yang cukup berjaya. Dah banyak negara beliau singgah dengan rombongannya, dan profilnya sahaja melayakkan beliau keluar di banyak media, elektronik mahupun cetak. Tapi minat mendalam dalam fotografi dan videografi membuka pintu rezeki jauh lebih luas.
Banyak syarikat korporat gunakan khidmatnya, dalam dan luar negara. Bahkan pernah menghasilkan video korporat dengan Iron Lady Malaysia, siapa lagi kalau bukan Datuk Maznah Hamid!
Kaio juga tak lokek ilmu. Dia pernah dijemput berkongsi kepakarannya daripada Saiful Nang Academy of Photography (SNAP). Bahkan, di bawah payung Kaio Studio sendiri, Kaio banyak berusaha membantu dan melahirkan perintis dalam industri fotografi dan videografi di Malaysia. Hebat kan?!
PENGALAMAN PHOTOSHOOT DI KAIO STUDIO
Baru-baru ni, saya dan rakan blogger singgah ke Kaio Studio untuk Photoshoot Blogger Malaysia. Sebelum ni, kalau ada interview untuk media macam akhbar ke, photoshoot outdoor terus. Kali ni, dalam studio!
Studionya yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ni mudah je nak akses. Bukak je Waze atau Maps boleh jumpa punya. Selain tu, parkir pun tak jadi masalah.
![]() |
Antara ruang studio yang luas. Kredit: afzalsukasuki |
![]() |
Antara staf Kaio Studio yang bertungkus-lumus mendapatkan hasil terbaik. Kredit: afzalsukasuki |
Kalau dari sudut studio, sebaik kaki melangkah masuk, memang lain macam aura dia. Iyalah, dekat sinilah ada artis-artis pernah photoshoot jugak. Tapi studionya memang luas. Malah fasiliti dan kemudahannya pun lengkap macam tandas, tempat menyalin pakaian, ruang solat, meja solek, ruang menunggu dan macam-macam lagi.
Kalau dari segi staf, memang tak perlu persoal lagilah. Kaio dan team memang cukup profesional. Diorang faham dan sedia membantu lagi-lagi untuk yang pertama kali photoshoot. Suasana pun cukup happening dan sempoi. Boleh nampak kesungguhan diorang untuk memberikan servis yang terbaik dan mendapatkan hasil seperti yang dikehendaki pelanggan.
Malah, kelengkapan fotografi dekat sini pun memang standard antara yang terbaik punya. Ada dua jenis layar yang disediakan, layar hitam dan layar putih.
Untuk sesi photoshoot saya, saya kenakan empat pakaian dengan tiga tema.
Tema 1: Kasual Streetwear
![]() |
Terima kasih: Refleksi Tradisi (t-shirt), YFS Concept (jaket). |
Tema 2: Kurta/Melayu Moden
![]() |
Terima kasih: Qalaf Signature. |
![]() |
Terima kasih: Arlee by Raini Exclusive |
Tema 3: Formal
![]() |
Terima kasih: Member. Haha |
Amacam? Tak adalah nampak model, jauh sekali artis. Haha. Tapi yang penting hasilnya secara peribadi cukup memuaskan hati! Posing-posing ni semua pun hasil tunjuk ajar staf dekat Kaio Studio jugak, selain sedikit 'ulangkaji' melalui internet dan majalah. Haha
![]() |
Dengan Nisa Kay! |
Dengan Abang Pena Berkala, Yazid Izzat dan Mawardi Yunus. Kredit: Mawardi Yunus |
Lagi dengan Abang Mawardi Yunus. Haha. Kredit: Mawardi Yunus |
![]() |
Barisan blogger yang terlibat untuk sesi photoshoot hari tu. |
Kalau nak lihat lebih banyak gambar daripada blogger-blogger lain jugak, KLIK SINI.
Kalau nak tengok kemeriahan sekitar photoshoot hari tu, tonton video KLIK SINI !
Menarik, kan? Tak payah gusar atau kecewa dah nak dapatkan gambar cun melecun macam artis kesayangan korang tu. Ini aku sediakan info untuk korang hubungi Kaio Studio! Untuk lebih tahu apa lagi servis diorang sediakan, KLIK SINI.
Alamat:
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor.
Website:
No. Telefon:
017-236 0967
Media Sosial:
6 komen
Terbaik..
BalasPadamYup. Jangan lupa hubungi diorang!
Padamantara artis baru yang si shoot oleh KAIO STUDIO ialah... Sufian Suhaimi ! Ehhhh jangan marahhhh !
BalasPadamHahaha. Sila beri tunjuk ajar sis!
Padamterima kasih kerana sudi datang ke Kaio Studio untuk sesi studio photoshoot.
BalasPadamkami sangat berbesar hati mendapat kunjungan Hasif.
Harap dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.
www.kaiostudio.com
terima kasih juga sudi undang saya dan atas peluang yang diberikan. insya-ALLAH, ada peluang bekerjasama lagi mesti saya turut serta! Kaio Studio terbaik!
PadamTinggalkan komen di sini.