Color Run KL 2017 yang Awesome!
Wow! Setakat ni pada aku Color Run KL 2017 ialah acara larian yang paling best pernah aku pergi. Bukan setakat suasananya yang happening, bahkan memang penganjurannya cukup tersusun dan pengisiannya menarik! Aku rasa moto acara ni untuk tahun ni memang bukan cakap kosong. It is indeed the 'Happiest 5K on the Planet'!
Aku dengar penganjuran kali kedua ni mencatatkan 13 ribu pengunjung. 13 ribu weyh! Memang ramai gila dan setakat yang aku pergi memang semuanya sporting dan cukup happening! Rasanya Padang Merbok, Kuala Lumpur tak hanya meriah dengan serbuk warna bahkan bergegar dengan keterujaan 13 ribu orang ni, termasuk aku. Hehe.
Seawal 6.20 pagi aku dah ada kat sana dengan member-member. Waktu tu memang dah ramai gila orang.Lepas mendaftar, kitorang terus ke padang untuk warm up sikit. Waktu tu padang tu memang dah meriah dah. Emcee iaitu James Thorne dan Linora Low memang pandai hangatkan pagi tu.
Dalam pukul 7 pagi, kitorang terus ke flag-off point. Macam biasa, sebab jumlah yang ramai, pelepasan tu dibuat secara berperingkat. Aku dan member-member ialah wave yang ketiga. Flag-off terakhir ialah pada 8.00 pagi.
Memang boleh rasa keterujaan masing-masing masa sebelum berlepas lagi. Tak kisahlah yang datang atas niat nak menang atau sekadar nak meluangkan masa dengan yang tersayang ke, dari tua sampai muda semuanya nampak gembira.
Sebelum larian bermula. |
Ada beberapa checkpoint yang mana setiap checkpoint menanti dengan serbuk warna yang berbeza. Tak silap aku oren, hijau, biru, merah. Masa kat checkpoint inilah yang lagi meriah. Sebelum checkpoint terakhir air minuman pun disediakan. Jarak lima kilometer pun macam tak terasa lamanya.
![]() |
Green or red? Don't care. Haha. |
![]() |
Antara momen-momen masa berlari. |
![]() |
Macam orang lain, ambil gambar sambil berbaring atas jalan tar pun satu kemestian. Haha. |
![]() |
Tak sorang pun boleh balik tanpa sedikit calit pun pada baju - atau muka! |
![]() |
Medal sebagai kenang-kenangan. |
Lepas rehatkan diri kejap, kitorang ke padang semula untuk Finish Festival yang sememangnya cukup epik! Waktu inilah akan ada semua orang akan membaling serbuk warna beramai-ramai sebagai simbolik kemuncak acara. Haaa, inilah gunanya paket yang diorang bagi tadi. Ini ialah tradisi yang menjadikan acara ni antara acara paling dinantikan saban tahun. Percayalah cakap aku, pemandangannya sangat cool dan suasananya cukup happening!
![]() |
Final throw! |
![]() |
Awesome! |
Tak percaya? Apa kata tengok sendiri rangkuman Instagram Story yang aku dah kongsikan di Facebook aku ni. Woohoo!
Ada juga acara sampingan macam Food Village untuk dapatkan makanan daripada banyak foodtrucks yang ada dan ada juga CIMB punya slow-mo photo booth.
![]() |
Di Food Village ada banyak food truck dengan pelbagai pilihan makanan. |
Aku rasa acara ni memang bagus. Selain menganjurkan gaya hidup sihat, aku perhatikan ramai orang datang baik dengan kekasih, keluarga mahupun kawan-kawan. Budak kecil pun ada. Dan latar bangsa pun berbeza-beza. Pelancong dari luar negara pun ada. Dan itu memang dah bagi petanda betapa acara macam ni cukup menyatukan.
Apapun, aku dan member-member memang cukup puas hati. Pengurusan memang tip top, sangat tak lokek dengan serbu warna dan lokasinya juga aku rasa sesuai.
Kalau ada lagi rezeki dan peluang, tahun depan mesti aku akan sertai lagi. Yeah!
Keep updated with Color Run KL 2017 on social media!
Website
Find more exciting photos! Use the hashtag #Happiest5K & #TropiColor!
Find more exciting photos! Use the hashtag #Happiest5K & #TropiColor!
Gambar: Hasif Hamsyari, Color Run KL, Zarif
22 komen
ruginya x join colour run huhu
BalasPadamNext time kita mesti pergi sama2, ok!
PadamDah lama teringin nak join Colour Run ni tapi selalu tak ada peluang. Sob sob. Awesome shots, Hasif!
BalasPadamAda lagi tu insyaAllah. Nanti kita pergi sekali! Yeahh.. Thank you, Pojie!
PadamDah mcm kat India je main serbuk colour hahahahhaa
BalasPadamHaah. Lebih kuranglah tapi ni untuk semua! Haha
PadamKita dah lama tak dapat join larian macam ni.. Tunggu next week nak cuba juga hehehe...
BalasPadamWahh... Larian apa tu?
PadamBestnya. Color lagi meriah dari larian spektra UM 2017. Rugi pulak rasa.
BalasPadamTak pernah pula pergi ke Larian Spektra UM. Hihi.. Tapi yang ini memang havoc!
PadamWahhh happeningnya..tp rasanya sis tak larat nak join larian2 dn dgn ramai org cam ni..takut fengsannn..hehehe
BalasPadamAhaha... Ala sis sekali sekala. Seronok! Hihi
PadamMasa first nak join run, tiket apa semua dah beli. sekali dapat tahu pregnant. Cancel terus. takdok rejeki nak join pape run. Good job dik!
BalasPadamAlaaa yeke... Takpe moga nanti edisi akan datang akak dapat join. Aminn!
PadamNi yang nak jeles dengan gambar Hasif ni. Dah la akak tak dapat join sebab bertindih dengan AvenuK run. Benci!
BalasPadamAhahaha.. Don't worry ada rezeki kita lari sama-sama! yeahhh
PadamSeronoknya, tak pernah join lagi. Tahun depan kalau ade boleh la register ni. Next run untuk NPE hiway lak,10km september ni. bulan 10 death run sunway lagoon mcm seronok je, lari kena kejar hantu. try la join
BalasPadamwahhh bestnya! Haha. InsyaALLAH kalau ada rezeki mesti akan join! ;)
Padamwow syioknyaa join colour run. teringin nak join tapi bila tgk harga tiket penyertaan tu rasa cam emmm mmmm
BalasPadamAhaha.. bukan selalu... Boleh ajak member, lagi happening!
PadamThat gurl tudung kelabu tue, macam kenal je... Ke salah orang hahahah
BalasPadamDua-dua tudung kelabu. Cuma gelap dan cair je. Haha. Mana satu tu?
PadamTinggalkan komen di sini.