Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

12 Panduan Meneroka Keindahan, Keunikan dan 'Kelazatan' di Tawau, Sabah!

6:41:00 PTG Hasif Hamsyari 27 Comments Category : , , , ,

Terletak di tenggara Sabah, bandar Tawau selalunya menjadi persinggahan semata-mata untuk bermalam bagi mereka yang baru mendarat di Lapangan Terbang Tawau sebelum ke Semporna. Sebab tu, ramai yang tak tahu di sebalik bandar yang sedang membangun ni ada lokasi-lokasi yang cukup menarik - sesetengahnya memang cukup rare!

Baru-baru ni, bersempena kempen #SeaYouInSabah, aku dan beberapa lagi rakan blogger dan social media influencer terbang ke Tawau dan meraih sendiri pengalaman dekat Tawau ni.

Sebagai pemula, saja nak beritahu - Tawau ialah destinasi eko-pelancongan terbesar di Sabah selain terkenal dengan makanan-makanan laut yang cukup segar, sedap dan murah!

Jadi aku bawakan antara panduan yang mungkin korang boleh masukkan dalam check-list kalau mahu ke Tawau.

Kalau nak membeli-belah...

1. Pasar Tanjung
Segar-bugar sayur dan buah dekat sini!
Pasar ni ialah salah satu pasar terbesar yang korang boleh jumpa kat Sabah dan Malaysia. Tak cukup dengan tu, pasar ini ialah pasar tertutup (indoor) yang terbesar di Malaysia! Berapa besar korang kata? Di bawah satu bumbung, pasar ni mempunyai 6 ribu kedai! Dari makanan kering, makanan basah, buah dan sayur semuanya ada dekat sini!
Ikan kering antara produk popular kat sini.
Terletak di tengah bandar Tawau, lokasi ni menjadi perhatian kerana di sinilah masyarakat setempat mendapatkan sumber makanan dari makanan kering, basah, buah dan sayur. Semuanyalah!

Yang paling popular di sini ialah ikan kering. Ada antaranya ialah daripada spesis cukup rare, tinggi nilai kesihatannya sehingga dijual pada harga ribuan ringgit!

2. Pasar Gantung
Dekat sinilah lokasi best nak beli buah tangan sebagai kenangan.
Kalau di Pasar Tanjung tadi lebih terkenal dengan aneka makanan, di Pasar Gantung pulak popular dengan barang-barang berupa pakaian dan cenderahati. Sesuai sangat kalau korang nak beli oleh-oleh untuk yang tersayang kat sini. Dari barangan kraftangan daripada kayu sampailah mutiara asli, semuanya boleh didapati kat sini dalam pelbagai warna dan corak!

Kenapa pasar ni dinamakan pasar gantung? Sebab barang-barang yang dijual kat sini kebanyakan tergantung kemas - ada antaranya digantung dari bahagian bawah sampailah ke dinding paling atas!
______
Tips: Pasar Tanjung dan Pasar Gantung terletak dekat Bandar Tawau. Senang je nak cari tapi kalau masih tak jumpa, boleh tanya penduduk setempat yang cukup mesra!

Kalau nak bersantai dan aktiviti rekreasi...

3. Tawau Mural Art
Memang cantik mural ni. Dan besar. Mudah nak perasan.
Terletak di bangunan Majlis Perbandaran Tawau, betul-betul di sebelah HSBC Bank Tawau, ini ialah salah satu tarikan paling ikonik di Tawau. Sebab mural gergasi setinggi lima tingkat rumah kedai ni bukan setakat cantik dengan tulisan 'TAWAU' bahkan menceritakan keunikan dan keindahan Tawau.

Aku tak jumpa info siapa yang lukis ni. Tapi sekarang, ia memang spot wajib untuk bergambar kalau ke Tawau.

4. Taman Bukit Tawau
Pejabat Taman Bukit Tawau. Sebelahnya ada galeri.
Pencinta alam semulajadi, ini mungkin syurga dunia buat korang. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna, ada antaranya mencatatkan rekod dunia, ada pula yang daripada spesis cukup terancam dan susah nak jumpa. Dan di sinilah juga kawasan tadahan hujan yang membekalkan air ke seluruh Tawau!

Ada beberapa bahagian sebenarnya yang pengunjung boleh teroka. Salah satunya Kebun Botani Bukit Tawau yang menyimpan kira-kira 200 spesies orkid dan 6 ribu bunga orkid. Selain tu, dekat sini ada serangga-serangga yang cukup eksotik. Antara lain, aku jumpa kelawar yang tengah tidur dalam gulungan daun pokok. Unik, kan?
Aku tau kelawar tidur 'upside down'. Tapi yang ini, rare!
Jangan tak tau, dekat sini jugak ada pokok tropika tertinggi di dunia! Dan ia adalah daripada genus Shorea. Setakat yang aku tau, ada 50 pokok yang merata di Sabah ni mencatat ketinggian luar biasa di dunia - boleh mencecah 90 meter! 

Taman Bukit Tawau ni ada galeri yang menempatkan semua informasi tentang kawasan ni - juga spesis-spesis flora dan fauna yang korang boleh jumpa. Antara yang aku boleh namakan ialah rama-rama Rajah Brooke (rama-rama kebangsaan Malaysia), rama-rama Common Bluebottle, tupai terbang, rusa, kancil, burung enggang (Rhinoceros Hornbill) dan banyak lagilah!

Sesuai untuk rekreasi, nak berpiknik pun boleh atau ada kem kat sini pun boleh. Ada air terjun jugak tapi kena trekking. Secara keseluruhan, aku harap aku boleh datang lagi dan teroka lebih banyak lagi dalam taman yang cukup menenangkan ni.

Bayaran masuk untuk warganegara atas 18 tahun cuma RM3 dan RM1 untuk bawah 18. Untuk bukan warganegara atas 18 tahun pulak cuma RM10 dan bawah 18 cuma RM6. 

A: Taman Bukit Tawau, P.O.BOX 62103, 91031 Tawau, Sabah
T:  089-768 719
GPS: 4.4538767,117.9461432

5. Giram Nek Legek, Kampung Balung Cocos
Tenang berada kat sini.
Satu-satunya lokasi di Malaysia yang mana korang boleh lihat dengan mata kepala korang sendiri columnar bassalt atau pillow lava! Columnar bassalt ni ialah struktur yang terbentuk bila mana lava basalt yang menyejuk di dasar laut mengembang, merekah dan menaik ke atas. Kalau sebut lava, boleh faham sendiri lah yang tarikan unik ni sebenarnya terbentuk jutaan tahun lampau kat sini!

Di Balung Cocos ni, bentuk yang dihasilkan dinamakan columnar jointing yang mana bentuknya ialah prisma simetri. Ketinggiannya berbeza menjadikan lokasi yang terletak di kawasan Sungai Balung ni macam tangga. Cantik!

Kalau dah sebut sungai, tak sahlah kalau tak mandi manda kat sini! Ada jeram kecil yang menghasilkan bunyi deras air yang pasti menambah teruja korang!

Ada pakej yang ditawarkan termasuk homestay, makan dan aktiviti lain macam perah susu lembu. Boleh hubungi 012-816 1448 (En Hasbi).

6. Teck Guan Cocoa Museum
Siapa sangka kegunaan koko sebenarnya macam-macam!
Tahukah korang Malaysia membekalkan koko yang menjadi ramuan kebanyakan produk coklat di dunia?

Dekat sini, korang akan kenal sejarah serta pemprosesan koko dan coklat di dunia dan Malaysia, selain industri koko itu sendiri yang cukup ikonik di lagi-lagi di Tawau ni. Bandar Tawau inilah satu-satunya pengeluar dan pengedar koko di Sabah. Di kawasan ni, ada sebuah perkampungan koko dengan keluasan seribu hektar. Pergh!

Selain tu, di sini juga aku dapat rasa produk-produk koko yang rupanya cukup bervariasi! Kalau coklat sudah menjadi kebiasaan, dekat sini aku cuba popcorn koko, onde-onde koko, kuih batang buruk koko dan macam-macam lagilah! Boleh tahan sedap!
Serba-serbi makanan dan minuman koko ada. My favourite? Popcorn tu!
Kuih batang buruk koko yang sedap!
Dan kalau makanan berasaskan koko dah terlalu mainstream, dekat sini juga ada sabun daripada koko! Kalau jatuh hati dengan produk-produk ni, boleh beli dekat sini jugak. Fresh!

A: Kilometer 2, Tanjung Batu Laut, Kilang Teck Guan, 91000 Tawau, Sabah
T: 6089-775 566
GPS: 4.266793,117.8722128

Kalau nak makan...

7. Nasi Kuning dan Mi Tauhu di Restoran Haji Tamrin
Menu nasi kuning yang menjadi sebutan masyarakat Tawau.
Menjadi kewajipan untuk aku mencuba makanan yang popular di kawasan yang aku bercuti. Jadi, aku dan rakan media singgah ke Restoran Haji Tamrin. Restoran ni memang disebut-sebut sebagai menghidangkan makanan asli nasi kuning yang popular tu.

Nasi kuning ni dihidangkan dengan kuah sambal dengan protein yang boleh dipilih - sama ada daging, ikan kayu (atau ikan tongkol/ikan tuna) dan ayam. Komen aku? Sedap. Cuma mungkin sebab aku biasa dengan makanan pedas, aku harapkan pedas sikitlah. Haha.
Mi tauhu yang  tak kurang popularnya kat sini.
Kedua yang popular ialah mi tauhu. Ini benda baru bagi aku. Mi goreng dipadankan dengan sup tauhu! Mi goreng tu rasanya macam mi biasa, tapi yang buat unik dan sedap ialah supnya. Harus cuba kalau ke sini! Soal harga, tak mahal pun. Satu hidangan makanan ni dalam RM5 ke RM7 je.

Disebabkan kepopularannya, restoran ni dah ada cawangan di Sandakan jugak.

A:
GPS: 4.2495061,117.8925755

8. Sanggar Cheese dan Mango Sago di Indo Cafe
Sangat sesuai untuk persinggahan minum petang!
Pisang atau Sanggar Cheese mungkin dah merata kat Malaysia ni. Tapi di Tawau, Indo Cafe ialah antara yang terbaik menghidangkan menu appetizer ni. Selalunya keju atas pisang akan mencair tapi untuk di Indo Cafe ni, kejunya tak mencair.

Satu lagi menu yang laku keras dekat sini ialah Mango Sago. Dessert ni memang cukup sedap! Potongan buah mangga dia pun banyak tau.

A: 



9. Ocean Area Seafood Restaurant
Inilah muka depannya.
Untuk korang yang mahu merasai sendiri keistimewaan Tawau - makanan laut yang segar lagi murah - boleh cuba ke restoran ni. Lokasi ni lebih terkenal dengan panggilan 'The Ocean' dalam kalangan masyarakat setempat.
Antara makanan yang kitorang jamah kat sini.
Rasa makanan laut yang segar mesti akan buatkan korang jatuh hati dekat makanan-makanan kat sini. Antaranya ikan tiga rasa dan udang bersalut tepung goreng. Sup sirip ikan yu dengan hirisan ayam pun ada. Atau kalau masih terpaut dengan makanan atas darat, boleh cuba payau (rusa) masak kicap dan crispy chicken.

A: TB 3678, Jalan St. Patrick, 91000 Tawau, Sabah
T: 089-757 917 / 010-954 0917
GPS: 4.2471553,117.8918809

10. Sri Titingan Restaurant
Sesuai untuk singgah makan malam.
Lagi makanan laut? Boleh cuba ke Sri Titingan Restaurant ni. Masakan laut kat sini pun sedap jugak. Ruangan makan pun besar - banyak meja! Tapi, nanti dulu! Tak semestinya korang bertuah kalau datang tanpa booking terlebih dulu tau. Sebab lokasi memang cukup popular, baik dalam kalangan masyarakat setempat mahupun pelancong.

Tak hairanlah, makanan dekat sini pun memang sedap-sedap! Tengok jelah antara menu yang kami jamu untuk makan malam.
Restoran halal dengan menu yang cukup buat kecur liur!
Boleh jugak datang sini menikmati steamboat. Tapi yang pasti, korang mesti puas hati dengan keenakan makanan dan harga yang cukup berpatutan.

A:

GPS: 4.2473418,117.8903288

Kalau nak tidur...

11. Promenade Hotel
Rupa bilik tidur aku.
Hotel di bandar Tawau ni memiliki lebih kurang 180 bilik. Biliknya selesa dan kemas. Tapi apa yang membuatkan aku lebih suka hotel ni ialah pemandangan daripada bilik aku. Pemandangan bandar Tawau yang cukup panoramik.
Ruang meja yang kemas.
Promenade Hotel ni bersambung dengan Eastern Plaza jadi sangat mudah lagi dekat kalau nak membeli-belah sekejap. Selain tu, sekitar kawasan ni pun ada je lagi kedai-kedai menarik yang boleh dicapai walau dengan berjalan kaki.

Harga pun tak mahal sangat. Bermula RM160 untuk satu malam.

A: Eastern Plaza, Jalan Kuhara, Mile 1, 91000 Tawau, Sabah, Malaysia
T:




Pemandangan daripada dek peninjau yang cukup menenangkan.

Inilah yang kami makan. Kenyang!



_________________
Antara blogger dan selebriti yang mengambil bahagian di depan Teck Guan Cocoa Museum.
Tonton video!


Entri ini terhasil dengan kerjasama dan undangan daripada Sabah Tourism Board bersama majalah Gaya Travel untuk kempen #SeaYouInSabah. Terima kasih!

RELATED POSTS

27 komen

  1. Bestnye tengok hasif selalu travel.. Kak LeYa teringin nak turut serta... Cantik sangat Bandar Tawau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... InsyaAllah, mana tahu suatu hari nanti, kan? :)

      Padam
  2. Soo sendiri selalu pergi Tawau,banyak tempat belum sampai lagi. Kena masukkan dalam list ni nanti

    BalasPadam
  3. Bestnya..nak pose dekat tawau mural art jgk satu kali..hehehe

    BalasPadam
  4. Tak pernah pergi sabah, and selalu fikir apa tempat menarik dekat sana. Boleh la bookmark post ni, nanti senang boleh jadikan rujukan. hehehe

    BalasPadam
  5. Cantik juga ye Tawau ni. Bestnya pergi jalan2! Hmm teringin pulak nak rasa batang buruk koko tu hewhew

    BalasPadam
  6. Harap satu hari dapat ke Sabah juga . Harapnya next year :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... hehe. Nanti roger la kalau pergi. Mana tau boleh ikut sekali. Eh!

      Padam
  7. Wajib share article ni..saya ade kerja kat tawau nanti blh guna ni yeayyyy..thanks so muchhhh

    BalasPadam
  8. Bestnya. Banyak tempat manrik kat tawau yer. Gambar pon cantik2.

    BalasPadam
  9. look like so much fun there. like the mural arts a lot

    BalasPadam
    Balasan
    1. It is, indeed! And the mural art is really a masterpiece!

      Padam
  10. Pasar Tanjung. Akak masih terpikir2, larat ke kaki ni, 6 ribu kedai tu

    BalasPadam
  11. Wah menariknya. Ika x pernah try lagi pi sabah. Nanti nak pergi la.

    BalasPadam
  12. The only place I haven't visit. Sabah has a lot natural thing.

    BalasPadam
  13. I like to check out more about Giram Nek Legek, Kampung Balung Cocos. The place looks so scenic.

    BalasPadam
    Balasan
    1. They are! You should really come and experience it yourself. :)

      Padam
  14. Pelukis mural di tawau tu ialah jimmy art..blh like dan add fb jimmy art.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.