Pengalaman Snorkeling di Pulau Rubiah, Aceh
Tak perlu pergi tengah laut, berenang di tepian pantai pun boleh nampak ikan berwarna-warni, bukan satu dua tapi banyak gila! Karang yang ada pun tak kurang cantik, malah ada yang unik lagi. Ini semestinya highlight yang paling aku suka dalam trip ke Aceh, Indonesia baru-baru ni.
Dah lama juga aku mengidam nak melihat dunia bawah laut di Aceh ni. Iyalah, pulau-pulau macam Pulau Rubiah dan Pulau Weh memang disebut-sebut sebagai antara lokasi diving dan snorkeling yang tercantik di dunia! Bila dah dapat sendiri peluang tu, ternyata, ia sememangnya layak mendapat gelaran itu.
Sebelum snorkeling, kami makan tengah hari di Sabang, Iboih. Sepanjang trip ni, soal makan memang tak pernah mengecewakan. Sedap!
Sambil-sambil tu, kami jalan-jalan di sekitar pantainya. Memang cantik. Tapi apa yang membuatkan aku takjub ialah airnya yang jernih. Sangat jernih! Berjalan di tepian pantai ni je pun dah buat hati meronta-ronta tak sabar nak tunggu aktiviti snorkeling yang dah dijadualkan.
Selepas makan, kami solat di masjid berdekatan dan terus ke pondok untuk mendapatkan kelengkapan snorkeling. Setel semuanya, kami terus ke jeti untuk bertolak.
Apa yang special, bot kami bukan bot biasa. Glass-bottom boat! Bot berlantai kaca istimewa ni cukup memberikan pengalaman unik buat aku sebab hanya dari atas bot, aku boleh nampak ikan-ikan yang cantik. Yang lagi buat aku tak henti teruja ialah pemandangan cukup luar biasa batu karang yang jarang boleh didapati di tempat lain - karang batik!
Beginilah glass-bottom boat! |
![]() |
Beginilah rupa karang batik yang cukup memukau! |
Kami turun ke Pulau Rubiah dan dalam perjalanan ke spot snorkeling, kami sempat singgah ke makam Rubiah. Nama pulau ini dikatakan diambil daripada nama wanita ini. Mengikut legenda, wanita ini dikatakan ditinggalkan suami selepas ingkar arahan untuk memotong kuku.
Makam Rubiah, asal nama pulau ini. |
Aku dah beberapa kali snorkeling juga, tapi aku rasa memang lain snorkeling di sini. Tak perlu berenang jauh atau dibawa ke tengah lautan, berdekatan pantai pun dah boleh nampak banyak jenis ikan yang beraneka warna, saiz dan bentuk. Banyak pulak tu. Sampaikan waktu aku berenang, terasa macam tengah turut serta dalam konvoi ikan-ikan ni. Haha.
Paling aku tak boleh lupakan ialah bilamana guide bawak aku turun lebih dalam sambil berpaut pada karang yang dijamin selamat untuk dipegang. Ia lebih kepada peluang untuk merakamkan gambar sebenarnya. Tapi sejujurnya, seminit dua itu buat aku terpana dengan panorama luar biasa di sekitar kawasan ini. Cukup buat kita terasa betapa indahnya ciptaan Dia.
Ayuh mulakan misi mencari! |
Nampal tak jernihnya air dia! |
Antara ikan unik yang dapat aku tangkap dengan GoPro aku. |
Batu karang dengan banyaknya ikan! |
Seronok gila berenang dengan kawanan ikan! |
Feeding time! |
Pengalaman yang tak mungkin aku boleh lupakan! |
Kepuasan yang memang tak tergambar dah! |
Tak percaya dengan apa yang aku katakan dan gambar yang aku tunjukkan? Ha, tengok pulak video pendek ni!
Ikuti itinerary penuh trip saya ke Aceh! KLIK SINI.
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Wonderful Indonesia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur dalam FAM Trip ke Aceh, Indonesia. Terima kasih!
41 komen
Nama pulau pun dah unik Pulau Rubiah hehehe cantik airnya jernih sangat dan banyak karang best nya kalau dapat pergi sana...
BalasPadamkann! insyaAllah, ada rezeki kena datang, bang!
PadamAduh, cantiknya view dan air kat sini. Untung dapat pergi snorkeling kat tempat cantik mcam ni
BalasPadamAlhamdulillah... Tak sangka juga kecantikan dia memang bukan omong kosong!
Padamgreat place to go, love the pics. I no go before here and wanna try snokerling too
BalasPadamYeay! Hope you'll come here someday and enjoy the beauty for yourself!
PadamAllahuakhbar cantiknya ciptaan Yang Maha Besar....akak suka sgt nature macam ni. Jernih sgt airnya....mana tau satu hari nt akan jejak disini. Nice sharing 😊
BalasPadamInsyaAllah... Amin! Singgah jangan tak singgah! ;)
PadamSubhanallah... Cantik sangat. Air jernih.
BalasPadamiya, kak. cantik sangat. :D
Padamcantik dia punya glass boat tu, pandai diorang buat
BalasPadamitulah. kalau yang takut nak menyelam boleh bersenang saja atas bot dan lihat dari atas tu je. hihi
PadamCantiknya tempay ni. Tepian pantai je dh blh nampak ikan warna warni paling menarik. Haishhh bila la sy blh pergi ke sne.
BalasPadamInsyaAllah... ada masanya nanti tu! Aminn...
Padamcantiknya, teringin nak ke sini
BalasPadamHihi. Planlah pulak ke sini! ;)
PadamTak pernah lagi ke Aceh. Mmg ada perancangan nak ke sana. Nanti bolehlah gi sini kalau ke sana..:)
BalasPadamYa, mesti singgah! Cukup berbaloi. :D
PadamCantiknya.... Dah lama tak pergi pantai. Boleh masuk dalam list ni..
BalasPadamHihi. Ya, highly-recommended!
PadamCantiknya air laut tuh..kalau la aku pandai snorkling mst best lalalala
BalasPadamAlaaa, tak perlu pandai ke tak untuk snorkeling. Haha. Dengan adanya safety jacket insyaAllah selamat. Diving itu cerita lain. :D
PadamXpernah lagi snorkeling. Boleh ni try try g aceh kebetulan ada kawan dri sana, boleh try gi sini
BalasPadamwah bestnya ada kawan di sana! lagi senang nak teroka Aceh! :D
PadamDah lama xsnorkeling.
BalasPadamNak tanya, amik gambar under water guna kamera apa ek?
Snorkeling memang favourite saya bang. Kalau ada diving lesen ni lagilah. haha. Saya guna GoPro.
PadamBest kan dunia bawah laut - I could dive for hours in one diving session hehe
BalasPadamKan... Cuma tunggu ada lesen je ni. keke
PadamBestnya mkn angin, snorkling lg..sis betenang pun xpandai..
BalasPadamSnorkeling insyaAllag selamat sis, walaupun tak pandai berenang. Sebab ada jaket keselamatan. hihi. Cubalah nanti. Dekat sini yang lagi best, dekat dengan pantai je pun boleh jumpa dan ikan cantik-cantik. :)
PadamCantiknya gambar gambar! Rindu pulak lama tak pegi snorkeling
BalasPadamThank you! Hehe.. Nanti bolehlah cuba datang ke sini! ;)
PadamYa Allah cantiknya tempat ni..boleh masuk dalam travel list ni..tak sabar lak rasa nak jejak kaki ke sana
BalasPadamYa! Kena masuk dalam bucket list! Sangat berbaloi! :)
PadamMenangis bersyukur tengok gambar Hasif ni. Indahnya dunia dasar laut. Bilalah dapat pergi lagi. Nak kena beli kamera best skit. Hehehehe. Nak ambil gambar ikan cantik-cantik. hehehe.
BalasPadamMemang dunia bawah laut sini cukup cantik kak. Gambar pun tak perlu susah-susah edit banyak. Action cam sangat sesuai kak. :)
Padamsalam,
BalasPadammenarik sgt tempat ni. cume nk tnye kalau pg pulau rubiah/ sabang ni kene pakai agent or blh pg sendiri?
pulau rubiah tu sendiri ade accommodation ke?
thanks
Wassalam... Boleh je pergi sendiri. Pakai agen pun boleh.
PadamAda penginapan di Pulau Rubiah tapi tak sure apa namanya. Tapi boleh je menginap di Sabang/Pulau Weh. Situ banyak chalet dan resort dan jaraknya pun tak jauh ke Pulau Rubiah.
Welcome. :)
Cantiknya, pakai kamera apa underwater?
BalasPadamSaya punya guna GoPro. Ada satu lagi kamera guide tu. Tak sure jenamanya. hihi
Padamsalam boleh saya dapatkan contact no supir di pulau sabang
BalasPadamTinggalkan komen di sini.