Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

ROMANO EDT: Serlahkan Karisma Lelaki Kontemporari

9:00:00 PG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : ,


Wangian lelaki terbaharu daripada jenama eksklusif ROMANO dah sampai! Dengan dua pilihan yang masing-masing melengkapkan mood dan keperluan saya, mana mungkin saya tak jatuh cinta dengan wangian kali ni!

ROMANO sebelum ni pun memang cukup disegani sebagai antara jenama dandanan lelaki yang cukup eksklusif dan dipercayai. Jadi bila kotak wangian terbaharu sampai ke pintu rumah, memang teruja.

ROMANO sendiri pun sentiasa optimis dalam memahami kehendak dan keperluan lelaki kontemporari seperti saya dan korang jugak yang memerlukan 'senjata' untuk tampil lebih berkeyakinan dan berkarisma. Wangian ROMANO bukan setakat menyerlah aura maskulin sebagai tarikan, bahkan mencipta keserasian bilamana melepak dengan kawan-kawan menggunakan wangian yang sama.

ROMANO Eau De Toilette - FORCE

Dengan gabungan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semulajadi, FORCE sesuai untuk korang yang ingin tampil aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas. Ia dilengkapi dengan ekstrak sitrus dan aroma Lavender yang diadun dengan nuansa lautan serta ekstrak maskulin Woody.

Yang ini, saya simpan sebagai wangian yang akan saya kenakan bila melakukan aktiviti outdoor termasuk semasa travel. Dengan wangian yang menarik, pastinya saya lebih bersemangat melakukan aktiviti harian saya!

ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE
UNIQUE pulak menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Tambah sempurna, UNIQUE ada ekstrak wangian Woody serta kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Saya secara peribadi sukakan sifat wangian ini yang memang cukup memukau, wangi dan ada unsur 'misteri' yang membangkitkan aura karisma dan daya penarik.

Tentunya cukup sesuai untuk saya gayakan kalau ada majlis formal, atau gathering santai dengan kawan-kawan.

Mana-mana satu pun sebenarnya ada keunikan dan mood tersendiri. Jadi, dapatkanlah wangian terbaharu ROMANO ni di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya seluruh negara. Harganya pun cuma RM40.60!

Jom kita tampil bergaya sebagai jejaka ROMANO. Gituuu...

Terima kasih ROMANO Malaysia dan kredit kepada KAIO Studio, Shah Alam untuk gambar paling atas, shooting saya bersama rakan-rakan blogger hari tu. 

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.