Pengalaman 4H3M di Macao yang Memukau!
Ha, jangan terkejut, walaupun Macao ialah sebahagian daripada China, bahasa Portugis masih digunakan secara meluas terutama melalui papan-papan tanda di bandar yang cukup unik ni.
Sejarah ringkasnya, Macao bukanlah dijajah sebaliknya disewakan oleh maharaja China kepada Portugis sejak 1670 dan pernah menjadi pusat perdagangan yang penting untuk China dan Portugis. Pada 1999, ia diisytihar sebagai kawasan pentadbiran khas Republik Rakyat China.
Hari ini, Macao berdiri sebagai salah satu daerah paling kaya di dunia dengan ekonominya antara lain banyak bergantung pada sektor pelancongan. Bahkan, di Macao ada lebih 25 monumen purba dan dataran urban yang meletakkan Macao di Carta Warisan Dunia pada 2005.
Baru-baru ni aku ke Macao atas undangan Macao Government Tourism Office untuk meneroka bandar istimewa yang dah lama dalam bucket list aku ni. Jom ikut antara aktiviti yang kami lakukan sepanjang 4H3M di sana.
Aktiviti Menarik di Macao
1. Macao Science Center
Pusat Pameran menyediakan galeri kekal yang membawa topik macam sains untuk kanak-kanak, teknologi, alam sekitar dan gaya hidup. Planetariumnya pula ialah planetarium pertama di dunia yang dilengkapi dengan paparan 3D dan sistem projektor ultra-high definition (8 000 x 8 000 piksel). Planetarium dalam bentuk kubah ini menayangkan filem ilmiah 3D, khususnya untuk tonton keluarga.
Laman web: www.msc.org.mo
2. G Racing Simulator & Angry Birds Play Center, Ponte 16
Untuk kanak-kanak, akan ada Angry Birds Play Centre kat sini tak lama lagi. Menarik!
Laman web: www.ponte16.com.mo/en/funandleisure/racing/
3. Macao Tower
Kalau korang sukakan cabaran, antara aktiviti popular di sini yang boleh dilakukan ialah Skywalk dan Skyjump! Tapi sejujurnya, ia bukanlah murah tau!
Laman web: www.macautower.com.mo
4. Mount Fortress & Macao Museum
Dibina oleh Jesuits (lelaki-lelaki kumpulan agama dikenali Persatuan Jesus) sekitar awal abad ke-17, Mount Fortress bertujuan menjadi benteng peperangan daripada Belanda sebelum diambil menjadi kediaman pemerintah ketika itu.
Hari ini, ia dijadikan sebuah muzium yang menyelusuri sejarah Macao dan masyarakatnya sepanjang empat abad lampau hingga sekarang.
Laman web: www.macaumuseum.gov.mo/w3ENG/default.aspx
5. Ruins of St. Paul's
Ruins of St. Paul's hari ini berdiri sebagai salah satu mercu tanda paling ikonik dan paling banyak dilawati di Macao. Pada aku, ini salah satu lokasi wajib kalau mahu menandakan korang dah sampai ke Macao.
6. Senado Square
Barangkali pusat kota yang paling Instagrammable aku pernah singgah, Senado Square selalu menjadi pilihan penganjuran banyak acara dan sambutan untuk orang awam. Satu sebab ia cukup Instagrammable jugak ialah melalui warna bangunannya yang cukup mengancam membangkitkan aura neo-klasik dengan suasana Mediterranean.Ada banyak spot di sekitarnya yang cukup terkenal macam Sam Kai Vui Kun (Kuan Tai Temple), Love Lane Macao dan Holy House of Mercy (Santa Casa Da Misericordia).
7. The Parisian Macao
Siapapun yang pertama kali ke Macao pasti akan terpesona dengan pemandangan Eiffel Tower yang gah di Cotai Strip ini. Memiliki saiz separuh daripada menara asal di Perancis, replika Eiffel Tower di Macao jugak tak kurang memukau terutama menjelang malam yang mana ada pertunjukan cahaya! Malah, aku turut ke Tingkat 37 menara ini untuk menikmati pemandangan kota Macao yang cukup mengagumkan.
Tak cukup itu, pastikan korang luangkan masa menjengah ke dalam hotelnya dan window shopping (kalau tidak membeli-belah) di The Shoppes at Parisian. Jujur cakap, dengan desain pengaruh Perancis, segenap ruang terasa cukup eksklusif dan extravaganza!
Laman web: www.parisianmacao.com
Berkaitan: 6 Idea Hotel Hopping di Macao
8. MGM Macao
Walaupun aku bukanlah peminat seni artistik, aku kagum dengan hotel yang satu ni. Ada lebih 300 hasil seni di dalam bangunan gah berbentuk kotak mekap ni. Dan semuanya bukan hasil tangan orang atau persatuan yang calang-calang! Ia termasuklah sebuah karya menggunakan 24 tan besi tahan karat yang diselaputi daun emas 24k yang dipamerkan secara umum!Tak cukup dengan tu, kat sini juga ada beberapa restoran chef terkemuka dunia, ruang tertutup setinggi empat tingkat dengan 25 skrin LED gergasi kekal terbesar di dunia dan chocolate fountain tertinggi di dunia!
Laman web: www.mgm.mo/en/cotai
9. Macao Open Top Bus
Salah satu cara yang mudah dan terbaik untuk pusing sekitar Macao ialah dengan menaiki Macao Open Top Bus ni. Ia akan bawa mengelilingi Macao dan berhenti di 11 hentian yang semuanya cukup menjadikan perjalanan korang di Macao lebih selesa.11 hentian yang aku maksudkan tu termasuklah Macau Ferry Terminal, Macau Fisherman's Wharf, Kun Lam Statue, Hotel Lisboa, New Yaohan, Macao Tower, A-Ma Temple, Galaxy Macau, Broadway Macau dan The Venetian Macau. Satu kitaran penuh akan mengambil masa 70 minit dengan guide berbahasa Inggeris dan Mandarin disediakan.
Harga tiket satu hari cuma MOP150 (dewasa) dan MOP100 (kanak-kanak).
Beli tiket online di www.goldsparktours.com.
10. The Venetian
Satu lagi mercu tanda yang cukup megah di tengah kota Macao ialah The Venetian, salah satu hotel bersepadu terawal di Macao. Kalau The Parisian membawa imej kota Paris, The Venetian pulak membawa imej Venice, sehingga dibinanya terusan buatan yang cukup mengubah bangunan di atas tapak berkeluasan antara terbesar di dunia untuk sebuah bangunan itu menjadi mirip kota Venice.Selain pengalaman membeli belah dalam suasana yang cukup mewah lagi luar biasa, korang bahkan boleh mencuba pengalaman menaiki gondola sambil dibawa ke keliling bangunan sambil dialunkan lagu klasik oleh pendayungnya.
Oh dan sebagai fakta, di sini juga antara lokasi penggambaran yang cukup ikonik bagi drama popular Korea Selatan, Boys Over Flower dan muzik video 'New Face' nyanyian Psy.
Laman web: www.venetianmacao.com
11. Giant Panda Pavilion
Aku fikirkan Macao hanya tentang bangunan pencakar langit yang mewah-mewah belaka sesuai dengan gelarannya 'Las Vegas of Asia'. Tapi rupanya, di Coloane yang lebih tenang dan slow-paced gaya hidupnya, atau lebih tepat lagi di tepi bukit di Seac Pai Van Park, terletak rumah kepada beruang panda yang cukup comel!Terdapat dua ruang tertutup berkeluasan 330 meter persegi dan satu ruang perkarangan terbuka berkeluasan 600 meter persegi yang digunakan khas untuk habitat panda-panda ini.
Laman web: www.macaupanda.org.mo
12. Coloane Village
Seperti yang aku cakapkan tadi, Coloane kawasannya lebih tenang. Tapi kat sini juga menyimpan khazanah-khazanah yang cukup menjadikannya satu lagi lokasi tarikan mesti singgah di Macao.Selalunya perjalanan untuk bersiar-siar di kampung ini bermula di sebuah kedai kecil, Lord Stow's Bakery yang cukup terkenal dengan Macao's Egg Tart kerana di sinilah lahirnya kuih kegemaran orang Macao ni!
Berharga sekitar MOP10 sebiji, rasanya memang sedap dan tak mengecewakan!
Salah satu lagi lokasi popular di kawasan ini ialah St. Francis Xavier Chapel. Dibina pada 1928, ia dipengaruhi senibina Eropah dengan warna krim dan putih yang cukup nostalgik. Apatah lagi dengan susuk dua pokok Banyan yang redup, dua kafe di kiri dan kanannya, mozek batu dan satu tugu peringatan serangan lanun di kawasan ini.
Lebih daripada itu, gereja kecil ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran juga drama Korea Selatan bertajuk Princess Hours!
13. Studio City
Studio City adalah sebuah resort bersepadu yang pertama di dunia membawakan elemen produksi perfileman dalam pengisiannya termasuklah hotel, pusat beli belah dan tarikan yang ada. Kat sini, aku berpeluang menaiki Golden Reel, roda Ferris berbentuk lapan tertinggi di dunia (130 meter) yang terletak di antara dua menara bangunan yang cukup futuristik ini.Selain tu, aku sempat menikmati perjalanan 4D paling thrilling aku pernah alami dengan ditemani Batman untuk Batman Dark Flight 4D. Jujur cakap, memang lain daripada lain weyh! Cuma kamera tak dibenarkan untuk dibawa masuk, nak tunjuk lebih susah. Hihi.
Laman web: studiocity-macau.com
14. Taipa Houses Museum
Salah satu spot yang aku sangat rekomen kalau korang mahu background yang cun untuk bergambar, Taipa Houses Museum juga adalah peluang untuk lebih memahami senibina Portugis di Taipa melalui lima buah rumah tradisionalnya yang dibina sejak 1921. Tak hanya menampilkan reka dalaman rumah, di sini juga ada tasik dan taman bunga yang cukup menenangkan selain satu-satunya gereja Katolik di Taipa, Our Lady of Carmel Church.Lima rumah ini masing-masing mempunyai tema tersendiri iaitu Macanese Living Museum, Exhibitions Gallery, Creative Casa, Nostalgic House dan House of Receptions.
Laman web: www.icm.gov.mo/en/housesmuseum
15. Cunha Street
Kalau ditanya di manakah lokasi popular untuk membeli cenderahati di Macao, lokal mesti akan sebut Rua do Cunha (Cunha Street) ni. Jalan ni mendapat namanya daripada pengembara dari Portugis bernama Tristão da Cunha.
Selain barang cenderahati yang murah macam post cards, fridge magnet dan lain-lain, selalunya ramai akan beli makanan macam kuih-muih. Ada antaranya berlogo halal dan ada juga yang kandungannya dikira masih selamat walaupun tiada logo halal, kalau ikut kata guide aku waktu tu.
Waktu aku datang, ada pameran pertama filem-filem karya pengarah kelahiran Russian yang menetap di Macao iaitu Maxim Bessmertny bertajuk Degustation. Bessmertny banyak mengetengahkan unsur humur, dramatik dan satira sosial dalam karyanya seperti Death of Parrot (2017), The Great Debt (2016) dan Sampan (2017). Namun salah satu karya yang meledakkan namanya ialah Tricycle Thief (2014) yang pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan memenangi 2015 Gold Kodak Award bagi kategori filem pendek terbaik.
Pameran berkenaan yang akan berlangsung hingga hujung bulan Mei 2018 dianjurkan Taipa Village Cultural Association.
Laman web: www.taipavillagemacau.org.mo
Selain barang cenderahati yang murah macam post cards, fridge magnet dan lain-lain, selalunya ramai akan beli makanan macam kuih-muih. Ada antaranya berlogo halal dan ada juga yang kandungannya dikira masih selamat walaupun tiada logo halal, kalau ikut kata guide aku waktu tu.
16. Taipa Village Art Space
Berdekatan Cunha Street, di Taipa Village, juga ada Taipa Village Art Space.Waktu aku datang, ada pameran pertama filem-filem karya pengarah kelahiran Russian yang menetap di Macao iaitu Maxim Bessmertny bertajuk Degustation. Bessmertny banyak mengetengahkan unsur humur, dramatik dan satira sosial dalam karyanya seperti Death of Parrot (2017), The Great Debt (2016) dan Sampan (2017). Namun salah satu karya yang meledakkan namanya ialah Tricycle Thief (2014) yang pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan memenangi 2015 Gold Kodak Award bagi kategori filem pendek terbaik.
Pameran berkenaan yang akan berlangsung hingga hujung bulan Mei 2018 dianjurkan Taipa Village Cultural Association.
Laman web: www.taipavillagemacau.org.mo
Tempat Makan di Macao
Dong Lai Shun Muslim Restaurant
Ini adalah salah satu restoran yang diyakini halal di Macao. Konsep makanan yang diorang ketengahkan ialah hot pot gaya Beijing. Rekod restoran ini pun bukan calang-calang. Sebelumnya, ia memang terkenal di Beijing sebagai salah satu jenama restoran Muslim paling lama bertahan kat sana selain pernah diiktiraf 'China Time-Honored Brands' sekitar 1930-1940.Alamat: G/F, 484 Rua Cidade De Coimbra, Macau, Macau
No. Telefon: +853 2875 5705
Taste of India
Juga dikenali sebagai TOI, Taste of India ini adalah restoran pertama di Macao yang mendapat pengiktirafan halal. Ia menghidangkan makanan berkonsepkan makanan India macam roti paratha, samosa veggie, kari ayam serta beberapa menu Portugis yang terkenal seperti seafood rice dan pencuci mulut Serradura yang sedap!Alamat: Avenida Sir Anders Ljungstedt, No.22AD Vista Magnifica Court
No. Telefon: +853 2872-8413
Laman web: www.toimacau.com
Lou Lan Islam Restaurant
Ini pula restoran Islam dengan konsep makanan Xinjiang. Penduduk Xinjiang majoritinya Muslim dan kedudukannya yang dekat dengan negara seperti Russia dan Pakistan menjadikan makanannya unik daripada yang lain.Restoran ni agak mahal tapi kalau mahu mencuba masakan Xinjiang, mungkin berbaloi untuk mereka yang suka mencuba rasa yang baru.
Alamat: Rua do Teatro (Second Shop)
No. Telefon: +853 2853 0264
Coast @ MGM Cotai
Coast ialah salah satu restoran chef selebriti di MGM Cotai yang lebih mengetengahkan makanan Californian hasil air tangan Chef Graham Elliot yang popular lewat rancangan realiti masakan Top Chef dan Master Chef. Sebab tu, jangan terkejut melihat pekerja di dalam restoran ini semuanya mengenakan tali leher berbelang biru gelap dan putih dan kaca mata berbingkai putih - demi mengikut stail Chef Graham Elliot yang quirky!
Aku sempat makan malam kat sini dengan menu berasaskan makanan laut. Antara menu yang aku suka ialah Truffle Parmesan Popcorn with Chopped Chive, Shrimp Taco with Mango Salsa and Shredded Coconut, Macanese Tiger Prawn Curry dan Lobster Risotto with Charred Scallion and Pink Peppercon.
Alamat: Coast Restaurant, MGM COTAI, Avenida da Nave Desportiva, Cotai, Macau
No. Telefon: +853 8806 2328
Laman Web: www.mgm.mo/en/cotai/dining/coast
Golden Peacock @ The Venetian
Mungkin di Malaysia kita jarang dengar tentang penarafan bintang Michelin tapi ia sebenarnya antara sistem bintang yang cukup gah di dunia. Dan Golden Peacock di The Venetian ini ialah salah satu restoran yang mendapat penarafan bintang berkenaan. Lebih menarik lagi, ia juga diiktiraf halal.
Makanannya berkonsepkan buffet dengan selera masakan India yang asli! Salah satu minuman yang cukup popular dan harus cuba ialah Mango Lasssi. Sedap!
Alamat: Golden Peacock Restaurant, The Venetian Macao, Estrada da Baia de Nossa Senhora da Esperanca Casino, Level 1, Shop 1037
No. Telefon: +853 8118 9696
Laman web: www.venetianmacao.com/restaurants/signature/golden-peacock.html
Tapas de Portugal
Disebut-sebut sebagai antara restoran dengan menu Portugis paling lazat di Macao, Tapas de Portugal terletak bersebelahan dengan restoran berbintang Michelin, António Coelho Restaurant. Tapas de Portugal juga menghidangkan menu air tangan chef yang sama. Padanlah restoran ini juga pernah banyak kali memenangi anugerah!
Dekat sini juga aku memilih menu berasaskan makanan laut dan menu vegetarian macam wet seafood rice, fillet ikan siakap masak stim dengan Papelotte dan tumisan sayuran dan kentang. Serradurra kat sini pun sedap!
Alamat: Rua dos Clerigos No.9, Taipa , Macau
No. Telefon: +853 2857 6626
Laman web: www.taipavillagemacau.com/directory/tapas-de-portugal/
Penginapan kami
Legend Palace Hotel

Hotel ni terletak di Macau Fisherman's Wharf, bersebelahan dengan replika Amphitheatre sebagaimana yang terdapat di Rome, Itali. Apa yang lagi best, hotel ini bertaraf lima bintang deluxe! Ini pengalaman pertama aku menginap dalam hotel semewah ini dah semestinya antara yang tak mungkin aku lupakan.
Biliknya dikira macam suite, serba lengkap malah cukup moden. Tirai langsir automatik, TV dalam cermin singki bahkan dua set TV, salah satunya automatik di kaki katil, siap bath tub dan kelengkapan mandian yang mahal, memang terasa cukup eksklusif!
Bahkan, di televisyen juga siap dipersonalize ikut butir diri penginap, siap dengan nama aku dan bahkan siarannya siap diformat dalam Bahasa Melayu untuk alih bahasa dan sarikata. Hebat!
Laman web: legendpalace.com.mo
Itulah antara pengalaman aku di Macao. Sebenarnya, ada banyak lagi tarikan di Macao yang aku teringin teroka terutama bahagian 'The Historic Centre of Macao' macam A-Ma Temple, Moorish Barracks, Lilau Square, Dom Pedro V Theatre selain Guia Fortress dan rumah apinya, Lou Lim Ioc Garden, The House of Dancing Water dan mencuba aktiviti macam Skyjump dan Skywalk di Macao Tower!
Fuh, banyak lagi rupanya! Memang kena pergi lagi ke Macaolah gayanya! Hihi.
Entri ini terlaksana dengan kerjasama Macao Government Tourism Office. Segala pandangan penulis bukanlah mewakili pandangan penganjur. Layari en.macaotourism.gov.mo untuk lebih informasi tentang Macao!
42 komen
Memang Macao dalam bucket list saya. Tahu Macao ni sebelah Hong Kong, tapi baru tahu yang ni sebahagian daripada China. Acaner cari makan kat sana? Ok tak?
BalasPadamHaah, ramai ingat Macao ni adalah negara tapi bukan sebenarnya. Ia antara wilayah khas di China je. Makanan ok je. Belum banyak lagi tapi ada. :)
PadamBanyak juga tempat menarik di Macao ye. Apa yang buat saya tertarik ialah sebelum nih memang tahu Macao nih dalam negara China tapi tak tahu pula bahasa yang digunakan dalam bahasa Portugis. Memang unik sangat. Dah baca entry ni baru tahu. Kena ambil tahu lebih lagi pasal Macao mana lah tahu ada peluang pergi sana
BalasPadamYup, kesan pengaruh Portugis sangat mendalam di wilayah ni. Banyak lagi tempat yang saya tak lawati. Kalau boleh sebenarnya saya nak stay lagi lama dan explore semuanya! Hihi.
PadamMacao pun bleh tahan dekat ngan Guangzhou kan..tapi masa akak pi Guangzhou beberapa tahun lepas sempat sampai border Hong Kong je..macao memang ada dalam wishlist akak..walau dikenali sebagai kota perjudian..akak tetap nak pergi macao one fine day..banyak tempat menarik..nanti nak pergi akak akan refer blog Hasif..thanks atas perkongsian ye dik
BalasPadamSaya pula belum pernah sampai ke Guangzhou dan Hong Kong lagi. Hihi. Macao memang terkenal dengan gelaran 'Las Vegas of Asia'. Tapi sebenarnya, ia juga banyak menyediakan tarikan lain yang sesuai untuk traveller Muslim macam kita, termasuklah bab makanan.
PadamMemang seronok melihat keindahan di Macau ni, sis dah pergi dan memang kagum dengan building yang berlumba lumba untuk kelihatan cantik. Kalau malam lagilah memukau.
BalasPadamRasa nak repeat lagi...tapi tu lah kena kumpul ongkosnya dulu, lainlah Hasif gi atas tajaan (jeles ni..hahaha)..:D
Betul tu kak! Memang melangkaui jangkaan saya sebelum ni tentang Macao.
PadamHihi. Alhamdulillah...
Sangat menarik sekali entri Macao ni... Banyak tempat menarik, memang tak percaya ada tempat-tempat menarik macam ni, paling tertarik buat Bonde nak ke situ ialah Studio City tu minat sangat gendola tu.. teringin nak naik situ!
BalasPadamMakanan pulak tak kurang mengoda... nampak ada banyak seafood disitu i'm loving it !
Studio City memang antara favourite saya! Seronok sangat sebab adventurous dan lain daripada yang lain!
PadamInsyaAllah, kalau ada rezeki dan peluang, silalah ke Macao ya!
la.. kat china rupanya igat kat mana.. tempat awesom dan makanan nampak sedap sangat.. kena masuk dalm list bucket ini.. nk travel next year
BalasPadamKan... Macao antara wilayah yang lari dari stereotype seperti kebanyakan bandar di China. Sangat kemas dan cantik!
PadamSelamat mengembara! ;)
Bestnya Macao ni memang lama teringin nak pergi sebab selalu tengok iklan dan juga promosi mereka. Tambah lagi tengok tempat makan yang banyak sedap-sedap dan halal tu yang memang nak perti tengok lah lepas raya nanti hehehehe..
BalasPadamHihi... Sejujurnya memang ada je spot makanan halal, tapi ada juga sebahagian dalam ni yang tak halal tapi menghidangkan hidangan alternatif atas bantuan guide kami. Kalau ke sana, boleh je diskus dengan manager atau owner sendiri tentang pilihan makanan yang halal dan selamat.
PadamApapun, selamat bercuti, Abang Maha!
Banyak betul tempat menarik kat macau ni. Kalau ada rezeki kesana boleh rujuk entri ni. Akak memang suka travel. Doakan akak menyusul ye
BalasPadamInsyaAllah, Amin... Macao memang antara wilayah yang akan saya rekomenkan. Cukup menarik!
PadamMenariknya percutian awak kali ini. Baru Ika tahu Golden Peacock di The Venetian di iktiraf Halal. Ingat susah nak cari makanan halal di Macao.
BalasPadamYup, Golden Peacock tu halal. Ada digantung sijilnya di depan kedai selain penarafan bintang Michelin. Power kan!
PadamAlaa ni yang Bella jealous ni. Last time pergi Macao tak dapat pergi semua2 tempat2 macam yang Hasif pergi. Ada Bella pergi, ada Bella pergi tempat2 lain jugak. Nak tunggu fam trip lagi la kalau ada. Eh.
BalasPadamHaha.. Biasalah tu kak. Kadang2 ikut target market atau new attractions yang nak dihighlightkan. Okaylah... InsyaAllah moga ada lagi fam trip ya. XD
PadamMacau ni yang pamos adalah bungee dia kan yang terjun dari menaratertinggi mereka..selain itu terusan vertican tu pun antara yang menjadi bualan..tiba2 teringat cerita boys over the flower (cerita korea) yang shoot kat sini heheh..lagi satu portugese tart dia famos jugakkan...alamak macam ken apegi juga macau ni satu hari nanti hehehe
BalasPadamHaa itulah yang saya teringin nak buat! Skyjump di Macao Tower tu ialah antara yang tertinggi di dunia tau! Dan ya, The Venetian tu pernah jadi set penggambaran Boys Over Flower selain kuih yang popular di Macao ialah portuguese tart tu lah!
PadamInsyaAllah semoga sampai suatu hari nanti ya! ;)
Dulu Macao mmg bukan lokasi untuk org muslim.. sbb susah nak.cr makanan.halal dan yg penting tiada yg istimewa. Tpi beberapa thn ni mmg rancak macao buat tawaran utk pelancong muslim
BalasPadamYup. Walaupun ia terkenal sebagai 'Las Vegas Asia', ia masih ada daya tarikan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim. Malah untuk berkeluarga pun tak ada masalah!
PadamOkay baru tahu Macao nie bukan dijajah oleh portugis tp dipinjamkan kpd mereka. Tahu jugak serba sedikit pasal Macao nie sbbnya dulu cuba masuk contest utk pergi Macao. Gigih sgt masa tu. Anyway, org kata kalau dtg sana WAJIB cuba egg tart yg famous tu. Xcuba tu, ibarat x dtg Macao. Thanks for sharing this info Hasif !
BalasPadamHihi. Betul tu! Ramai yang salah faham sebenarnya tentang susur galur sejarah Macao ni.
PadamDan ya, portuguese egg tart memang cukup famous dekat sini memang tak sah kalau tak rasa!
I really want to go to Macau one day :D
BalasPadamYes, you very should! ;)
PadamPergi 4 hari 3 malam je, tapi banyak jugak tempat menarik kat macao yang hasif sempat cover. Hasif ada buat blogpost tentang itinerary dan kos sepanjang kat macaotu tak? Macam nak masukkan macao dalam holiday list emi je.
BalasPadamItulah, untungnya sebab kami ada guide jadi perjalanan tu lebih mudah dan senang selain banyak benda boleh cover. Itinerary tu ada tapi nanti saya kongsikan di Facebook.
PadamAfter reading your post, I feel like visiting Macau, didn't know there are so many places I could visit and your hotel looks so grand!
BalasPadamYup, you have so many reasons to visit Macao for your next travel bucket list! And the hotel experience is definitely the best!
PadamSuka dengan term "bukan dijajah sebaliknya disewakan", Kenapa dari dulu datuk moyang kita tak berfikiran macam tue...
BalasPadammacam sekarang nie, dari jual baik disewakan confirm hutang negara dapat dilangsaikan hahah eh, tertukar topik pula...
Bila sebut pasal Macao... Dalam kepala otak terfikir acara perlumbaan tahunan yang mereka anjurkan.
Hahaha. Itu no komenlah, Bro!
PadamTapi ya, Macao juga terkenal dengan signature event mereka iaitu Macao Grand Prix yang diadakan di tengah bandar. Kalau bukan waktu event tu, tourist boleh lalu di kawasan litar yang sebenarnya juga adalah jalan raya awam tau!
I went to Macao twice and my last experience is bungee jump from Macao Tower. Macao not only famous with casino but also their history like senado square, Church, St. Paul and many more. Food also nice.
BalasPadamOh, my! That is incredible! I wish I can do the bungee jump as well one day. Yup, there is much more about Macao other than casinos!
PadamMacau sangat best. Walaupun dah 2 kali pergi, tapi tak puas pergi Macau. Banyak tempat cantik.
BalasPadamMaju gila kan Macau. Seronok tengok bangunan dan hotel dia. Seriously, kagum.
Betul tu bang. Saya pun sebenarnya tak puas lagi ke Macao ni. Hihi. Hopefully nanti boleh singgah lagi. :)
PadamMacao memang antara Lokasi selesa untuk Muslim travel. Compare to other place di negara sana, sini akak lebih comfortable dengan orang sana dan cuaca. Sekarang dah ada macam2 eh Hasif. Tunggu anak besar skit baru plan nak pi bercuti kemana. Nak naik kapal terbang lama2 ni risiko bingit telinga anak melalak. Hahaha
BalasPadamHaha. Betul tu kak. Ini kali pertama saya pergi tapi tergamam jugak melihat betapa membangunnya Macao sekarang!
PadamInsyaAllah, kalau ada rezeki boleh pergi lagi sekali kak. Pada saya sesuai bawak kanak-kanak juga sebab banyak tarikan untuk famili juga. :)
huhu macao masih belom sampai! HAHAHHAHA
BalasPadamHi Hasif, tak ada butang follow ke dekat blog ini?
BalasPadamTinggalkan komen di sini.