Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Raya Bergaya dengan Kurta Cirgaro Apparel

9:54:00 PTG Hasif Hamsyari 1 Comments Category : , ,

Kurta Neo daripada Cirgaro Apparel.
Aku tau Ramadan belum pun sampai lagi tapi cuma aku risau kalau aku kongsikan lagi lambat, alamat melepaslah korang nak berebut dengan ramai lagi penggemar kurta kat luar sana. Sebab jenama ni memang jenama pakaian yang sudah pun ada kelompok peminat sendiri dan mana tahu lepas korang baca lanjut, korang pun akan jadi salah satu daripadanya.

Jenama yang aku maksudkan ialah Cirgaro Apparel, pemborong pakaian khususnya untuk penggayaan Muslimin dan Muslimah. Jenama ni dah kerap sertai event. Sebelum ni dekat Seksyen 7, Shah Alam tapi sekarang butiknya dah pindah ke Plaza Shah Alam, yang mana aku singgah baru-baru.


Inilah butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam.
Ruang pakaian yang luas dan selesa.
Aku percaya, seperti mana lelaki-lelaki lain kat luar tu jugak, kalau bab memilih kurta mestilah nak cari daripada kualiti yang terbaik pada harga yang berbaloi lagi berpatutan. Sebagaimana aku, aku rasa korang pun akan sama setuju yang kurta Cirgaro Apparel ni memang kualiti dia meletup - kalau korang datang ke butik dan cuba sendiri kurta diorang.

Kain yang digunapakai ialah kain berkualiti tinggi daripada Korea. Tak setakat kain, penyempurnaan sebuah kurta yang terbaik ni mestilah menitikberatkan keseluruhan aspek. Kainnya sesuai dengan iklim Malaysia jadi bila pakai pun rasa selesa, walau dalam cuaca ekstrem. Malah, zip yang Cirgaro Apparel gunakan ialah yang diiktiraf antara jenama zip terbaik dunia - YKK Japan Brass!

Yang aku tau, perincian kat kurta ni memang bukan calang-calang. Pemilihan kain dia je menggunakan suai padan dan rendaman berkali-kali untuk memastikan kainnya tahan dan terjamin kualitinya. Semestinya, untuk satu proses ni memakan masa termasuk proses research and development (R&D).
Aku dan rakan blogger masa fitting baju di butik Cirgaro Apparel.
Dah banyak koleksi diorang sebenarnya tapi untuk keluaran 2017 setakat ni ialah Primadona Tunic (untuk perempuan) dan Kurta Bangsawan (untuk lelaki). Oh! Satu lagi, yang menarik minat aku iaitu Kurta Neo!

Cool gila Kurta Neo ni pada aku sebab warna dan corak dia cukup mengancam. Ada empat warna yang ditawarkan iaitu Gold, Red, Blue dan Green. Yang aku pilih ialah Gold sebab warnanya lebih classy dan awesome! Memang puaslah aku bergaya raya nanti. Haha.
Cantikkan kurta ni!
Kemasan desain dan perinciannya yang buat aku suka kat kurta ni.
Serius tak sabar tunggu raya ni!
Setakat ni, harga kurta yang ditawarkan kat sini dalam anggaran RM50 ke RM150. Memang murah. Cirgaro Apparel ni tak ada agen atau drop shipper lagi. Dan baju pun tak ada preorder, semuanya ready stock. Sebab tu sebaiknya korang kena datang sendiri ke butiknya dan lihat, cuba sendiri kurta-kurta ni. Lagi puas hati dan tak adalah isu-isu berbangkit nanti!

Cuma kalau korang jauh, boleh dapatkan di laman web rasmi Cirgaro Apparel ni sendiri.

Baik untuk perempuan mahupun lelaki, warna yang ditawarkan pun pelbagai. Senanglah kalau korang nak buat couple atau family set!

Aku dengar, akan ada produk baru macam jubah dan kurta diperkenalkan lagi. Kurta budak pun akan ada katanya. Jadi ada baiknya korang siap siaga follow Cirgaro Apparel dekat media sosial untuk tahu langsung perkembangan diorang.

Berikut maklumat untuk korang menghubungi Cirgaro Apparel ni terus. Sebelum aku tutup entri, ingat balik pesan aku kat paragraf pertama.


"...aku risau kalau aku kongsikan lagi lambat, alamat melepaslah korang nak berebut dengan ramai lagi penggemar kurta kat luar sana."

Jadi jangan sampai terlambat dapatkan kurta Cirgaro Apparel!
Logo Cirgaro Apparel di butiknya.

Alamat:
Lot F4A 1st Floor Plaza Shah Alam No. 2 Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E,
Seksyen 9,  40000 Shah Alam

Koordinat GPS: 

Laman Web:

Media Sosial

P/S: Terima kasih Abang Yazid Izzat jadi fotografer kejap. Haha. 

RELATED POSTS

1 komen

  1. Untuk semua yang berminat, jangan lupa jengah social media Cirgaro Apparel! ;)

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.