Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Restoran LeQUE: Italian & Fusion Terbaik di Melaka!

1:22:00 PG Hasif Hamsyari 34 Comments Category : , ,


Aku jarang cuba menu Itali dan fusion sebab itu pun bukan minat aku sangat. Tapi baru-baru ni aku singgah ke sebuah restoran di Melaka yang menawarkan masakan ni. Ironinya, aku suka menu-menu kat sini!

Restoran LeQUE ni mula-mula beroperasi dekat Jonker Street pada 2014 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur. Sejak Januari 2017, restoran ni berpindah balik ke Melaka tapi di Taman 1 Lagenda. Senang je nak cari lokasi yang baharu ni. Berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka.

Kalau tanya kenapa namanya LeQUE, sebenarya ia nama yang diinspirasikan daripada salah seorang saudara Hang Tuah, Hang Lekiu. Cuma namanya dikomersilkan sebagai LeQUE. Pemiliknya sendiri memang orang Melaka.

Ruang restoran ni sangat kemas dan simple. Tak terlalu sarat dan ruang makannya pun selesa. Memang kena dengan suasana santai. Berkonsepkan gastrobar yang diberi sentuhan cukup minimalis dan tanpa arak, semestinya.
Konsep gastrobar yang sangat simple.
Salah satu ruang yang pasti sukar dilepaskan untuk bergambar.
Ruang dalam restoran.
Lebih menarik lagi, kebanyakan bahan asas pada masakan di sini macam bebola daging, patty burger, roti, salad dressing, sos dan waffle semuanya dihasilkan oleh chef Restoran LeQUE sendiri tau.

Jadi jom teruskan skrol, kita tengok antara makanan yang aku dah cuba dan nak cadangkan kali ni.

ITALIAN MEATBALL
Italian Meatball
Salah satu menu starter aku ialah Italian Meatball ni. Macam aku katakan tadi, bebola daging dan sos Itali dia ni memang buatan kat sini sendiri. Dagingnya lembut dan sos ni pun sedap!

PORTOBELLO MUSHROOM SOUP
Portobello Mushroom Soup
Ini ialah starter yang cukup eksklusif. Kenapa? Sebab cendawan portobello ialah cendawan premium tau. Kuah sup ni pekat dan memang heaven weyh kalau dimakan dengan hidangan roti yang cukup popular di Itali iaitu roti focaccia.

STEAMED MUSSELS WITH CREAM
Steamed mussels with cream.
Ni pun salah satu starter yang aku cukup suka. Kupang yang menjadi bahan asas menu ni adalah kupang yang segar dipesan terus daripada Johor. Dan hanya akan dimasak kalau korang order.

Memang terasalah juicy dia dengan krim yang cukup creamy. Fuhhh... Memang syok gila menu ni! Lagi syok kalau dimakan sekali dengan roti focaccia.

SPICY SMOKED BEEF PASTA
Spicy smoked beef pasta.
Kalau tadi menunya ialah menu makanan Itali, sekarang untuk main dish, aku nak perkenalkan menu fusion antara Itali dan Western. Dah menu pertama ialah Spicy Smoked Beef Pasta ni.

Menu pasta ni adalah hidangan pasta kering dengan padanan daging salai yang dipotong kecil, cili padi untuk sedikit sentuhan rasa pedas dan selain telur masin.

TERIYAKI CHICKEN WITH PASTA
Teriyaki Chicken with Pasta
Untuk kelainan, mungkin korang boleh cuba menu ni dengan gabungan rasa Itali dan Jepun. Dengan rasa sos teriyaki yang cukup tersendiri, ayamnya jadi lebih sedap dan juicy!
Antara menu yang cukup menggiurkan saat terbau!

CURRY LEAF PESTO PASTA
Curry Leaf Pesto Pasta.
Kalau ikut menu asal, hidangan ni menggunakan bahan utama iaitu daun selasih. Tapi resipinya diubah kepada selera tempatan menggunakan daun kari. Rasanya tak sikit pun menjadikan pasta ni tak sedap. Bagi penggemar pasta, bolehlah cuba menu ni!

BUTTER CURRY PRAWN WITH SALTED DUCK EGG YOLK
Butter Curry Prawn with Salted Duck Egg Yolk
Untuk korang yang sukakan udang dan telur masin, mungkin korang boleh cuba menu spagetti yang ni pulak. Dengan rasa mentega untuk sebuah menu kari udang, memang rasanya menjadi lebih berlemak dan pastinya menepati citarasa korang!

CHICKEN GARLIC CREAM
Chicken Garlic Cream.
Ini adalah resipi signature chef kat LeQUE ni. Sepinggan hidangan ni ada ayam yang diperap dan dipanggang sempurna, mashed potato dengan vinaigrette iaitu sos lazat campuran cuka dan minyak dengan garam, herba dan rempah yang diadunkan secara home-made kat sini. Terdapat jugak sayuran dan semestinya, keju bawang putih berkrim yang menyempurnakan hidangan ni.

DOUBLE CHEESE BURGER
Double Cheese Burger.
Mungkin korang dah biasa makan Double Cheese Burger tapi tak salahnya korang mencuba menu ni kat LeQUE ni pulak. Apa yang specialnya, double beef patties ni adalah home-made tau. Memang menunya cukup tersendiri dan isian dagingnya pun memang mampat!

Turut dihidangkan bersama menu ni ialah kentang goreng.

WAFFLE PISANG BAKAR
Waffle Pisang Bakar.
Pergh! Tengok jelah gambar ni, memang boleh buat terliur, kan? Rasa dia, jangan cakaplah! Wafflenya ialah home-made tau, memang lembut. Pisangnya pun segar! Dengan limpahan gula Melaka yang memang manis, pencuci mulut memang antara kegemaran aku! 

CREME BRULEE
Creme Brulee.
Kastard vanila yang menjadi bahan asas sebuah menu creme brulee memang cukup menjadi di tangan LeQUE ni. Manis dan sedap!

SODA HERBS
Soda Herbs.
Untuk minuman pula, aku pilih minuman yang cukup lazat iaitu Soda Herbs. Bukan korang yang masih belum biasa, Soda Herbs sememangnya minuman yang cukup sedap lagi menyegarkan, kena pulak kalau pada waktu panas terik, kan. Pergh!

Kandungan minuman ni ialah air soda, daun pudina segar, asam boi dan jugak serai.
Kena cuba!

LEQUE MIX
LeQUE Mix.
LeQUE Mix ni ialah minuman cold pressed juice dengan ramuan yang cukup menyihatkan iaitu buah oren, epal dan lobak merah. Sedap!

COFFEE LATTE
Coffee Latte.
Aku yakin korang semua dah tau coffee latte. Menu kebiasaan ni mudah je nak didapati di mana-mana. Bagi penggemar kopi, bolehlah cuba latte dekat sini pulak. Sedap, seperti selalunya!
Kenal pasti kedai ini!
Itulah antara menu yang aku nikmati dalam kunjungan aku ke Restoran LeQUE ni. Untuk korang yang berminat nak mencuba, ini maklumatnya.

Alamat:
Restoran LeQUE,
No 14 Jalan Lagenda 3 Taman 1 Lagenda
75400 Melaka.

Nombor Telefon:
 012-639 7936

Waktu Perkhidmatan:
Ahad, Isnin, Rabu & Khamis: 5pm - 11pm

Jumaat & Sabtu: 5pm - 12am
Selasa: Cuti

Media Sosial:

Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Restoran LeQUE. Terima kasih!

RELATED POSTS

34 komen

  1. WoW...Marvelous... boleh try minggu ni blk Melaka

    BalasPadam
  2. You made me hungry adik. semuanya nampak sedapp. hehe

    BalasPadam
  3. Suka tengok gambar yang pertama tu dengan gaya dan espresi makanan banyak best tu....

    BalasPadam
  4. Mentang2 akak tgh x sihat..dijamunya akak ngan gambar makanan macam-macam..kejam dik..kejam entry ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe. inilah penawarnya kak. haha. semoga cepat sembuh ya!

      Padam
  5. Definitely will try when in melaka

    BalasPadam
  6. lama pulak tak makan western hasif oiiii... Kepingin sis rasa. Nanti boleh la singgah try once ke Melaka, thank you for sharing awop :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena datang! Dekat area bandar je pun. Senang nak carik. Hihi.

      Padam
  7. Nampak gambaq makanan ni terasa lapar semua..hehehe. Insaallah kalau ke daerah sana bolehlah singgah ke restoran ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Saja bikin sis lapar. Hehe. Ya nanti ke Melaka bolehlah singgah ya! πŸ˜‰

      Padam
  8. Honestly. Terus lapar!.. hurmm.. to be frank, suka main cursor Hasif punya domain kat header tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe nanti kalau ke Melaka jangan lupa singgah! Pasal header tu, saya pun suka main gak. Haha

      Padam
  9. Menu menyelerakan!! Nt ke melaka boleh cari dan cuba.JJCM ke sana nanti 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Ya.. Melaka pun banyak tempat makan best-best! πŸ˜‰

      Padam
  10. Alamak bestnya! Terliur tengok makanan semua lagi2 yaya ni dah la hantu pasta :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa memang sesuai sangatlah yaya datang ke sini! Mesti rambang mata dengan menunya!

      Padam
  11. teriyaki chicken tu nampak sodap je. hehe selalu gi melaka semata mata nak ke pantai atau mkn ikan bakar je. lain kli boleh la singgah restoran ni plk.

    ps: cantik2 gambar, snap guna dslr ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teriyaki chicken tu antara my favourite tau! Haha

      ps: Haah guna DSLR. hihi. Thank you!

      Padam
  12. waaaa . nampak sedap le .. tapi sye kat sabah la jauh sngat ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa. Nanti andai kata melancong ke Melaka bolehlah singgah ya. πŸ˜‰

      Padam
  13. Amboi hasif...
    Sedapnya menu2 akk tgk tu...
    Akk suka lepak jonker walk masa study kt melaka dulu..
    Rasanya ni resto baru ni..zaman aku duk sana dulu xda lg ni...
    Nnt kalau ke melaka boleh la try...
    Tq hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. memang puas hati kak! servis pun tip top. highly-recommended! ;)

      Padam
  14. Macam menarik juga menu yang ada dekat sini. Kena turun Melaka la gamaknya nie kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. sekali sekala bro. Lagi pun banyak benda boleh buat di Melaka. ;)

      Padam

Tinggalkan komen di sini.