Kembara Budaya Jawa di Jogjakarta
Kalau tanya rata-rata bucket list orang Malaysia, Jogjakarta mesti salah satu destinasi yang tersenarai paling atas. Selain bajet yang rendah, Jogjakarta sememangnya menawarkan sejumlah tarikan yang cukup menggamit pelancong bukan setakat Malaysia, bahkan negara lain juga!
Dalam trip aku bersama Jabatan Pelancongan Jogjakarta, aku rasa cukup bertuah sebab dapat mengenali Jogjakarta yang cukup istimewa ini, lebih kepada sudut budayanya yang cukup ikonik.
Sekilas Jogja
- Jogjakarta ada banyak nama lain - Yogyakarta, Djogja, Yoja/Yojo, Ngayogyakarta, Jogja, Yogya
- Jogjakarta juga ada banyak gelaran - Kota Pelajar (ada 137 institusi pengajian tinggi), Kota Gudeg (antara makanan wajib di Jogja), Kota Bakpia (kuih tradisional yang cukup sedap), Kota Budaya, Kota Seniman dan banyak lagi!
- Jogjakarta adalah satu-satunya daerah yang menggunakan sistem kerajaan sendiri di Indonesia yang mana Gabenor Jogjakarta bukanlah dipilih oleh rakyat tetapi melalui sistem monarki
Berikut ialah antara lokasi yang aku lawati dan aktiviti yang aku sertai.
Tempat dan Aktiviti Menarik di Jogjakarta
Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat
![]() |
Antara sudut kediaman di dalam kawasan istana. |
Kalau sudah namanya istana, semestinya Kraton ini juga menjadi pusat budaya. Bukan setakat mencerminkan reka bentuk dan seni reka Jawa pada setiap perincian dan ruang istana, bahkan ada juga persembahan kebudayaan.
Dan kerana ia juga adalah kediaman Sultan, maka ada tatasusila yang perlu diikuti oleh pengunjung antaranya dilarang memakai topi.
Taman Sari
Kompleks Mandi yang cukup tersergam. |
Ada beberapa bahagian yang cukup ikonik seperti kompleks mandi dan Sumur Gumuling, bekas masjid bawah tanah yang cukup Instagram-worthy.
Muzium Sonobudoyo
Dalam bahasa Jawa, muzium ini dipanggil Hanacaraka. Ia merupakan muzium kedua paling lengkap mengenai kebudayaan dan sejarah Jawa selepas Muzium Nasional Indonesia di Jakarta. Ada sepuluh bahagian pameran di sini yang antara lain ialah Seni Halus, Etnografik, Numismatik dan Arkeologi.
Selain melihat pameran, pelawat juga boleh melihat pertunjukan wayang kulit yang cukup menarik!
Kotagede
![]() |
Rumah Adat Joglo di Omah UGM. |
Antaranya ialah Masjid Agung Kotagede, Rumah Pesik, Kraton Mataram, Kompleks Makam Pasarean Mataram, Panembahan Senopati. Omah UGM dan Pasar Legi.
![]() |
Antara bahagian-bahagian yang menarik sewaktu meneroka kota ini. |
![]() |
Kompleks Masjid Kota Gede yang cukup bersejarah. |
Jalan Malioboro
Kedudukannya di tengah kota dan merupakan jalan utama bertambah unik dengan bangunan-bangunan lama tinggalan Belanda menjadikan suasana di sini cukup mempesonakan. Sesekali bila andong atau kereta kuda lalu, terasa nostalgik!
Papan tanda Jalan Malioboro adalah papan tanda yang cukup ikonik dan sering menjadi tempat rebutan pelancong merakamkan kenangan.
Di sekitar kawasan ini juga korang boleh merasai keenakan gudeg, pecal lele dan bakmi Jawa yang asli selain menghayati kehidupan kota Jogjakarta tak kira siang atau malam.
Tebing Breksi
Walaupun ini antara tarikan baharu, ia lekas mendapat tumpuan pelancong dalam dan luar negara atas sebab kecantikannya sebagai salah satu spot paling fotogenik di Jogjakarta.
Bayaran masuk adalah percuma namun pelancong perlu membayar sekiranya mahu menggunakan props yang disediakan orang tempatan. Itu pun dengan bayaran seikhlas hati. Antara props yang disediakan ialah burung hantu (banyak dan aneka rupa!) selain set-up untuk sekeping foto Instagram yang masing-masing ada keunikan tersendiri.
Dari atas tebing ini juga, pelancong boleh melihat kelibat Gunung Merapi, Candi Prambanan, Candi Barong dan Candi Sojiwan.
Karnival Wayang Jogja
![]() |
Antara persembahan yang menjadi perhatian malam itu. |
Sebab itu kalau korang mahu ke Jogjakarta, mungkin boleh pertimbangkan untuk pergi pada tarikh ini. Hal ini disebabkan bandar Jogjakarta akan cukup meriah dengan perhiasan dan perarakan kebudayaan yang dinamakan Karnival Wayang Jogja.
Setiap daerah di Jogja akan mempersembahkan tarian dengan tema tersendiri yang cukup menceritakan kebanggaan mereka kepada Jogjakarta. Mereka kemudian akan berarak dan jalan-jalan utama di tengah bandar Jogjalah yang menjadi pentas kepada satu pesta budaya paling dinantikan saban tahun ini.
Tahun lepas, waktu aku pergi, Jogjakarta menyambut ulang tahun ke-261. Dan tema untuk 2017 memberi tribute kepada watak dalam ceritera wayang kulit seperti Nakula Sadewa, Petruk Ratu, Sugriwa Subali dan Wisanggeni.
Ramayana Ballet
![]() |
Persembahan Ramayana yang cukup meriah berwarna-warni. |
Tak perlu gusar kalau korang belum membacanya sebab pementasan Ramayana Ballet ini memang menceritakan kisah berkenaan. Cumanya, tak ada dialog antara pelakon. Kisah disampaikan dalam bentuk tarian, muzik serta lakonan.
Apa yang lebih menarik, jika cuaca tidak hujan, pementasan teater ballet ini diadakan berlatarbelakangkan Candi Prambanan sekali gus menjadikan kisah cinta ini cukup mempesonakan.
Cave Tubing di Kali Suci
Buat penggemar sukan sederhana lasak, ini memang cukup terbaik! |
Aku berkesempatan mencuba aktiviti cave tubing menyusuri sebatang sungai dengan warna airnya biru turqoise! Perjalanan menyusuri sungai ini memakan masa lebih kurang dua jam di mana pelancong hanya perlu berbaring santai di atas pelampung besar dan menikmati pemandangan menakjubkan di sepanjang perjalanan.
Perjalanannya termasuklah melalui gua di Gunung Kidul yang gah dengan ciptaan stalagtit dan stalagmit serta kelibat kelawar gua yang sesekali kelihatan.
Sejujurnya, ia bukanlah aktiviti yang sukar dan berbahaya. Ia lebih kepada aktiviti yang cukup menenangkan sebenarnya.
![]() |
Memang memukau pemandangan sepanjang aktiviti ni! |
Penginapan
101 Yogyakarta Tugu
Kalau korang mencari-cari hotel yang dekat dengan tarikan-tarikan di tengah bandar Jogjakarta, mungkin boleh cuba menginap di hotel ini.Ada 150 bilik disediakan yang setiapnya disediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, pendingin hawa, meja kerja dan televisyen kabel. Malah kalau mahu kelainan, 24 antara biliknya menghamparkan pemandangan Gunung Merapi yang popular.
34 komen
Sini memang terkenal dengan sejarah dan budaya dia. Worth nak pergi. Teringat masa kecik dulu, konfius Jogjakarta dengan Jakarta. Haha
BalasPadamHaha kann... Kalau berkenaan budaya, Jogjakarta tak pernah mengecewakan. Aktivitinya pun banyak sangat! Rasa tak puas!
PadamSis dah pergi ke Jogja bulan 3 baru2 ni, memang tempat yg best..ada juga tempat sejarah dan tempat aktiviti baru sis pergi tapi selebihnya banyak cari makan je..hehehe. Next kalau ke sana mmg nak gi jugak tempat2 sejarah yg sis belum pergi
BalasPadamSamalah, sis. Saya pun masih belum puas lagi sebenarnya. Teringin teroka lebih banyak tentang Jogja. Rindu betul!
PadamI tak tau Jogjakarta menarik sangat ni.. until I read your post.. Can plan for vacation d..
BalasPadamHihi.. Thank you! Yes, you should visit Jogjakarta as it not only has a lot of interesting activities, but most things are quite cheap too!
PadamNih antara tempat yang saya teringin sangat nak pwrgi tau. Nak tau sangat sejarah dan budaya di sana secara dekat
BalasPadamYup, saya tahu memang kalau rakyat Malaysia, Jogjakarta mesti salah satu tempat yang mahu dilawati di Indonesia. Memang sangat berbaloi dan seronok. Apatah lagi kalau travel dengan kawan-kawan!
PadamJog Jakarta memang in the list tempat yang nak pergi dengan Family. Terima kasih share information cmni sekurangnya boleh la plan awal ke mana nak tuju.
BalasPadamBenda best pasal Indonesia adalah keunikan budaya dia.
Betul tu! Interestingly, Indonesia memang cukup menarik pada saya sebab ada banyak keunikan baik dari segi budaya mahupun kekayaan alam semulajadinya!
PadamJogjakarta dan Yogjakarta tempat yang sama ke, confuse dari dulu...apapun suka pergi tempat2 macam ni..sebabnya banyak sejarah dan budaya mereka yang kita boleh belajar..harapa dapat pergi juga one fine day
BalasPadamYup, sama je sebab macam saya tulis, Jogjakarta ada banyak nama. InsyaAllah moga tercapai impian ke sini ya kak. Memang berbaloi dan seronok sangat!
Padamantara list yang nak pergi..tapi tak tau bila nak pergi jogja ni.Suka tengok budaya orang yang pelbagai ni.Selain dari Bali,rasanya ini tempat kedua yang merupakan pilihan para pelancong kan.
BalasPadamBetul! Ramai sangat kawan yang kaki travel kata, Jogjakarta antara pilihan paling ramai orang Malaysia selain Bali. Jadi maknanya memang tak lengkaplah jelajah Indonesia kalau tak ke Jogja! Hihi...
Padamwah semuanya yang hasif pergi i singgah dah kecuali Cave Tubing di Kali Suci tu tak sempat, teringat 5 hari 4 malam di Yogyakarta banyak tempat kami singgah..
BalasPadamGunung Merapi dapat lepak kat kaki dia je sebab waktu nak naik tu dapat amaran Gunung Merapi nak meletus, yeap esoknya memang meletus...
seronoknya Jogja makanan pun sedap cuma tu la...
pergi mana mana naik borobudur, fuh ramai je seller kat situ suruh beli barang..
kesian pun ada juga :((((
Haa... Ini part yang cukup menyedihkan saya sebab tak sempat singgah Candi Borobudur padahal itulah tempat yang cukup ikonik kalau cakap soal Jogja! Huwarghhh!!
PadamStresnya rasa. Memang kena pergi lagilah gayanya! Apapun memang banyak lagi tarikan di Jogja! Hihi...
Jogja adalah sebuah destinasi wisata yang sangat popular di wilayah Indonesia. Terkenal dengan alam dan budaya yang asri alami dengan bangunan bangunan yang bersejarah. Masyarakatnya terkenal sangat sopan dan ramah dengan bahasa yang sangat halus. Siapapun yang berkunjung ke Jogja, pasti akan selalu merindukannya kembali π
BalasPadamIya, benar. Senang sangat berada di Kota Jogja. Teringin singgah lagi dan teroka lebih banyak keunikannya! :D
PadamBest nya kalau dapat pergi dan explore penuh tempat macam ni. AR Tak pernah sampai lagi jogjakarta. kalau pergi xde nya sempat nak jalan2 macam ni. haha. anyway thanks for the review..awesome sgt
BalasPadamTerima kasih! Hihi.. Ada banyak lagi tau sebenarnya saya tak singgah. Memang rasanya nak pergi lagi!
PadamAkak Ingat lagi masa ke sini. Nak bergambar di signboard Malioboro tu ramai betul orang. Siap beratur lagi. Hahaha. Bagus Hasif ada gambar signage camtu. Macam trademark.
BalasPadamBetul kak. Memandangkan tempat tu dekat dengan hotel kami, dalam dua kali jugak rasanya kami singgah tempat tu. Jadi sempatlah bergambar. Hihi//
PadamOkay baru tahu yokyakarta dengan jogjakarta satu tempat yg sama cuma lain sebutan je. Sumur gemuling tu rupanya di sini. Selalu nampak org upload gmbr di situ. Mmg insta-worthy betul !
BalasPadamHaha. Yup, tempat yang samalah! Saya pun suka sangat Sumur Gumuling tu. Cuma harapnya dapat masa lebih lama sebab tak puas bergambar. Instagram-worthy sangat tempatnya!
Padamfew weeks ago ada plan dgn ofismet utk ke jogja.
BalasPadamada paket if more than 4 pax, rm900 per pax full pakej tau, hasif.
kagum la dgn jogja.
indah. and aktiviti nyer quite adventure.
and from entri ni, lebih menarik minat aida tau. tq for sharing :)
Wahhh berapa hari pakej tu. Menarik betul! Takpe, Jogja sentiasa ada tapi jangan tunggu lama sangat. Jeles nanti tengok kawan2 lain dah pergi. Hihi...
PadamWah menarik juga Jogja ya. Tak pernah lagi sampai sini. Tempat pun cecantik semuanya.
BalasPadamKalau tak silap, Jogja adalah satunya wilayah di Indonesia yang Sultanya masih memerintah secara terus sebagai walikota kan?
Betul tu, bang. Nanti singgahlah ke Jogja. InsyaAllah puas hati!
PadamRindu nak jejak kaki di bumi Indonesia. Jika dulu, saban tahun akan ke sana.. Kalau tak ke Indonesia, ke Thailand... sampai member isteri pelik awat laki dia asik ke Thailand je hahaha
BalasPadamHaha.. Bahaya tu bro. Kalau dah lama tak singgah tu maknanya dah masanya singgah balik lah tu. Memang, selain negara sendiri, Thailand dengan Indonesia pada saya memang cukup menarik!
PadamTak pernah lagi kta sampai jogja. Plan tahin ni. Tapi macam x mngkin je kan. π
BalasPadamAlaa.. kenapa tak mungkin pulak! Dekat je! Hihi...
PadamTak pernah sampai lagi kat Jogjakarta ni tengok macam menarik dan best ada tiket flight murah tak hehehehe boleh lah pergi tahun ni..
BalasPadamMenariknya cave tubing tu tapi Rawlins ada sejenis phobia pada kawasan gelap, berair dan berdinding rendah - ini semua pengaruh banyak menonton movie. Haha. InsyaAllah, this year Rawlins akan ke Jogyakarta maka boleh la tiru itinerary ini.
BalasPadamTinggalkan komen di sini.