Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Set National Geographic dari Travis Hegel, Teman Kembara Sejati!

12:48:00 PG Hasif Hamsyari 46 Comments Category :

Tak kiralah sama ada travel secara solo atau berkumpulan, mana mungkin pergi dengan hanya sehelai sepinggang? Paling tidak mesti akan bawa satu backpack bukan setakat untuk bekalan pakaian, bahkan makanan! Sebab tu, beg bagasi, backpack dan beg pinggang (waist bag) ni sememangnya satu keperluan bagi sesiapun yang nak mengembara.

Sebab tu dalam artikel kali ni, aku nak cadangkan korang untuk dapatkan produk daripada Travis Hegel. Sebelum tu, Travis Hegel ini umpama pusat sehenti untuk korang mendapatkan apa sahaja keperluan mengembara - tak semata bagasi, backpack atau waist bag. Ha, antara lain termasuklah beg khemah, sleeping bag, botol air khas, travel lock, lampu kepala, survival kit dan macam-macam lagilah!

Selain membeli barangan yang aku sebutkan, diorang jugak ada buat servis profesional untuk membaiki alatan mengembara. Sebab tu, Travis Hegel memang pusat sehenti untuk korang yang mendapatkan apa-apa keperluan mengembara!

Pelbagai jenama korang boleh dapatkan kat sini dan antaranya ialah National Geographic. Pergh! Tipulah korang tak pernah dengar sebab National Geographic ni bukan calang-calang jenama kot! Travis Hegel ialah antara pengedar sah yang mana produk berkualiti ni korang boleh dapatkan dengan lebih mudah.

Dan aku sendiri pun yakin dengan Travis Hegel sebab setiap produk didatangkan dengan jaminan waranti. Dalam erti kata lain, Travis Hegel ni cukup menitikberatkan kepuasan pelanggan jadi aku pun tak perlu risau untuk mendapatkan produk daripada diorang.

Sebelum aku ke Okayama, Jepun baru-baru ni, aku dah dapatkan keperluan mengembara daripada diorang. Dan setakat penggunaan aku sepanjang kat sana, serius memang awesome!


Beg Bagasi - National Geographic (Widespread)


Beg bagasi antara benda yang setiap traveller amat perlukan - tak kisah yang memang kaki travel atau sekadar travel sekali dua. Haha. Sebab dalam beg inilah disumbat segala kelengkapan dan ringan je rasa nak bawak.

Aku pilih edisi National Geographic jenis Widespread warna hitam yang harganya RM559. Pada mata aku memang nampak elegan dan profesional gitu. Haha. 

Beg bagasi aku ni pun jenis kain jadi dia boleh dilap dengan kain yang lembap kalau ada kekotoran atau seumpamanya. Yang penting, buatan bagasi ni sendiri sememangnya daripada kualiti yang terbaik. Selain tu, ia juga memiliki ciri keselamatan yang cukup efisyen yang mana ada kekunci menggunakan nombor kod. Cara penggunaannya ada disediakan di info rujukan bagasi ini.

Aku bukan jenis yang suka bawa barang melebihi had 20kg dalam satu-satu trip. Paling berat pun dalam 17-18kg je. Haha. Tapi beg ini sendiri didatangkan dengan keberatan yang cukup ringan. Andai kata korang memang jenis selalu bawak barangan melebihi had, maka salah tu mesti pada korang - bukan beg bagasi ni. Haha.

Beg bagasi ini pun ada waranti selama tiga tahun!

Backpack - National Geographic (Explorer)


Untuk backpack, aku pilih edisi Explorer National Geographic warna khaki berharga RM459. Aku sukakan beg ni sebab ia memang direka untuk traveller yang sukakan cabaran. Dalam erti kata lain, beg ni memegang prinsip yang sama dengan pemiliknya - adventurous. Gituh! Haha.

Tapi memang betul pun. Tak kisahlah dalam cuaca panas terik, hujan kilat mahupun sejuk sampai menusuk ke tulang sum-sum, backpack yang cukup tahan lasak ni sentiasa menemani aku.
Teman sejati aku masa ke Okayama, Jepun baru-baru ini.
Ia didatangkan dengan empat ruangan berzip termasuk satu ruang untuk simpanan gajet elektronik macam laptop atau tablet komputer. Setiap ruang ini juga ada poket-poket yang boleh disesuaikan untuk apa-apa ruangan mengikut citarasa pemilik seperti ruang simpanan telefon bimbit selain ada juga ruangan botol air di kiri dan kanan backpack.

Nah, dari segi rekaannya pada aku memang cukup menepati kehendak aku.  

Produk ni pulak ada waranti selama dua tahun. 

Waist Bag - National Geographic (Continent)


Sejujurnya aku memang tak berapa selesa nak pakai waist bag tapi aku tahu, dalam beberapa keadaan waist bag ni macam beg alternatif yang memang banyak faedahnya. Contohnya, kalau tengah trekking, memang lecehlah nak buka backpack yang digalas kat belakang badan. Jadi lebih mudah nak capai di pinggang kita je.

Jadi aku pun pilihlah waist bag warna hitam National Geographic jenis Continent berharga RM169 ni. Kualiti dia memang terbaik. Ia daripada material leather (kulit) jadi ia tahan lasak. 

Ia jugak ada waranti selama dua tahun.

Itulah antara gear atau kelengkapan mengembara aku yang selalu aku sesuaikan ikut bagaimana satu-satu trip tu. Kata orang, tak mengapa kalau berbelanja lebih asalkan produk yang dibeli tu berkualiti dan tahan lama. Iyalah, kalau yang kaki mengembara, memang masaklah duit korang kalau asyik nak bertukar atau beli beg-beg baru kan. 

Travis Hegel ada beberapa cawangan di sekitar Malaysia. Tapi kalau korang nak dapatkan secara online pun tak ada masalah. Kadang-kadang ada promosi dengan potongan diskaun! Sebab tu korang kena follow diorang rapat-rapat di media sosial!
Bergambar puas hati lepas dapatkan produk ni dari Travis Hegel, Quill City Mall.
Berikut ialah maklumatnya sebagai rujukan korang.

Kedai Fizikal:

Travis Hegel Main Office and Shop
33-B, Abu Siti Lane, 10400 Georgetown, Penang.
Tel: +604-2261294
Waktu Perkhidmatan: 
Isnin hingga Sabtu (9am - 5.30pm)
Tutup pada Ahad dan Cuti Umum.

National Geographic Store Gurney Paragon, Penang
 163D, Level 4, Lot 6.Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 Penang.
Tel: +604-2189866
Waktu Perkhidmatan:
Isnin hingga Ahad (10am - 10pm)

Travis Hegel Quill City Mall, Kuala Lumpur
Lot 4-33, 4th Floor, 1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Tel: +603-26023822
Waktu Perkhidmatan:
Isnin hingga Ahad (11am - 9pm)

 Travis Hegel Gurney Paragon, Penang
163D, Level 4, Lot 4 & 5, Gurney Paragon, Persiaran Gurney, 10250 Penang.
Tel: +604-2189866
Waktu Perkhidmatan:
Isnin hingga Ahad (10am - 10pm)

 Travis Hegel Penang International Airport
L2AR-18, Level 2, Domestic Departure/Arrival(Airside), Penang International Airport
Tel: +604-6421244
Waktu Perkhidmatan:  
Isnin hingga Ahad (5.30am - 10.30pm)

 National Geographic Store Campbell Street
121, Campbell Street, Georgetown, 10200 Penang.
Tel: +604-2629866
Waktu Perkhidmatan:
Isnin hingga Sabtu (8.30am - 5.30pm)
Ahad (8.30am - 2pm)

Kedai Online:


Social Media

RELATED POSTS

46 komen

  1. Thanks for the info. Baru tahu pasal Travis Hegel. Kebanyakan kedai dia memang denkat Penang yer. Tapi semua bag-bag National Geographic ni cantik lah. Berkenan dekat backpack tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Mujur ada satu di Kuala Lumpur. Banyak lagi barangan boleh dapati kat sini tau. Jangan lupa singgah!

      Padam
  2. Luggage and backpack tu cun! Eyqa suka luggage yang besar sebab boleh letak banyak benda. Hihihiii.. Pssttt! First time dengar yang set national geographic nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Samalah! Boleh terjah ke cawangan diorang atau terus ke website. Mesti puas hati!

      Padam
  3. I completely agree that you have to carry around proper travelling essentials when you travel, and a high quality bag is certainly one of them. I like the design of the Explorer National Geographic bag- it looks very easy to carry around and big enough to fit in what you would need as you go out and about too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Very true! It feels really comfortable on me and I think I'm gonna use it for a longg time. It can carry a lot too!

      Padam
  4. bukan calang2 jenama ni. dikenali ramai. produk pun sesuai utk travel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. nanti boleh terjah barangan diorang. Banyak lagi tau!

      Padam
  5. national geog memang channel kegemaran aida.
    and ada kuarkan beg travel under nama tu?
    power lah...
    biar mahal. alah membeli, menang memakai,kan.
    lelebih nak travel jejauh, kena beg yg tahan.
    bab berat pun, kena dititik berat kan bila involve plane.
    lebih aje, kena byr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kalau harganya mahal, kualitinya tahan pun rasa berbaloi dan puas hati. Boleh pakai untuk jangka masa panjang!

      Padam
  6. Bagus ye kualiti bag tu Hasif. Design pun menarik. Sepadan dengan harga dia. Siap ada warranty lagi. Berbaloi lah senang kata. Boleh guna utk jangka masa yg lama. Waist bag tu plg ana tertarik. Boleh lah hadiahkan utk en suami nanti sebab dia sejenis yg suka waist bag ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Ya, sesuai sangat kalau nak hadiahkan pada suami akak. Saya memang selesa dengan backpack dan luggage tu. Berkualiti!

      Padam
  7. I would honestly not mind getting one of these "Backpack - National Geographic (Explorer)". It's so convenient...and even like for hiking and camping i feel like this would work! I even traveled to Jakarta once with only a backpack...but that was a fashion one...so i couldn't stuff in more items...but i still managed to get 3 days worth of clothes in. I am always all in for backpacks...easier for anything essentially.hhehehe

    BalasPadam
  8. Hari tu pegi quill city mall..tgk byk sgt beg hahhaha harga agak pricey but worth the quality..saya pun slalu travel and berat beg sgt la important as saya akan borong byk barang..slalu flight mmg 30kg so mmg berbaloi2 hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Betul tu. Kalau harganya mahal namun kualitinya bagus memang memadai membeli. Kalau kaki shopping pula lagilah kena pilih yang terbaik, kan? Haha

      Padam
  9. Okay, serius tergoda. Biasanya kita travel pinjam bagasi orang je. Nak beli sendiri travelnya bukan selalu. Nanti takde tempat nak simpan. Tapi tengok bagasi cun-cun ni rasa kena beli jugalah satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Check out lah diorang punya social media. Kadang-kadang ada promo tau. ;)

      Padam
  10. Thanks for the introduction of Travis Hegel, I didn't know it exsist, last time there's one outlet of National Geographic at Lot10, not sure if it's still there, next time for my friends who are looking for this brand will intro them to TH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. No worries! Hope you'll be happy shopping and finding your travel gears! :)

      Padam
  11. Balasan
    1. amboi. haha. nak belanja tu nanti tunggu giveaway ke apa eh.

      Padam
  12. Ok, since kaki travel dah recommend, kena masuk dalam wish list macam ni. Nanti boleh usha kedai deorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Cubalah survey-survey kat sini dulu. Mana tahu ada yang berkenan di hati, boleh beli! :D

      Padam
  13. Perghhh cantik beg tu. Apatah lagi
    Pilihan warnanya hitam. Nampak lebih esklusif

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... samalah warna kegemaran saya. Hitam! Nampak eksklusif gitu. Hihi..

      Padam
  14. bag dari national geographic memang sangat sesuai untuk photographer dan traveller sebab 1 bag memang banyak compartment boleh muatkan banyak barang, teringat kami pun ada beli bag dari national geographic khas untuk yang suka travel, dulu la sebelum kahwin sekarang dah ada anak 2 orang tak pakai dah bag tu jadi bag simpan dslr je heheheheheh... sampai berkulat jadinya lens zzz thanks for sharing ! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Banyak compartment jadi senang nak kategorikan barangan yang perlu dibawa. Selesa dan bergaya pulak tu. Hihi.

      Padam
  15. Wah barangan national geographic kot. Sudah semestinya sangat convenient untuk dibawa travel. Harga pun sesuai dengan kualiti. Untuk aktiviti lasak memang wajib pilih barangan berkualiti macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Yang penting, ia selesa dan tahan lama. Barulah puas dan berbaloi membeli! Hihi.

      Padam
  16. akk selalu ada masalah beg bila travel. masalahnya adalah, beg kosong pun dah berat. tu belum isi apa2 lagi. kalau dah isi, confirm lebih muatan. haha. so, salah akk ke salah beg tu??? haha.. ni nak kena guna bagasi National Geographic jenis Widespread jugak kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Bagasi National Geographic ni saya kira ringan pada saya kalau kosong. Selain banyak boleh isi, berat dia pun taklah terbazir pada berat bagasi yang lebih. Haha. Nanti survey-surveylah di Travis Hegel ni dulu ya!

      Padam
  17. great travel products to have around, sturdy built and best of all functional! Im considering the waist pouch after reading your post

    BalasPadam
    Balasan
    1. If you're into it then you should check it out! I'm not really a fan for waist pouch though but I'm pretty sure most people will like it. It's comfortable and long-lasting!

      Padam
  18. It seems they have different size of luggage. I need to get one as my old luggage has broken. I saw the backpack bag is good and tahan lasak. I do travel frequently so need to get a good quality bag.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, they do have different kinds of sizes for the luggage. And the backpack is actually really good - i think it's gonna be my travel companion most of times from now on. Hihi.

      Padam
  19. Travis Hegel, first time hearing this and of course kinda attracting me. wanna check this out with my own eyes.. semua cantik

    Racheal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Thank you! Check their stores out! Mana tahu ada yang berkenan di hati, kan? Yang penting berbaloi!

      Padam
  20. Produk-produk yang dikeluarkan nampak baik dan berkualiti. Konfem tahan lama ni. best

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. nanti cubalah dapatkan! InsyaAllah puas hati! :D

      Padam
  21. Saye suka Backpcak die, tapi harge boleh tahan lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah berbaloi dengan harga dia. Cubalah survey-survey dulu ya kalau berkelapangan!

      Padam
  22. Memang cantik begnya. Akak lebih suka bag pack. Sebab akak berjalan jauh nak isi barang sikit jer.

    BalasPadam
  23. Wow! their set looks very tahan lasak and also stunning. I may drop by to check out some items for my next trip. Hopefully can still find the trolley bag that you got.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I think they still have a few in the stores. But other designs looks good too. If you have time, drop by at their stores! You might be spoiled for so many gorgeous luggage!

      Padam

Tinggalkan komen di sini.