Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Sakan Beraya, Sakan Bergaya dengan Haqqi

10:43:00 PTG Hasif Hamsyari 23 Comments Category : , ,

Kata orang, tak sah kalau beraya tanpa baju yang terbaik! Iyalah, salah satu sunnah di hari raya, selain memakai wangian, ialah memakai pakaian yang terbaik. Inilah setahun sekali kita boleh lihat, mana-mana tempat dah jadi macam pentas peragaan.

Kalau korang masih tercari-cari idea pakaian untuk hari raya yang bukan setakat bergaya bahkan patuh syariah, apa kata berkunjung ke Haqqi Shah Alam yang terletak di Seksyen 7, sederet dengan kedai pakaian Jakel tu.

Mungkin ada antara korang yang salah faham bahawa kedai Haqqi ni hanya menjual pakaian untuk bakal haji dan mereka yang mahu mengerjakan umrah. Tapi sebenarnya, di Haqqi ini juga ada koleksi pakaian raya yang berwarna-warni, aneka desain dan corak dengan harga yang semestinya berbaloi lagi mampu milik!

Konsep pakaian yang dijual kat sini ialah ready-made. Bermakna tak perlu fikir panjang soal nak hantar kain kepada tukang jahit yang tentunya boleh memakan masa dan harga yang belum pasti. Apalagi bila nak dekat raya macam sekarang ni kan?
Antara bahagian di dalam butik Haqqi yang aku singgah baru-baru ni.
Mencuba beberapa pakaian yang menarik perhatian aku.
Macam aku sendiri, aku lebih memilih pakaian raya yang ready-made setiap tahun sebab lebih mudah dan murah. Dan selalunya, aku lebih suka datang ke butik pakaian sendiri sebab aku rasa lebih puas hati sebab aku bukan setakat boleh melihat sendiri produknya, bahkan mencuba juga.

Sebab itu korang juga kena terjah ke Haqqi ni. Seleksi pakaian diorang memang banyak, apalagi untuk perempuan. Kawan aku sendiri rambang mata nak memilih pakaian sebab banyak sangat yang berkenan kat hatinya.
Antara koleksi pakaian wanita.
Dari jubah, kurta, baju Melayu, seluar, t-shirt dan kemeja semuanya ada untuk persalinan lelaki, baik dari rekaan moden sampailah yang asli. Sama juga untuk kaum Hawa. Pilihannya memang jelas lagi banyak berbanding lelaki dengan pelbagai jenis pilihan pakaian yang elegan daripada jubah, telekung, tudung, kebaya, peplum, cardigan, blouse, sut, baju kurung dan macam-macam lagilah!

Tak cukup itu, Haqqi juga ada menyediakan banyak lagi produk seperti kelengkapan ibadah, penjagaan kesihatan serta barangan kosmetik.

Kurta Furkan

Untuk aku, aku tertarik dengan produk pakaian terbaru diorang iaitu Kurta Furkan. Kurta Furkan ni didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu merah, hijau zamrud (emerald green), biru laut (navy blue) dan biru lembut (baby blue).

Pilihan aku untuk tema raya tahun ni ialah merah sebagai menunjukkan semangat yang membara. Gituh!

Kurta Furkan ni diperbuat menggunakan kain jenis cotton Germany dan diperkemas dengan potongan kolar cekak musang yang mana aku lebih selesa berbanding teluk belanga. Walaupun nampak fit pada badan, kurta ini sebenarnya potongan longgar yang membuatkan aku rasa selesa bila pakai.

Untuk kurta jenis ini, ia didatangkan dengan saiz S, M, L, XL dan XXL. Untuk ketahui lebih lanjut tentang ukurannya, boleh klik sini.
Antara kemasan yang cukup menjadikan persalinan kurta tampak bergaya.

Rekaannya, pada pandangan aku, simple je tapi masih bergaya. Tak ada corak-corak yang serabut yang mana lebih aku suka sebab ia sesuai digayakan bukan setakat untuk majlis keraian, bahkan pada hari-hari biasa.

Nah, siap satu persalinan untuk hari raya aku. Lega sikit. Haha. Kalau korang masih belum ada baju raya, cepat-cepatlah ke Haqqi ni ya! Risau nanti kehabisan stok pula.

Ada banyak lagi jenis kurta yang ada macam Kurta Adam, Kurta Aidil, Kurta Germany, Kurta Korea, Kurta Ayaz, Kurta Bulan Bintang dan termasuk Kurta Izzueslusive daripada pelakon Izzue Islam dan banyak lagi.

****
Selain Shah Alam, butik Haqqi juga memiliki cawangan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Bangi dan Kuala Terengganu. Kalau korang tiada masa atau jauh daripada butik-butik yang aku sebutkan, korang boleh juga membeli secara atas talian di haqqi.com.my.

Berikut ialah maklumat Haqqi untuk rujukan korang.

Alamat:

HAQQI Shah Alam
No. 13 & 15, Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor

No. Telefon: +603 5523 4798

HAQQI Bangi Sentral
8-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar,
7A, Bangi Sentral,
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

No. Telefon: +603 8912 15542

HAQQI TTDI
No. 14, Jalan Wan Kadir 4,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

No. Telefon: +603 7732 2247

HAQQI Terengganu
PT 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin,
Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembesu,
21300 Kuala Terengganu
Terengganu

No. Telefon: +609 6627 367

Laman Web:

Media Sosial:

RELATED POSTS

23 komen

  1. wah, merah! dari jauh da kenal and menyerlah...
    ye. yg simple tu la yg hensem dan menarik, hasif.
    jgn byk ropol. lelaki segak secara simple aje.
    excited bila byk blogger ke haqqi. jauh. tak dpt join shopping.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Itulah. Untuk baju raya, saya pun lebih sukakan design yang simple. Kalaupun ada corak ke apa, tak cantik kalau berlebih-lebihan.

      Tak apa, Haqqi pun ada beberapa cawangan dah sekarang. Mana tahu lepas ni di area akak pula kan? :D

      Padam
  2. kurta merah yang hasif pakai tu cantik sif. lepastu kena pulak dengan hasif yang putih. akak tak beli baju raya lagi nii. nanti nak pergi serbu haqqi shah alam nilah. dekat je dengan rumah akak. inshaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, kak! Hehe.. Iyalah, area Shah Alam kan. Kena singgah tau sebelum kehabisan stok. Lagipun, diorang rajin buat sale tu!

      Padam
  3. Menyerlahnya warna kurta ni. Untuk mereka yang cerah memang sesuai warna merah ni. Cawangan paling dekat ada lah kat Bandar Baru Bangi ni. Boleh terjah la untuk persiapan akhir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang buat saya terpikat dengan kurta ni. Warnanya! Lagipun, seingat saya tak ada lagi baju raya warna merah ni. Hihi.. Nanti singgah lah. Manalah tahu ada yang berkenan di hati!

      Padam
  4. Amboi Sakan dia beraya baju merah menyala hehehe best kita pun suka pergi shopping kat Haqqi ni memang banyak pilihan baju saiz kita pun ada tu yang best....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'Beraya' awal sikit bang sebab nak photoshoot. Haha. Iya, memang banyak pilihan di Haqqi kan!

      Padam
  5. so nice.. simple cutting, vibrant color and the quality seems good. can suggest this place to my friend as many coming over KL to buy... thanks for the sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi, yeah they should. And just in case if you want to buy baju kurung, they also have it! ;)

      Padam
  6. Memang cantik koleksi baju raya di haqqi. Tambah2 kurta furqhan tu. Slim fit terletak helokk. Sebagai seorang yg super kurus, baju nie sangat kena dgn tubuh ini. Nampak cantik dipakai dan tak menggelebeh (tak pasti Hasif tahu ke tidak perkataan nie 😅)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Fahamlah! Tapi memang betul pun. Nak cari pakaian untuk yang kurus pun pada saya bukan senang juga. Sebab kalau terlalu kurus pun nampak tak sesuai, yang terlalu longgar pun lagilah tak sesuai. Kena cuba dahulu dan pilih yang betul-betul ikut keselesaan dan kesesuaian badan. :D

      Padam
  7. Haritu sempat juga usha butik dia kat Bangi masa tengah cari baju raya area sana. Memang best sebab banyak pilihan dan paling penting harga murah sangat. Rambang mata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, harga memang dah sedia berpatutan. Lepas tu ada sesi lelongan lagi. Rasa berbaloi sangatlah membeli-belah kat Haqqi ni!

      Padam
  8. Wahhh segak bergayalah awk raya nanti ya..sure banyak mata memandang..hehehe.
    Sis pun nak belilah untuk anak bujang sis..biar dia bergaya di hari raya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai... Segannya kita, sis. Haha. Ya, boleh juga. Banyak lagi pilihan yang cantik-cantik di Haqqi! ;)

      Padam
  9. Memang Rawlins tertunggu tunggu Hasif nyer photoshoot dan dah jangka mesti gempak. Rawlins pun tak buat lagi photoshoot dengan kurta yang beli kat Haqqi. Haqqi memang terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. Thank you so much, Rawlins. Sanggup ni pakai kurta sebelum berbuka puasa dengan banyak nyamuk lagi. Haha. Tapi memang suka sangat dengan kualiti kurta daripada Haqqi ni. Sedap memakai!

      Padam
  10. The red Kurta looks good on you. I saw Haqqi has different types of Raya clothing. And the apparel is good quality and trendy too.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, they are! In case you also want to buy some good and trendy kurung, maybe you should drop by to this place as well. :)

      Padam
  11. Potongan baju tu sangat menarik. Org muda & slim sesuai pakai cutting mcm ni. Pakcik2 yg dah boroi kena cari fesyen lain ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi... Iyalah, desain ikut kesesuaian kan. Ada je banyak lagi desain di Haqqi ni tau!

      Padam
  12. Design sesuai sangat dengan Hasif. But I like colour biru muda tu. Cantik!

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.