Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jalan-Jalan di Aceh Indonesia Part 3 (Final)

3:14:00 PTG Hasif Hamsyari 20 Comments Category : , , , ,

Day 3

Hari ni semestinya hari istimewa untuk aku. Mana taknya, memang favourite aku untuk 'bermain' air! Haha. Sabang juga terkenal dengan pantai dengan dunia bawah laut yang eksotik lagi luar biasa indahnya. Jadi mana mungkin aku tak teruja!

Pantai Sumur Tiga

Pantai Sumur Tiga tanpa syak lagi, ialah antara pantai tercantik korang boleh jumpa kat sini.
Aku rasa pantai ni antara pantai tercantik pernah aku lihat. Laut dia memang membiru, pasir pun halus memutih, kena pula dengan cuaca yang memang terang lagi cemerlang gitu, ha... Ombak dia pun sedang-sedang je.

Waktu aku pergi pun tak ada orang sebenarnya. Sangat cun kalau nak rehatkan minda dengan pemandangan indah macam ni.

Disebabkan kecantikannya, Pantai Sumur Tiga ni banyak juga gelarannya. Ada yang merujuknya sebagai 'Syurganya Pantai Sabang' dan 'Hawaii-nya Aceh'! Malahnya, pantainya juga dikatakan yang terpanjang di Sabang.

Lagi sebab yang menjadikan aku suka pantai ni ialah ia menghadap timur. Makanya, pemandangan sunrise yang cantik boleh nampak dari sini! Dan inilah antara sebab yang aku rasa aku kena kembali lagi ke sini nanti. Haha.

Dan nama pantai ini sendiri semestinya mendukung sebab. Terdapat tiga sumur (atau perigi) air tawar berdekatan dengan pantai ini menjadikan pantai ini lebih istimewa.
Arah jam dari kiri: Telaga yang terdapat berhampiran pantai ini; Nak dapatkan shot cantik sampai sanggup menanti dan berbasahan. Haha ; Dengan blogger Faizal Fredley dan wartawan Kosmo, Redza.

Pantai Anoi Itam

Pantai Anoi Itam dengan kecantikan unik lagi memukau.
Kira-kira 13 kilometer dari Pekan Sabang, aku ke sebuah lagi pantai yang juga antara yang paling popular di Sabang. Kalau lain-lain pantai di sini berpasir putih, di Pantai Anoi Itam pula pasirnya hitam! Sebab itu namanya sendiri Anoi Itam yang bermakna 'pasir hitam'.

Hal ini terjadi sebagai satu kesan daripada gunung berapi yang masih aktif di Pulau Weh. Ada nilai yang cukup 'mahal' menjadikan pasir di sini cukup istimewa. Kandungan nikelnya dikatakan tinggi dan komposisi mineralnya pula menjadikannya tiga kali ganda lebih halus daripada pasir hitam biasa. Pun begitu, pasir di sini masih memiliki tekstur pasir halus seperti pantai-pantai lain.

Pantai yang juga dikenali sebagai 'Si Hitam Manis' dalam kalangan masyarakat setempat ini sememangnya memberikan sensasi pantai yang luar biasa setakat aku mengembara.

Anoi Itam Resort

Sekitar kawasan Anoi Itam Resort.
Disifatkan salah satu resort terbaik di sini, Anoi Itam Resort bukan setakat menawarkan akses pada pantai yang sememangnya memukau, bahkan di sini ada kolam renang dan pemandangan taman yang menjadikannya pilihan terbaik untuk korang yang suka merakamkan gambar.

Aku tak bermalam di sini, cuma sekadar singgah dan menikmati keindahan di sekitar kawasannya. Tapi memang cukup terpukau. Siap ada private beach lagi yang tentunya akan buat pengalaman menginap korang lebih awesome!

Teluk Balohan

Keindahan yang menyimpan duka.
Teluk ini bukan setakat akan menghamparkan korang dengan pemandangan cukup awesome, bahkan ada cerita yang menjadikannya cukup sentimental dalam kalangan penduduk setempat. Di Teluk Balohan inilah tenggelamnya Kapal KMP Gurita yang mengorbankan hampir 400 nyawa - 284 penumpang hilang di dasar laut. Yang selamat pula cuma 40 orang. Tragedi itu berlaku pada 19 Januari 1996.

Hari ni, selepas lebih 20 tahun, Teluk Balohan kekal menjadi tanda peringatan dan turut menjadi tarikan sejarah juga semula jadi yang cukup mempesonakan.

Arpen Restoran, Iboih

Hidangan untuk makan tengah hari kami.
Nak snorkeling kejap lagi konfem akan pakai banyak tenaga. Sebab tu kena isi perut juga. Alhamdulillah, memang kenyang makan di Arpen Restoran yang betul-betul menghadap Pantai Iboih. Dengan masakan yang lazat dan ditemani pulak dengan air kelapa, fuh! Mantap!

Pantai Iboih

Pemandangan cukup menakjubkan di Pantai Iboih.
Di Pantai Iboih ni memang banyak bot-bot kecil. Dari sinilah pelancong akan dibawa ke lokasi diving atau snorkeling.

Tapi aku sendiri tergamam. Airnya sangat bersih sampaikan tepi tebing waktu air pasang tu pun masih lagi jernih. Pemandangannya sendiri memang cukup bikin seru dengan angin laut yang memang sepoi-sepoi bahasa pula. Fuh!

Pelancong tak dibenarkan memakai bikini atau apa-apa yang mencolok mata sebagai menghormati budaya masyarakat di sini yang majoritinya beragama Islam. Ada masjid juga di sini yang mana terdapat juga bilik air dan bilik mandi.
Pemandangan di sekitar jeti untuk ke Pulau Rubiah.

Pulau Rubiah

Teruja kitorang naik glass bottom boat melihat batu karang sekitar pulau ini.
Pulau Rubiah memang cukup terkenal dengan keindahan bawah laut yang cukup memukau. Sebab itulah kami dibawa ke sini - untuk merasai sendiri pengalaman berenang dengan ikan-ikan di sini.

Tapi sebelum tu, dari Pantai Iboih kami menaiki glass bottom boat yang mana memberikan aku pengalaman cukup berbeza. Mana taknya, aku boleh menikmati pemandangan dasar laut hanya dari atas bot!

Serius tak tipu, cukup puas hati walau dengan hanya melihat dari atas bot sebab memang cantik! Lagi-lagi bila aku turut dapat peluang melihat karang batik yang cukup unik. Batu karang jenis ni cukup banyak dan menjadi rumah kepada pelbagai spesis ikan, kecil dan besar, aneka warna.

Hanya selepas tu, kami ke Pulau Rubiah. Dikatakan pulau ni mendapat nama daripada seorang wanita yang ditinggalkan suami kerana enggan memotong kukunya. Dia kemudian tinggal seorang diri dan ada pusaranya di sini.

Apapun, pengalaman snorkeling di sini memang cukup luar biasa. Ikan bukan setakat banyak, bahkan beraneka. Memang rasa tak puas! Sebab tu aku dah letakkan awal-awal dalam bucket list dan kembali semula ke sini untuk diving pula. InsyaAllah...

Baca lagi pengalaman aku snorkeling di Pulau Rubiah! KLIK SINI.

Tonton video pendek snorkeling di Pulau Rubiah, KLIK SINI.
Pengalaman snorkeling yang semestinya takkan aku lupakan!

Gadeng Kupi

Gadeng Kupi ni salah satu kedai makan terbaik untuk menikmati Mie Aceh yang asli.
Lepas setel snorkeling, malam tu aku singgah ke Gadeng Kupi ni untuk menikmati salah satu makanan yang terkenal di Aceh iaitu Mie Aceh.

Mungkin sebab lapar dan penat, memang Mie Aceh terasa sedap lain macam. Tambah dengan secawan teh yang istimewa pulak. Syok! 

Durian Aceh

Durian Aceh yang tak kurang sedap!
Sebab siang tadi kitorang ada lalu Pekan Sabang tu dan ternampaklah durian-durian ni. Terus masing-masing jadi mengidam. Haha.

Jadi sebelum balik ke hotel, kami semua nekad untuk menikmati sendiri keenakan durian Aceh ni. Rasanya tak jauh beza dengan durian kita tapi sebab dah namanya durian, memang sedap tak terkatalah! Lagi-lagi bila ada orang belanja. Makin berkali-kali ganda sedapnya.

Terima kasih, Kak Yasida Yatim. Huhu.

Day 4

Tugu Pulau Weh

Tugu berwarna-warni di membelakangkan pemandangan pantai yang cantik!
Selepas check out, aku dan rakan media terus ke tugu Pulau Weh ni. Sebab tugunya pun cantik, warna warni lagi. Berlatarkan pemandangan pantai dengan angin yang masya-Allah, tak kurang kuatnya.

Dari jauh boleh nampak cruise yang makin menghampiri pelabuhan di sini. Ya, kadang-kadang Pulau Weh ini juga menjadi persinggahan cruise juga. 
Pemandangan yang tak kurang mempesonakan di sini.

Pekan Sabang

Dari kiri: Gelang tangan yang aku beli sebagai cenderamata; Pemandangan di Pekan Sabang.
Sebelum meninggalkan Sabang, haruslah membeli oleh-oleh untuk dibawa pulang. Dan lokasi yang bagus untuk mendapatkan barangan ni ialah di Pekan Sabang.

Kedai cenderahati di sini pun banyak. Tak cukup dengan tu, setiap kedai menawarkan pelbagai jenis pilihan cenderamata. Harga pun taklah terlalu mahal sangat pun dan pastikan korang gunakan sepenuhnya kemahiran tawar-menawar. Haha.

Dapatkan aku beli gelang bertanda Sabang yang boleh juga dijadikan penanda buku ni.

Tuna Paradise Resort

Atas: Pintu depan Tuna Paradise Resort ; Makanan tengah hari yang menanti kami!
Untuk makan tengah hari, aku singgah ke Tuna Paradise Resort. Macam biasa, soal makanan kat sini memang tak ada hal. Makanan memang kenyang dan boleh tahan sedap.

Kedua, pemandangan dekat sini pun memang cun gila! Ada private beach jugak yang, masya-Allah, jernihnya air dia! Kalaulah diberikan masa panjang sikit, teringin rasanya mandi barang sekejap. Haha.

Selepas Tuna Paradise Resort, kitorang pun bersedialah untuk berangkat pulang semula ke Banda Aceh. Juga dengan bot feri yang sama, Express Bahari.

Galeri Pusaka Souvenir

Dari kiri: Muka depan Gallery Pusaka Souvenir ; Kopi Luwak antara yang boleh didapati di sini.
Sebab esok pagi aku dan rakan media lain akan berangkat pulang ke Malaysia, rasanya elok membeli-belah kejap di Banda Aceh ni. Jalan-jalan di sini kami naik kenderaan macam beca tapi bukan basikal - motor.
Feeling local!

The Pade Hotel

Pemandangan cukup eksklusif dari lobi hotel.
Sebelah malamnya ada networking dinner yang mana rakan media dan agen travel dari Malaysia dan Aceh bertukar-tukar kad dan pandangan dalam bidang pelancongan. Di sinilah aku dapat melihat juga tarian tradisional Aceh yang memang unik tapi agak mengejutkan bagi aku. Namanya Rapa'i Geleng.
Arah jam dari atas: Rupa bilik jenis suites ; Ruang tandas yang cukup luas ; Pemandangan sawah padi dari balkoni.
Esoknya, awal pagi lagi, kami bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda dan berlepas untuk kembali semula ke Kuala Lumpur.

Trip kali memang cukup bermakna bagi aku. Tak sekadar kagum dengan keindahan dunia bawah laut, Aceh buat aku rasa kerdil dengan kekayaan alam dan bukti kekuasaan Tuhan yang Satu. Untuk pengembara yang baca, Aceh memang sangat aku rekomen.

Ada rancangan untuk repeat? Sudah tentu! Lagipun ada beberapa lagi tempat yang aku belum sempat singgah. Jumpa lagi, Aceh!

Pilih entri tentang perjalanan aku ke Aceh: PART 1 - PART 2 - PART 3
___________________________________________________
Entri ini terhasil dengan kerjasama daripada Wonderful Indonesia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur. Terima kasih!

RELATED POSTS

20 komen

  1. Nice one! Tak sangka pula banyak benda boleh buat dekat Aceh ni. Excited bila sebenarnya boleh buat aktiviti air. Uargh, temptednya tengok lunch meal tu Hasif. Sabar je la!

    Anyway, nice write up. I'm sure this could attract more visitors coming to Aceh. InsyaAllah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. U lagilah wajib pergi ke sini nanti. Dengar kata diving di sini pun memang terbaik jugak!

      Thank you, Pojie. InsyaALLAH.. :)

      Padam
  2. pergh.. jalan2x sakan kaat luar negara.. heheh.

    BalasPadam
  3. Nak pergi Pantai sumur tiga aka hawaii tu... lawanya.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Nanti kalau ada rezeki ke sana boleh lah bukak semua entry Aceh ni utk rujukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Boleh je sis. Tapi sebenarnya ada lagi beberapa tempat menarik yang tak sempat singgah... T.T

      Padam
  5. Mostly ada banyak aktiviti pantai . Seronok pulak hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah bang. Kalau boleh sehari tu memang khusus untuk aktiviti pantai je. Mesti best!

      Padam
  6. Bestnya bercerita ikut pakej atau sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini ikut fam trip dengan Wonderful Indonesia. Itinerary semua disediakan mereka. :)

      Padam
  7. Bila baca blog Hasif nie, baru nampak rupanya banyak tempat yang menarik ada di Aceh. Memang banyak lokasi menarik yang boleh dijadikan tumpuan pelancong terutamanya dari Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Barangkali sebab cara hidup dan bahasa yang tak jauh beza. Rasanya kalau backpacking pun sesuai. :)

      Padam
  8. Best nya, dulu muda2 suka ler aktiviti snorkeling tu , ni dah masuk 5 seris, aktiviti makan makan makan aja ler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Kalau akak nak tau, dalam trip ni ramai je peserta sebaya akak tapi ramai juga yang join. Syok, kata mereka! Boleh je cuba.. :D

      Padam
  9. ah.. pegi tmepat orang kalau tak rasa air masakan dorang memang tak sah kan.. hee~ wrong time kakak bukak entri ni.. terliur suda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha. Memang betul tu kak! Lagi-lagi kalau yang kena dengan selera kita, lagi membuak nafsu makannya. hihi

      Padam
  10. aceh pon nak pergi jugak.... InsyaAllah tq sharing tempat-tempat menarik dekat Aceh

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Semoga sampai suatu hari nanti! 😁

      Padam

Tinggalkan komen di sini.